Selasa, 25 Februari 2014

Solat itu meruntuhkan ego iblis disekeliling



 Sedihnya jiwa kerana lupakan Allah
Tiada tenangnya kehidupan kerana lupakan Allah
Jika Tiada ketenangan ingatlah Allah
Jika Tiada ketenangan bacalah Al-Quran
Buntu fikiran, bersolatlah hajatlah pada Allah
Tiada tempat mengadu, bersolatlah, berdoalah pada Allah
Dilema membuat keputusan, bersolatlah istikharah pada Allah,
Merasa berdosa, bersolat taubatlah kepada Allah
Sudah rindu dan cinta kepada Allah, bersolatlah tahajjud kepada Allah

Sudah Allah berikan tunjuk ajar kepada manusia
Dalam menyelusuri hidup ini….



Bersabarlah dalam menempuhi keaiban yang terbuka


Khamis, 13 Februari 2014

Pilihlah Aku



Ya Allah,
Bertemu lagi aku mengadapMu,
Hari ini ingin ku luahkan rasa hati ini
Walau Engkau telahpun mengetahuiNya
Tetapi kepada Engkaulah tempat yang terbaik untuk ku luahkan rasa hati ini
Sesungguhnya Sudah lama aku merindui saat ini
Saat hati ini tulus berbicara dengan Mu
Saat hati meluahkan dengan deraian air mata tanpa henti

Ya Allah,
Telah banyak dosa ku lakukan
Telah acapkali aku Engkar padaMu
Sudah acapkali aku alpa kerana mengejar dunia
Sudah acapkali aku leka dan lalai
Bahkan dihujung waktu seringkali aku datang bersujud kepadaMu
Kadangkala aku lena diulit kesenangan dan lupa kepadaMu

Sebak terasa hati ini,
Walau sudah bergunung dosa aku lakukan
Walau banyak kali aku Engkar dan menggamit kemarahanMu
 Tapi saban hari tidurku di atas tilam empuk
Pagiku masih bersarapan dengan rezki,
Bergeraknya aku dengan kereta,
Mewah…
Itu semua pemberianMu pada aku yang telahpun banyak melakukan dosa…

Tak tertahan rasa mata ini
Tanpa sedar mengalir air mata,
Sedih dengan keingkaran yang telah aku lakukan padaMu
Masih belum sedarkah aku akan Kenikmatan yang telah Engkau berikan
Walau aku telah ingkariMu..

Dan paling sayu dan sedih,
Apabila hari ini Kau panggil aku mengadapMu
Dengan seribu satu rasa penyesalan dihati dengan kesilapan yang telah aku lakukan
Hanya kerana hanyut mengejar dunia
Terimakasih ya Allah akan kurniaan hati ini
Menjentik aku dari lena yang panjang

Tidakkah cintakah aku pada Mu ya Allah
Tidak inginkah aku bertemu Mu ya Allah
Bertemu dengan penciptaKu
Yang sentiasa mengampuni ku
Yang sentiasa memberi kenikmatan padaku
Yang sering memujuk perasaan hatiku

Ya Allah,
Pilihlah aku untuk bertemu mengadapMu
Pilihla aku ya Allah..
Mekarkanlah ya Allah rasa cinta dan rindu ini kepadaMu..aku cinta padaMu ya Allah….

Jumaat, 7 Februari 2014

Sunnah Rasulullah ketika bangun dari tidur







Late mental development - lambat matang

rata-rata aku melawat, berhijrah dan memerhatikan anak di zaman ini. bahkan boleh dikatakan dari tahun 1995 lagi. perilaku, perangai, budi bahasa dan perangai anak-anak itu tidak sama. pergerakan dari tahun ke tahun semakin melambangkan yang anak-anak ini mengalami proses lambat matang dari segi pemikiran terutamanya.

jika dilihat zaman nabi pun, orang-orang yang beriman selalunya pemikiran mereka matang sejak dari usia kanak2 lagi. aku faham hidayah itu milik Allah. tapi pada pemikiranku lebih baik membentuk diri sebgai mukmin sejati dari mengotori diri kemudian baru menginsafi.

lama aku memikirkan punca anak-anak ini lambat matang pemikirannya. anak-anak ini seperti ade dunia khayalan mereka sendiri. adakah faktor pemakanan? adekah faktor didikan? adakah faktor lahir dalam dunia serba ade? adakah faktor kesenangan hidup?

aku rasa takut untuk memegang amanah Allah jika dikurniakan zuriat nanti. terlalu besar cabarannya dihari ini bagi melahirkan seorang "mukmin sejati". aku sendiri pun tercalar imannya. duduk di pusat bandar. dosa mata dan dosa telinga sememangnya sangat sukar untuk dielakkan. jika memandu, anda akan terlihat pelbagai jenis pakaian yg membuka aurat. jika ke shopping mall, radio dengan dendangan lalu yang jauh dari batas syariat sudah kebiasaannya dipasang... Allahuakbar... sememangnyaaku ibaratkan setiap detik dan waktu perlu aku sunat taubat, istighfar dengan dosa-dosa ini..yang aku tak mampu menghalangnya...

sememangnya lambat matang terlalu besar impaknya. keadaan ini melalaikan anak-anak dan usianya akan rugi..kerana kematangan pemikiran dalam kehidupan inilah akan mencorakkan hidup anak-anak ini....ade yang aku lihat..usia sudah mencecah belasan tahun..tapi perangai, keinginan dan pemikiran seperti budak 5 tahun.6 tahun.

kematangan inilah yang membantu anak-anak ini memahami konsep tanggungjawab diri pd Allah, manusia...(hablumminallah dan hablumminannas)... bahkan hidayah itu juga pernah dibahaskan bergerak dengan tahap kematangan seseorg...

walaubgaimanapun, tidak semua, masih ade anak-anak yang matang dihari ini, cuma nampak sangat segelintir sahaja. dan kajian aku perlu dijalankan bagi mengetengahkan masalah lambat matang di usia anak-anak dihari ini.

wallahualam.