Selasa, 7 Januari 2014

Terjemahan Surah Al-Fatihah


Surah Al-Fatihah ialah rukun ke-4 dalam solat. bahkan setiap solat sunat juga Al-Fatihah wajib dibacakan.bahkan semua perkara afdal dimulakan dengan surah Al-Fatihah. Dan wajib memahami bait-bait makna surah Al-Fatihah ini. Sesungguhnya, surah Al-Fatihah ini menggambarkan sikap seorang hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah, yang beribadah hanya kepada Allah. Surah Al-Fatihah mengingatkan kepada manusia asal usul manusia dijadikan di dunia ini untuk beribadah kepada Allah. Memohon pertolongan kepada Allah. dan melakukan perkara di dunia ini demi mendapatkan redha dan perhatian Allah. Surah Al Fatihah ini juga dibaca dan perlu difahami kekuasaan Allah dan percaya akan kekuasaan Allah dan hanya Allah tempat beribadah dan mohon pertolongan. hidup di dunia ini tidak lain hanyalah beribadah kepada Allah demi mendapatkan redha Allah. Justeru itu, sangatla digalakkan bagi memperbanyakkan bacaan Al-Fatihah setiap masa bagi mengingatkan kita kepada pencipta agar tidak lupa dan leka dan sentiasa dalam perhatian Allah.


Wallahualam