Jumaat, 24 Januari 2014

La illa ha illa anta kuntuminazzholimin

Tepat jam 10.00 pg seperti biasa rutin harian 'aishah...'aishah akan ke pusat sumber di tempat dia belajar. Alhamdulillah rezki dari Allah, 'aishah memiliki sebuah kereta buatan Malaysia. dalam hati berlegar rasa kurang enak kerana di pagi jumaat ini 'aishah tidak dapat bangun awal seperti sedia kala.

setibanya di kereta, tayar kereta pulak kempis. hmm, nak pegi pam tayar dulu, atau jalan kaki je ke pusat sumber...fikir 'aishah..'aishah matikan enjin kereta dan mula berjalan menuju ke pusat sumber. dalam hati memikirkan kesalahan dalam diri yang dilakukan..ataupun aliran duit yang telah digunakan.. melihat suasana sekeliling, disinilah juga laluan 'aishah masa amik degree pertama dahulu... kini 'aishah kembali menyelusuri denai ini, di sebalik hostel2..jalan short cut..

dan akhirnya keluar ke jalan utama, kereta lalu lalang, lori dan motor lalu semasa 'aishah berjalan di area "pedestrian walk"...kini baru aku rasa bagaimana perasaan pejalan kaki rasa apabila memandang kenderaan yang lalu lalang...'aishah berepilog di dalam hatinya.

'aishah terus ke pusat universiti, di situ terdapat pelbagai activiti, tmpat makan, kedai koperasi, kedai hp, kedai fotokopi, kedai komputer, pejabat pos dan juga kedai pakaian... di dalam perjalanan, 'aishah terserempak dengan seorg cleaner perempuan, 'aishah menghadiahkan senyuman padanya, dan tak lama kemudian cleaner yang kedua, juga 'aishah hadiahkan senyuman...

perjalanan 'aishah diteruskan  ke kedai pakaian, hajat dihati ingin mengambil baju yg telah dihantar utk dipotong sebab labuh... "dah siap dik, nah check dl barangnya"..kata empunya kedai..'aishah pun membelek2 bajunya.. "hmm... ade yang masih belum di potong lagi kak" kata 'aishah... "adik cuba tengok kat kertas tu, ape yg ditulis," agak keras nada si pemotong baju itu, mungkin dia merasakn 'aishah ckp lain dan tulis lain.. 'aishah pun baca pada kertas yg disebut oleh makcik itu. kertas itu juga ditulis oleh pekerja kedainya.. patutla,,...bisik 'aishah dalam hati... org yg salin ape yg 'aishah ckp xbetul.. dan kakak yang tukang potong tu baca pun keliru...menyedari pekerjanya yang salah tulis arahan...dia tersenyum dan nadanya berubah menjadi lembut dan yang pasti 'aishah xdapat bajunya tu lagilah....

kemudian 'aishah terus ke library, "port" (tempat) 'aishah selalu wat keje sudah diduduki oleh pelajar lain...'aishah tersenyum pada diri...dan istighfar banyak kali..'aishah berlalu ke laptop area dan buat keje.
memandangkan hari ini hari jumaat, jadi xlama masa 'aishah dpt spend  buat keje di library, sebelah petang 'aishah dah ade usrah di hostel...

dalam perjalan pulang dari library ke hostel, 'aishah mengambil jalan alternative yang lain, kunci pulak pagarnya, 'aishah terpaksa berpatah ke jalan yang dia lalu semasa pergi tadi...berjalan di walkway yang tak de covered structure pada jam 1230 tghari...Allahuakbar.... inilah dia hikmah Allah izinkan tayar keretaku pancit, supaya bersyukur, kini aku rasa bagaimana gigihnya usaha pelajar2 yang tiada kenderaan dan pejalan kaki yang setia.. turun naik tangga dan bukit...habis basah baju...

sedang 'aishah naik tangga dengan kepenatan berjalan kaki dengan mendokong laptop dan files, seekor kucing menyelinap dikaki dan terus mengiaww mengikuti 'aishah ke pintu bilik..tiada ape yang aku dapat bagi..kata 'aishah dalam hati..'aishah masuk dan ternampak keropok...terus 'aishah bagi pada sang kucing...dan 'aishah terus berlalu utk makan tgahri....saja 'aishah beli ikan..nak kongsi dengan kucing itu.. diharapnya kucing itu belum berlalu pergi lagi..

alhamdulillah,,, kucing itu masih disitu...dan 'aishah bg separuh ikan itu kpdnya... terimakasih ya Allah...semoga aku dapat mengawal diri ini lagi dari sifat amarah, mengeluh dan rasa tertekan...terima kasih hidayah dari Allah..kerana melihat aku pada 7 tahun yang lalu..aku insaf dan sangat bersyukur... bisik hati 'aishah.

 
 sesungguhnya,  Alhamdulillah 'aishah telah memilih untuk menyabarkan diri dengan dugaan yang dilaluinya. tidak pula dia marah, mengeluh dan putus asa dengan ape yang berlaku padanya dalam seharian itu...  bahkan dugaan itu menimbulkan rasa kesyukuran dalam dirinya...

dan dengan tindakan kesabaran itu...'aishah telah dapat 2 pahala sedekah melalui senyuman, tidak ditakluki rasa marah dengan kesilapan pihak kedai trhadap bajunya..bahkan terus bersabar, dapat juga study, dan dapat pahala sedekah dengan kebajikan memberi makan seekor kucing yang juga menyusukan anak-anaknya, dan tiada tekanan terhadap perasaan yang mengelakkan 'aishah dr stress dan down lalu malas dan give up...

adapun jika 'aishah mengambil jalan dengan merungut-rungut dengan tayar kereta yang pancit, dan "mood spoiled"...seharian tak de keje yg dapat dilakukan..dosa bertambah..

ataupun 'aishah merungut, berkeluh kesah, stress, sudah semestinya sepanjang perjalanan xde mood nak senyum dengan cleaner, masih tertekan dengan baju yang tak siap dipotong lagi dan terus depress port study dah di duduki org.. dan semestinya memarahi kucing yang sibuk bermanja ketika dia pulang dalam keletihan dari library...

membuat keputusan dan memakai perasaan marah itu adalah yang dikatakan menzalimi diri sendiri.. itulah yang diakui oleh Nabi Yunus ketika merasa marah dengan ummatnya dan bepergian...

sesungguhnya, kitalah yang memilih samada untuk mengambil jalan yg baik atau yang buruk..... walaubagaimanapun pintu taubat sentiasa terbuka,...

wallahualam