Sabtu, 18 Januari 2014

Cermin dan sehelai uban

perempuan dan cermin tak dapat dipisahkan. detik hatiku sambil merenung wajah dihadapan cermin. walaubagaimanapun tak semua wanita begitu.

 

sememangnya saja ditampal doa itu dicermin bilikku, agar aku ingat bahawa ciptaan ini adalah dari Allah, maka yang cantik dimata Allah adalah akhlak dan agamaNya bukan pada fizikalnya...

sedang membelek muka dicermin...aku terhenti melihat disatu bahagian dan ia sungguh menarik perhatianku.....kebetulan roommate ku ade..."eh..esah...cuba ko tgk ni...ubankan?"... esah pun membelek rambutku...sememangnya uban itu sahaja sehelai yang mengeluarkan dirinya dari serumpun rambut dikepalaku..."aah..uban...eh....akak dah tua.." aku tergelak dan masih membelek uban tu....agak sukar kerana posisi uban tu di bhgian belakang kepala..

sambil membelek dan melihat cermin aku berkata kepada roommate ku... "akak memang dh tua pun...dah 31 tahun.." aku merenung wajahku dalam cermin itu lg...sambil berkata dalam hati.. dah tua kau ni..dah 31 tahun...uban itu menjengulkan dirinya...memberi hint padaku akan peningkatan umurku.. jauh dalam hati rasa sedih... meningkatnya usia...bermakna berkurangnya masa untuk aku memohon ampun dan keredhaan dari Allah...sedangkan...terlalu banyak dosa yang telah dilakukan dan terlalu banyak ilmu Allah yang belum ku dalami...

uban itu aku simpan dan sikat dengan rapi semula....ia adalah peringatan akan usia ku yang saban hari saban meningkat dan peribahasa "umah kata pergi dan kubur kata mari" pun terimbas dalam otak fikiranku.

penuh kesyukuran pada Allah,  alhamdulillah, kerana aku dapat menerima penuaan ini...tidak jiwa ini memberontak merasakan diri masih muda..dan tidak pula ade rasa nak mendail rambut agar xnampak uban....kerana bila ade uban...maknenye dah tua...ramai aku lihat di zaman ini mendapat penyakit "xmau tua, xmau dilabel tua" walau umur dah tua... erti kata lain...tak dapat terima hakikat dengan penuaan diri...nauzubillah...dan perasaan ini mendorong  kepada pelbagai maslahat dalam agama...dengan percanggahan dalil berlaku...dan pelbagai percubaan dilakukan bagi mengubah takdir dan ciptaan Allah... 

ape yang Allah dah ciptakan itu adalah yg terbaik..jika cuba diubah...tunggulah bahananya...jika fizikal anda tiada terkesan dengan pengubahan yang anda lakukan...pasti diri anda akan di expose dgn pelbagai fitnah..kesusahan hidup dan sebagainya....kerana  bila Allah kata tidak...dan jangan..pasti balasannya sungguh azab jika dilakukan juga...melainkan jika punyai alasan yang kukuh dan dibenarkan oleh ijtimak...

wallahualam...