Ahad, 7 Disember 2014

“Adalah balasannya esok untuk dia pulak!!!”

Assalamu’alaikum.

Tajuk di atas tu adalah satu doa yang menginginkan seseorang itu mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Dan selalunya perkataan ini terkeluar  dari mulut seseorang adalah kerana keadilan tidak terbela di atas sesuatu kezaliman yang telah dilakukan.

Baru-baru ni perkataan ini menerobos semula ke gegendang telinga saya. Lafaz ayat itu penuh dengan kemarahan dan sangatla menginginkan orang yang dimaksudkan itu ditimpa balasan daripada Allah. Saya yang mengenali kedua-duanya insan ini (Ismah dan Zaharah:bukan nama sebenar) beristighfar banyak kali. Dan ini pengajaran yang sangat besar dalam hidup saya. Ingin saya kongsi di sini akan lintasan fikiran saya ketika saat terucapnya lafaz di atas oleh Ismah yang merujuk kepada Zaharah. Ketika perkataan ini dilafaz, saya hanya mampu menyebut dua kali jer seperti ini “dia dah ditimpa balasan dah pun tu”.

Ketika saya melafazkan perkataan “dia dah ditimpa balasan dah pun tu” ape yang terlintas difikiran saya ialah kehidupan dan kisah perjalanan Zaharah itu tersangat tinggi dugaannya, yang mana jika diletakkan saya di tempat dia, belum tentu saya setabah dia. Sesungguhnya ape yang Allah takdirkan untuk perjalanan seseorang itu setimpal dengan ilmu, dan kejahilan seseorang. Pada saya takdir dan kisah hidup zaharah itu sudah cukup sebagai pengajaran akan kesilapan yang dilakukan, sesungguhnya takdir dan percaturan Allah itukan adalah yang terbaik. Kekurangan yang dilalui oleh zaharah adalah detik dugaan yang perlu zaharah lalui. Begitu juga dengan saya ataupun ismah, kekurangan yang saya dan ismah miliki itulah detik dugaan yang perlu diterima dan lalui. Setiap orang ade kelemahan dan kelebihan. pada saya kelemahan itu termasuklah berlaku zalim kepada orang kerana kejahilan diri. dan kelebihan pula ialah kemampuan untuk berlaku adil kepada hak manusia.

Sesungguhnya tidak perlu saya kira melafazkan perkataan itu kerna Allah tau tugasan Dia. Manusia ini sifatnya memang tak pernah cukup dan menginginkan sesuatu yang berlebih lebihan.

Dan sesungguhnya menjaga redha itu sememangnya sangat sukar pada saya. Terutama apabila kita dizalimi berkali2.. selalunya perkataan seperti tajuk ini dan perkataan yang saya kira biasa terlafaz apabila terluka ialah “semoga kau rasa ape yang aku rasa”, sememang sangat mudah terlafaz apabila hati terluka.. apabila redha itu sudah tercarik.. jika tidak terlafaz, lintasan dalam fikiran pasti ade.. dan sememangnya Allah itu  maha adil. Kadangkala dugaan itu ditimpa seperti yang kita inginkan dan kadangkala dalam bentuk lain yang kesengsaraannya juga sama dan setimpal dengan ape yang telah dilakukan..

Sesungguhnya jalanan yang terbaik ialah memelihara rasa redha.. meredha atas semua perlakuan zalim kepada kita. Kerana bukan atas manusia itu kita letakkan tanda aras untuk redha, tapi kerana Allah. Setiap perlakuan dan insiden itu tidak akan berlaku tanpa keizinan Allah.. maka sentiasalah pujuk diri untuk meredha akan tindakan yang menzalimi kita.. sebab bukan manusia yang menjaga kita, tapi Allah. Setiap nasib itu akan lebih bermakna apabila Allah itu sendri yang memelihara kita atas sebab kita redha akan semua yg terjadi itu adalah trials daripada Allah dan semuanya untuk penambahbaikan iman kita kepadaNya. ingatkan lah diri selalu untuk memujuk diri redha dengan "aku sendri pun banyak kelemahan. marah itu adalah pakaian orang yang sombong, dan apabila sukar mengaku kesilapan diri dan sukar meredha, itu tanda hati dah terpalit rasa sombong"..

Senang untuk dilahirkan dalam bentuk tulisan. Tetapi sukar apabila detik itu berlaku.sesungguhnya belajarlah memberi redha pada semua orang.. memberi redha akan kelemahan manusia adalah penjemput redha dan kasih Allah.. itulah matlamat utama didunia ini.. meraih redha Allah. sesungguhnya setiap perkara yang berlaku pada diri sendiri atau sekeliling adalah memberi pelbagai pengajaran dan iktibar untuk di ambil. bukan untuk dijadikan bahan cerita, jenaka, tawa dan umpatan.. nauzubillah.. semoga Allah pelihara kita semua daripa sifat mazmumah.. aamiin


Wallahu’alam.

Isnin, 24 November 2014

Berhati-hati dengan tipu daya syaitan


telah lama aku menunggu..

merenung ke langit biru, berepilog sendirian. sesungguhnya telah lama aku menunggu.. kenapa ia tidak hadir. hari demi hari, aku menunggu, merenung ke langit biru.. subhanallah, ma sya Allah... sungguh indah ciptaanNya.

sungguh aku rindu, telah lama aku menunggu, rindu, aku rindu, teramat rindu...
fikiranku menerawang, mencari-cari apa  salahku sehingga begitu lama aku menunggu,

perasaan itu, telah lama aku menunggu ia hadir, dahulu pernah kurasai, setelah makan bulan, kini..
aku masih di sini, merenung langit biru, berepilog sendirian... telah lama aku menunggu.. detik waktu itu.. entahkan bila akan hadir.. entahkan tidak.. akhirnya aku akur, tunduk merenung bumi.. memegang dada, cuba menggosok tangkai hati yang kering, usang.. sudah lama tidak menitiskan air mata, air mata keinsafan..

sungguh ya Allah, aku rindukan detik itu, telah lama aku menunggu, detik jiwa yang penuh redha dalam mengabdikan diri dan mengakui kesilapan diri dalam memohon ampun daripadaMu..

telah lama aku menunggu.. aku rindu.. sungguh besar palitan dosa sehingga begitu keras hati ini untuk bermunajat kepadaMu...

telah lama aku menunggu.. aku amat rindukan Mu.. saban hari aku tetap menunggu dan merindu detik waktu itu.. aku pasti janjiMu itu benar.. disetiap kesulitan pasti ade kemudahan... dan tiada kemudahan yang paling aku inginkan melainkan detik waktu aku paling hampir denganMu.. 2/3 malam bermunajat, air mata mengalir lesu memperakui setiap salahku dan memohon keampunan dariMu.. sungguh aku rindu.. sangat rindu.. telah lama aku menunggu...

Kasih Allah itu Abadi


jalanan memujuk diri menjadi redha

Assalamu'alaikum wbt

Maqam redha iaitu di saat jiwa, hati dan akal fikiran bersatu dengan bahagia dan senang menerima setiap takdir daripada Allah baik dari segi cubaan yng berupa kesedihan maupun kegembiraan. 

ade masa diri itu begitu sukar dipujuk agar meredhai setiap takdir dari Allah. disini saya terjumpa satu blog yang tulisannya bagi saya sangat memberi kesan. ingin saya share di blog ini. 


Walaupun sedih, mari belajar untuk redha. Belajar untuk menerima.
Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.
Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.
Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.
Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?
Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.
Duduk Sebentar Berfikir
Satu hari, seorang kawan bertanya, bagaimana untuk pasrah atas dugaan yang menimpa?
Ada sesetengah orang sekejap aja dapat memujuk hati yang sedang berduka terhadap ujian ALLAh. Ada setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAh.
Sekali lagi saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,
“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAh itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”
Besar makna kata-kata beliau.
Sahabat, mari sini. *pimpintangandia*
Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAh SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.
Kadang-kadang, ALLAh menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.
Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAh cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAh, ALLAh memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.
Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAh ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAh.
Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.
Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri
“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”
Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAh. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.
Islam ini sangat cantik!
ALLAh menguji manusia, namun ALLAh siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAh melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAh akan menguji kita. Dan ALLAh hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAh telah beri itu atau tidak.
Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.
Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAh.
Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAh.
“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15
Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.
“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.” – al Insyirah : 1-8
Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.
Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita. Senyum.
Ujian ALLAh Datangkan Hendak Membersihkan Manusia
Sebenarnya, ALLAh bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.
Dalam pada masa diuji itu, ALLAh cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAh uji kalau nak bagi pahala?
Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.
Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari
Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAh bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” – HR. Bukhari & Muslim
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAh ingin menghapuskan dosa-dosa anda?
Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAh
Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAh.
Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.
Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*
Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..
“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”
Anda mahu hebat pada pandangan ALLAh? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAh yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat!
Semoga ALLAh merahmati.

Khamis, 23 Oktober 2014

Akibat terpakai sifat sombong.. adekah kita bebas dari sifat sombong???

sombong, angkuh, ujub, riak..itu semua adalah sifat yang Allah larang manusia daripada memilikinya. kesombongan itu selalunya akan diikuti dengan keangkuhan, berasa ujub dan riak...

perkara utama yang nak mengetahui bahawa sifat sombong itu ade pada diri ialah apabila sukar untuk mengakui kesilapan diri. kadangkala ade yang memang rasa diri sendiri sentiasa betul.. ade yang memang sedar bahawa diri dah pun melakukan kesilapan tapi masih EGO nak mengakui dan mengubah diri... itulah betapa buruknya terpakai sifat sombong... bukan sahaja menjengkelkan bahkan membawa sekali sifat pentingkan diri sendiri.. pentingkan diri sendiri dengan memaksa orang lain terkesan dgn sifat diri sendiri yang sombong...

sombong banyak kali Allah sebut dalam Al-Quran.. dan sesungguhnya setiap pembalasan yang disediakan Allah untuk orang yang bersikap sombong teramatlah dahsyat.. jadi tidak hairanlah jika Allah memberi peluang untuk kaffarah dosa.. dosa kesombongan ini selalunya dapat diubati dengan dugaan yang amat tinggi dan hebat.. itulah kasih Allah agar terhakis sifat sombong dalam diri manusia.. dugaan yang ditimpakan itu selalu bertimpa-timpa..seperti pepatah melayu.. "sudah jatuh ditimpa tangga".. jadinya itulah hikmah disetiap dugaan yang menimpa diri manusia.. sifat manusia kebiasaannya sudah jatuh baru tengadah... ade satu kisah yang sy ingin kongsikan yng juga membuat saya sedar dan sentap akan sangat tingginya dugaan bagi orang yang telah memakai sifat sombong ini..

kisahnya ialah sebuah keluarga (xperlu sy sebutkan) yang pada ketika itu di kawasan perumahannya, keluarga ini memang antara yang berduit dan dalam kaum kerabat pun, keluarga ini jugalah yang paling berduit. asal usul keluarga ini adalah dari kehidupan yang kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. oleh kerana dalam keadaan ketika susah, suami isteri keluarga ini selalu dikeji, dicaci dan dimaki oleh kaum kerabat.. akhirnya doa suami isteri itu Allah kurniakan duit yang banyak melalui bisnes yang dijalankan... maka dari situ.. bermulalah sifat sombong dalam keluarga ini.. satu sifat yang Allah paling benci.. iaitu sombong.. jalan yang diambil oleh keluarga ini ternyata salah.. kesenangan dan duit tidak boleh membeli adab sopan, rasa hormat kepada diri kita jika akhlak diri dah diracuni sifat sombong yang mendidik diri dalam hidup yang penuh dengan keangkuhan...
akhirnya.. hanya beberapa tahun memiliki duit yg bertimbun... sekelip mata Allah sentap kesenangan iitu.. bermulalah episod yang mengimbas kembali perilaku diri ketika sombong dahulu yang semuanya hanya menyajikan sifat diri yg jelek dan jengkel.. akhirnya malu pada diri sendri akibat perbuatan diri..

sombong ialah satu perasaan yg berasal dari dalam hati.. iaitu hati yang sudah rosak, beracun, busuk, keras dan hitam ..

sesungguhnya sifat sombong ini ade pelbagai bentuk dan situasi yang perlu kita berhati-hati dengannya...

1. sifat sombong antara manusia dengan manusia
2. sifat sombong antara manusia dengan Allah
3. sifat sombong antara manusia dengan haiwan

sombong itu ialah sifat yg ditunjukkan oleh syaitan yang tak mau akur pd perintah Allah yang disuruh sujud kepada nabi Adam.. selain tidak akur itu.. kesombongan yang dipakai syaitan itu membentuk syaitan itu satu jenis makhluk yang penuh dengan dendam, hasad, dengki dan punyai hasrat untuk merosakkan nabi adam dan seluruh keturunan nabi adam as. itulah betapa bahayanya sifat sombong ini.. ianya bunga-bunga api neraka,...

sifat sombong antara manusia dengan manusia itu ialah apabila seseorg itu masih melakukan ibadah seperti solat, puasa, dan sebagainya. akan tetapi kesombongan itu membentuk sifat takabbur.. sifat ini boleh dilihat dengan perbuatan dan kata-kata.. orang yang bersifat sombong ini.. akan rasa gembira jika dia dapat menyakitkan hati orang lain.. apabila melihat orang itu sedih, terpempan, terpaku.. orang sombong ini akan merasakan kemenangan pd dirinya.. walhal dia telahpun menzalimi dirinya.. kebiasaaannya.. pendekatan diri orang yang sombong ni, apabila menegur dia seorg yang sangat kasar, menegur di khalayak ramai iaitu tak reti nak jaga aib orang,bahkan bergembira pula jika lagi ramai yang tau dan tengok akan perilakunya itu.. orang yang sombong in tak pandai jaga air muka dan keaiban seseorg..

sombong antara manusia ni.. bila bertelagah.. dia susah nak mengalah.. bila tersalah.. dia xmengaku salah.. rasa dia saja betul..

sombong antara manusia ini juga apabila saling bercerita kemegahan masing2.. menceritakan semua kehebatan dan kekayaan yang dimiliki dan berbangga dengan setiap pencapaian dan ape yg dimiliki..  dan ini selalunya menjemput perasaan riak iaitu ingin dipuji dan digahkan..

sifat sombong antara manusia ini, menghalang seseorg utk saling memberi kemaafan bahkan melahirkan banyak permusuhan, dan persengkataan yg menyusutkan bilangan org yg sentiasa boleh mendoakan kebaikan untuk dia. rugikan bersifat sombong ini.. lama kelamaan orang akan mula menjauh dengan org yg sebegini..

sifat sombong itu kalu dh terpakai pada diri manusia.. ia akan disalurkan dengan didikan kesombongan kkepada keturunannya sekali.. tak tau hormati org.. bersifat kurang ajar.. kerana kadangkala orang sombong ini merasakan dia boleh hdup keseorangan tanpa bantuan orang lain.. walhal.. Allah dah kata kene berkomunikasi dan bersilaturrahim..

orang yang bersifat sombong.. suka mmperlekehkan orang..mempersendakan orang.. menjadikan kesilapan orang sebagai bahan tawa mereka.. kadangkala kemiskinan itu jadi bahan tawa mereka.. kejahilan orang diketawakan.. itu semua pakaian sifat sombong di zaman masyarakat jahiliyah.. kemiskinan itu dikeji, geli dan dipulau daripada kehidupan dia.. contoh2 ayat2 kesombongan:

"aku tak mainla makan kat gerai2.. kat hotel la baru ade kelas" (takabbur)
"e..eeh.. tengok kereta orang tu...buruknya..." (menghina)
"anak aku semuanya lulusan universiti, sorg doktor, sorg engineer.." (menunjuk2)
"alah.. baru pakai kereta myvi..dah berlagak" (berkata yang kasar seperti memaki, menengking, walau berada disituasi yg betul)

nabi tak ajar kita menegur dengan caci maki, penuh amarah, .. bukan kegarangan wajah dan kehebatan tengkingan itu yg kita nakkan utk mengubah seseorg, islam tidak mengajar berdkwah  melalui rasa takut dengan kegarangan/kekasaran manusia dan memalukan/mengaibkan org.....nabi berdakwah dengan penuh kelembutan dan ketegasan.. keperibadian itu yg membina hormat orang kepada kita utk terkesan dengan teguran kita.. .. teguran itu masuk dalam jiwa yg membawa penuh kesedaran.. bukan mencalar hati manusia dengan tindakan kekasaran kita.. berhati2 lah.. apabila kita pernah caci maki org.. tengking orang.. kita sememangnya sudah ade sifat sombong itu.. yang memupuk baja diri agar dipenuhi api amarah.. iaitu pintu kemenangan syaitan..

adekah kita tidak pernah memiliki sifat sombong??? tepuk dada tanya selera..

kesombongan antara manusia dengan Allah itu jelas sekali apabila orang itu tidak solat... itu memang kesombongan yang nyata lagi jelas... tinggal puasa.. tak bayar zakat... buat maksiat.. bahkan sifat yang sombong antara manusia dengan manusia itu juga dikira sombong terhadap Allah.. kerana tidak meninggalkan perkara yang Allah tak suruh lakukan bahkan perlu ditinggalkan... balasan orang sebegini jelas sekali.. masuk neraka terus.. jika tak sempat bertaubat.. daripada fasik boleh jd murtad.

sifat sombong antara manusia dan haiwan ialah mengasari haiwan.. seperti menyepak.. menyakiti haiwn,, meludah haiwan.. sombong itu membina sifat kejam dan ketidak perimanusiaan dalam diri..

walaubagaimanapun.. apa yg paling penting ialah jujur dalam diri.. selami jiwa.. muhasabah diri.. sifat sombong itu tak perlu kita fikir ianya datang apabila kita dalam kekayaan.. kejayaan.. jangan silap.. sifat sombong itu boleh lahir pada orang fakir miskin..
cuma kebiasaannya kesombongan itu timbul stelah manusia itu punya kelebihan dalam diri.. tak kiralah kekuasaan ke,, kekayaan ke,, kejayaan ke.. dan sifat sombong itu tersembunyi pada diri.. ia lahir secara halus tanpa disedari... dan kesemuanya berpunca dari HATI.. maka selalukan lah membuat amalan yang boleh terapi hati sendiri... hati yang mati ialah hati yang melupakan ALLAH..

apabila lupa ALLAH.. semua yang buruk itu akan datang menyerbu...

pernah sy lihat sebuah keluarga.. sombong dengan sedara mara sendiri..bahkan sombong dgn ibu bapa sendiri. apabila Allah ajarkan keluarga ini dengan pelbagai musibah.. mula timbul rasa malu nak memohon pertolongan dari sedara mara sendiri.. sbab ape.. sbb dl masa senang.. angkuh.. anak2 semua diajar angkuh dengan sedara mara.. bila dah ditimpa musibah..bukan sahaja malu nak mohon pertolongan.. bahkan malu dengan jenis2 musibah yang penuh dengan keaiban.. terasa rasa yang sedara mara akan menempelak dengan sifat2 ketika sombong itu...walhal kebiasaannya orang lain akan  lebih kepada melihat dan mengambil iktibar dan mendoakan kebaikan buat org yg ditimpa musibah itu dan kebiasannya org ini akan ikhlas membantu dan membina semula semnagat org yg lemah dan ditimpa musibah.... bila sedar drpd kesombongan.. hidup mendatang akan disajikan dengan rasa malu pd diri sendiri, segan, terasa-rasa ditempelak walhal xpun, kekesalan memanjang...itulah dia juga stu jenis cabran dan kaffarah dosa... itulah dia bala yang Allah timpakan jika dah terpakai sifat sombong yg menjemput full packga sifat mazmumah sperti, angkuh, takabbur, ujub, riak, dengki, hasad, dendam... betullah Allah dah kata.. manusia itu sendirilah yang menzalimi dirinya... berlaku sombong sama la menzalimi diri sendiri...

akhirnya orang yang sombong ni.. jika Allah masih sayangkan dia.. Allah akan timpakan dugaan dengan melenyapkan sekelip mata akan punca yg menjadikan dia sombong..jika kaya.. maka Allah mufliskan.. jika kejayaan, Allah lenyapkan... sehingga dia rasa jatuh terhenyak.. terhentak.. terlentang.. dan duduk menadah tangan pada Allah dan akhirnya belajar menerima yang diri dah pun terpakai sifat sombong.. dan jika Allah menghendaki dia mati dalam keadaan bersih dari dosa2 yg lalu.. Allah akan berikan hdayah degan memupuk keinsafan, kesabaran, kesediaan diri dia dlm menghadapi pelbagai dugaan demi menerima ia adalah satu cara menyucikan semula kesilapan lalu.. iaitu menjadi orang yang SOMBONG...

betul ke kita xsombong>???? betul ke kita tak pernah sombong?? sombong pada mak.. pada ayah... pada adik beradik.. pada sedara mara... pada rakan taulan..

fikirlah kenapa timbul rasa marah.. dan rasa menyalahkan orang dan lupa utk melihat kelemahan diri???

fikirlah bila diri suka marah2.. maki2, sebelum selidik kelemahan diri...

bantulah diri sendiri untuk menjauhi sifat sombong...

hidup biar papa jika kepapaan itu boleh menjauhkan sifat sombong...

sombong itu pintu kepada segala jenis macam kejahatan, kemaksiatan... kehancuran hidup...

jagalah hati.. jagalah kondisi hati....

jadinya apabila ditimpakan musibah... hikmah yang utama ialah dapat menjauhkan sifat sombong...

sebab itu musibah itu perlu disyukuri.. ia membuka jalan memohon ampun drpd Allah.. memohon Allah tunjukkan kesalahan diri sehingga Allah duga diri sebegitu... makin bersujud.. mkin berkurangan sifat sombong..

makin banyak baca tafsir dan dalami ilmu alquran.. makin memahami akan balasan orang terdahulu yang Allah telah sajikan buat mereka.. terutama sifat sombong..





Rabu, 24 September 2014

Jika benar aku cinta Allah

Jika Benar aku cinta Allah,
betahkah aku tanpa perhatian daripadaNya?

Jika benar aku cinta Allah,
Adakah Allah yang aku cari sebagai tempat pertama untukku berkongsi setiap kegembiraan dan kedukaanku?

Jika benar aku cinta Allah,
adakah aku sudah bersedia dengan wuduk dan berteleku di atas sejadah sebelum masuknya waktu solat?

jika benar aku cinta Allah,
adakah setiap hari aku mengalunkan firman-firman Allah?
adakah firman-firman itu terkesan dalam sanubari ku?
atau sekadar alunan semata-mata?

jika benar aku cinta Allah,
adakah aku menyayangi kekasih Allah sebagaimana Allah menyayangi beliau?

jika benar aku cinta Allah,
tidakkah aku berasa takut dan gentar akan melakukan perkara yang menyebabkan tergurisnya dan murkanya Allah?

jika benar aku cinta Allah,
tidak rindukah aku pada Allah?

Jika rindu,
mengapa kurangnya aku bersujud kepadaNya? 
kenapa kurangnya amalan-amalan solat sunatku?
sedangkan itulah waktu yang aku paling dekat denganNya?

jika rindu,
mengapa jarang-jarang sekali aku menelaah dan mengalunkan firman-firmanNya?

Jika rindu,
mengapa aku masih solat di akhir waktu?
Rindukah aku?

jika benar aku cinta Allah,
berzikirkah aku di waktu lapang?

jika benar aku cinta Allah,
tidakkah aku ingin berwangi wangian, bercantik dan ingin berjumpaNya dalam keadaan diri yang indah?

jika cinta,
bersyukurkah aku di atas setiap pemberianNya?
atau sentiasa mempertikai takdir untukku?

wahai diriku,
muhasabahlah diri,
tanyalah hati, selamilah jiwa,
adekah aku benar cinta Allah?
Adakah cintaku ikhlas dan tulus kepada Allah?
atau adakah ibadah sekadar ibadah...
sekadar melengkapkan rukun..
tanpa perasaan halus meresap,
kecintaan dan kerinduan seorang hamba kepada Penciptanya...

jika benar aku cinta Allah...
sudah pasti akan ku rasakan keberadaan Allah itu sentiasa bersamaku..
melihat setiap perlakuan dan perbuatanku....

Rabu, 6 Ogos 2014

Reaksi yang perlu dilakukan ketika dizalimi

beep..beep... telefon berbunyi.. "Assalamu'alaikum.. sy A dari division MSD.. nak inform yang berkaitan dengan application 'Aisyah untuk extension study tu.. interview akan diadakan pada 5/8/2014.. jam 9.00pg ... topik yang akan dibincangkan ialah mengenai tempoh masa extension yang diminta.. ok.. assalamu'alaikum."

termenung 'Aisyah memikirkan.. lagi beberapa hari je lagi nak balik raya.. tak seronok la nak raya.. duk fikir nak interview.. walaubagaimanapun.. atleast ade feedback untuk application aku tu.. harus bersyukur.. walau ade jugak rasa cuak.. dah lama tak kene interview.. bahkan skang duk interview org pulak utk data collection.. huhuhu... dan result drpd interview tu juga memberi impak yang besar dalam kerjaya hidupku..

____________________________________________________________________________

hari interview

setibanya di bangunan MSD itu.. aku lihat ade 11 org semuanya candidates utk interview dan aku yang ke 10.. kira lama la kene menunggu.. hati ni makin berdebar.. walaubagaimanapun sepanjang tempoh application tu hingga kini aku tak henti buat solat hajat dan istikharah.. so skang aku perlu bertawakkal.. apa yang akan berlaku hari ini adalah dari Allah.. dalam aku sibuk terkumat kamit baca surah melapangkan dada Al-Insyirah, surah yusuf ayat 4 dan beristighfar.. akhirnya nama aku dipanggil juga.. "'Aisyah..."

penuh baris dihadapanku dengan panel dan staff committe.. tak pulak berdebar dalam jiwa ni berbanding di luar bilik tadi.. berdebar juga.. dalam banyak2 panel tu ade seorang yag duduk jauh dihujung sebelah kiri yang aku kenali.. Dato'/Prof Alias.. aku duduk.. dan bertentang terus dengan chairman.. Prof tahir.. dia membelek dokumen aku.. panel yang lain.. ade 2 org wanita dengan laptop.. sibuk menaip.. dan yang lain semua lelaki.. sibuk dengan gadget masing2 kecuali prof tahir..

"what is your mental problem?",.. terkejut jugak dengan soalan dia.. "masalah murung..." .. dan tak sempat nak explain lebih..  "ade ambil medication" .. sememangnya aku tak consult direct dengn mane2 hospital untuk masalah "mental block" ni.. pernah sekali just thru email je.. consult dengan gleanegles hospital rujuk psikiatrik mengenai masalah depression.. tu pun makan rm350 cost just utk run test blum treatment dan medication.. lagi pun aku refer kaunseling, not advisable take medication.. even US sendiri pun realize... drugs tu buat org makin GILA.. "no, sy tak ambil ubat"

"masalah mental you ni mesti daripada keluarga.. kalu you tak consult dengan mana2 hospital dan ambil ubat... you kene fikir panjang untuk involve dalam dunia education.. you dah kawen?" ... dari ayat prof tu aku tau tahap mental yang dia maksudkan memang GILA la.. aish.. dia pun doktor.. "ya dah kawen tapi divorce.. dan say alami masalah ni lepas divorce...dan sy depression yang tak sampai menangis tanpa henti..jjust mental blok, masalah fokus.."

"ni you refer kat ape...ni" .. surat rujukan masalah aku adalah daripada darussyifa.. aku amik rawatan melalui darussyifa.. memang xde surat daripada hospital kerajaan.. masalah berkaitan yang aku refer klinik institusi adalah just sbb back pain. gastriks.. headache.. ulcer mulut.. dan penyakit lain... memang xde pun perihal depression.. sbenarnya term yang sbenar ialah stress... mungkin prof salah faham.. " masalah you ni kita akan discuss.. dan i advice you consult dgn mane2 hospital dan amik ubat.. you duduk mana...." huhu... "sy duduk dalam ni.. stay mahalah...".. tetiba one of panel bersuara "dia student sini dan phd student..." aku diam je.. dan lagi sorg panel yang aku kenal bersuara "sape supervisor u?"... ade org lain menyahut... "dr tan..." aku pun dah terkelu dan terpempan nak bgtau 2 org lg co sv yg tercicir.. yela.. di claim "GILA" "ok.. thats all.. nanti kita akan bgtau result"..

___________________________________________________________________________

 dalam perjalanan pulang.. aku rasa sedih dan tiada harapan... tapi tidak pula menangis.. lebih kepada lapang menerima.. itulah mungkin feedback drpd istikharah dan solat hajat sblm ni..
aku pandu balik.. dan tiada ape yg mampu aku lakukan bagi membina semula kekuatan dan kesabaran diri melainkan berwuduk dan terus solat dhuha dan hajat... mengadu semuanya kepada Allah.. alhamdulillah Allah lintaskan dalam kotak fikiranku.. nabi pun pernah digelar orang gila... apatah lagi aku manusia biasa yang terlalu banyak kelemahan dan kesilapan... lege rasa.. tapi persoalan orang disekeliling agak memberi kesan sedih dihati.. itu biasa.. pasti org akan bertanya.. bukan salah mereka.. aku sendiri yang perlu kuat dan tabah menerima hakikat..

alhamdulillah.. seharian itu aku tidak buat pekara lain .. melainkan dipenuhi dengn bersolat dan mengaji Al-Quran.. ade masa mengalir juga air mata...tapi dihujungnya aku lebih tenang dan menerima tanpa rasa marah .. alhamdulillah

tiaada ape yang aku dambakan melainkan ketabahan dan kesabaran serta keikhlasan dan kesyyukuran dalam hidup ini terutama saat diuji sebegini.. jika inilah peluang untuk aku mencuci dosa-dosa yang lalu... dan jika inilah peluang untuk aku makin hampir kepada Allah.. aku mohon dari Allah.. dikurniakan.. kesabaran yang tinggi... keikhlsan yang tinggi dan rsa kebersyukuran yang tinggi.. kerana disetiap ujian itulah aku akan lebih mendekati Allah.. mengadu nasib hanya kepadaNya.. dialah yang maha mengetahui.. memahami.. dan rezki aku juga Dia yag pegang.. jika tidak disini lagi.. pasti ade di tempat lain yang lebih baik.. sesungguhnya "jalan cerita" yang Allah dah buat itu... itulah yang terbaik...

"..jadikanlah solat dan sabar itu sebagai penolongmu.."(surah albaqarah)... dan alquran dan assunnah sebagai panduan hidupmu...


Rabu, 23 Julai 2014

Menangkis zina HATI


sumber gambar drpd: cikjie.blogspot.com

Tips dan Panduan Mengatasi Zina Hati

 

1. Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

2. Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

3. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)

4. Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

5. Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

6. Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

7. Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Sumber: gmail-malaysia@googlegroups.com
diambil drpd http://peribadirasulullah.wordpress.com/2011/03/23/tips-dan-panduan-mengatasi-zina-hati/

Erti kasih

seperti biasa. 'aisyah akan ke pusat sumber pada jam 10.00 pg. tempat parking kete yang paling dekat dengan pusat sumber ialah fakulti ekonomi. dalam perjalanan ke pusat sumber, 'aisyah teringat pada seekor kucing yang dijumpainya sblm pulang semalam. cantik kucing tu.. coraknya bulunya macam color kucing hutan... 'aisyah mencari..selalu kucing tu akan ade berbaringan di bridge. dan pencarian 'aisyah membuahkan hasil... ade kucing tu berbaringan.. 'aisyah memang suka sangat dengan kucing ni.. dia pun duk belai2 kucing tu.. makin kuat pulak kucing tu mengiaw.. hajat 'aisyah hanya nk belai je..

'aisyah pun berdiri.. nak meneruskan perjalanan ke pusat sumber.. tetapi kucing tu duk mengiaw.. 'aisyah langkah kanan dia menyelinap di kaki kanan.. ke kiri.. dia ke kiri.. 'aisyah tak boleh melangkah dengan laju..risau .. takut terpijak kucing tu... kemudian 'aisyah berhenti...  "kenapa ni.. lapar ke?".. kucing tu seakan memahami 'aisyah.. nada suaranya makin slow.. macam mengadu.. kebetulan ade makcik cleaner tgh cakar sampah.. 'aisyah pun bertanya,  "makcik, cafe bukak ke?".. makcik tu pun menggeleng.. "xbukak dik, bulan pose ni.." hmm... ke mana harus aku cari makanan untuk kucing ni.. aku pun berpatah balik ke arah cafe yg tutup... mengharap ade kedai yg buka..

cara kucing tu mintak.. mengelilingi kaki aku sampai aku xleh jln..sambil mata mendongak ke arah aku.. berdiri kaki dua menghidu tgn aku... aku melihat perutnya kempis.. memang sgt lapar kucing ni... sedih rasa melihat keadaan kucing ni.. dalam kotak fikiran aku ..kedai yang buka memang ade.. tapi jauh skit.. dlm 250m dari sini..aku kene pegi sana beli.. tp yg aku risaukan kalu kucing ni ikut kaki aku.. lambat la perjalanan nnt.. aku tawakkal je berjalan.. separuh je aku berjalan.. kucing tu berhenti.. terkebil2 memandang aku... sedih dan sayu memandang matanya yang kecewa... dalam hati aku berbisik..jgn ke mana2.. aku pasti akan kembali dengan makanan utkmu..

aku segere melangkah laju... xsedar.. air mata aku mengalir... mengingatkan aku yg mewah makan kenyang... bergerak ke sana ke mari dengan kereta.. xperlu berjalan kaki... semua terbayang dalam fikiran aku.. ummat di gaza.. rohingya... zamboaga.. palestin..syria.. yang kelaparan... makin laju air mata aku mengalir... masih tak bersyukur kah aku??...

ade beberapa org yg lalu..curious tgk aku berjln sambil menangis.. trus aku seka air mata.. xperasaan aku berada di tempat awam.. setelah dpt satu tin sardin.. aku kembali mencari kucing itu... alhamdulillah dia masih di situ.. tapi kali ni ade 2 ekor.. aku bhgi dua sardin tu.. harap ia dapat mengalas perut haiwan ni..

alhamdulillah.. syukur.. aku sgt bersyukur dikurniakan rasa mengasihani sesama makhluk dan menyedari bahawa kehidupan aku dh cukup mewah... terimakasih ya Allah.. ini semua dari Mu...

Selasa, 22 Julai 2014

Slot LWAWUTD: Belajarlah dari kehilangan-it is a calling from Allah



Sesungguhnya hidup itu tidak setiap masanya dipenuhi keceriaaan dan kebahgiaan. Itulah namanya perjalanan kehidupan. Disebalik kebahgiaan pasti akan ade peristiwa yang menduga jiwa dan perasaan. Ianya berlaku adalah tak lain tak bukan supaya diri semakin matang berfikir untuk kehidupan mendatang. Ianya berlaku juga agar kita lebih mensyukuri ape yang telah dimiliki.

Kadangkala hidup ini terduga dengan kehilangan pelbagai bende dalam kehidupan. Satu persatu pergi.. sungguh pahit dan meruntun jiwa dengan kehilangan .. terutama sesuatu yang sangat berharga.. walaubagaimanapun di setiap sesuatu kehilangan itu.. Allah telah bekalkan bersama hikmah dan kemanisannya.. kita perlu meredhai dan menerima hakikat bahawa.. ianya telah pun pergi..tiada… bukan milik kita.. dan itu semua bi izd nillah..(dengan izin Allah) lah jua.. ia menandakan bepergiannya itu lebih baik buat diri kita.. terutama baik utk agama.. manusia seringkali tersentap dan tersedar dari lena kemewahan dan kurang mensyukuri nikmat apabila bende yang ade di depan mata.. hilang sekelip mata..sentapan..

Kehilangan ni kebiasaannya berlaku kerana kurangnya bersyukur, angkuh dengan memiliki bende, riyak dan takbur.. dan tidak amanah dalam menjaga bende yang dimiliki.. maka dengan kasih dan sayang Allah Tarik balik.. supaya tersedar dari lena diulit sifat mazmumah… ye kehilangan itu.. tanda kasih dari Allah… supaya sedar bahawa.. ape yang dimiliki itu adalah pinjaman semata2.. ianya milik Allah.. bukan milik kita yang kita boleh buat sesuka hati.. apatah lagi terus melupakan suruhan-suruhan Allah… hakikatnya menjemput kemurkaan Allah..

Ade orang di duga dengan Allah ambil sikit demi sedikit.. ade yang Allah duga dengan kehilangan sekaligus… sekelip mata… dan ianya terpulang kepada kita samada untuk menerima kehilangan itu dengan “mendekati Allah” atau “menjauhi Allah”… menjauhi Allah ialah seperti berhenti atau semakin kurang melakukan ibadah, menjadi pemalas, tak bersemangat… hidup tanpa motivasi.. itu lah “denying” pada takdir.. dalam erti kata lain.. “deny dgn takdir Allah”.. siapalah kita nak “pertikaikan takdir Allah”… Allah is the best planner.. pls remember that…

Ade orang sgt strong dan kuat.. walau jatuh dan kehilangan mcm mane pun..dia terus bertatih dan dgn usaha itu, akhirnya dia Berjaya hingga ke tahap berlari… ade org yang “meroyan” dlm beberapa tempoh.. dan bangun juga akhirnya.. ade org.. memang terus terusan “meroyan” dan org itulah yang menzalimi diri sendiri.. kerana setiap ape yg berlaku..kita memang ade 2 option… 1.option +ve, 2. Option –ve.. hakikatnya.. xde org boleh tolong kita.. melainkan diri kita sendiri… adapun dilihat kekuatan seseorg dalam menghadapi sesuatu dugaan dan kehilangan itu adalah berlandaskan kekuatan asas agamanya… makin kuat agama.. makin mudah meredhai dan menerima hakikat dari Allah.. makin rapuh imannya.. makin sukarlah nak meredhai hakikat takdir Allah itu…

Di atas setiap kehilangan itu.. jalan yang terbaik ialah muhasabah diri.. “kenapa Allah ambil semula kurniaannya daripada aku”.. check balik prestasi diri dalam beribadat kepada Allah.. I would say 99.9% ianya berlaku adalah hint dari Allah… supaya “tersedar”.. dari kesilapan diri… berlapang dada mencari kesilapan-kesilapan diri.. ubah ape yang perlu di ubah.. akui setiap kelemahan dan kesilapan diri.. in shaa Allah Allah akan kembalikan “kehilangan” itu dengan sesuatu yang lebih berharga… agar kita lebih mensyukuri nikmat Allah itu… dan perkara yang paling disyukuri ialah.. kadang kala kehilangan itu is not just sentap kita sesorg ja dari lena..tp juga sentap orang sekeliling dan terdekat… Allah tumpangkan kehilangan yang kita alami supaya ramai yg learnt from that.. besar hikmahnya.. melihat org lain berubah ke arah kebaikan..walau selama kita mengalaminya.. Allah jela yg tau dalam jiwa dan perasaan tu rasanya macam mane.. tapi hikmah2 itu yang membantu kita berdiri utuh dan memadamkan setiap bait2 pedih dlm jiwa..

berkomunikasilah selalu dengan Allah..adukan semuanya kepada Allah.. kemudian Observe..anda pasti akan dapat rasakan bahawa setiap bait2 aduan itu .. ade yang Allah bagi cash on the spot.. just few minutes lepas doa… dan ade after few hours, days, months, years and decades…

kehilangan itu adalah salah satu trial from Allah.. untuk mengubah kita dari yang kurang baik kepada lebih baik…  optimis dengan Allah… jgn pesimis.. memang sukar jika memang dah lahir dlm keadaan pemikiran yang pesimis kepada mengubah kepada fikiran “optimis”.. tetapi jika kita “berdoa” dan mohon pda “ALLAH”.. confirm dapat in shaa ALLAH.. sebabnya.. Allah lah yang pegang hati, fikiran seseorg.. jika Allah berkehendakkan boleh… kun fayakun.. maka akan terjadilah… maka “usahakan” diri itu utk selalu “berdoa” kepada “ALLAH”..

aishhh… kalu cerita bab Allah ni.. memang NEVER ENDING STORY la… dari kehilangan yang suppose kita akan pandang dugaan yang berat..akan jadi sesuatu yang bisa melahirkan kegembiraan yang tak terperi… HIDAYAH dan PETUNJUK itu tidak ternilai harganya…dan kegembiraan dan kesyukuran terhadapnya juga tak ternilai… biarla kehilangan sesuatu bende di dunia ini.. JANGAN HILANGNYA KEINGINAN NAK SELALU BERDOA DAN BERIBADAT KEPADA ALLAH.. itu tanda ALLAH DAH TAK JEMPUT KITA UNTUK MENGADAPNYA.. nauzubillah…HILANGNYA PERHATIAN DARI ALLAH…

sesungguhnya kehilangan itu “is a calling from ALLAH”. It’s up to everybody.. whether strive to answer… or to reject… dan ingatilah.. “panggilan itu mungkin hanya sekali”… so grab it… peringatan untuk diriku ini yang naif.. juga harap dpat memujuk hati sesiapa sahaja yang pernah kehilangan…


wallahu’alam.