Jumaat, 27 Disember 2013

BELAJAR AL-QURAN SECARA FREE - Note 2



NOTA 2 – ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN

1.      Pengenalan

Pada asalnya, ilmu pembacaan Al-Quran itu diwarisi turun temurun secara bacaan dari mulut ke mulut (musyafahah), bermula dari Nabi Muhammad SAW menerima bacaan daripada Malaikat Jibril a.s. Kemudian Rasulullah SAW mewariskan pembacaan tersebut kepada para sahabat juga secara musyafahah dan dari sahabat inilah sampai ke kita Al-Quran itu dengan terpelihara keaslian dan ketepatan bacaannya. 

2.      Adab-adab membaca Al-Quran

Sebelum membaca Al-Quran terdapat adab-adab yang perlu dilakukan seperti:


1)      Disunatkan berwuduk, dalam keadaan bersih, mengambil Al-Quran dengan tangan kanan dan sebaiknya memegang dengan kedua belah tangan.

2)      Disunatkan membaca Al-Quran ditempat yang bersih seperti rumah, masjid, musolla dan tempat-tempat yang dianggap bersih

3)      Disunatkan menghadap qiblat, membaca dengan khusyu’ iaitu bacaan beserta dengan memahami dalam hati dan jiwa, tenang, dan berpakaian yang menutup aurat.

4)      Mulut hendaklah bersih, berus gigi sebelum membaca Al-Quran

5)      Membaca ta’awwudz (a’uzibillahi minasy syaithonirrajim), kemudian (Bismillahirrahmanir Rahim). Kemudian membaca doa, artinya:

“Ya Allah, bukakanlah kiranya kepada kami hikmahMu dan taburkanlah kepada kamu rahmat dari khazanahMu, Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang”.

6)      Rasulullah SAW semasa hayatnya sangat menitikberatkan pembacaan Al-Quran yang tepat dan betul seperti disebut dalam Al-Quran:

“ Dan Bacalah Al-Quran itu dengan betul” (Al-Muzammil:4).

7)      Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran tentang ayat-ayat yang dibaca itu. Seperti saranan ayat Al-Quran itu perlu difahami:

“Apakah mereka tidak memperhati isi Al-Quran?..” (An-Nisa:82)

8)      Ini juga demi menghayati bait-bait ayat Al-Quran apabila sampai kepada beberapa bacaan seperti berikut:

·         Bacaan tasbih, maka dibaca tasbih dan tahmid.

·         Bacaan doa dan istighfar, maka berdoalah dan minta keampunan

·         Bacaan ayat azab, maka mintalah perlindungan daripada Allah,

·         Bacaan rahmat, maka mohonlah rahmat daripada Allah dan begitulah seterusnya.

·         Bacaan yang disunatkan sujud pada ayat-ayat sajdah, (sujud tilawah)

9)      Hendaklah membaca Al-Quran dengan benar-benar menyelami artinya terutama ayat-ayat yang menggambarkan orang-orang yang berdosa, bagaimana hebatnya seksaan orang yang berdosa.

10)   Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara bagus lagi merdu sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Hendaklah kamu sekalian hiasi Al-Quran itu dengan suaramu yang merdu!”

11) Ketika membaca Al-Quran janganlah diputuskan dengan berbicara dengan orang lain. Hendaklah bacaannya diteruskan sampai ke bacaan tertentu dan barulah disudahi. Dilarang tertawa-tawa, bermain-main dan lain-lain yang semacam itu kerana perkara yang dilakukan itu dikira tidak menghormati kesucian Al-Quran itu.

Nota 1, Nota 3


Wallahualam

Bagaimana sebagai seorang pelajar mengisi masa ketika fikiran buntu?



Masalah kebuntuan di dalam kehidupan seorang pelajar sering berlaku sehingga ada yang telah dirasuki dan hysteria sehingga ke tahap membunuh diri. Kenapa pelajar sering buntu? Apakah punca kebuntuan dan kenapa pula membuntu?
Dibawah adalah pendapat dan pengalaman secara general masalah kebuntuan ini…

1.      Ape itu Buntu or blurr??- otak tiada kemampuan untuk berfikir atau memberi tumpuan, closed , blocked , out of idea’s

2.      Bila selalu berlaku? – during exam time, banyak submission dlm date yg sama, masalah peribadi (keluarga, kewangan, kesihatan terjejas dan lain2)

For research student, the blurry always happen during:
 
                                  i.            Find out the objectives, find out research problem from readings of bundle of resources. (tips prepare research proposal) (tips chapter 1)
                                ii.            Writing for literature review – nak tulis semua, rasa semua maklumat perlu ade dr setiap bacaan, until don’t know when to stop writing literature review (tips doing literature review)
                              iii.            Determine the appropriate methodology to be implemented.. by understanding what type of data to collect and how to analyse the data?..any software? Any tool? Qualitative or quantitative?
                              iv.            During data collection – bad feedback from respondent, no feedback, the data not valid
                                v.            During analysis – don’t know how to analyse, result not proof hypothesis
                              vi.            Submission n correction
                            vii.            Viva
                          viii.            Correction after viva
                              ix.            Formatting for hard cover

3.      What happen when blurr or Buntu?

Stress develop. Emotional. Easy to attack by diseases such as gastrik, headache, stomache, depression. Spiritual down. Weak. Loose hope… development of negative thinking..

4.      Symptom blur/buntu dan dalam keadaan tertekan / stress.

Suka gigit jari atau kuku, mudah emosi seperti marah2, menangis, murung dan diam, bereaksi luar biasa dari kebiasaan, hyperactive, menyanyi, menjerit, selalu sakit perut, sakit kepala, menyendiri, makan terlalu banyak atau kurang selera makan. Muntah. Sesak nafas. Susah nak tidur atau tido sokmo. Keadaan tak terurus.
  • Fizikal – Badan rasa letih, sakit kepala, susah tidur, sakit badan terutamanya di bahagian bahu dan tulang belakang, degupan jantung yang kuat, tekak rasa loya, ketar badan, tangan berpeluh dan rasa sejuk
  • Mental – Mudah lupa, hilang tumpuan, susah untuk membuat keputusan, pemikiran celaru dan berserabut
  • Emosi – Kerisauan, kebimbangan, berfikiran negatif, membuat andaian-andaian yang tidak betul, sentiasa rasa sugul dan muram, mudah kecewa, sentiasa rasa takut, sensitive, panas baran dan mudah hilang sabar
  • Sikap – Suka megeluh, makan yang berlebihan, merokok, minum arak berlebihan, bertindak agresif, maki hamun dan suka menyalahkan orang lain

5.      Why stress? 

All of the task as student framed by time constraint, financial constraint and quality of the performance of student. All are trained to finish on the stipulated time with money spent and with colourful result. Some with sponsorship has the contract agreement to abide by. Failure to complete study will cause to breach of contract and reimbursement. It is the world culture that; students are labelled as a good and excellent student if finish on the stipulated time with colourful result.


Nasihat utama kepada pelajar:

1.      Cuba elakkan diri dari kebuntuan. 

Mungkin ada yang akan merungut. Mana mungkin, asam garam pelajar adalah kebuntuan. Boleh sebenarnya kerana pasti ada yang dah pun Berjaya menempuhi dunia pelajar tanpa ada masalah kebuntuan. Tahniah. Usaha itu sesungguhnya perlu. Oleh itu, sentiasa la berdoa supaya mendapat ilmu dari Allah. Skop ilmu itu meluas, dari kefahaman, hafalan, bicara dan sebagainya. Oleh itu, elokla mengamalkan ayat-ayat ini sebagai doa:- 


  • Thaahaa:114
  • Thaahaa: 25-28
  • Alam Nasyrah: 1-8
  • Ar-Rahman:1-5


Selain amalan ini, sifat pemakanan yang juga perlu di amalkan seperti makan kismis, kurma, air zam2 dan madu. 

Makan tidak melampaui batas.

Adapun jika masih mengalami kebuntuan, maka itu juga perlu disedari dengan Izin Allah dan perlunya usaha dilakukan.
Pada yang ada mengalami masalah buntu ni, masa dalam keadaan kebuntuan dan cara dalam menangani kebuntuan itu adalah sangat penting dalam membanteras daripada hidup dalam stress (tertekan). Kerana stress (tertekan) pintu kepada semua perkara negative dan juga syaithonirrajim.
Pada yang dalam kebuntuan bolehlah mengamalkan ayat2 dia atas dan juga ayat ini dibaca sebagai doa (Ayat Al-Quran):


  • Al-Fath:1-3
  • Al-Imran:173


2.      Identify adakah anda sebenarnya buntu? Jika Ya, Apakah yang anda buntukan?

Kebiasaannya kebuntuan dalam diri itu disedari. cuma selalu mengambil tindakan melayani perasaan buntu tanpa memikirkan apakah langkah yang perlu di ambil. Kebanyakannya bila buntu, hanya duduk dan cuba menelaah, sampai jadi stress dan tension kerana masih buntu. Buntu ni berlaku apabila seorang pelajar itu menelaah pelajaran menggunakan kaedah yang sama sehingga satu tahap kaedah itu tak berkesan lagi untuk mendapatkan ilmu yang baru. Nah? Tekanan akan timbul dan persoalan kenapa akan sering disoal dalam diri. Seeloknya tinggalkan sementara waktu perkara yang membuntukan itu.

3.      Ingat nawaitu belajar untuk apa.

Sebagai seorang pelajar muslim. Nawaitu belajar tak lain tak bukan hanya kerana Allah. Ilmu yang dipelajari perlulah selaras dengan tugas khalifah di muka bumi ini seperti dalam Al-Quran menyebut:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."." (Al-Baqarah:30)

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (Adz-Dzaariyaat: 56)

Muhasabah diri. Kembalikan nawaitu itu, yaitu “aku belajar ini ilmu dari Allah dalam izin Allah, untuk mendapat berkah dan sebagai pengabdian kepada Allah bagi menjalani kehidupan dimuka bumi sebagai khalifah Allah dengan cara yang Allah redhai, oleh itu, kebuntuan ku ini juga dengan izin Allah di atas aku sendiri yang menzalimi diriku”.

4.      Menerima bahawa kebuntuan itu dengan IZIN ALLAH JUGA

Setiap ape pun yang berlaku dalam kehidupan ini adalah dengan izin Allah.  Seperti dalam Al-Quran:

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu. (Al-Taghabun: 11)
5.      Bersabarlah.

Adapun kesabaran itu juga perlu dipohon dari Allah. Berdoalah demi kesabaran seperti doa ini (Ayat Al-Quran):

…. berdoa: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."
(Al-Baqarah:250)

6.      Kreatif dalam mengisi masa buntu



Lupakan sementara waktu duty sebagai pelajar dan isikanlah masa buntu anda dengan perkara dibawah yang anda rasa boleh mengembalikan mood anda:-
 

                    i.            Mengaji A-Quran dengan maknanya.
                  ii.            Jika tak boleh berseorangan, berada di library dan juga masjid, tempat2 ilmu dan
                iii.            cuba berdiskusi dengan rakan taulan maupun ilmuan.
                iv.            Solat byk2.. in shaa Allah kepala akan rasa fresh dan tenang
                  v.            Buat solat hajat
                vi.            Bangun dan mandi seawal jam 4pg
              vii.            Berjogging
            viii.            Beristighfar
                ix.            Berpuasa
                  x.            Pulang berjumpa keluarga mohon ampun maaf pd ibubapa dan semua, mohon redha dan keampunan mereka
                xi.            Meredhai semua


        Involve dengan kerja amal kebajikan

Wallahualam


***Jika ingin mendapatkan nota yg lengkap berserta tulisan ayat2 al-quran, sila send email anda di ruangan comment. Jika ade comment atau cadangan topik untuk diperbincangkan, juga boleh dipos melalui ruangan comment.