Sabtu, 23 November 2013

TAWARAN UNTUK BELAJAR AL-QURAN SECARA FREE

Saya (Atikah), secara sukarela, ingin mengajar Al-Quran secara FREE, terutama Muqaddam dan hukum-hukum asas Tajwid. Mengenal huruf, baris, makhraj dan tajwid. Terbuka kepada semua golongan, PREFERABLE, PEREMPUAN. Tiada sijil disediakan, tawaran dibuka pada yang berhajat mendalami ilmu Al-Quran demi melaksanakan ibadah kepada Allah. Saya menawarkan ini adalah bersandarkan kepada hadis berikut:

Rasulullah S.A.W bersabda, "Yang terbaik diantara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya." (Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nisai dan Ibnu Majah) 

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan)”(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang maksud :“Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)


Ustman bin Affan radhiyallahu ‘anhu berkata: Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis riwayat Bukhari)


Berminat? Boleh menghubungi saya menerusi email: atikahrazali@gmail.com.

Khamis, 21 November 2013

Kisah Nabi Sulaiman


Tontonilah dan hayatilah kisah hidup Nabi Sulaiman. Betapa kasihnya Nabi kepada ummatnya. Betapa tingginya dugaan terhadap seorang Nabi itu. Hayati bagaimana penerimaan seorang Nabi itu terhadap sesuatu dugaan. Sabar. tak pernah kenal putus asa. tidak mengeluh. bahkan sentiasa memohon kebahgiaan untuk ummatnya. dan lihatla bagaimana tingginya tawakal dan kepercayaan seorang nabi itu kepada Allah. dan hayati betapa penyayang dan Maha Kuasa Allah itu dalam mentakdirkan sesuatu itu. tidakkah kita sedar akan itu? Allah boleh menjadikan seorang nabi itu memiliki kelebihan dan mukjizat. semoga kita mengambil iktibar dan contoh-contoh dari nabi2 dan para sahabat dalam melayari hidup yang penuh cubaan ini. wallahualam.

Jumaat, 1 November 2013

Slot: LOOK, WHAT ALLAH WANTS US TO DO: Maqam sabar, maqam redha, maqam ikhlas itu seiringan



Seringkali setiap kali melakukan sesuatu diingatkan dengan keikhlasan. Memberi, melakukan sesuatu dengan keikhlasan…dan erti keikhlasan itu ialah melakukan sesuatu KEBAIKAN tanpa menginginkan sesuatu balasan dari segi pemberian maupun pujian apatah lagi celaan. Fitrah manusia sememangnya suka dipuji dan menerima sesuatu. Jadi adalah menjadi penggalak jika kita menerima sesuatu dari seseorg untuk mengucapkan terimakasih, yakni mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan penghargaan pada usahanya itu. Keadaan ini akan memelihara perasaan ikhlas dalam hati si pemberi. Dan in shaa Allah kita dikelilingi oleh orang saling jaga dan memelihara keikhlasan masing2. Inilah kehidupan yang harmoni..
Bagaimana kita nak check maqam ikhlas kita? Nak tau yang hati ni betul2 ikhlas ke tidak… maka jika melakukan sesuatu perkara.. atau memberikan sesuatu untuk kebaikan..jika ada dlm hati dan fikiran itu terdetik menginginkan pujian.. maka ikhlas itu belumla yg sebenar-benar ikhlas yang disarankan.. bahkan keadaan akan semakin rumit jika berasa kecewa kerana tidak dipuji dan tidak disebut2kan akan kebaikan yang dilakukan.. nauzubillah.. mohon dari Allah.. agar diri dijauhi keinginan untuk disanjung melalui kebaikan yang dilakukan..takut2 ia menongkat diri atas rasa riak…nauzubillah…
Ade juga situasi di mana, seperti nabi Muhammad saw. Memberi dan berdakwah.. semua kebaikan baginda dibalas dengan tuba oleh orang kafir quraisy..dilempar dengan kata2 nista..dilempar dengan batu sehingga luka.. penerimaan baginda adalah dengan wajah tersenyum.. sabar.. tanpa ade sebarang kata ungkitan dan kekesalan di atas pemberiannya walau dibalas dengan sebegitu buruk.. tahap ikhlas inilah yang dicari… maka.. dari penghayatan perilaku kita.. kita sendiri sudah tau tahap keikhlasan kita… self  check.. mane yang kurang..maka Allah ade sebgai tempat untuk meminta,,, sesungguhnya keikhlasan itu akan semakin matang dengan banyaknya ilmu mengenai IKHLAS..maka untuk meniti ke maqam ikhlas seperti nabi bacalah perihal ikhlas..cari kupasan dalam hadis dan ayat2 suci kalam Allah mengenai ikhlas.. sikap ikhlas para nabi dan anbiya2.. dekati orang alim ulama dan perhatikan bagaimana keikhlasan mereka..in shaa Allah..akan terbentuk dlm diri kita maqam ikhlas itu…

Tingkatan maqam ikhlas


Memberi tapi jauh dalam hati mengharapkan pujian dan balasan pemberian
  
Memberi dan tiada mengharapkan pujian dan pembalasan pemberian tetapi berasa kesal dan mengungkit jika pemberian diterima dengan celaan atau pemberian tidak dihargai

Memberi dan tiada mengharapkan pujian dan pembalasan pemberian bahkan rasa gembira dapat membuat kebaikan dan tiada berasa kesal dan mengungkit jika pemberian diterima dengan celaan bahkan menerimanya dengan tenang bahawa itula adalah kasih dan saying dari Allah agar memperbaiki lagi tahap keikhlasan dalam hati.