Rabu, 9 Oktober 2013

Slot: LOOK, WHAT ALLAH WANTS US TO DO: Hakikat pandangan mata


Perkongsian situasi ini saja aku nak ketengahkan sbb kadang2 kerana emosi sendiri kita hilang arah ape purpose kita kat bumi ni.

Kita seringkali rasa marah, tak puas hati dan seringkali Nampak salah orang lain daripada salah yang juga ade brpunca dari sikap kita sendiri yang mengundang perkara yg tak diingini berlaku.

Sebagai contoh, kita dilayan acuh tak acuh, kita dikasari, kita ditengking, barang hilang dan dirosakkan dan perlbagai lagi situasi dan keadaan. Bila keadaan begini mata kita akan tertumpu pada jasad/object yg kita Nampak depan kita dan akan memikirkan dan bereaksi dengan object itu mengikut emosi jika gagal menahan.

Disini, ade 2 keadaan yang kita tak sepatutnya buat. Pertama contohnya si B  marah dan tertekan dengan perbuatan si A. dan si A telah menengking si B kerana sesuatu perkara juga. Sekarang B telah mengambil tindakan salah dgn rasa salah dan tertekan dan A juga bersalah kerana perbuatan menengking itu sesungguhnya tak elok walau sememangnya si A bersalah.

Apabila berlaku sesuatu, tanpa sedari manusia akan menyalahkan manusia juga, tanpa sedar bahawa sesuatu itu berlaku tak kira baik atau buruk adalah dengan izin Allah. Sebagai contoh, perbuatan si A itu iaitu menengking si B adalah seizin Allah. Dan Si B sepatutnya tak perlu amik hati, marah dan tertekan ditengking jika faham concept bahawa si A td bersikap menengking adalah juga aturan dan keizinan dr Allah. Begitulah juga si A, si A xperlu menengking jika si B melakukan sesuatu yg membuatnya marah dan meradang. Kerana ape yang diperlakukan oleh si B itu juga adalah dengan keizinan Allah.

Dalam keadaan ini ape perkara utama yang perlu difikirkan oleh A dan B ialah, KENAPA ALLAH IZINKAN PERKARA ITU BERLAKU?  Nah disini adalah tempat yang mana kita perlu self check, muhasabah diri, sudah pasti ade pengajaran yang Allah mahu kita fahami dan ubah. Dan perkara ini sudah pasti takkan berlaku lagi jika kita mengambil jalan dengan melihat pada diri sendiri,, ape sikap kita yang menyebabkan Allah benarkan kita ditengking, dilayan acuh tak acuh, sentiasa berasa sedih dan tertekan dengan sesuatu.. saya berani kata 99% semua berpunca adalah dari diri sendiri… SABAR ITU INDAH, TAPI PAYAH JIKA KURANGNYA ILMU…SABAR ITU PAYAH..JIKA MEMILIH PERSEKITARAN YANG KURANGNYA ILMU… KEHIDUPAN ITU PASTI KURANG KESABARAN JIKA KURANGNYA ILMU….

Disini apebila semua mengambil tindakan self check…redha itu akan tinggi, kemaafan itu akan tinggi, keikhlasan itu akan tinggi, perhubungan bertambah erat dan keharmonian kuat bertaut…syaitan menangis.. dan Allah menanti di syurga Nya..

 

..wallahualam…