Isnin, 29 Julai 2013

Senarai perbuatan yang derhaka kepada ibu bapa

Dalam Islam diwajibkan seorang anak itu taat kepada kedua ibu bapanya, mereka wajib menghormati ibu bapanya, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.


Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
“Bahawasanya Allah mengharamkan ke atas kamu semua menderhakai ibu dan menanam hidup anak-anak perempuan, sebagaimana Tuhan mencegahmu untuk menahan pemberian yang perlu diberikan dan Allah tidak menyukai kata-kata yang sia-sia dan membanyakkan pertanyaan dan menyia-yiakan harta.” - Riwayat Bukhari. 
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW lagi yang diriwayatkan oleh Thabrani yang bermaksud :
“Tiga perkara tiada bermanfaat, lagi bersertanya sesuatu pun iaitu menyengutui Allah SWT dengan sesuatu, mendurhakai ibu bapa dan lari dari medan pertempuran.”
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Thabrani :
“Dua kejahatan yang dibalas oleh Allah di dunia ini iaitu zina dan derhaka kepada ibu bapa.” 

Jadi disini, ingin saya menyenaraikan perbuatan atau perkara yang dikategorikan sebagai derhaka.agar kita tidak melakukan perkara2 dan perbuatan2 ini.

Perbuatan derhaka ialah seperti berikut:

1. anak-anak yang lupa daratan,
2. anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka
3. Sikap mereka yang kasar sering membuat hati ibu bapa mereka terluka dan terguris.
4. Anak-anak yang engkar terhadap ibu bapanya
5. anak-anak yang tidak mahu berbuat bakti terhadap ibu bapa mereka.
6. mementingkan diri sendiri.
7. mengeluarkan kata-kata yang kasar. Dari Ibnu ‘Amr, dari Nabi SAW bersabda : “Keridlaan ALLAH ada dalam keridlaan ayah bunda dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan mereka ” (HR. Thabarani) 
8. berkeras dan membentak-bentak, mengeluarkan kata "ah!" [QS. Al-Isra' (17): 23], walaupun ibubapa ade salahnya, tapi perbuatan ini derhaka, kerana perlu menegur secara berhemah
9. bakhil membiayai ibubapa sedapat mungkin yang boleh
10. Tidak melayani mereka dan berpaling darinya.
11. Tidak memberikan nafkah kepada orang tua bila mereka memerlukannya
12. Mengumpat kedua orang tuanya di depan orang banyak dan menyebut-nyebut kekurangannya.
13. Menajamkan tatapan mata kepada kedua orang tua ketika marah atau kesal kepada mereka berdua karena suatu hal.
14. Membuat kedua orang tua bersedih dengan melakukan sesuatu hal, meskipun sang anak berhak untuk melakukannya. Tapi ingat, hak kedua orang tua atas diri si anak lebih besar daripada hak si anak.
15. Malu mengakui kedua orang tuanya di hadapan orang banyak karena keadaan kedua orang tuanya yang miskin, berpenampilan kampungan, tidak berilmu, cacat, atau alasan lainnya.
16. Tidak mau berdiri untuk menghormati orang tua dan mencium tangannya.
17. Duduk mendahului orang tuanya dan berbicara tanpa meminta izin saat memimpin majelis di mana orang tuanya hadir di majelis itu. Ini sikap sombong dan takabur yang membuat orang tua terlecehkan dan marah.
18. berpergian tanpa restu ibu walau untuk ke arah kebaikan seperti menunaikan haji,
19. sikap tinggi hati adalah berkacak pinggang di hadapan ibubapa karena merasa dirinya lebih hebat 
20. memaki hamun
21menolak dirinya sebagai keturunan dari orang tuanya
22. menghina ibubapa
23. mengubah wasiat yang ditinggalkan ibu bapa
24. mengambil harta ibubapa tanpa hak
25. mendendami ibu bapa
26. berjihad tanpa izin
27. tidak mau mengurus ibubapa yang telah lanjut usia
28. melawan perintah
29. memasuki kamar ibubapa pada 3 waktu tanpa izin iaitu sblm subuh, menanggalkan pakaian pada tghari dan selepas isya'
30. tidak mendoakan ibubapa ketika solat


Oleh yang demikian, waspadalah terhadap tindak- tanduk dan tingkah laku anda untuk menjaga hati orang tua anda. Anak yang menderhakai ibu bapanya akan ditolak segala amalannya selagi anak itu tidak meminta ampun dan keredhaan dari ibu bapa mereka. Anak-anak yang durhaka akan menerima hukuman yang setimpal dari Allah sejak mereka di dunia lagi, mereka hilang kemerdekaan hati dan rasa bersalah sering menghantui mereka. Dan di akhirat juga mereka akan mendapat hukuman yang setimpal. Kerana mereka yang mendurhakai kepada ibu bapa akan dibangkitkan semula di akhirat menyerupai kaldai.

rujukan dari:

http://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/fikrah/sifat-anak-durhaka-terhadap-kedua-ibu-bapa/
http://7topranking.blogspot.com/2013/01/7-ciri-ciri-anak-durhaka.html
http://beralis.wordpress.com/2012/01/01/20-perilaku-durhaka-anak-terhadap-orang-tua/

Mengejar ilmu demi kesenangan duniawi atau demi Allah

Ilmu itu sangat penting. Allah pun menyarankan "bacalah" yang mana berkaitan dengan ilmu juga. walau bagaimanapun, pemilihan ilmu itu penting dan ape tujuan ilmu itu juga amat penting yang mana ia adalah arah tuju seseorang itu.

cerita ini saya kisahkan berkaitan dengan kehidupan saya tiada kaitan dengan sesiapa. ingin saya kongsikan serba sedikit tentang ilmu.

perjalanan hidupku ini sentiasa diberi galakan untuk menuntut ilmu sehingga ke menara gading, memandangkan orang sekelilingku semuanya berjaya bermula dr UPSR, SRP, PMR, SPM, STPM, semua straight A's dan semua boarding school. dan sememangnya Allah memberi rezki kpd keluarga kami melalui kemahiran dari ilmu itu. maka seperti mereka aku selalu disogok, jika ingin mendapat kejayaan dan kesenangan perlulah mendapat ilmu di dada.

dalam masa yang sama, pesan nenek juga, aku perlu pandai mengaji Al-Quran dan mesti khatam Al-Quran sebelum akil baligh atau sebelum masuk umur 13 tahun supaya hidup berkat dan mudah dan semua orang islam kene pandai mengaji Al-Quran. Alhamdulillah aku berjaya mahir dlm mengenali tajwid dan tamat mengaji seusia 9tahun. huhu...agak lambat bukan.. bahkan aku mampu mengajar rakan seperjuanganku. akan tetapi semua ilmu yang dicurahkan oleh ustaz dan ustazah semua berciciran. kenapa? kurangnya praktik di masa mendatang?.. apekah maksud aku menuntut ilmu itu? adekah atas arahan nenek semata2 atau janji untuk mudah hidup di masa mendatang? nah...masa sudah berlalu...ilmu dahulu hilang dari ingatan dan sudah pasti aku tidak mampu kembali ke waktu itu....betapa ruginya aku...nah..Allah bagii aku keputusan peperiksaan yang mengecewakan aku...sungguh Allah sayang aku...

kemudian aku dimasukkan ke sekolah agama penuh negeri. peluang kedua dalam hidupku.aku ditempatkan di kelas yang perlu mengambil bahasa arab, iaitu bahasa syurga dan bahasa Al-Quran. aku mahir sehingga PMR. kemudian, prestasi aku mula merudum...dan kesempatan mendalami ilmu agama ku abaikan... bahkan ilmu lain juga aku abaikan...leka...hanya menimba ilmu bila sudah terdesak.seperti demi peperiksaaan... hmm...nampak sangat aku tidak bersungguh2 menimba ilmu...hanya sekeping sijilkah??.... betapa kejinye aku...kini terlepas lagi peluang itu...dan mana mungkin aku kembali ke waktu itu...nah lagi..Allah bagi keputusan peperiksaan yang mengecewakan aku...kerana mengulangi kesilapan yang lalu.

Allah itu maha penyayang dan pemberi peluang untuk menggapai hidayah tanpa dugaan. sesudah sikap sambil lewa aku..dalam nawaitu mendalami ilmu...Allah tetap memberi peluang kepadaku...kini IPTA juga di tempat yang islamik... 1st degree dan 2nd degree...aku mengambil tindakan yang sama...nah...dugaan yang sama Allah timpakan kepdaku... kini aku di degree yg ke-3..masih dalam bertatih... awalnya aku mengambil tindakan yang sama...doom..dugaan ... sudah jatuh baru tengadah... aku sudah ibaarat kaduk naik junjung (hamba dengan Allah)...
dugaan kali ini memang satu hentakan dan pukulan maut buatku...baru aku tersedar sepenuhnya .. mata terbuka luas...

ternyata niat dalam diriku aku itu tidak sepenuhnya demi Allah tapi demi kesenangan hidupku semata-mata.. kini.. setelah berdamping dengan para ilmuan agama...baru aku rasa betapa kerdilnya aku ... sememangku aku malu dan segan dengan golongan para ilmuan agama ini... yela... belajar sampai tahap ijazah ke 3 tapi bila tanya mengenai surah-surah dalam Al-Quran pun tak ingat...buku2 lain.macam2 buku aku aku habis baca from cover to cover lagi...tapi untuk khatam al-quran aku berkira2 dan setahun sekali khatam tu pun kira dah ok...ilmu lain seperti hadis2 .. hukum2 dari Al-quran..apetahlagi ... tak pernah aku nak mendalami ...

benarlah..aku ini manusia yang sudah jatuh baru tengadah...sudah ditimpa dugaan dlm bentuk musibah baru sedar dan ingin kembali ke pada Allah.. betapa tak malu nya muka aku ni..... aku bersyukur dengan pemberian Allah ini... memang malu pada Allah...tapi padaNya lah tempat aku perlu sandarkan semua hidupku....

kini melalui perjalanan hidup ini..baru aku sedar... akan perbezaan ilmu itu sebagai mengisi fardu ain dan fardu kifayah... sesungguhnya sebelum anda berjinak2 dengan ilmu untuk mengisi kekosongan fardu kifayah,...penuhkan ilmu didada dengan fardu ain terlebih dahulu.. bab2 asas.. dan mendalami bait2 Al-quran dan hadith2 agar...semua itu tercatat dalam otak dan dada anda..yang mana dalam menjalankan fardu kifayah itu membantu anda berbuat kebaikan...kerana dikala terdetik kejahatan bait2 alquran dan hadith tadi akan bermain2 diminda anda...berbeza dengan situasi aku ini...yang kurangnya ilmu agama dan perlu merujuk pada mana2 para asatizah dan ustaz.

ape yg fardu ain itu wajib dituntuti..dan fardu kifayah itu perlu apabila tiada yang boleh mengambil bahagian itu..walaubagaimanapun, setelah frdu ain tadi dituntuti...

disini saya ingin menyentuh bahawa sistem pembelajaran dinegara ini juga memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan setiap rakyat dimalaysia. perlunya perubahan pada sillibus pembelajaran malaysia. terutama pada umat islam di malaysia ini. dilihat disini kesedaran yang tinggi dikalangan ilmu muda akan kekurangan sistem pembelajaran malaysia memberi option kepada mereka menghantar anak bersekolah di sekolah swasta seperti adni, smart school, nuri, al-amin.. kerana sekolan ini memberi option kepada kesedaran pentingnya terapan ilmu agama itu dari kecil yang juga selaras dengan ilmu yang memenuhi fardu kifayah...

wallahualam...