Khamis, 25 April 2013

Dahulu: “Ah..bila tiba giliran aku..semua mesti jadi susah!”; Sekarang:“Bukankah susah itu manis?”



Setiap perubahan di dalam kehidupan itu pasti akan didugakan dengan berganda kesukaran. Itu semua risiko yang perlu di ambil dengan penuh sabar, yang mana disitu lah Allah akan menguji kita. Sebab ape Allah nak uji? Sebab Allah sayang kita. Kenapa saya perkatakan begitu..kerana setiap perubahan itu berlaku kerana timbulnya kesedaran seseorang akan pada kehidupannya yang lalu yang tidak sihat dan perlunya perubahan kepada jalan yang Allah redhai dan pandukan. Nah…disini terbukti nawaitu pada perubahan ini saya spesifikkan kepada yang ingin berubah dari kurang baik kepada baik.
Jadi, perasaan dan usaha perubahan ini timbul dari kesedaran diri iaitu hidayah dari Allah.Semua dari Allah.Maka ini adalah point utama yang perlu disyukuri.Betapa bertuahnya mendapat hidayah ini.Betapa Allah mengasihi umatNya.Dah buat salah masih diberi peluang.Alhamdulillah. Step seterusnya, bertaubat, menginsafi ape yang kurang baik dan cuba mendekati kepada yang lebih baik. Ade yang mengambil tindakan drastic.Ade yang mengambil jalan berubah secara perlahan-lahan. Pada yang berubah secara drastic, berhati-hati kerana dugaan nya akan lebih mencabar, kerana ia menarik minat dan persangkaan dari sekeliling yang mana anda perlu prepare mental dan fizikal yang kuat untuk menghadapinya.


Kegagalan rumahtangga nya memberi impak yang besar dalam hidupnya.Bermula dari sini lah semuanya telah merubah hidupnya beserta dengan hidayah dari Allah.Kekuatan dalam menghadapi semua rintangan itu diluar jangkaannya.Itu semua dari Allah.
Aisyah, kadangkala terpana dan ade terkelumit juga rasa sedih dan marah dalam dirinya, di saat itu semua berlaku. Keperitan yang di alami ditelan dan dilalui sendiri.Entah dari mana datangnya kekuatan itu. Itulah dia kuasa dari Allah apabila hidup penuh tawakkal padaNya, tiada kuasa lain yang dapat melawanNya.
Peristiwa itu masih jelas dalam hidupnya. Dahulu aisyah selalu merasakan ape yang dilalui sangat sukar berbanding rakan sekelilingnya. Dilihat orang sekeliling semua perjalanannya smooth tapi dia, dirasakan pelbagai rintangan.Walau tidak terluah dalam kata2 tapi detik hati dan fikirannya sering berlegar dengan perasaan itu.Selalu barang yang dibelinya pasti ade masalah, tidak pula berlaku pada orang lain.semua cantik dan bagus. Aisyah selalu confess dalam diri. Ini semua kerana ceteknya ilmu aisyah. Kedewasaan aisyah pada agama rendah tapi sangat advance dan bijak bab dunia. Jika ditanya tentang lagu English hitz..semua dia tau. Dalam pembelajaran..juga di antara pelajar yang tip top. Dari segi personaliti, penampilannya cool dan boleh dikategorikan baik.Kerana dia xbanyak ckp, lebih byk mendengar buah bicara dan tidak mudah marah. Akan tetapi confess dalam hati..hanya dia dan Allah yang tau. Salah aisyah dengan Allah…
Walau sudah menjadi pelajar tip top, aisyah masih tidak berpuas hati, merasakan ape yg dicapainya rendah dari kemampuannya, yang mana itulah tahap usaha dan rezki dan takdir yang Allah bagi. Dia bersyukur, tapi lebih bersungut dan selalu confess dengan perkataan “why” dan “kalau”..yang membuka tipu daya syaitan memasuki benaknya..sentiasa menjadi berfikiran pesimis dan berprasangka buruk…confess ini juga menjurus kepada setiap perkara yang dilalui..
bahkan aisyah juga pernah mersakan bahawa dirinya baik berbanding orang sekelilingnya tapi kenapa balasan yang menimpa kepadanya lebih dahsyat berbanding dengan mereka yang berperangai lebih buruk dari dirinya…dilihatnya si A tidak solat seperti dia bersolat..tidak beramal seperti dirinya..tapi dia (si A) senang (cemerlang) berbanding dengan dirinya yang consistent dlm semua itu.. nah..disini aisyah telah pun confess takdir Allah dan  inilah riak yang tak disedari oleh manusia… riak itu ialah syirik kecil... Syirik ialah dosa yang tidak diampunkan..astaghfirullah..perlunya taubat nasuha…
mengingati perangai, dosa sesama manusia, dengan ibubapa, suami, sedara mara sahabat taulan dan confess dalam diri itu. Pasti tergenang air matanya..betapa berdosanya dia dengan perilakunya dahulu. Perbuatan, fikiran yang pesimis dan bersngka buruk dengan Allah..confess dan confess dan sedikit bersyukur..
kini..aisyah selalu berteleku di masjid itu, menangisi dosa2 lalu..menghabiskan sisa kehidupan yang ade dengan belajar dari seorang yang suka confess kepada yang optimis, berprasangka baik dan byk bersyukur dengan ape yang dilaluinya..oh Allah…syukur..hidayah ini daripadaMU.. epilog hati aisyah. “oh ya Allah, dari dulu engkau telah memberi aku banyak peluang untuk aku mengenalimu dengan lebih dekat dan mendalam dan menambah kecintaan ku padaMu..dari primary school, aku dikelilingi org ilmuan agama, secondary school sekolah agama, university juga di Islamic university.. peluang untuk aku menghadiri dan mendapat ilmu agama lebih terbuka luas…dikala semua terbentang luas itu aku alpa…mengejar ilmu dunia sehingga merasakan masa itu rugi jika dihabiskan menghadiri majlis keagamaan ini…Allah,…betapa aku berdosa..tidak bertawakal dan percaya kecukupan waktu itu hak Mu dan rezeki kejayaan aku juga hak Mu…kini disini Engkau bagi aku peluang lagi…dengan usia yang sudah mencecah 30 an..juga sebagai pelajar…di university yang sama…dan pelbagai peluang mendalami agama juga terbentang luas…berteleku di masjid…memerhati Jemaah yang menghadiri dan memenuhi masjid… taksedar..air jernih mengalir dipipi…terasa kerugian selama ini melihatkan ramai remaja yang datang dan bersolat dimasjid..terasa betapa ruginya aku dizaman remaja aku dahulu…oh ya Allah..terimakasih..kerana memberi aku mengecapi hidayah ini…”
setelah berpisah dengan suami, aisyah memulakankehidupan baru dengan sehelai sepinggang. Duit yang bersisa digunakan. Ditimpa penyakit pelik yang hampir meragut hidupnya akan tetapi ajal maut itu ketentuan Allah, sperti mati hidup semula dirasakan. Aisyah masih diberi peluang bertaubat dan merubah ape yang perlu dirubah. Semua dilalui dengan tabah bersendirian.Semua itu kekuatan dan ketabahan yang Allah pinjamkan padanya. Kini walau ape jua halangan..aisyah lebih kepada berdiam, menangis dan meminta kepada Allah selebihnya dia bertawakal. Alhamdulillah.semua itu pasti dipermudahkan Allah. Kini setiap kesusahan yang berlaku aisyah lebih tenang dan memikirkan inilah peluang Allah memberinya situasi yang sama tetapi dia perlu menerimanya dengan kesabaran dan kesyukuran. Optimis, dan berprasangka baik. Iaitu pasti ade kemanisan selepasa kesusahan itu jika kita mampu membina fikiran yang optimis dan prasangka baik. Adat setiap manusia akan ade rasa sedih, dan risau, itu semua perlu dinyahkan bagi membuang point2 yang membuka ruangan utk syaitan dapat menyelit utk meniup fikiran buruk.
Kuasa istighfar, kuasa solat dan kuasa mendekati ilmuan, Al-Quran, itulah datangnya kecintaaan dan kerinduan kepada Allah.In shaa Allah anda pasti akan dapat train diri jadi seperti aisyah..aisyah kini sudah men”downgrade”kan keadaan hidupnya. Me”lower”kan perihal duniawi yang byk menjadi punca confess dalam dirinya. Kehilangan pelbagai hak dunia membuka matanya akan attitude dan her target and expectation in this world much bother her rather than Ad-Deen. Better to check our inner thinking, whisper of the heartand at the same time physical appearances..jauhi jiwa yang keladak. Personality menarik dengan jiwa yang suci.Itulah matlamat. Jika anda manusia yang personality sudah baik da jiwa masih berkeladak..cepat..belum terlambat untuk mengikis keladak itu…
In shaa Allah anda akan dapatkan bezakan anda Dahulu berfikiran dan mengatakan “Ah..bila tiba giliran aku..semua mesti jadi susah!”;  dan Sekarang anda mampu tersenyum dan mengatakan “Bukankah susah itu manis?”
Bersyukur dengan dugaan itu.Bersyukur dengan dugaan itu.Itulah peluang yang Allah kurniakan utk kita agar dapat menebus dosa kita yang dahulu. Ape yang perlu dilakukan, perlu menerima dugaan itu dengan hati yang lapang, redha, kerana dahulu dugaan itulah yang menjauhkan diri dari Allah..kini Allah datangkan kembali..agar kita dapat menerimanya dengan makin mendekatiNya.. patutla sahabat Rasul SAW menangis jika tidak ditimpa kesusahan dan kesakitan. Kerana manusia itu sifatnya mudah lupa apabila nikmat datang.
Pasti anda tertanya, masakan boleh menerima dengan lapang dada…pasti akan ade rasa sedih, tak puas hati…dan perlu mengambil msa yang lama untuk betul2 redha… saya juga seperti anda..lidah dan fikiran itu sgt sukar dikawal dikala anda rasa tertekan, merasakan anda ditempat yang benar dan tiada sokongan dari anda..anda pasti akan tertekan dan confess. Otak ligat berfikir dan mulut ringan berkata2… heheh..inilah point2 tipu daya syaitan itu menyusup masuk.. ye, memang anda ditempat yang benar, tapi anda perlu sedar kata2 itu boleh membuat pelbagai andaian, membuka fitnah, membuka aib, mencaci maki dan pelbagai lagi..berdiam itu kan ke lebih baik. Berbicara di tempat ynag berhak.
Masih rasa tak puas hati…mcm mane nak elakkan fikiran dan mulut anda dari berkata2…kalu anda ulama..in shaa Allah anda tak akan mersakan masalah ini…bahkan anda akan merasakan kesian kepada orang yang mengalami masalah ini…
Disini ade tip-tip untuk orang yang mengalami masalah sperti ini, saya juga la..huhu..masih bertatih nak berubah dan mencintai Allah:
1.      Apabila ditimpa sesuatu musibah/masalah/dugaan/ dan yg seangkatan dengannya, lebih baik berdiam diri. Istighfar byk2..baca la illa ha illAllah byk2.. amik wuduk..airitu boleh menyejukkan keadaan. Minum air kosong..jika dirumah, elok bersolat taubat atau mengaji Al-quran..tutup sebarang tv dan radio..trus pegi pada sejadah utk solat dan pegang Al-quran yang tafsir …bila andabaca terjemahan..pasti Allah bagi andabaca kat tempat yang terkena dengan situasi anda dan anda akan merasa terpujuk dan tenang.

2.      Mula tinggalkan program yang berkaitan hiburan yang lebih mencuri masa anda dengan terluang begitu sahaja dan melekakan anda. Dekati program2 seperti ceramah agama, mengkerapkan solat dimasjid. Anda boleh menunaikan solat sunat iktikaf di masjid dan menggalakkan solat sunat muakkad..in shaa Allah. Anda akan dapat kenalan baru..ilmu dari tazkirah dan kuliah masjid. Dan selalu topic masa yang dihadiri itu mengena je kat masalah hidup anda..dan yang pasti anda akan lebih tenang dan rasa terpujuk juga.

3.      Dari kesedaran itu anda pasti dah identify ape root causes pada kesilapan dan dosa2 silam anda. Dapatkan bahan bacaan keagamaan untuk kelemahan anda itu… baca mengenai sbgai cth aishah td: baca mengenai riak, definisi, kesan riak, dan tak redha..ape punca tak redha..ape balasan tidak redha… anda pasti akan cuba menjauhi riak itu melalui kupasan bacaan anda..have to be honest and feel free to accept kelemahan dan kesalahan dirila…

4.      Muhasabah itu mensucikan jiwa..seperti di no 3.. belajar dari kesilapan yang lalu…keadaan ini akan membantu anda lebih tenang, jiwa menjadi tenang dan sentiasa meminta keampunan dari Allah..in shaa Allah lama2 jadi suci la…

5.      Pujuk diri anda menangis ape bila ditimpa sesuatu musibah/masalah/dugaan/ dan yg seangkatan dengannya. Ini lebih selamat. Tangisan itu menandakan kelembutan hati…tangisan yang betul2 la bukan tangisan yang dibuat2 utk menagih simpati atau nak trap org…hati yang lembut akan lebih mudah terbentuk dan menerima takdir dengan tenang dan lebih mudah dinasihati dan menerima pnadangan org dengan hati yg lapang.. dan Nampak akan benarnya pendapat org lain. Jika anda menyedari anda seorang yang sangat sukar menangis.. AWAS..hati anda perlu dirawati..terutama tangisan ketika hanya anda dengan Allah…tangisan ini sgt perlu…disini perlu saya berikan cara utk merungkai hati yang keras menjadi lembut.

·         Istighfar 1000x sehari. Istia’zah 1000x sehari.
·         Baca surah al-insyirah (alam nasyroh).. baca pd air n minum bleh atau letak tgn pada dada and baca, amalkan selalu
·         Baca surah thoha 1-5, setiap hari, lebih elok bawak dlm doa setiap waktu solat. Malam nak tdo baca dan maafkan semua org.
·         Surah al-Hasyr ayat 21-24.
·         Baca surah Al- A’raf ayat 43: “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka”.
·         Solat sunat taubat dan hajat setiap malam. Bgun qiam. Tahajjud 2 rakaat je.
·         Bangun awai kul 4 pg. mandi dan solat. Baca yasin sementara tggu subuh
·         Makan yg bersih2 dan halalan thoiyiiba…
·         Byk makan kismis, minum habatussauda, madu..
Silakan …ayat2 di atas boleh dibawak baca dlm masakan, niat nk sucikan hati..tgh buat air pun boleh… wallauhualam..
Pakse lah diri menagis di hadapan Allah,..in shaa Allah hati akan lembut.. dengan manusia kita boleh bercerita pelbagai masalah …kenapa dengan Allah tak mau cakap bende yang sama…Allah lebih layak tau walau Dia dah tau….kene bgtau…sebab Dia je yg cukup lengkap dan sifat…
Wallahualam..dari diri ini yang tengah bertatih nak jadi baik jugak…walau dh masuk 3series…better than not..right!..all da best MUSLIMS.