Ahad, 10 Mac 2013

200 Sifat tercela; Bab 3 Pemaaf dan tidak pendendam

Sambungan bab dalam 200 sifat tercela.

Bab 3 - Menauladani Akhlaq Nabi (Pemaaf, tidak pendendam)

Akhlaqu 'imahmudah (akhlaq terpuji) Nabi Muhammad SAW ialah PEMAAF, iaitu TIDAK membalas DENDAM. kisah Du'tsur dari Kafirin menghendap nabi ketika nabi berbaringan yang disangkanya nabi tidur dan menghunus pedang kepada nabi SAW. nabi terkejut. Du'tsur berkata "Hai Muhammad, nah, siapa yang membela engkau sekarang, dari pedangku ini". Nabi bertenang, berdiri dan tidak takut dan gentar lalu mengatakan "Allah". Mendengarkan perkataan Allah itu, Du'tsur yang berdirinya begitu baik dan tegal menghadap Nabi tiba-tiba bagaikan berpinar2 pandangannya, menggeletar sehingga jatuh pedang dari pegangan tangannya. tak jadi dia untuk menetak nabi. Nabi lantas mengambil pedang Du'tsur itu dan mengacukan kepada Du'tsur seraya berkata: "siapa yang akan dapat membela engkau dari aku?" du'tsur menggil ketakutan dan berkata "tidak seorang jua ya Muhammad".

tindakan yang di ambil oleh Nabi SAW ialah memaafkan Du'tsur dan mengembalikan pedang itu kepada Du'tsur. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan