Rabu, 6 Februari 2013

Close your eyes and take a deep breath


Dihatinye penuh kekesalan. Dia cuba melakukan yang terbaik. Tetapi jauh dibenaknya dia membentak keras dgn takdir yang menimpa dirinya. Kekesalan. Kekesalan. Mula rasa kesabitan kesalahan dia perlu melalui ini kerana kesalahan pelbagai manusia dan juga dirinya… semua yang negative dikepalanya walau dia cuba membina positif disitu. Dia seringkali kecundang. Menahan emosi. Cuba memaksa diri menerima takdir itu..terlalu sukar padanya.. kenapa semua baginya sukar…setiap urusan dan kejadian yang berlaku padanya terlalu sukar dirasakan…melihat keadaan sekeliling dengan manusia lain yang penuh kejayaan and semua berjalan lancar..satu lagi peluang syaitan menyuntik fikiran negative disitu… semakin remuk dan redam hatinya… badannya semakin lemah…

Akhirnya. Dia rasa lemah. Tidak berdaya lagi.. diluah tiada yang mendengar..diluah dirasakan semua dibuatnye salah.. diluah dirasakan semua advice macam menyalahkan dirinya… kini..dia hilang kepercayaan dan sokongan dari makhluk Allah yang bergelar manusia…

Disaat itu dipejam lama matanya. Ditarik dalam2 nafasnya. Dan fikiran dan hatinya cuba mencari Allah. Hanya Allah. La illa ha illallah. Tiada tuhan selain ALLAH. Lama. Entah berapa kali di ulang kalimah itu.

Kini baru dia mengerti percaturan Allah itu. Jika dilihat sesuatu yg berlaku itu dan dipandang dengan mata kasar akan asbab musabab nye pasti berkaitan dengan tingkah manusia…pasti diri mula menyalahkan manusia…saling menyalahkan dan perselisihan faham… peraturan Allah tentang takdir dan dugaan itu perlu difahami secara benar… dia atas setiap ape yg berlaku perlunya mendelete peranan “manusia” dalam terjadinya sesuatu ….bahkan timbulkan rasa kuat pada Allah…Allah lah yang mengaturkan manusia itu berperanan sebegitu kepada kehidupan itu.. terimalah takdir itu dari Allah..

Ape yang perlu difokuskan ialah kenapa Allah timpakan sesuatu itu pada manusia …. Kadang2 perkara yang sama diulangi…

Perlunya melihat kembali pada kafarah dosa yang di alami… kesakitan yg di alami sama kadar dengan dosa yang dilakukan… itulah peluang utk mendelete dosa lalu..

Perlu juga dilihat pada aspek penerimaan pada sesuatu perkara…adakah penerimaan itu betul dengan syariat Allah… jika tidak..pasti Allah mengulangi sesuatu kejadian berkali2 …itu peluang Allah mendidik supaya redha dengan takdirnya..itula sebaik2 penerimaan kpd sesuatu perkara…redha dan syukur..

Sama2 lah perbaiki diri…





wallahualam…