Isnin, 21 Januari 2013

Al-Hikam di Kfiqh 19-20 January 2013

slot prof muhaya

 slot prof muhaya

Slot Ustazah Nurhafizah Musa



Khamis, 10 Januari 2013

Definisi, Punca dan kesan berPRASANGKA BURUK



Dah lama aku tak mencoret dalam slot LWAWUTD (look, what Allah wants us to do)…. Salam tahun baru. Azam baru. Hidayah baru. Semua yang baru yang positif @ optimis. Bukan prime optimus..
Topik kali ni tabiat suka berprasangka buruk.berprasangka buruk ni bermakna suka berfikiran negative, pesimis yang mana membayangkan sesuatu yang tak elok la, sebagai contoh. Ahamad bukan nama sebenar terlewat bangun subuh, prasangka buruk itu, ialah apabila memikirkan ahmad lewat bangun kerana merayap malam2 balik lewat. Prasangka baik ialah..mungkin ahmad qiam smlm.  Orang yang berprasangka buruk ni apabila sesuatu berlaku, dia suka berfikiran yang tak elok. Kalu suami atau isteri blik lewat, suka memikirkan kecurangan drpd mungkin byk keje.kete rosak ke. Orang pegi masjid dgn ikhlas, org bersedekah dgn ikhlas…dikatanya riak..nak menunjuk-nunjuk. Orang nasihat dan menegur dikata benci, tak sayangla, tak amik peduli la, padahal utk kebaikan sendiri. Pendek kata..prasangka buruk ni memang fikiran yang buruk la…100% bayangan lorong hitam…huhuhu…  tak elok la…
Aku ni pun ade prasangka buruk ni… semua orang ade… Cuma mampu dikawal atau tak je… kalu fikiran positif dlm diri kuat (aqidah)..maka kecundangla prasangka buruk ni..itu kene byk istighfar..berdoa..istikharah..istisharah….wallahualam..

Baik, punca prasangka buruk ni..

1. kerana diri perasan bagus..perasan best… suka memandang buruk /rendah pada sesuatu..ape kita bagus sgt ke nak duk fikir org tu jahat?...kalu berkaitan dengan perangai orgla.. kalu situasi pun…ape yg dh terjadi itu takdir Allah..ape kita best sgt ker nak menilai takdir Allah..kita hebat dari Allah ka?..
2. selain daripada itu..ceteknyer ilmu agama..
3.belum dapat hidayah…
4.kurang menitik beratkan soal agama..
5.selfish…
6. halal haram xjaga.
7.pergaulan tak jaga..
8.kerana alah bisa tegal biasa..dh biasa di train dlm family yg memang ske fikir buruk…

Jadi kesan prasangka buruk ni sgtla dahsyat..

1.prasangka buruk ni akan menimbulkan sifat was was… was was ni adalah sifat syaitan..dalam surah an-nas pun dah kata syaitan akan meniupkan rasa was was dlm dada manusia..maka berhati-hatilah…nah…dh terbukti prasangka buruk itu dilarang Allah.melayan prasangka buruk ni bererti melayan tiupan syaitan dan menyangkal anjuran tawakal dan tawaduk kpd Allah.

2.menutup peluang kebaikan yang boleh dilakukan, bahkan menyekat mengerjakan rukun yang Allah sarankan. Seperti Abdullah kekurangan duit dan ingin meminjam. Prasangka buruk, entah nk bayar smula entah tak. Ape yg dia buat sampai xcukup duit. Padahal fikiran yang optimis, Alhamdulillah Allah hantar peluang untuk aku berbuat pahala, kesian Abdullah, mungkin tak makan, anak isteri dia..kesian…berbuat baik..dan bertawakal..Allah akan ganjarkan org yg berbuat baik dengan ganjaran yang hebat..sekurang2nye jalan menempah tiket ke syurga.

3.menjadi marah membabi buta tanpa periksa dan menimbulkan perbalahan..permusuhan…penceraian..kemusnahan… hasad dan dengki
4. hidup sentiasa dalam keresahan, xtenteram, gelisah…keluh kesah…memberontak…disebabkan rencanaan prasangka buruk ni tadi.
5.menghapus rasa tawakal pada Allah…justeru membentuk selfish dan kedekut@bakhil..…..kerana lupa dan lalai bahawa setiap percaturan dlm dunia ni oleh ALLAH bukan kerana manusia, bukan kerana kereta, bukan kerana rumah..bukan kerana dia kau dan aku…..sbb otak dh disarang tiupan buruk syaitan…aqidah dan benteng diri xkuat..maka hanyutla…nauzubillah…aqidah kuat..dia akan beristighfar dan menerima keburukan diri sendiri…wallahualam
6.lama2 ..mati hati..mati iman..nauzubillah sbb jatuh syirik menidakkan ape yg Allah dah suratkan…suratan bukan kebetulan…
7.kikir..rezeki yg byk dari Allah dan ade hak org lain…fikir org pegang zakat x amanah maka xnak bayar zakat..fikir pusat penderma songlap duit..maka xperlu derma… jika terbukti nyata memang ade selewengan begitu…itu dikira bukan prasangka buruk..ia kenyataan…bawalah ke muka pengadilan..jika hanya dgr khabar angin tiada kesahihan..maka bertawakkal utk melaksanakan tggjwb sebgai individu islam…nawaitu tu ALLAH tau.

Setiap perkara yg melibatkan adenye bukti yg menjurus kpd perkara buruk sperti terbukti dia mencuri.terbukti dia menyeleweng.terbukti dia xcukup duit sbb makan dadah..berjudi… maka itu bukan prasangka buruk…itu memang la terbukti buruknya dah… seperti kawasan hitam yg banyak kes ragut..so ade kemungkinan diragut maka fikiran utk keselamatan itu juga perlu demi menjaga diri juga Amanah dari Allah. Untuk berhati2 itu elok tapi fikirkanlah kondisi..bukti.. dan semua la yang islam syariatkan…

Maka langkah-langkah yang kikis sifat yang suka berprasangka buruk ni. Dekatkan diri dgn Allah. Dgn:

1.       ..solat taubat hari2..
2.       mula solat jemaah ke masjid.
3.       berjinak dgn majlis ilmu
4.       bergaul dgn golongan berpengetahuan agama
5.       jauhi manusia berkeladak bak kata prof muhaya
6.       jaga air solat
7.       jaga mata, perut, mata telinga dari lagho seperti kurangkan menonton tv..sbb 70% rancangan smua buka aurat…
8.       mula dgr ayat suci..xpun mula buka alquran…berjinak dgn hadis dan sunah rasul
9.       bertanya jika xtau..kene berani diketawakan atau dimarahi sbb kecetekan ilmu kita..
10.   istighfar dan sebut Allah sokmo.
11.   Mula berjinak dgn bersalaman dgn sesiapa shj demi silaturrahim..krn Allah lah tu
12.   Jgn byk berckp…diam tapi lebih banyak mendengar..dan amik ilmu dan iktibar..bukan diam tdo..
13.   Dalam doa pohon hidayah..ape2 masalah mengadu pada Allah..macam mane tulis dairi la…pjg berjela2 … bercerita je dgn Allah.. sebagaimana meluahkan rasa pada kawan ke ibu bapa ke..suami isteri ker..cerita sebegitu kat Allah.. dan pengakhirannya mintak Allah tunjukkan hidayah… sbb kalu cerita dgn manusia ni…ade influence and bias…kecuali kondisi consultation kepakaran agama..kaunseling,

wallahualam…


Isnin, 7 Januari 2013

Muqaddimah 2013: Tibanya Hidayah itu atas Perancangan Allah



Selamat tinggal 2012, yang lepas itu kenangan. yang lepas itu takdir. yang perlu di renungi bagi bekalan di tahun ini.

dan

assalamualaikum 2013. semoga tahun ini membawa penuh keberkatan, rahmat dan petunjuk dari Allah SWT, amin. Tahun ini suasana, perasaan berbeza dari tahun ssebelumnya. Mungkin juga faktor usia yang dah menjangkau "3series"...erkk.. selamat tinggal sweet 20's. here we come 30's.

lawatan aku pada november 2012, kematian seorang pensyarah sahabat aku sangat terkesan. melihat air muka jenazah.perjalanan pengurusan jenazah.waris si mati. terdetik dlm hati. sememangnya saranan agama itu tersgtla benarnya. pelbagai peringatan dan kesedaran dalam diri aku melihat akan kematian ini.

entah mengapa sejak itu aku asyik terfikir akan ketibaan aku pula. melihatkan jenazah itu, tenang, walau sudah pucat. ramai yang datang, melihat dan membaca yassin. sdekah fatihah dan paling terharu. anaknya sekecil umur 8 atau 9 tahun sudah fasih dan lancar membacakan yasin utk ibu yg telah pergi takkan kembali.

terharu aku. bagaimanakah aku nanti nak menghadapi sakaratul maut.bagaimanakah jenazahku.adekah org akan sedekahkan aku fatihah ... mudahkan urusan perjalanan jenazahku...adekah aku zuriat yg soleh dan solehah utk sedekahkan dan melawat perkuburanku... argh...sungguh..terasa menggeletar seluruh tubuh...aku takut....kenapa? kerana aku masih tau aku terlalu banyak lalai dalam dunia ini..terlalu cuas dlm menunaikan perintah Allah..terlalu cetek bab agama walau sedang meniti ilmu ke tahap ijazah kedoktoran....

sesungguhnya aku malu dengan diriku...sesungguhnya aku juga ade cemburu ingin menjadi seperti anak2 kecil sekarang yg pelbagai kemudahan utk mendalami islam...untung anak2 ni.. ya Allah... sesungguh melihatkan jenazah itu...mati dan buntu juga memikirkan kesilapan lalu yang menitip titik2 hitam dalam hati...yang menghalang hati ini dari mengikut perintah Allah..sungguh aku ingin bertaubat... Muqaddimah 2013 ini semoga istiqamah perasaan ini...kalu dulu aku mengantuk dan terpaksa bila di ajak ke majlis ilmu...menghadiri masjid...kini alhamdulillah...kalu dulu akulah org pertama yg cop tempat bila ade AF final...AJL final...kini alhamdulillah...terdetik rasa "kenapa yg maksiat ini juga yang byk ditayang"...kalu dulu slps menonton AJL final..cerita...movie..yang memberi dosa mata, telinga dan mulut aku akan tdo lena dan puas menonton..tapi kini ..terdetik rasa berdosa dan ingin bertaubat...taubat utk dosa dahulu blum terlunas...aku tambah lagi yang baru..

ya Allah..lemah nye aku dalam menegak agamaMu.. ya Allah bantulah aku memasuki melalui pintu ke benaranMu..kurniakanlah aku keluar melalui pintu kebenaranMu...kurniakanlah aku penolong dari ummatnya yang soleh...

ya ALLAH semoga Muqaddimah 2013 ini bertambah dan istiqamah...Ya Allah jemputlah aku untuk mencintaiMU..jemputlah aku untuk merinduiMu..jemputla aku ya Allah...aku dahagakan belaian dan kasih sayang dari Mu Ya Allah...

amin.