Jumaat, 5 Oktober 2012

Taubat Wanita Berzina

dosa orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja 
tanpa rasa menyesal lebih besar dosanya 
daripada melakukan zina.

pada suatu petang, semasa Nabi Musa sedang berehat dirumahnya, tiba-tiba, pintu rumahnye diketuk berkali-kali. kedengaran suara memberi salam. Nabi Musa segera bangun dan membuka pintu. sebaik sahaja pintu dibuka, seorang wanita berpakaian serba hitam tercegat. wajahnya dilitupi dengan tudung. Nabi Musa memerhatikannya seketika.

pada penglihatannya, wanita itu seperti sedang menghadapi masalah. wanita itu pula tunduk. kemudian dia menangis sambil berkata, "wahai Musa, tolong doakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa yang saya lakukan." Nabi Musa tercengang. beliau bertanya, "apakah perbuatan yang kamu lakukan sebelum ini sehingga meminta saya mendoakan sedemikian?"

wanita itu menahan esak tangisnya.selepas agak reda, dia bersuara, "terlalu sukar hendak saya jelaskan." "Mengapa? adakah kamu melakukan dosa besar sehingga takut tidak diampunkan Allah?" tanya Nabi Musa memujuk. walau bagaimanapun, wanita itu keberatan memberitahu. Nabi Musa mempelawa wanita itu masuk supaya fikirannya tenang. dia kemudian masuk dan duduk bersimpuh di tengah rumah.

wanita itu tunduk kerana tidak berani bertentang mata dengan Nabi Musa. Selepas beberapa ketika, wanita itu bersuara, "sebenarnya, saya sudah melakukan zina." Nabi Musa menarik nafas panjang dan beristighfar berkali-kali. "Teruskan. Apa yang berlaku?" Nabi Musa meminta wanita itu meneruskan ceritanya. wanita itu kemudian menyambung ceritanya. "Akibat perbuatan itu saya hamil. apabila anak itu lahir, saya cekiknya sehingga mati."

tersirap darah nabi Musa apabila mendengar pengakuan wanita itu. beliau menggeleng kepala berkali-kali. tidak disangka wanita itu sanggup bertindak kejam pada zuriatnya. kemudian Nabi berkata,  " saya sebenarnya amat marah dengan perbuatan terkutuk itu. pergilah kamu dari sini kerana saya takut seksaan Allah bakal menimpa rumahku ini." tanpa berlengah lagi wanita itu bangkit perlahan-lahan dan keluar dari rumah Nabi Musa. Hatinya berbisik sayu. "sedangkan nabi begitu marah dengan perbuatanku.bagaimanakah orang lain mahu menerimaku?"

tanpa diduga malaikat Jibrail menurunkan wahyu kepada Nabi Musa dan bertanya kepadanya, "Mengapakah kamu menghalau wanita itu dari rumah kamu sedangkan perempuan itu mahu bertaubat daripada perbuatannya yang lalu?" kemudian Jibrail berkata lagi, "tahukah kamu, wahai Musa, ada lagi dosa yang lebih besar daripada yang dilakukan oleh wanita itu?" Nabi Musa segera bertanya, "apakah dosa yang lebih besar daripada dosa melakukan zina dan membunuh anak yang baru lahir?"

lalu malaikat Jibrail segera menjawab.,"dosa orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja tanpa rasa menyesal. manusia seperti ini lebih besar dosanya daripada melakukan zina." Nabi Musa mengangguk faham. kemudian beliau segera mendapatkan wanita tadi. di hadapan wanita itu, Nabi Musa mengangkat tangan dan berdoa supaya Allah mengampunkan wanita itu. "jangan bimbang. saya sudah berdoa pada Allah supaya taubat kamu diterima. jangan ulangi lagi perbuatan itu," ujar Nabi Musa. wanita itu menjawab, "terimakasih, wahai nabi. saya sudah bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu." dia pun pulang dengan perasaan gembira.


setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa.
 tetapi, kita diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan dan memohon ampun kepada Tuhan.