Selasa, 18 September 2012

Syair Sabar

Katakan olehmu siapa yang bersungguh-sungguh dan sabar dalam mencuba sesuatu perkara, ia akan berjaya.

kadang-kadang hampir terumbang-ambing, tapi bangun semula,
kadang-kadang tersilap langkah dan ditimpa bencana
kadang-kadang luka, hampir menimbulkan bengkak
kadang-kadang gagal
kadang-kadang tak bertemu senjata
tetapi
tak pula berputus asa,
tak hilang cahaya cita-cita

janganlah pernah berputus asa walau lama permohonan.

apabila memohon pertolongan dengan sabar, anda akan melihat kelapangan.

berakhlak dengan sabar akan mencapai keperluan.

kejayaan tidak akan tercapai melainkan dengan mengalami pelbagai kesusahan serta
mengharungi kesakitan, bersabarlah dalam menempuhi banyak perkara yang dibenci.
tanpa kesemua ini, pekerjaan tak akan sempurna, cita-cita tak akan sempurna.

dan ketahuilah olehmu, banyaknya maksiat hamba itu disebabkan oleh dua perkara:-

1. kurang sabar dari apa yang disayanginya
2. kurang sabar dengan ape yang dibencinya

"Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan mengalami kesulitan dan kesyukuran (jasmani&rohaninya)." (Al-Balad: 4)

PERJUANGAN TAK AKAN BERJAYA TANPA SABAR.

**dikupas dari buku Indahnya Sabar oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus, diterjemahkan dari Dr Yusuf Al-Qardawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan