Selasa, 18 September 2012

Sabar pada Al-Imam Al-Ghazali

Perbezaan antara manusia dengan haiwan ialah manusia dikurniakan "pencegahan nafsu syahwat" (penggerak keamanan) untuk melawan "pendorong nafsu syahwat" (penggerak hawa nafsu) akan tetapi haiwan hanya punyai "pendorong nafsu syahwat" (penggerak hawa nafsu) tanpa "pencegahan nafsu syahwat" (penggerak keamanan).

Manusia itu seolah di medan peperangan yang mana perlu menjadi penggerak keamanan secara terus menerus bagi menghadapi penggerak hawa nafsu. Sumber bantuan bagi seorang penggerak agama adalah malaikat, manakala sumber bantuan penggerak hawa nafsu ialah syaitan. Malaikat ialah barisan tentera Allah manakala syaitan ialah musuh Allah.

Manusia yang menjadi Penggerak keamanan yang jitu, terus-terusan mengawal hati melawan penggerak hawa nafsu, akan dapat menolak penggerak hawa nafsu dan telah menolong tentera Allah, inilah yang dikatakan orang yang Sabar. mereka ini tergolong dalam golongan orang yang sabar. Ganjarannya ialah syurga.

Manakala Manusia yang menjadi penggerak keamanan yang lemah, hatinya tidak mampu melawan penggerak hawa nafsu, dan dia dikalahkan oleh penggerak hawa nafsu. manusia ini telah termasuk dalam kumpulan pengikut syaitan, iaitu musuh Allah. manusia ini ialah manusia yang tidak sabar. yang mana akan dimasukkan ke dalam neraka. na'uzubillah.

ILMU ITU MEMBENTUK KEPERIBADIAN MANUSIA PENGGERAK KEAMANAN

**dikupas dari buku Indahnya Sabar oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus, diterjemahkan dari Dr Yusuf Al-Qardawi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan