Selasa, 18 September 2012

Hidayah itu Milik Allah, Tapi Kita kene Usaha Mencarinya. Part 3

Akhirnye aku putuskan juga untuk pulang malam ini juga ke kampung halamanku. kegusaran dan kegundahan fikiran ini pasti tenang esok bersama-sama nenek ke pekan sehari. seronoknye. baju dah siap packing.rumah dah kemas. jam pun sudah 8.30..usai solat aku terus bergerak bermusafir. memulakan dengan sahaja aku bertawakal kerana Allah.

oleh kerana cuti sampai isnin minggu ini jalan raya sesak dipenuhi kereta, saling nak pulang ke kampung halaman. disebabkan situasi ini jugala yang membuat aku mengambil keputusan nak pulang malam ni juga. jalan raya sentiasa banyak kereta. dalam tak sedar aku sudahpun masuk ke lebuhraya pantai timur. (LPT). 2 jam lagi sampailah aku. xsabar rasa nak bertemu nenek. hujan mula turun renyai-renyai dan lebat. aku xdpt nak laju. takut juga malam-malam begini kalu terjadi ape-ape. dari side mirror aku ternampak ade sebuah kereta ni meluru laju dalam hujan lebat sebegini..itu kebiasaan di highway.kecekapan seseorang memandu tak sama. setibanye setara dengan kereta ku, baru aku dapat tau kereta waja rupanya dan dalam sekelip mata kereta waja itu hilang dengan satu bunyi decitan dan seretan tayar kereta. Allahuakbar..kuasa Allah Maha besar...  Allah telah selamatkan aku.. mungkin ade lopak air di lorong jalan untuk kereta pecut itu yang menyebabkan kereta waja itu berpusing-pusing beberapa kali dan telah menghentam pembahagi jalan dan sebuah kereta lain. Allah telah melindungi aku kalu mengikut firasatnya..kereta akulah yang akan menjadi libasan pertama kereta waja itu...

aku mengurangkan kadar kelajuan kereta aku..takut aku pulak yang menjadi seperti waja itu. jam sudahpun menunjukkan jam 1145 malam. aku sudah pun sampai ke gambang, simpang ke segamat. jalan ini la yang agak menyeramkan. jalan raya dua hala dan masih dilitupi pokok-pokok besar dan sudah mula masuk ke kawasan pedalaman. sebenarnya rasa akak cuak dan seram juga..rasa bersalah pulak pada diri mengambil keputusan untuk pulang malam ini juga. tapi..sudahpun jauh sampai disini..masakan aku untuk berpatah ke kl semula.. sama juga...

dengan bersandarkan Allah itu ade melindungi aku dan memberi keberanian dalam diri aku..aku teruskan juga perjalanan..alhamdulillah...masih ramai rupanya di atas jalan raya.. dan akhirnya sampai ke persimpangan untuk pulang ke rumah nenekku..dari sini mengambil masa 15-20 minit. jalan ini sememangnye sunyi..sebab kawasan pedalaman yang tidak ramai penghuni diselang seli dengan dusun dan kawasan tanah yang terbiar dinaiki hutan. jam pun sudah 1215 malam.orang kawasan pedalaman ni kebiasaannya pukul 9 sudah menutup rapat tingkap dan pintu rumah dan pukul 10 itu sudah kira lewat untuk masuk tidur malam. untuk memandu laju pun aku khawatir...jika ade haiwan yang melintas seperti monyet..khinzir..

alhamdulillah..dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran aku berjaya sampai ke rumah nenek. assalamualaikum... mak?..ooo..mak... raudah ni... oleh kerana nenek aku yang membesarkan aku dari kecil..jadi sudah kebiasaan aku memanggil nenekku mak.. sememangnya aku sudah menganggap nenek aku seperti ibuku.
xlama aku menunggu..nenekku sudahkan membuka tingkap dan menjengok..cuba mengecam siapa agaknya..tenangnya rasa hati bila dah nampak nenek..terlupa sekejap semua masalah..."mak, raudah ni..?'
"astaghfirullah..bertuah punya budak...malam-malam begini...ya Allah.."bergegas nenek membuka pintu.."cepat masuk..dah berembun ni...ya Allah...kenapala buat macam ni..balik malam-malam..sorang-sorang...dari jauh...syukur Allah selamatkan kamu..dah...lainkali jgn dibuat lagi.."..aku dah agak..bait-bait ayat nenek aku tu...sesudah mengunci pintu..terus ku rangkul nenek..ku peluk erat-erat..sememangnya aku rindu kan nenek.rindu sangat...nenek kelihatan tersenyum.."rindu sangat kat mak.terus ku salami dan ciumi tangan dan pipi nenek bertalu-talu..sampai terumbang ambing nenek berdiri... "budak ni...tak berubah-rubah perangainya..."sambil tersenyum..."dah makan ke ni?" sengih aku dibuatnya..soalan yang pertama tiapkali aku pulang ke kampung...mesti dah makan ke belum...bila teringat masakan nenek..aku memang akan jadi lapo...sememangnya kalu balik kampung..opismate akan komen..makin berisi nampak...huhuhu...nenek memang masak daboommm.....

"lapau jugak ni mak...dah makan..tapi sebab hujan tadi..jadi lapar..mak ade masak ape?..." nenek menggeleng..ape maksudnye gelengan nenek tu...xdek makanankah...huhuhu..langkah kiri...."nenek tak masak pun rini..ade majlis tahlil kat umah ayah busu ali kamu...ade la lagi lauknya.. ade kat dapur tu..."..huhuhu...aku ingatkan memang xdek makanan tadi.tido dengan perut keroncongla aku... nenek terus ke dapur..aku memasukkan beg ke bilik tidur.. dan terus ke dapur....nenek dah pun menghidang makanan dan memanaskan air..wah..beh jugak jaudahnya...