Ahad, 16 September 2012

Hidayah itu Milik Allah, Tapi Kita kene Usaha Mencarinya. Part 2

sedar tak sedar jam sudah 730..aku baru jek dapat masuk DUKE highway.. 745 aku sampai ke rumah..kat area umah aku ni pun selalu jammed.. kadang2 stress juga. dah la letih pulang keje..stark pulak kat jalan... sebenarnya ade rasa ketenangan untuk pulang ke kampung halaman.. rindu juga pada nenek..ye lah.tiada sape lagi yang aku ade dalam dunia ini selain dari nenek..mungkin itu faktor aku menjadi pekerja yang warkoholic.. kalu xpulang ke kampung halaman..sampai ahad pun aku selalu ke opis bekerja..housemate pulak keluar dgn member masing2..tinggal aku keseorangan jugak kat rumah.. lebih baik aku ke opis..menyelesaikan kerja yang perlu disiapkan..

aku nak balik malam ni ke ..pagi esok..?.. dari gombak ke kampung aku..mengambil masa 3 jam 30 minit..atau 4 jam.. sejak dah ade highway baru ni..aku drive pernah 3 jam je dah sampai kampung.. hmm..kalu aku balik malam ni..esok pagi aku boleh bawak nenek ke pekan sehari kat bandar...dah lama aku tak pegi.."pekan sehari" atau orang  kat tempat lain panggil pasar pagi..
pasar pagi ni besar..menjual pelbagai jenis barangan keperluan dapur, kuih muih, lauk pauk yg dah siap dan mentah.. pakaian la.. seronok jugak berjalan.. nenek aku pun suka..sebab barangan yang segar2 dan rata2 dari petani kampung yang sihat tanpa ubat dan racun..tersenyum dan rasa tenang bila teringat suasana kampung.. hm..aku perlu pulang malam ni..

tapi nenek mesti akan marah dan membebel kalu aku balik malam sorang2 macam ni.. marah-marah sayang... memang bahaya balik malam ni..dengan pelbagai kes samun dan lari..langgar dan lari,, malang itu tak berbau..aku pulak perempuan lagila nenek aku bertambah-tambah kerisauannya.. hmm..balik je la.. gerak pukul 830 so sampai dalam 1230.... boleh la.. esok leh ker pekan sehari...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan