Khamis, 27 September 2012

CERMIN



Cermin ini fungsinya menunjukkan wajah kita. Suami adalah mencerminkan isteri. Dan isteri mencermin suami. Maka jika isteri nampak sesuatu yang tak elok dipandangan matanya mengenai suaminya yang melanggar dan tidak mematuhi syariat Allah, maka isteri itu kene banyak-banyak solat-solat sunat, taubat, hajat, tahajjud. Zikir. Dan mintak pengampunan dari Allah. Sebab bila diperhatikan semula perbuatan suami itu..lihat balik diri sebagai isteri..bukan pada masa sekarang..tapi juga pada masa lampau...adekala ape yang suami anda lakukan same seperti kesalahan isteri di masa lampau...mungkin ini peluang yang Allah bagi untuk anda menebus kembali kesalahan anda yang sudah pun lakukan...perbetulkan suami anda...sebagaimana anda inginkan masa itu kembali dan anda tidak akan melakukan kesalahan itu...grab the opportunity....

Begitulah sebaliknya pada suami. Apabila melihat sesuatu yang mungkar dilakukan isteri...muhasabah diri...mesti ade yang anda lakukan sehingga anda diuji Allah sebegitu... dan kesalahan itu meluas...dari kepatuhan agama, perhubungan sesame manusia, perhubungan dengan alam sekitar, haiwan, macam2...
Jadi apebila berlaku sesuatu yg tidak menyenangkan..istighfar...pujuk diri berdiam..terus mengadap Allah...jangan dibawa berbincang dan bertegang leher dikala api sedang marak..mungkin akan menjadi minyak tanah yang menyemarakkan lagi api yang membakar. 

Seeloknya, dua-dua berdiam...minum air kosong.. wuduk..mandi...mandi ais lagi bagus...solat...mengaji..zikir... dan bermunajat pada Allah...muhasabah diri....korek ilmu Allah..banyak lagi task yang tidak dijalankan....tanpa ilmu tidak akan ke mana..ilmu itu manafaat..ilmu itu bukan untuk pencapaian..tapi perlu dicari untuk mendapat manfaat di dunia dan di akhirat...

Akan tetapi tindak tanduk, tanggapan antara suami isteri mungkin berbeza..penyelesaian suami mungkin begini..penyelesaian isteri mungkin begini....inilah punca percanggahan suami isteri...kerana tahap ilmu didada berbeza...tetapi...selagi cara itu dengan bergantung harap pada Allah semata-mata...insyaAllah..hidup akan diberkati...orang sekarang perlu faham konsep bergantung harap pada Allah itu...yakni..apebila sesuatu berlaku..solat dulula..yakni jumpa Allah dulula...minta petunjuk dari Dia..barulah ade steps lain mcm..dalami ilmu dgn membaca al-quran, dapatkan hadis2, buku ilmiah, para ustaz dan ulama. Yang mana sebenarnya steps lain itu adalah berpunca dari ilham terus dari fikiran kita atau nasihat dari sekeliling.... jadi...kalu xjumpa Allah tadi...mcm mane steps yg seterusnya nak datang...betul tak?... sama macam belajar la...jika xhadir kelas, xtanya cikgu, xbaca buku...macam mane nak jawab kertas pekse....itulah dia bergantung harap pada Allah...pusing-pusing...semua itu sememangnya dari Allah...

Wallahualam..