Khamis, 27 September 2012

TO ALLAH



Ooo..Allah..
Do hear me,
I feel so sad,
Everynight i have bad dreams,
Everyday i have my mental blocks,
oo..Allah,
i do know all of these are trials from U,
i do know this trials to raise my standard at You,
i do know this trials are good for me,
oo..Allah,
i just want to share with u how i feel,
although u r the Knowing,
but i decided to tell You,
because, Your are my Creator,
and You are the best to choose for me to express my feeling
oo..Allah,
i am so afraid,
i am so worried,
with my feeling,
oo..Allah,
sometimes, upon ur trials,
 i feel so down,
so depress,
so sad,
so angry,
unfair,
my heart and my thinking confront Your fate for me,
oh Allah,
i am so afraid,
i am so worried with my heart feeling and my thinking,
oh Allah,
i am seeking your forgiveness every second, every minute,everytime,
because of my heart feeling and my thinking,
oo..Allah,
i am seeking strength from You,
to be a strong mankind,
to go through all Your trials,
in Your ways and with Your Bless.
OO..Allah..
Thank you..
Because let me express this to You..
Alhamdulillah..
Oo... Allah..
I know, this is the best for me..
Oo..Allah..
Thank you..
for being nice to me..
though i keep confront all Your Good things to me..
oo..Allah,
please do help me..
to cure my heart,
from bad feelings,
oo ..Allah,
please do help me,
to cure my brain,
from bad thinking,
oo..Allah,
please help me,
to become A Redha mankind..
to get Mardhatillah from You.
oo.. Allah..
i love You..
oo..Allah..
i miss You.
oo..Allah..
i want to meet You..
Please choose me ..
Please..choose me...

CERMIN



Cermin ini fungsinya menunjukkan wajah kita. Suami adalah mencerminkan isteri. Dan isteri mencermin suami. Maka jika isteri nampak sesuatu yang tak elok dipandangan matanya mengenai suaminya yang melanggar dan tidak mematuhi syariat Allah, maka isteri itu kene banyak-banyak solat-solat sunat, taubat, hajat, tahajjud. Zikir. Dan mintak pengampunan dari Allah. Sebab bila diperhatikan semula perbuatan suami itu..lihat balik diri sebagai isteri..bukan pada masa sekarang..tapi juga pada masa lampau...adekala ape yang suami anda lakukan same seperti kesalahan isteri di masa lampau...mungkin ini peluang yang Allah bagi untuk anda menebus kembali kesalahan anda yang sudah pun lakukan...perbetulkan suami anda...sebagaimana anda inginkan masa itu kembali dan anda tidak akan melakukan kesalahan itu...grab the opportunity....

Begitulah sebaliknya pada suami. Apabila melihat sesuatu yang mungkar dilakukan isteri...muhasabah diri...mesti ade yang anda lakukan sehingga anda diuji Allah sebegitu... dan kesalahan itu meluas...dari kepatuhan agama, perhubungan sesame manusia, perhubungan dengan alam sekitar, haiwan, macam2...
Jadi apebila berlaku sesuatu yg tidak menyenangkan..istighfar...pujuk diri berdiam..terus mengadap Allah...jangan dibawa berbincang dan bertegang leher dikala api sedang marak..mungkin akan menjadi minyak tanah yang menyemarakkan lagi api yang membakar. 

Seeloknya, dua-dua berdiam...minum air kosong.. wuduk..mandi...mandi ais lagi bagus...solat...mengaji..zikir... dan bermunajat pada Allah...muhasabah diri....korek ilmu Allah..banyak lagi task yang tidak dijalankan....tanpa ilmu tidak akan ke mana..ilmu itu manafaat..ilmu itu bukan untuk pencapaian..tapi perlu dicari untuk mendapat manfaat di dunia dan di akhirat...

Akan tetapi tindak tanduk, tanggapan antara suami isteri mungkin berbeza..penyelesaian suami mungkin begini..penyelesaian isteri mungkin begini....inilah punca percanggahan suami isteri...kerana tahap ilmu didada berbeza...tetapi...selagi cara itu dengan bergantung harap pada Allah semata-mata...insyaAllah..hidup akan diberkati...orang sekarang perlu faham konsep bergantung harap pada Allah itu...yakni..apebila sesuatu berlaku..solat dulula..yakni jumpa Allah dulula...minta petunjuk dari Dia..barulah ade steps lain mcm..dalami ilmu dgn membaca al-quran, dapatkan hadis2, buku ilmiah, para ustaz dan ulama. Yang mana sebenarnya steps lain itu adalah berpunca dari ilham terus dari fikiran kita atau nasihat dari sekeliling.... jadi...kalu xjumpa Allah tadi...mcm mane steps yg seterusnya nak datang...betul tak?... sama macam belajar la...jika xhadir kelas, xtanya cikgu, xbaca buku...macam mane nak jawab kertas pekse....itulah dia bergantung harap pada Allah...pusing-pusing...semua itu sememangnya dari Allah...

Wallahualam..

What? Tuding-menuding?



Setiap manusia melakukan kesalahan dan setiap manusia mempunyai kelemahan. Dan perlu juga dilapangkan dada dan luaskan pandangan dan pemikiran yang mana setiap manusia itu juga melakukan kebenaran dan mempunyai kekuatan/kelebihan tersendiri. Dan setiap individu mempunyai perbezaan di dalam 4 perkara itu. (melakukan kesalahan, mempunyai kelemahan, melakukan kebenaran, mempunyai kekuatan/kelebihan). Kenapa Allah cipta makhluk dia sebegitu?..apekah hikmah nya?...

Pada aku tujuannya adalah supaya manusia faham concept equality, gives and takes, consideration, co-operation, tolerate, ukhwah, helps each other, humble, zuhud dan sabar.

Kenapa aku rasa begitu? bila kita plus minus 4 perkara tadi it be zero. Sbb memang semua org ade cas –ve and +ve. Itula yang menjadikan equal. Bila saling ade 4 perkara so there is gives and takes, considerations, co-operations, tolerate takes place.saling melengkapi...terus membentuk ukhwah, and helps each other. Selain itu, tiadanya rasa megah, angkuh, low, yg mana train ummat jd humble zuhud dan sabar. Sabar kerana sememang semua buat 4 perkara tu. Cuma bagaimana, cara 4 perkara tu di lakukan dan ukurannya itu mungkin menjadi satu perbedaaan.

Jadi, sebenarnya, sikap tuding-menuding ni (salah menyalahkan) ni sepatutnya xwujud. Sebab semua org ade 4 perkara tu... perkataan dan perkara yang lebih tepat untuk replace tuding-menuding ni ialah...nasihat-menasihati..mencintai teguran berbanding pujian...

wallahualam

Rabu, 26 September 2012

Kasih Abadi : Bahagian Dua



Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Semua orang sudah masuk ke bilik masing-masing. Penat barangkali. Lagi pun sudah masuk ke waktu maghrib. Masing-masing sibuk bersiap membersihkan diri dan solat maghrib. Sedang menunggu isteri aku dlm bilik air, teringat kembali saat usai akad nikahku..pembacaan “taqlik”..salaman pertama setelah solat sunat perkahwinan...getaran pertama menyentuhi kulit seorang wanita yang bergelar isteri. Sememangnye ade cas-cas dirasakan meresap ke dalam tubuh badan. Dengan tautan mata sungguh sentap dirasakan... disaat membaca doa sambil meletak tangan didahinya..sungguh manis saat itu..

jam sudah menunjukkan 7.45ptg. lambat lagikah isteriku ini dalam bilik air?... “adinda ku sayang... lama lagikah... buka kejap pintu blik air ni sayang?” senyap seketika. Paip ditutup... hmm... lap badan kot..kemudian pintu blik air terbuka...pertama kali tengok wanita ini tanpa dilitupi tudung, dan baju yang menutup aurat..sememangnye dari mukanya dan tangannya aku sudah agak dia seorang yang cantik lagi menawan...bergegar jantung aku..tak sedar aku akan perilaku aku ... terus aku menghampirinya...menariknya ke dalam dakapanku.....mencium lembut ubun-ubunnya...menariknya bersama2ku masuk ke bilik air kembali... sungguh...rasa nak terkeluar jantung berdua-duaan dengan wanita ni... memang agama islam itu benar... kecantikan..haruman..memang menaikkan nafsu sang perawan.. kelembutan sentuhan..irapan mata..ukiran senyuman..sudah cukup menggegar iman di dada..sebab itulah agama sarankan tundukkan pandangan...

dia sungguh cantik...aku sudah cukup terpesona... dia tunduk dan kaku.. merah merona wajahnya..malu barangkali..maha kaya Allah..sungguh cantik kurniaanMu.syukur aku kepadaMu dengan kurniaan kecantikan ini. .. tapi sesuatu yang menyebabkan aku rasa bersalah..dia menggeletar...takut atau kesejukan barangkali...terus aku memeluknya...kejap dan lama..diharapkan ini dapat meredakan perasaannya... dia merelakan sehingga terasa ade tolakan perlahan pada dadaku... aku memandangnya..kali ini matanya tertancap padaku..mata bertentang mata...hati mula bergelora...hanya gerakan mulutnya saja yg aku nampak..ape yang diperkatakan..aku sendiri pun xpasti...sehingga rasa percikan air pada mukaku.... baru aku tersedar...jam sudah 8 mlm... dia terus menyelinap keluar...”tunggu abang ye yayang?”... astaghfirullah...baru dapat nikmat aku telah leka... mahukah aku ditarik kembali nikmat ini?...astagfirullah...isteriku dikurniakan bukan untuk kelalaian ..tapi pembakar semnagat utk aku makin dekat padaNya...lagipun...siapa lagi kalu bukan aku yang perlu mendidik isteri aku...aku perlu kuat dan mendalami ilmu bagi membina keluarga yang mawaddah sakinah...

kali kedua menjadi imam sebagai suami. Mandat untuk aku menjaga wanita ini. Memelihara maruah dirinya. Memberi kebahgiaan dan memewahkan dirinya dengan pelbagai ilmu agama di dunia yang sememangnya untuk bekalan di akhirat. Selesai berdoa, aku menghadap kearah isteriku.dia menghulur tangan mahu menyalami tanganku.ya Allah, Alhamdulillah syukurnya aku. Isteriku menghormatiku.sekurang-kurangnye, perkara ini sudah tak perlu aku ajari dan teguri lagi. Sesudah aku menyalaminya.aku terus menciumi dahinya yg lembut.cantik.dia berkulit mulus.saja aku menciumi lama di ubun2nya sambil membaca ayat2 suci yang boleh mengeratkan silaturrahim.seperti surah thoha ayat 1-5, selawat..dan paling tidak al-fatihah. Supaya ubun2 isteriku sentiasa suci dari singgahan syaitan. Dia isteriku. Dia hak ku. Dia amanah ku. Dia perlu ku jaga. Dan dia yang aku sayangi. Dari permulaan di hari perkahwinan zul dahulu lagi..aku memang suka memandang mata dia..memang cantik..tajam n bijaksana..tidak terlalu hitam tapi tidak pula coklat..ade satu renungan, pandangan dan irapan yang memang buat jiwa aku tak keruan..

“abang nak makan malam pukul brape?” sedapnya dengar...syukur lagi..aku dapat panggilan hormat itu..”abang”...alhamdulillah... “ape dia..abang kurang jelas, ulang lagi sekali?” saje aku nak dengar perkataan abang tu lagi...huhuhu...saja nak menyakat (bergurau).. sambil aku melihat reaksi wajah dan perilaku isteriku..dia tunduk tengah melipat kain telekung.mukanya bersahaja dan ade rona merah..segan nak panggil abang lagi la tu kot...huhuhu..tapi dia ulang jugak lagi soalan tu.. “nak makan malam pukul beraper?” erk... dh ilang perkataan mula2 tu...tu la aku..ngade sangat... “hmm..ye ke itu ayat soalan yang pertama tadi, bukan ade perkataan yang tertinggal ker?”..sesudah melipat kain, dia duduk semula.. muka blur..aku ni pun..hari ni dh la byk aktiviti...ngade2 pulak..dia Tanya nak makan tu pun dh syukur...kira baik la tu...hehehe...aku tengok dia duduk jek xbergerak..tak bercakap bila aku tak bercakap... kesian pulak..aku tak kenal dia..dia lagi tak kenal aku..dah nama lelaki..aku kene 1st move la...tak baik wat dia terkulat-kulat gitu... dalam aku berfikir dan leka memerhati dia..dia Tanya lagi.. “abang, nak makan bila...saya lapar..” kali ni terang dan jelas..ade riak dan nada sedih..mungkin sedih sebab pertanyaan dia tu aku tak sedari yang bermakna dia lapar barangkali..dia menunggu aku untuk makan bersama... astaghfirullah...kenapa la aku ni pun fikir aku je yang tak lapar..isteri aku ni manusia...plus aktiviti arini lagi..kalu aku penat..dia wanita..lagi penat...aku menghampirinya...ku tarik dia kepadaku...ku cium pipi mulusnya.. “terima kasih sayang kerana menerima abang sebagai suami dan melayani abang sebegini...maaf abang lambat faham yang sayang lapar. Jom makan.” Huhuhu...akukah itu...alhamdulillah niat aku jujur nak menjaga dia..Allah beri hidayah padaku dalam memberi kasih pada isteriku.OOH..Allah...syukur..aku akan lebih dekat padaMu..meminta kasihMu agar dapat aku memberi kasih pada isteriku.

Keluar dari bilik, semua mata tertancap pada kami..secara automatic...muka aku merah..isteriku apetah lagi..sememangnya putih..lagi la nampak merah.. xtau nak bereaksi macam mane..tapi kaki ni terus jugak la bergerak ke meja makan..isteri aku terus ke dapur..mengambil pinggan barangkali... xlama dia sampai membawa pinggan, dan hidangan lauk pauk...kesian..dia pasti letih dengan aktiviti arini lagi,..aku terus bangun..membontotinya ke dapur..dia mungkin tak perasaan aku mengikutinya agak rapat..dia pusing dan terlanggar aku...aku pulak terkejut dan terangkat tangan..terkene pulak siku aku pada lengannya.. “aduh...eh..abang..” merah lagi muka dia..malu barang kali sbb terlanggar berhadapan terus dgn aku..tak tahan aku tengok kalu muka dia merah...cepat2 aku gosok lengan dia.. aku pun sakit juga..tapi isteri aku mesti lagi sakit..lagi satu, kalu banyak kali terlanggar berhadapan macam ni..aku lagi suka..beribu kali pun x ape... leh create bahagia spontaneous gitu..huhuhu...bab-bab nakal ni...serah pada aku...“sorri, abang ingat nak tolong tadi..ingat sayang perasan,rupanya tak...dah terhantuk siku abang  yang tajam ni...ish..siku ni..jahat la..”saja aku wat aksi memukul siku aku...perilaku aku wat dia tergelak...alhamdulillah....dia gembira...bukan senang nak tengok dia senyum dan gelak kalu dengan aku... “meh, ape lagi yang abang boleh tolong?” dia merenung aku...lama dia memandang aku...buat aku tak keruan..dan makin terpesona... “oo...berani renung abang kat dapur...nape tak pandang masa dalam bilik?” saja aku makin menghampiri dan berdiri rapat secara berhadapan dengan dia... “ops...sorrii....” erk... adik ipar aku terus berlalu...segan atau rasa terganggu dgn kemesraan pengantin baru..aku lak rasa bersalah..gelojoh pulak aku ni...tak lari gunung dikejar la.. kami terus berlalu ke meja...

Alhamdulillah. Selama aku dirumah isteriku..ayah, mak mertua dan semua kaum keluarga isteriku melayanku dengan begitu baik sekali. Aku sangat bersyukur. kuasaMU ya Allah. Itulah..nawaitu itu kene benar dan disulami dengan keikhlasan. Esok pulak kenduri menyambut menantu...nenekku orang yang paling bahagia...teringat siang tadi..nenek tersenyum dan gembira ...memelukku erat..dan ku lihat ade linangan air mata di kelopak matanya..tak tertahan jiwa lelaki aku  melihat nenek ... terima kasih nek dengan sokongan dan penjagaan dan tunjuk ajar mu.. 

Selesai menikmati juadah makan malam sambil berbual mesra.. tetiba adik2 iparku  mengajak kami semua ke ruang tamu...setibanya di ruang tamu.. “surprise.....” semua orang dah berkumpul membuat bulatan di meja ruang tamu yang di atasnya ade sebiji kek yang tertera..selamat pengantin baru Arif & Liza... “cepat2 la potong kek tu...” semua mengarahkan kami memotong kek..melihatkan yang kami terkejut dan seakan blur tetiba...abah pun datang mengambil tangan ku dan meletak tanganku pada tgn isteriku dan meletakkkan pisau...oo..aku yang baru tersedar..baru paham...aksi2 orang mula kawen..semua kene bagi tau..almaklumlah tak biasa posing2 ni.... cantik kek nyer..

Selesai memotong kek..kami berborak...sambil membuka hadiah....sedar tak sedar jam sudah pun pukul 12 malam..semua dah mula menguap-nguap..dan beransur bergerak ke bilik masing-masing...tidur...isteri aku pun dah banyak kali menguap..badan letih lagi cepat rasa mengantuk.. “jomla tidur sayang”..aku mengajak sambil menggenggam erat tangannya...dia tak bersuara tapi bangun dan mengikuti ku masuk ke bilik...
Isteriku terus ke bilik air..aku pun mengibas-ngibas tilam, bantal, selimut, sebab ade hadis nabi yang menyebut..mengibas terlebih dahulu tempat pembaringan sebelum tidur. “kita belum berisyak kan?” Tanya isteriku...aku mengangguk sambil berlalu ke bilik air..nak memeluk isteri..tapi ade isyarat dh berwuduk...huhuhuh... sebelum tidur dan bersolat..elok bersugi,...cuci mulut...dah beristeri apetah lagi kene jaga...kalu nakkan isteri cantik, melaram, wangi, kulit mulus, maka sama juga keinginan isteri dan penghormatan pada orang yang di sayangi.. mesti kene kemas, wangi, suci dan bersih..apetah lagi nak bersolat..nak jumpa Allah...

Usai solat isyak...kami pun bersiap-siap untuk tidur...jiwa memberontak...laut bergelora....akal fikiran ade...jika ikut cara rasul Allah pun..kene ade malam perkenalan..suai kenal...tak boleh terjah..ikut nafsu binasa... isteri aku pun dah mula pucat muka dia lepas solat tadi...huhuhu..takut la tu...aku pun berdebar...the first thing dalam hidup kot...aku xtau..isteri aku xtau...memang gelabah juga...aku pun penting kene kawal ... inilah kenangan manis bagi seorang gadis...belaian dan kemesraan layanan yang pertama kali itu penentu kasih sang teruna pada dara... silap gaya akan menjadi trauma dan kenangan pahit seumur hidup...ya Allah bantulah aku mencurahkan kasih sayangku pada isteriku dalam membentuk keluarga yang mawaddah sakinah..

Dia baring dan mengiring ke arahku.. Alhamdulillah.. dia sangat menjaga tatatertib seorang isteri...pakaiannya..baru..ade bau haruman yang menyenangkan aku...dia prepare untuk menerima aku...alhamdulillah...dia tidak mengenali aku pun...tapi dia tau tanggungjawab dia sebagai isteri...alhamdulillah...kasih aku makin tertaut padanya...aku mengambil hp..mengunci jam...memang habit aku, kunci jam pukul 4, 430, 500, 515, 530, 600, 615, 630, 700pg... supaya aku akan terbangun...kalu solat malam aku tinggalkan...Allah mesti tarik ketenangan dan focus aku. Selesai mengunci jam..aku mengiring kea rah isteri aku. Dia terpejam...dah tidurkah...huhuhuhu...ke pura-pura pejam sebab menahan debaran...tapi tadi muka dia memang pucat..nampak sangat la..sbb sblm tu asyik merona merah je kan...huish..naluri lelaki aku ni yang normal...mane tahan tengok..isteri lak tu..halalan toyyiba kan.... aku terus merapatkan badan aku ke badan dia... menciumi ubun2nya... dia bergerak...eh...sejuk tangan dia...kesian..takutkah?... “sayang, nape sejuk je tangan ni.. demam ker?” aku terus meraba dahinya..xpanas...takutla tu... “takut  ye sayang?”... aku peluk dia erat... ya Allah...berpeluh, basah  baju...dahsyat ni tahap takut ni...kipas punya laju...dia boleh berpeluh...memang takut tahap dinasour ni...kesian dia.. “sayang, janganla takut sangat, abang akan jaga sayang dengan baik. insyaAllah, selagi Allah izinkan. Tidurla...esok kita nak berjalan jauh lagi” aku pun megusapnya..cuba memujuk agar kurang rasa takutnya...dalam tak sedar aku pun terlelap...

Jam 4 pagi aku sudah pun bangun dari tidur...solat...mengaji...dan bersyukur dengan pemberianNya dan meminta urusan hari ini berjalan dengan lancar.. pukul 9pg semua sudah bersiap untuk bergerak menuju ke kg halaman aku...3 jam 30 minit juga perjalanan.... semoga Allah mempermudahkan semua urusan berjalan lancar.dan semoga Allah melapangkan dada isteri dan keluarganya menerima keluarga aku pula...amin.. suasana di kampong dan dibandar..sungguh berbeza sekali..suasana meriah gotong royong kenduri kendara di kampong...sungguh seronok..dibandar semua diuruskan oleh CATERING... jam 1230 aku sudah tiba di kampong dan siap nak berarak.. dari highway tadi aku dah nampak kertas nama aku dan bunga manggar... bunyi juga dari keriuhan paluan kompang dan alunan nasyid dari kumpulan hijjaz. Alhamdulillah... dikejauhan aku dh nampak nenek and the “boria”( baju color yg sama) datang menjemput kami..terus ke tempat makan yang disediakan...

Usai makan dan bergambar....maka keluarga mertuaku pun sudah mau bergerak pulang...isteriku pergi menyalami setiap keluarga dan saudara mara yang dtg..akhir sekali dengan ibunya...lama dia mendakap maknya...begitu juga maknyer...mengalir air mata ibu....sedih barangkali..anaknya sudah diambil orang...detik dalam hatiku, insyaAllah aku akan membahgiakannya mak..aku percaya Allah itu maha Adil. Aku merapati isteriku...saat begini akulah orang yang perlu menyokong dia...akulah yg Allah beri mandat sebagai tunjang untuk dia terus berdiri teguh.. mak berlalu...aku memegang tangan isteriku menarik rapat dirinya dan membimbingnya ikut sama ke kereta..biar hatinya terpujuk ...melihat dan melambai keluarganya bergerak pulang...jauh pandangannya..melirik melihat kereta hingga hilang dikelibat mata....pandangan itu...sama seperti pandangannya di hari perkahwinan zul...aku tak tertahan melihat kesedihan itu...terus aku menariknya memeluk dan mencium dahinya...tangannya ku genggam erat...aku percaya..kuasa Allah itu maha Besar..sedikit sebanyak, sentuhan aku ini, pasti memberi kekuatan pada diri isteriku.. “mari sayang, insyaAllah abang jaga sayang elok2, jangan berhenti minta dari Allah supaya Abang mampu memberi hak sayang, dan abang mampu jadi suami yang dapat jaga sayang seperti menatang minyak yang penuh berlandaskan syariat Allah.” Hmmm....tetiba aku terdengar gelak kecil..aku tgk..eh..isteri aku yang gelak...kelakar ke ape yg aku ckp td...alhamdulillah at least dia gelak.,...takla macam tadi.... “macam student angkat bai’ah”. Erk..formal sgt kot cara aku tadi...huhuhu..termalu sendiri..

Kenduri di kampong sekejap je waktu nya.pukul 3 orang dah tiada. Pkl 12-130 tu waktu org tgh ramai. Cuma bila kenduri gotong royong ni tuan rumah letihla juga,..nak mengemas rumah lepas kenduri...hari pun sudah petang. Di kampong bila pukul 7mlm memang semua dah masuk rumah dan tutup tingkap dn pintu..nenek pun dh ke bilik air.bersiap utk solat maghrib..aku pun mengambil sejadah dan telekong utk dibentang..dulu2 aku dengan nenek..kini dah tambah lagi sorg. “mari, abang tunjukkan, kiblat kea rah sini... telekong dan sejadah kat sini...” isteri aku mengangguk. Jom ke bilik air lagi 1.nanti lambat. Nampak mata isteriku agak lebam dan merah..mesti keletihan...kesian... dia mesti rest secukupnye..nanti aku menyebabkan dia kurang rehat dan ditimpa sakit.. 

Selesai solat isyak...kami ke dapur...nenek melarang isteriku ke dapur menolongnya ...sempena perkahwinan katanya biarla dia hidangkan...tapi aku ni xkanla kejam sgt nk biar nenek watkan sendiri2... isteri aku pun serba salah dibuatnye..ye la..nama dah nenek..dah berusia..mestila nak orang yang hidangkan untuk dia pulak.. aku pun mendudukkan isteriku di kerusi..”xper sayang, malam ni abang kene serve untuk sayang dan nek.  Aku terus ke dapur...sememangnya aku dah biasa menolong nenek didapur dan aku dah tau selok belok dapur rumah ni... “nek pun duduk je dengan liza kat meja tu.biar rip yg sediakan hidangan...nek dh byk buat persiapan ni mesti letih.  G duduk rehat g. Kali ni nenek pulak didudukkan rip ke meja..huhuhuu....
Usai makan sambil beborak..nenek minta diri dulu nak beradu... tggl aku dengan isteriku..kaum kerabat sedara mara semua tggl dekat sini...jadi xde siapa yang tido sini..masing2 balik umah masing2...nenek pun sudah ke bilik. Jam sudahpun pukul 1130 malam...aku bangun dan mengajak isteriku juga tidur.kesian, dia mesti kepenatan.dua hari berturut2 event besar ape taknye...

Sambil berbaring, aku mengusap lembut rambut isteriku, sambil menciumi ubun2nya...”sayang”....dia menyahut “ya”...tak tidur lagi rupanya.. “tak boleh tidur ke?” dia menjawab pendek “a’ah” kali ni mukanya lebih kepada penat berbanding pucat lesi smlm. Masih pucat dan berpeluh seperti smlm..tapi menggeletarnye sudah berkurangan.. aku mengerti...pertama kali tidur sekatil dengan lelaki yang belum dikenali hati budi, mesti debarannya dahsyat..sama seperti aku...debaran untuk memberi yang terbaik buat dia...kawalan emosi dan daya fikiran dan pemerhatian aku kene tajam...agar hatinya tidak dibuai rasa marah, sedih dan tidak terbela...kali ni aku peluknya kemas dan kuat....dia meronta... “kenapanya, lemas.” Hahaha...aku gelak sambil menelek mencari mukanya... “saja...abang geram tengok sayang”... terus pandangannya tunduk... dan disorokkan mukanya ke dadaku... malu dan berdebar-debar barangkali....entah mengapa..ade reaksi ketakutannya yang aku suka tengok...takut yg penuh debaran dengan tersipu-sipu malu...comel... i like..she’s so cute... blushing... huhhuhu...alangkah indahnya perkahwinan ini..ya Allah..aku bersyukur... sudah lama aku merindu  dan mengimpikan saat ini...alhamdulillah ya Allah...betapa pengampunNya Engkau... aku pohon ya Allah..berilah petunjuk kepada aku dan isteriku dalam melayari bahtera perkahwinan ini...dalam tak sedar aku terlelap...

Suasana dikampung sangat mententeramkan jiwa. Tapi aku tak tau penerimaan isteriku.dia anak yang dilahirkan di Bandar, sudah biasa dengan suasana hiruk pikuk Bandar. “mari,” sambil aku menarik tangan isteriku, duduk di pangkin depan rumah. “sayang, boleh terima ke tinggal di suasana kampong macam ni?” matanya itu..suka merenung jauh...pandangan dan renungan itu seperti menyimpan dan membawa pelbagai macam peristiwa dalam kehidupannya. “saya lahir dibandar, tapi dari keluarga yang kais pagi makan pagi.kais petang makan petang. insyaAllah, saya boleh membawa diri walau di mana dicampakkan.” Dia memandangku, dan tersenyum. “saya senang dengan ketenangan kampong abang. Dan saya sayang nenek.” Tetiba dia tertunduk, lama dan seperti menyeka air mata...ya Allah..menangiskah dia?.. aku menggenggam erat tgnnya..menariknya dan mendakapnya...pelbagai persoalan bermain di benakku..aku salah cakapkah...ade kenangan lama yang mengguris hati kah..atau dia dalam keadaan melawan perasaan cuba redha atau pasrah dengan kenyataan hidup... yang mana satu.... lama kami begitu... “kenapa sayang?” dahinya ku cium bertalu-talu...dia tertunduk..malu barangkali menangis dan beremosi di hadapanku..dia menggeleng kepala... “jom, dah masuk waktu zohor, byk lagi xsiap kemas tu, sian nenek.lepas ni kita sambung semula.” Dia cuba mengalihkan fikiranku..tapi aku tangkas, menggapai tangannya dan menariknya kembali berhadapan denganku... “abang, masih dalam persoalan sayang.” Ini kali ke dua, dia merenungku lama, mata kami bertaut lama... “mata sayang ni kan, selalu wat abang xkeruan”......”kring..kring..kring”... bunyi loceng basikal tua...huhuhu...seganla...lupa la kat depan umah nenek...cover-cover. “assalamualaikum pak akop...nak ke mane?” saja nak alihkan pandangan pak akop pulak...Isteri aku ape lagi.,...ini la saat dia melepaskan diri....hmm....xper...xperlu dikorek...kasih sayang itu akan dibalas dengan kasih sayang...dan perhatian...insyaAllah i believe with Allah.. 

Selesai sudah mengemas semua barang...esok hari untuk berziarah ke rumah sanak saudara. Malam ni aku perlu solat maghrib n isyak di masjid.dah lama xjumpa orang-orang kampong. Selalu kat masjid la dapat jumpa semua orang kampong.kawan-kawan rapat lama. “sayang, malam ni abang solat maghrib dan isyak di masjid tau. Lepas isyak, abg balik. Sayang ok ke tinggal ni...ke nak ikut abang g masjid skali...” dia senyap..macam berfikir... “nenek pegi ker?”...  aku menggeleng.. “saya tinggal, temankan nenek, sian dia tggl sorg2.” Alhamdulillah... hati dia sudah mula kasihan dan sayangkan nenek..dua hati yang aku perlu jaga ...

(perbualan liza dan nek cuyah)
Azan maghrib tengah berkumandang. Aku dengan nenek sudah pun di atas sejadah..merdunya suara bilal ni. Mesti mengaji pun best..gumam aku dalam hati..nenek memandang aku....erk... nenek mintak aku jadi imam..ya ampun...tolongla ya Allah permudahkanla aku....almaklumlah gelabah...pandai pun bleh jadi lupa....terfikir pulak kalu aku ikut suami aku ke masjid td kan senang...tapi kejamnya aku tinggalkan nenek...yang wajib ke masjid lelaki...lagipun nenek ade..aku tetap boleh dapat pahala berjemaah...Cuma x expect la nenek mintak aku jadi imam...selesai azan... aku pun berdoa... “sedapkan suara orang azan tadi.” Aku pun mengangguk. “bertuah isteri dia, mesti dia pandai bertarannum.”  Kataku melayan cakap nenek. “kau memang bertuah liza, rip memang lelaki yang penyayang. Kau tolongla jaga dia elok2.nenek sayang sangat rip.sudah pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidup dia. Nenek tak boleh tengok dia kecewa lagi.” Nenek menyeke air matanya...ya Allah..tersentuh hati aku..melihat kasih seorang nenek pada cucunya...tak tumpah seperti kasih seorang ibu pada anak yang dikandungnyer. Kasih yang ade dalam hati ini mendesak aku untuk terus memeluk nenek. “insyaAllah nenek, saya akan cuba yang terbaik.sentiasala kita berdoa agar sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dalam ape jua yang nak dilalui dalam hidupni.” Tanpa sedar aku mencium pipi nenek. “mari solat nek,”. Ajakku lembut. Alhamdulillah..Allah berikan aku kekuatan untuk menjadi imam pada nenek malam ni...aku rasa bahagia... selesai solat maghrib, nenek ingin mengaji.. sementara aku duduk berzikir dan mendengar serta melihat bacaan nenek. Patutla suara suami aku merdu...suara nenek pun sungguh merdu...dari bacaan nenek...aku pasti suami ku juga terdidik dengan bacaan yang tertib, berlagu, betul sebutan makhraj dan mengikut tajwid.
Aku rasa bersyukur. “liza pandai bertarannum?” selesai mengaji nenek bertanya.aku tunduk..malu...dan menggeleng.. nenek menepuk pahaku... “tapi bacaan liza mengimamkan solat macam seorang yang pandai bertarannum?” aku tersenyum... “sikit sangat saya belajar..beberapa bulan sahaja..itupun ketika usia 12 tahun...nada yang nenek dengar tu la je sy slalu baca. Segan saya pada nenek.orang muda..tapi xpandai...” nenek memandangku... “xpandai bertarannum tak per. Yang penting bacaan liza betul makhrajnyer..tajwidnye...sbb sebutan tu boleh menukar erti perkataan dalam al-quran.” Aku tersenyum memandang nenek. Sungguh bertuah suamiku. Dan aku sangat bersyukur. Sememangnya aku sudah mula rasa keindahan memiliki suami itu.walau pada mulanya aku diselubungi rasa takut dan risau, tapi demi Allah, jika inilah ketetapan jodoh..aku perlu cekal dan tabah...dan Alhamdulillah...dari bab yang satu ni...aku lege...martabat dia sebagai suami memang layak...dan mampu membimbingku tentang bacaan ayat2 suci al-quran...

 (tamat perbualan liza n nek cuyah)

Sekejapnye kurasakan..percutian kali ini...rasa pilu nak meninggalkan nenek keseorangan di kampong... kesian nenek....

Perjalanan ke pulau langkawi...tiket flight pukul 900 pg esok di LCCT. So malam ni akan tdo di rumah baru kami. Perasmian rumah ini untuk isteriku..semoga dia menerimanya dengan senang hati...

Setibanya di rumah. Jam sudahpun 745 malam.aku membuka pagar rumah dan memarkir kereta. Isteriku seakan terpegun.aku membuka pintu, “mari bidadariku, inilah rumah kita.” Aku terus menariknya duduk di kerusi. “abang pegi amik beg sekejap ye”. Sudah dikunci semua, dan sudah dipastikan keselamatan ok, aku terus duduk di sisi isteriku..sambil memeluk bahunya dan menggenggam tangannya. “jom kita mandi n solat dulu”. Aku terus mendukungnye ke master bedroom dan meletaknya ke atas katil.. saja aku pegang kedua tangannya..supaya dia xboleh bergerak...dia cuba mengalih mukanya...saja aku nak menyakat(bergurau) orang yang dalam debaran kencang... semoga perlakuan aku ini akan mengimarahkan rasa kasih antara kami..semoga perlakuanku ini melahir tautan kasih antara kami... semoga kami dibawah lindungan Allah. Aku terus mencium pipinya...dan terus beredar untuk membersihkan diri dan bersolat maghrib. Sambil bertuala aku menariknya beserta aku ke dalam bilik air...mari mandi... dia cuba mengelak..alasan belum bersalin baju ke kain basahan...tapi aku sudahpun mengunci bilik air dan terus membuka pancur air....tubuh wanita yang bajunya basah terkena air...buat aku leka...

“ni yang saya tak nak mandi sama ni...kan dah lambat nk solat maghrib ...” kali ke 3 dia memandang aku dan mata brtaut.... baru aku paham..sebenarnya renungannye itu tanda bila dia dh nak marah dan bengang rupanya.... aku pun satu,...ish..astaghfirulllah.... leka dengan nafsu....dia isteri aku la..xlari ke mana..waktu solat tu yang ade hadnya...Allah tu....astaghfirullah... “maaf, sayang cantik sangat, selalu buat abang terleka..terima kasih ingatkan abang..abang yang patut membimbing sayang..” aku mengambil telapak tangannya meletak ke dada ku...

Selesai solat isyak...dua-dua diam..berteleku... “sayang lapar?” isteriku mengangguk... “mari, abang wat house tour malam ni.perkenalkan selok belok rumah kita ni...buat masa ni, ini jekla rumah yang mampu abang sediakan untuk sayang. Diharapkan ia memenuhi citarasa rasa sayang. Susun atur, ade ape2 keperluan lagi bagi tau abang, abang boleh uruskan. Jangan diam2 dan pendam2 ok...”tetiba isteriku berhenti....dan aku yang berjalan memegang tangannya juga terhenti berjalan...aku berkalih..memandang nye.. “kenapa sayang?”.. dia merenung aku lagi... “lapar” ya Allah...lama pulak ter”tour” rumah ni... “jom...kita ke destinasi terakhir....dapur...”.. “dapur dan gas dah ade...pinggan..cawan... dalam cabinet..minuman..gula..kuali... periuk...disini...jadi sebagai perasmian rumah ni..dan meraikan isteri abang yang selalu buat abang tak keruan ni...abang serve u tonight..kasi rest skit... 

Selesai makan....kami ke ruang rehat..menonton tv, kot2 ade cerita  yang menarik hati...tapi isteri disebelah lagi menarik hati... tangan aku pun dah mula menjalar ni...isteri aku pun mata dah kuyu.. “sayang, jom tdo”. Isteri aku pun macam orang mengantuk disorong bantal. “sayang, jom solat?” isteri aku macam terpinga-pinga.. “eh bukan dah solat ke tadi...” aku lihat mukanya beransur dari kemerahan kepada kepucatan....mungkin dah tangkap maksud pandangan mata aku tu...dia terus berlalu ke bilik air...cepat-cepat dikuncinya pintu bilik air..aku duduk dibirai katil...terasa resah juga ..risau juga...semoga Allah membantu aku menjadi suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin..yang mampu memberi kebahgiaan zahir dan batin pada isteri aku..semoga semua perbuatan aku dalam peliharaan Allah. Mengikut para sahabat, rasul menyediakan kurma, air minuman dan sebejana air bagi isterinya selepas bersama. Air dalam bejana bagi menyapu muka dan tangan isteri. Dan kurma dan air bagi menghilangkan dahaga isteri. Setelah selesai menyediakan semuanya..isteriku masih belum keluar dari bilik air.Lama jugak isteri aku ni .... takut sgt ker sampai pengsan ke dalam bilik air... “sayang, sayang ok ke tu?” terus pintu blik air terbuka..dia keluar..asyik tunduk je dia...menahan debaran barangkali...

Usai solat sunat, kami solat sunat hajat.mohon semoga Allah membantu kami dalam menjalankan tanggungjawab masing2. Alhamdulillah...the power of solat... jiwa rasa tenang..perlakuan dalam kawalan akal fikiran...kasih kerana ikhlas bukan berlandaskan hawa nafsu semata-mata..saling memberi... semoga setiap sentuhan ini adalah sentuhan penuh kasih dari aku buat isteriku yang aku sayangi. Demi Allah yang menyuruh agar suami membahgiakan isteri.menjaga makhluk ciptaannya yang sangat lemah tetapi penuh kelembutan. Sebagai suami yang merupakan seorang nakhoda untuk sebuah kapal layar. Alhamdulillah walau saling tiada pengalaman...tetapi diakhirnya aku mampu membuat dia tersenyum malu...itu satu petanda baik bagiku..

Deringan jam mengejutkan aku...sudah jam 4 pagi... “sayang, bangun sayang, jom kita mandi dan solat?” terpisat-pisat dia mengesat mata...tapi masih belum bangun juga...kesian...tanpa menunggu lama, aku terus mencimpungnya ke bilik air.. “abang”...antara dengar dengan tidak suara isteriku..dia terus memelukku erat...terasa kepanasan kulit tubuhnya meresap ke tubuhku... “kenapa ni sayang?” aku cuba merenggangkan pelukan kami..tapi isteriku terus erat memelukku..akhirnya aku biarkan saja...aku terus membuka paip dan membiarkan kami berjujuran di bawah pancur air... sudah agak lama...aku rasa mesti perasaannya sudah reda...aku mendongakkan dagunye....memandang matanya..... “kenapa sayang, perlakuan abang semalam ade mengguris hati sayang ker, ade cara yang sayang tak suka?” merona merah terus mukanya, tunduk lagi dan terus menyorokkan mukanya didada ku..ooo...barula aku faham...mungkin dia malu dengan keindahan semalam....terus aku memeluknye erat.. “sayang nye la abang kat isteri abang ni, isteri abang ni sayang tak kat abang?”.. saja aku berseloroh..walaupun dalam hati menaruh harapan juga agar ade kata keramat dari isteri aku ni...tapi tiada..Cuma terasa pelukan semakin erat. Kali ini aku mendongakkan lagi muka isteri ku...mata bertentang mata...mataku jatuh pada bibir mekarnya...naluri jantanku bangkit lagi...

Tiba di langkawi sudahpun jam 1030 pagi...aku memang dah booking hotel dan kereta sewa.. bilik sea view... memang cantik... sementara tunggu check in blik pukul 12... kami bersiar-siar...aku membawa isteriku pusing-pusing 1 langkawi..langkawi ni kecik...pusing-pusing dekat situ la jugak...Cuma view dan suasana dan permandangan memang sesuai utk merpati sejoli...melawat makam mahsuri...telaga tujuh....kampung warisan...beras terbakar...jam sudahpun 2.00..kami singgah makan dan terus check in...cantik permandangan laut...bilik yang begitu selesa... “sayang ok.petang ni larat lagi nak keluar berjalan-jalan?” dia berdiri memandang jauh ke laut...renungan itu...pandangan itu...selalu membuat aku terfikir-fikir.....dari belakang aku memeluknya...dia menyandarkan kepalanya ke dadaku...tenangnya rasa...cantiknya keindahan ciptaan Allah. Saja aku mencium telinga dan leher isteriku...membuat dia kegelian dan memusingkan badan berdiri berhadapan denganku...ku rangkul pinggangnye.aku semestinya tewas dengan runtunan kehendakku...semoga Allah membantu aku memberi kebahgiaan buat isteriku...dia hanya mengikut rentakku..kadangkala tewas juga menahan rasa malunya dengan runtunan keinginannya yang mengatasi para sedarnya... “abang..” bisikan suaranye sungguh seksi di telingaku.. “jom solat”... dari terpejam..aku tercelik...astaghfirullah..dah berapa kali aku alpa dengan nikmat ini...aku memeluk erat isteriku dan menciumnya bertalu-talu.. “terimakasih...sayang selalu ingatkan abang..malu abang... abang asyik tewas je....”

Hari ini..ade kelainan cara pandangannya padaku...dari malam tadi lagi...sentuhannya...reaksinya...membuat aku sangat bahagia..adakah itu tanda dia sudah mula membuka ruang hatinya untuk aku...hari ini..pandangan matanya tepat...seolah-olah membelek dan menikmati wajahku dan aku..sebagaimana aku memandangnya..dan akhirnya..sebuah kuntuman senyuman lahir dari bibir mekarnya...bahagiakah dia?.. aku bersyukur dan berterimakasih pada Allah jika dia bahagia...alhamdulillah...tanggungjawab menjaga zahir dan batin ni sgt susah... dia datang kepadaku dan menggenggam erat tgnku..menyandarkan mesra kepalanya kebahuku... aku pun membalas setiap perilaku dan sentuhannya...syukur meniti di bibirku...cantik sungguh permandangan dalam cable car ni...sempat lagi aku menaut bibir isteriku...merah mukanya bila terselisih dengan cable car dari arah bertentangan yang dipenuhi dgn keluarga pelancong asing..semua menunjukkan ibu jari yg bermaksud bagus..alhamdulillah pelancong asing..kalu orang tempatan..pasti sudah dikata...isteriku menampar mesra pehaku..rakus katanya...huhuhu..rakus pun suami dia jugak...wakaakaka...

Turun dari cable car...ade booth jualan membuat arca tangan menggunakan lilin...isteri aku lama berhenti dan memerhati...seperti berminat.tapi akhirnya meneruskan berjalan...oo,.ya Allah..astaghfirullah..macam mane aku terlupa....duit belanja tidak diberi..pegi berjalan-jalan..sudah pasti ade bende yang diingini...ya Allah....tanpa berlengah..aku terus mencapai tangannya..dia terhenti...aku memusingkan mukanya..kemerahan..mungkin terkene panahan matahari.. aku memandangnye...dia memandangku..mata itu...walau mukanya tiada reaksi sedih..tapi mata itu...aku dapat rasakan...barulah aku faham renungan matanya selama ini..yang suka memandang jauh... isteri aku ni kuat memendam rasa... “mari kita duduk di bangku sana..” ajakku..dia menurutiku...sambil duduk, aku mengambil tangannya..menggenggam erat dan menciuminya berkali..akhirnya mengorakkan  senyuman dibibirnya...aku merenungnya...dia memandangku..lama renungan aku menyebabkan dia menyembamkan muka ke dadaku..malu barangkali direnung begitu... “abang, mintak maaf”. Kata maaf dari aku menyebabkan dia memandangku lagi..mata kami bertaut lagi..tapi genggaman tangannya x lepas dari aku...pandangan matanya seolah menggambarkan pertanyaan kenapa dengan kata maaf ku tadi...aku mengambil tangannya dan meletakkan wang. Dia memerhatikan saja tapi dengan muka yang perlbagai persoalan. “abang lupa bagi sayang duit belanja.pegi berjalan macam ni mesti ade yang sayang inginkan untuk dimiliki.belilah ape saja yang sayang mahukan, janji bende tu member manafaat dan dlm syariat islam. Ini sahaja jumlah wang buat masa ni yg abang mampu bagi. Ade rezki lebih..abng beri lebih..sayang doakan sokmo.rasulullah selalu suruh para sahabat menyuruh isteri masing2 membaca yasin stiap pagi, dan surah al mulk dan alwaqiah di malamnya..untuk kesejahteraan dan rezki keluarga. Bila ade kelapangan sayang boleh ikut.” Dia terus memeluk aku kuat...lama...aku pun membalasnya.. dia mencium leherku..sambil membisikkan ditelingaku “terima kasih abang”..dan pengakhirannya dia menggigit telinga ku dan terus melarikan diri...aku pun ape lagi...terus mengejarnya...alangkah bahagianya perkahwinan ini..walau masih jauh yang perlu kami tempuhi..tapi Alhamdulillah...inilah rahsia perkahwinan....bahagia sungguh membahgiakan....teringat pada zul and fadilah...kebetulan diaorang tak dapat hadir ke majlis perkahwinanku...ade kematian ayah zul...innalillah...alfatihah...mungkin nanti kami boleh honeymoon utk 2 keluarga...