Selasa, 27 Mac 2012

Tabiat Me’RAJA’kan diri?

Tersebutlah kisah seorang lelaki yang bernama Osman. Osman merupakan anak sulung dari 5 adik beradik, 3 lelaki dan 2 orang perempuan. Ibu Osman bernama Ramlah dan ayah Osman bernama Daud. Ayah osman bekerja sebagai pegawai gred 41 dan ibu osman surirumah sepenuh masa. Sebagai anak sulong, osman, anak yang pertama, osman tersangatla dimanjakan, ditatang bagai minyak yang penuh, dan menjadi anak kebanggaan Ramlah dan Daud, nak plak Osman dikurniakan sebagai anak yang hensom, putih dan lawa, sememangnye ramlah dan daud memandang rupa paras.

Hari semakin bertambah. Osman kini memiliki adik-adik, rapat2, selang setahun, selang 2 tahun. Osman seorang abang yang sangat bertanggungjawab. Seawal umur 3 tahun sudah pandai membantu ibunye membancuh susu utk adik2 nyer.

Ketika osman berumur 15 tahun, osman menduduki peperiksaan SRP. Walaubagaimanapun, osman tertarik dengan pembelajaran silat yang kelasnyer di malam hari. Nenek osman tidak bersetuju dengan keputusan mak dan ayah osman yang membenarkan osman leka dengan silat tapi mengabaikan pelajaran. Walaupun si ayah pegawai gred 41, tapi si bapa tidak menitik beratkan mengenai prestasi anak2, malahan ibunya juga sama. Daud dan Ramlah bergantung pada pembelajran anak di kelas 100% dan tidak menanya dan menyuruh anak2nye membuat kerja rumah masing2, mengharapkan si anak kecil itu mendidik diri sendiri untuk membentuk kejayaan diri.

Cuma ade baiknye si ibu ini ialah mengajar mengaji Al-Quran, itu pun hanya sehingga anak yang ke 3, 2 orang terakhir..entahla..mungkin huruf alif, ba, ta, pun xkenal. Hanya mengharapkan kelas fardu ain. Tiada terapan nilai2 islam di rumah.

Hari SRP tiba. Dan oleh kerana leka dan silat, osman tidak mendapat keputusan yang bagus walhal, osman bukanlah berotak lemah.

Lagi sekali, peperiksaan, SPM. Osman kecundang juga dengan SPM gred 3. Dimanakah silapnyer. Sehingga ke tahap remaja, osman seorang anak yang baik, patuh pada ibu bapa, bertanggungjawab pada adik2.

Oleh kerana result xberapa baik, osman dapat bekerja sebagai driver YB dan driver contractor. Osman seorang yang pandai berjimat cermat. Sekian lama bekerja, Osman sudah mampu membuat perniagaan sendiri. Perniagaan osman berjalan dengan baik, sbb osman memang ade bakat dalam berbisnes.

Umur semakin meningkat. Osman kini dewasa dan berpendapatan sendiri. Sudah tidak perlukan wang ringgit ibu bapa. Osman menjadi seorang yang pembengis dan bermulut celupar. Adik2 dimaki. Mak dan ayah dilayan ala kadar. Osman kini berubah, menjadi seorang yang bertentangan dengan osman yang dulu. Adik2 dibelasah jika menangis hanya bergaduh perkara kecil. Mulut menyumpah sranah adik2. Ramlah seorang ibu yang sangat memenangkan anak sulongnye. Ape yang dilakukan osman semua betul, dan adik2 mula rasa tertekan. Bahkan, keadaan ini juga tak berapa disenangi bapanya.

Pada suatu hari adik bongsu osman menangis, adik perempuan osman sudah memujuk, tapi si bongsu masih menangis. Osman yang pantang mendengar budak menangis terus meluru ke dapur dan memarahi adik perempuannya, “ngape adik menangis ni, nak jaga adik pun tak pandai, kalu aku dapat isteri macam ni, aku lempar je keluar rumah.” Pernah juga osman membelasah adik perempuannye juga kerana perkara yang sama. Selain menjadi sikap panas baran dengan mulut yang celupar, osman juga sejak berpendapatan sendiri tak pernah menghulur sedikit pun hasil dari pendapatannya kepada ibu bapanya. Bahkan osman juga masih makan hasil tanggungan bapanyer. Apatahlagi nak membelanjakan adik2.

Osman juga seorang yang suka merajakan diri. Suka mengarahkan adik2nye membuat kerja untuk dia. Iron baju, sediakan makanan, sediakan minuman, membasuh dan melipat pakaiannya. Dah la mintak tolong dengan orang, osman suka mengomen setiap perkerjaan adiknyer. Ade jek yang tak kene. Iron baju xbetul. Lipat baju tak betul. Makanan masin la. Ikan tak garing. Nasik tak peroi.. air manis sgt.. teguran pulak secara tengkingan dan rengusan. Oh, betapa adik2 terasa tertekan dengan osman. Walaubagaimanapun, adik2 tak pernah membantah, dan hanya menuruti, kerana ibu menangkan osman.

Osman juga suka membebel jika si ayah hanya membeli telur ayam2 tiap2 hari sebagai sajian. “jadi biawak lama2 macam ni.” Tapi osman tak pernah ade inisiatif untuk berbakti pada ibu bapa. Bahkan, makanan sediaan bapanya dikeji. Sabun basuh pakaian pun guna yang ayah belikan, apetah lagi nak menghulur duit untuk membayar bil air dan letrik.

Kini adik2 osman, semua mara menuju ke menara gading atas inisiatif sendiri, tanpa dorongan ibu bapa. Dan ade yang Berjaya bekerja dan tetap sebagai pegawai gred 41 seperti ayahnya. Osman dan perniagaannya sama seperti dulu, kadang2 bertambah kadanga2 berkurang, tidak stabil. Osman selalu membebel dengan nasibnyer. Bila dapat untung lebih, adenye perkara yang nak menggunakan duit. Makanya kehidupan osman, sama, tiada pertambahan rezeki. Jika ade mesti ade musibah yang melanda.

Adik2 kini telah Berjaya dan Alhamdulillah murah rezki mak ayah, adik2 tidak melupakan peranan anak untuk berbakti pada bapa. Kehidupan adik2 jauh lebih senang dan selesa berbanding osman.

Kini siapa raja? Apekah untung jika anda dirajakan? Kadang-kadang, kita selalu mempertikaikan kenapa rezki aku ditara ini?.. tiada perkembangan..sedangkan aku sudah bekerja keras…kadang2 tindak tanduk kita yang menyedihkan hati insan2 sekeliling menyekat rezki kita… sperti osman, baru bisnes skit sudah begitu lagak sombongnyer..jika diberi lebih?..ya nauzubillah entah apekah tahap kesombongannya.. syukur Allah masih memberi kelu pada osman supaya muhasabah diri..semoga osman sedar..amin..

Osman merasa dirajakan dengan peranan ibu yang suka memenangkan dirinya. Bahkan dia yang pertama dalam keluarga yang mempunyai kewangan sendiri. Sikap sombong pada adik2, memukul dan menengking adik, dan melayan adik2 lagak seperti raja memberi arahan pada rakyat jelata memakan diri. Kini, dimanakah kedudukan osman, dimanakah kedudukan adik yang dulu dibelasah, ditampar, ditengking dan diherdik, di bentak, diarah itu ini. Ibarat, seorang raja yang duduk bersenang lenang, dan inang menghidangkan semuanya.bahkan kalu boleh, disuapkan makan, dan kalu boleh semua nak orang buatkan.

Kadang-kadang diri ini tak perasan dengan sikap diri yang tak betul. Alpa dan lalai. Itulah kemewahan dan kekuasaan. Membangkit rasa angkuh dan sombong pada diri. Dalam tak sedar menyakitkan hati orang sekeliling. Jika inginkan pertolongan, mintak dengan elok, tak perlu mengeluarkan kata2 kesat, dan dengan nada suara yg kasar, dan hargai pertolongan itu.

Dalam situasi iini, adakah osman seorang yang angkuh, sombong atau inginkan respect dari adik2?

Adik2 patuh kerana respect dengan abang yang sulung.

osman yang suka mengarah dan mengherdik, tidak pernah respek dengan HAK adik2 nyer. Tidakkah sblm memarahi dan mengarah adik2nya osman terfikir, apekah jasa dan tanggungjawabnyer pada adik2 nyer terlaksana. Adekah osman menjaga makan, pakai, keperluan adik2nya. Adekah osman abang yang bertanggungjawab. Adekah agama adiknya cukup. Walau ibu dan ayah masih hidup. Tapi perihal adik2 wanita dan ibu jatuh pada bahu si ayah dan anak2 lelaki.

Maka, renungkanla diri sendiri sblm tidak berpuas hati dengan performance orang lain. Jika maukan pertolongan, mintak secara berhemah.jika tidak betul dan ingin menegur, sila tegur dengan berhemah.

Sayangilah saudaramu sebagaimana kamu menyayangi dirimu.

Semoga cerita ini dapat membuka mata penulis sendiri dan dikongsi bersama.

..wallahualam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan