Selasa, 27 Mac 2012

Ikhlas ke gitu?

Tersebut sebuah kisah sebuah keluarga yang lengkap iaitu seorang bapa, seorang ibu dan 8 orang anak (4 lelaki dan 4 perempuan). Si bapa bernama Leman, bekerja sebagai cikgu manakala si ibu bernama Yoh, pada mulanya surirumah sepenuh masa, tetapi memandangkan gaji cikgu kecil, tak mampu nak tampung 8 orang anak, maka si ibu diberi modal oleh si bapa dan ade juga berhutang dengan pembekal utk berniaga barang kemas (emas). Teori perniagaan ini ialah jualan rumah ke rumah, dan pembeli boleh membayar secara ansuran.

Nak dijadikan cerita, yoh ini seorang perempuan yang bercita-cita tinggi. Dan leman adalah pilihan keluarga bukan pilihan hati. Di situ yoh sudah tiada kepuasan hati dengan keputusan arwah ayahnya. Bahkan perkahwinannya juga hanya di pejabat kadi, tiada kenduri dan kenangan berpakaian cantik mahupun bergambar. Yoh merasa tertekan dengan suasana sekeliling, dengan kehendak naluri seorang wanita. Tambahan lagi, yoh bukanla menantu yang ditatang bagai minyak yang penuh. Bahkan menantu bukan pilihan. Leman pula seorang yang tidak memahami kehendak naluri seorang isteri. Makan pakai isteri tak dijaga. Yoh merasakan tiada pembelaan dalam dirinya. Keadaan ini menyebabkan yoh hilang pertimbangan dan tidak menjaga hati suami, makan, pakai suami. Bahkan yoh selalu buat tak tau akan leman.

Kegersangan ikatan kasih sayang dan hormat serta taat setia kerana rumahtangga tidak di imarahkan dengan kerukunan rumahtangga secara jalan Allah dan Rasul.

Leman juga bukanla anak yang baik. Tanggungjwabnye sebagai anak lelaki tidak ditunaikan, dilepaskan kepada adik-adiknya, walhal, tanggungjawab anak seorang lelaki pada ibunya adalah selama-lamanya. Ada juga alasan tiada memberi wang poket dan juga hadiah kerana takut diambil oleh cucu2 yang lain yang tinggal dengan nenek..

astaghfirullah..ikhlas ke fikiran itu.. apabila kita dah beri barang atau wang pada seseorang, maka itu dah jadi hak dia, terpulang pada dia la nak bagi kat saper.

Maka hasil perniagaan, keluar yoh dan leman semakin senang. Pendapatan bulanan yoh sampai mencecah 30,000 sebulan. Maka hasil dari jualan ini, keluarga ini telah mengecapi alam yang lengkap, memiliki kereta dan sebuah rumah yang selesa. Sehingga satu tahap, yoh juga tidak memberi wang pada ibunye kerana takut ibunya membelanjakan wang itu pada adiknya sendiri..

astaghfirullah..ikhlas ke fikiran itu.. apabila kita dah beri barang atau wang pada seseorang, maka itu dah jadi hak dia, terpulang pada dia la nak bagi kat saper.

Walaubagaimanapun, yoh seorang ibu dan isteri yang baik. Hasil pendapatannya yoh tak pernah kedekut. Semua kelengkapan untuk keluarga lengkap. Bahkan hasil perniagaan juga yoh mampu membeli pelbagai kelengkapan rumah hinggakan org nak kenduri pun boleh pinjam dari yoh. Bahkan kerana kemewahan, anak2 yoh xpandai berjimat cermat. Pembaziran kerap berlaku. Bahkan masa makan pun sendiri2 tidak berkumpul dan makan sekali bersama. Maka tiada terapan kasih sayang dan sikap timbang rasa sesame adik beradik. Makan ikut perut sendiri tidak tinggalkan utk orang lain. Astagfirullah.. kesian sungguh keluarga ini.

Akibat kesibukan mengejar wang dan kesenangan dunia, yoh dan leman alpa perihal akhirat. Rumah dah dilengkapi bilik solat, tapi jarang sekali keluarga ini sujud ke sejadah. Bahkan terapan ilmu agama apetah lagi. Entahkan kenal mengaji entahkan tidak anak2 itu. Kesian. Sedangkan ilmu untuk melengkapkan fardu kifayah juga tidak diterapkan, apetah lagi, ilmu agama.

Walaubagaimanapun secara tak sedar, kemewahan ini telah menimbulkan keangkuhan pada keluarga ini, dan leman leka dalam mendidik keluarga ke jalan yang sepatutnya. Sepanjang hidup, leman dan yoh tak pernah membayar zakat, bahkan hutang masa memulakan perniagaan juga tidak dilunaskan..malahan sikap berloba-loba, tiada juga wang simpanan hasil dari 30,000 sebulan itu. Leman dan yoh juga tidak sujud berterimakasih pada Allah..semakin sombong dengan sedara mara.. setiap kali pulang dari mengutip hutang, leman dan yoh akan akan membelikan semua kelengkapan rumah terutama makanan. Sikap yoh ialah, suka orang meRAJAkan akan dirinya. Setiap kali pulang perlu bersambut. Anak2 perlu mengangkut semua barang yang dibeli. Jika tidak sumpah seranah yang akan diberikan. Ayat2 yang biasa dikeluarkan, “orang dah belikan makanan, pegila angkat. Tau nak makan je.”

astaghfirullah..ikhlas ke begitu.. bukankah keikhlasan itu menghilangkan rasa penat? Bukankah keikhlasan itu menimbulkan rasa bahagia dengan kemampuan diri memberi kepada orang yang dipertanggungjawabkan utk disara?… bererti jika ikhlas..barangan dan santapan itu pasti akan dijinjing dengan senang hati. Dengan muka yang tersenyum gembira dan penuh ikhlas.. bersyukur dengan rezeki Allah,yang menjadikan anda mampu menunaikan kewajipan sebagai pemegang amanah? Tidakkah anda sedar itu?..

Ye, betul, anak2 ni kadang2 dia malas dan berat tulang nak menolong, tapi kalu betul didikan dari kecil, insyaAllah tak perlu menengking dan mengungkit, pasti anak2 itu paham sendiri, dan timbul kehendak ingin membantu ibu bapanyer.

Allah masih sayangkan leman dan yoh. Kesenangan yang dikecapi keluarga ini, Allah tarik kembali. Harga emas semakin mahal, dan tiada lagi orang mampu membeli, harga minyak juga makin naik..akhirnya perniagaan yoh semakin merudum dan akhirnya padam… wang simpanan semakin keluar..kerena mengharapkan gaji leman seorang sahaja, sedangkan makan dan pakai, semua anak2 sudah di asuh dengan kesenangan. Makan tak pandai berjimat. Barang dijaga tidak cermat, asyik membeli yang sama. Rumah semakin uzur, dan perlukan wang untuk dibaiki atap yang bocor. Kini leman dan yoh kembali ke asal kehidupan, sedangkan, orang lain dah mara jauh kehadapan. Anak2 ramai, tapi tiada yang mampu menolong leman dan yoh. Keje kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bahkan leman masih menanggung anak2 yang masih tinggal dengan leman. Bahkan, anak2 ini pun jika mampu, tak pandai berjimat cermat, dapat duit banyak, terus dihabiskan. Anak2 ini juga tiada inisiatif untuk menolong leman dan yoh.. Kesian.

Inilah dia, jika tiada bentukan dan didikan agama..jika kemewahan dikejar..

Umur sudah tua. Tapi masih keluar mencari rezeki. Umur sudah tua tapi tiada keinginan menunaikan haji seperti orang lain. Bahkan jika teringin pun, hutang masih bertapuk..duit sudah dilobi baiki rumah yang sudah bocor.

Nauzubillah, tiada hidayah nak menggerakan hati untuk ade keinginan menunaikan haji..

wang yang ade tidak pernah bercukupan dan habis dengan perkara yang tidak berguna, inilah jika tak berzakat, duit sentiasa keluar..

Anak2 hanya 3 orang Berjaya ke menara gading..tapi..makan gaji..berapa sangat boleh menghulur.. bukan anak2 leman tak bijak.. bijak..tapi tiada tumpuan dan perhatian dan galakan dari yoh dan leman.. maka anak ini lalai.. bahkan..akibat keberkatan itu juga.. rezeki anak2 tersekat.. pembelajaran seperti hijab ditutup.. perjalanan yang senang menjadi berliku.. dan tiada terapan ketabahan kerohanian..kelembutan hati dalam menunaikan ibadah Allah..

akhirnya..keluarga ini dikurniakan hati yang keras dan penuh egois… masing2 mendiamkan diri.. segala masalah terpendam..lama-kelamaan mebentuk hati yang keras seperti batu.. kekerasan hati ini menimbulkan keberantakan dalam rumah.. masalah yoh dan leman.. anak2 sesama anak2.. semua kerana kegagalan berkomunikasi.. mulut yang diam membisu.. suka buat hal sendirii.. tidak ambil tahu.. kenapa?

mengapa begitu?…..kerana kurang terapan kasih sayang.. kurang sentuhan sesama keluarga..

Kerana tidak solat berjamaah…bukankah solat itu menghimpun kan seisi keluarga, bersalam-salaman…berpelukan..ikatan dan sentuhan itu membina ikatan yang kuat…

Ape2 pun yang nak dibuat, fikir dulu hati dan perasaaan orang lain. Tgk ape yang rasul dan Allah sarankan.

masyaAllah, semoga kisah ini menjadi iktibar buat semua termasuk aku.semoga Allah bantu aku dalam menjadi pendidik. Semoga aku diberi petunjuk dan hidayah. Supaya aku Nampak kelemahan diri aku bukan Nampak kelemahan orang lain.

..wallahualam…