Khamis, 29 September 2011

Berserah: Wahai Aku

Jauh di sudut hati, aku masih ragu-ragu, akan tetapi, aku tetap dengan keputusan ini. ia mesti diteruskan juga demi kebaikan diriku dan orang tersayang. kerana aku percaya dan yakin dengan takdir Allah bahawa sinar bahagia pastikan tiba. cuma "bila" itu bukanlah persoalan utama aku,.

yang utama, yang perlu aku fikirkan ialah bagaimana untuk aku membina tembok kesabaran dan ketabahan, bagaimana aku nak istiqamah dalam amalanku, dan bagaimana aku nak menghindari mindaku dari merencanakan was-was dan curiga dan bagaimana aku mendidik hatiku agar tidak terdetik dari syak wasangka, prasangka buruk, dalam sepanjang perjalanan hidupku menggapai sinar bahagia yang aku idamkan itu.

sesungguhnya disinilah letakkan para sahabat yang penuh ilmu dalam mendorong dan mendekatkan kita pada ajaran Allah. disinilah keteguhan iman di uji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan