Jumaat, 30 September 2011

understanding RESEARCH

what is RESEARCH?

Based on Oxford dictionary (2000), research means "a detailed and careful study of". In Malay, research means "penyelidikan".

However, Chambers English Dictionary defines research as:
  1. a careful search
  2. investigation
  3. systematic investigation towards increasing the sum of knowledge
According to Fellows and Liu (2008), research can be considered as "voyage of discovery", contribution to a body of knowledge and theory, a study of materials or sources in order to establish a new facts and conclusion, and research is a learning process".



therefore, i would say research is conducting a study such as through investigation, identification, analization, etc. that involved collecting data, in order to contribute to a body of knowledge. it will require time and budget allocation.

secularism, humanism...

hari ini, di bawah tajuk "values, ethics, for the built environment".

values = nilai-nilai
ethics= etika
built environment= alam bina

topik yang hendak di ulas kan yang berkisar dengan kehidupan harian kita. yang mana yang telah berlaku dan sedang berlaku. dan perkara ini sebenarnya sangat pentingnya tapi telah dipandang remeh oleh masyarakat kita hari ini.

dunia sekarang lebih menjurus ke arah secularism dan humanism. kenapa aku katakan begitu?. sebab dapat dilihat jurang antara soal penekanan dalam agama dan juga ilmu untuk di dunia. itu secular, sebagai contoh, hanya di masjid tempat aku bersolat dan ditempat kerja aku bercerita pasal keje dunia dan lupakan perihal agama.

ape yang aku katakan humanism ialah, menggahkan manusia lebih daripada Allah. lebih kepada mengagung-agungkan manusia daripada Allah. sebagai contoh yang paling mudah. A star, Elton John. dia seorang yang Gay dan melakukan bayi tumpang... terang-terang itu dah salah, tiada orang pun peduli, tetap menggahkan dia, sebab ape?.. sebab "A STAR". dan dia juga berdakwah. pendakwah christian... ish..ish..ish.. xrasa ape-ape ke kita rasakan dengan lelaki kawin dgn lelaki?...

jadinyer.. berhati-hatilah.. janganlah mengagung-agungkan manusia lebih daripada Allah yang Maha Pencipta. kita dicipta di dunia ni berlandaskan 3 perkataan:

1. I atau pun saya dalam bahasa melayunyer. siapa aku? tanya diri sendiri. macam mana aku melihat diri aku?.. adakah aku seorang yang ego?... asal usul nya Allah turunkan aku adalah sebagai hamba untuk menyembahNye. jadi, adakah perjalanan hidup aku ni adalah betul mengikut syariat?

2. PRACTICE - how? bagaimana aku praktis. praktis dalam jalan yang betul yang Allah dah tetap kan standard perilaku, akhlak, moral. dunia hari ini mewar-warkan "FREEDOM".... setiap sesuatu mesti ade pembatasannya. hidup yang bebas tanpa agama, undang2.. sama macam haiwan la... ikut suka je..

3. because Of - ape purpose, ape objektif kita kat bumi atau dunia ni. kenapa aku tinggal di bumi?... manusia hari ini terlalu "take for granted" dengan diri sendiri. mengapa aku katakan begitu.. kerana.. bangun pagi.. sihat tubuh badan, tiada cacat cela.. tapi ade aku sebut ALHAMDULILLAH... hmm... bahkan kadang2 bangun dalam keadaan malas.. mengeluh...
bila melihat orang lain yang sakit, kurang sempurna.. baru ade rasa syukur..

bahkan, hari ini memang ketara "SECULARISM n HUMANISM".... dunia hari ini terlalu mengagung-agungkan manusia berbanding Allah... siapa yang diagung-agungkan?.. artis... siapa artis?... bagaimana akhlak artis?... bagaimana makan pakai artis,... bagaiimana pergaulan artis..

dalam dunia pun ... jika ditanya SIAPA RASUL KITA...entah berapa peratus jek yang tau... astaghfirullah... sedarlah wahai umat ISLAM malaysia... western cuma merosakkan Aqidah kita melalui emosi berbanding dengan akal fikiran...

dunia di alam bina adalah penuh dugaan . seperti kata-kata SINAN salah seorang arkitek Islam yang terkenal.

"architect is the most difficult profession. the person who wants to practice as an Architect correctly, must be first of all, PIOUS."

seperti salah satu jawapan yang diberikan dalam interview mengenai dunia pembinaan hari ini. " jika kamu seorang yang baik, kamu tidak akan mendapat sebarang pekerjaan" atau dalam bahasa inggerisnyer "if u are a nice guy, u will not get any job"... bribery... yes bribery.. rasuah...

dan yang paling ketara hari ini.

"WE END UP OUR OWN VALUES & WE GLORIFYING OTHERS"

kita ade scholars kita.. tapi kita amik scholars barat....

renung-renungkanlah bersama.. adakah kita dalam golongan yang hanya mampu marah di dalam hati tapi tak berani memperbetulkan keadan. adakah kita hanya tidak mengambil peduli janji hidup senang.. adekah kita golongan yang "it is ok if he is a GAY or whatever la, because he is A STAR"...

tidakkah kita rasa marah, takut, sedih dengan fenomena hari ini?... nauzubillah

wallahualam..

Khamis, 29 September 2011

Mengukur diri dan impian

lahir dalam dunia yang dah moden. melahirkan generasi yang materialistik. bahkan dengan pelbagai kemudahan baik dari segi transportation, communication dan fashion. banyak lagi perkara yang telah mendedahkan ilmu dan kehendak gaya materialistik dalam diri generasi masa kini. bahkan kereta, boleh dikatakan setiap keluarga dimalaysia pernah menaiki kereta dan memiliki kereta berbanding dengan aku yang dahulu hanya naik turun naik bas yang dah pun uzur, kerusi yang dah tak berfungsi sperti kerusi lagi, tiada air-con, yang mana bus sekarang jauh selesa berbanding dengan bus dahulu.

boleh dikatakan generasi hari ini jauh lebih selesa kehidupannya berbanding sedekad yang lalu. jadi, bagi aku, generasi hari ini, tersangat mempunyai kelebihan yang tak terhingga dalam menimba ilmu. bagi aku ilmu tu perlu bagi setiap individu kat dunia ni. tak pelik la kalu generasi kini mampu mencapai tiptop dalam pelajaran.

akak tetapi, ilmu intelektual dalam membentuk diri di bumi ni tidakla sepenting mana jika nak dibandingkan dengan ilmu untuk dibawa bekalan disana. jadi pada aku, dengan dunia hari ini yang penuh dengan pancaroba yang boleh menggoyah iman, tekanan dari setiap pelusuk, jadi ilmu rohani itu perlu dititik beratkan. terutama orang Islam.

senang aku observe diri aku sendiri. aku lahir tahun 80an yang mana televisyen, elektrik, air paip, telefon, handphone, internet dah mula bertapak dengan pesat. kereta pun ade yang murah yang dah jadi kerete taraf mampu milik. jadi, perolahan berlaku dari manusia memiliki kenderaan sendiri, kurangnye menaiki public transport di kawasan rural.

walaubagaimanpun seusia kanak-kanak aku masih merasa mandi air perigi yang ditimba sendiri, yang menggunakan pam air mahupun dipanggil "gumba". seronok, aku rindukan saat itu.

jadi kesengsaraan dan ketahanan mental dan fizikal yang aku alami tidakla sekental generasi mak ayahku yang mereka memang golongan yang survival. salute la mak, abah, tok...

jadi, memandangkan tekanan hari ini, terutama materialistik. aku menjadi takut. takut aku hanyut dalam alam dunia materialistik. aku berasal dari keluarga yang susah dan rezeki kurniaan Allah dari ilmu la yang menaikkan martabat keluarga. dari berjalan kaki, mampu memiliki kenderaan sendiri dan Alhamdulillah kehidupan betambah baik.

ketika pulang dari ipoh, dari rumah sahabat ku. aku terserempak dengan sebuah kereta yang aku tak pernah nampak lagi. iaitu BMW X6. Aku hanya orang kebiasaan yang memiliki sebuah kereta tempatan bila melihat kereta tu, memang menang mata memandang dan memuji dalam hati cantiknye kereta tu dan mesti mahal harganya. kayanya orang yang memilikinya.

tipu kalu aku katakan aku x nak memiliki kereta sebegitu. mesti aku mau, cuma poket jek kosong. kemudian, aku berangan meletakkan diri aku di tempat pemilik BMW X6 tadi. aku tergelak dan beristighfar ..

padanla Allah tidak mengurniakan aku sebegitu. dapat aku menghidu aku ade talent menjadi hamba materialistik dunia dan diselaputi sikap angkuh. ya nauzubillah. memang, aku belum tinggi dan kukuh imannya untuk di duga dengan kemewahan dan kesenangan. biarla aku dirundung kesengsaraan yang menghapus detik hati angkuh ku ini... biarlah..

dan aku bersyukur dengan kurniaan Allah. dan pada aku, penerapan ilmu agama adalah sangat penting dalam membimbing seseorang dalam caranya berfikir, membawa diri, berinteraksi, akhlak, percakapan, adap sopan.

wallahualam.

Stress, tertekan, tension: Nabi Ayub

entah kenapa la aku ni. suka sangat kat perkataan stress@tertekan@tension. hari-hari aku asyik stress@tertekan@tension. ish..ish..ish..

masalah yang aku alami remeh jer. aku student, baru sem 1 pengajian dalam peringkat phd. jadinye masalah aku ni mental block, tiada minat lagi nak belajar, lemah, malas, lemah daya ingatan. oleh kerana atas kontrak aku kene juga habiskan pengajian.. jadinya aku pun kenela juga melanjutkan pelajaran.

jadi since temporary disability of intellectuality ni la yang mem"burden"kan dan punca utama stress@tertekan@tension. dilema dalam diri, niat dan usaha nak belajar, tapi mental block, idea xdatang, xdapat nak berfikir seperti kebiasaanya aku berfikir. sbb kita tau mencapaian kita tahap mane. tambah lagi tekanan bila ade gak keje lain yang tak settle... tambah lagi nak kawen. ade banyak bende nak siapkan utk majlis kawen..

tapi itula, tiada tempat nak mengadu domba selain dari Allah. dalam duduk melayan perasaan stress@tertekan@tension. tetiba terdetik nak bukak buku, dalam buku tu ade la cerita perihal nabi ayub.

nabi ayub ni 18 tahun mengalami penyakit kudis (kusta), daging badannya hancur dimakan ulat dan dia tersangatla sakit. akan tetapi dalam keadaan beliau begitu, beliau tetap menunaikan solat pada Allah. kemudian, nabi ayub diduga lagi, apabila anaknya semua meninggal dunia dalam keadaan ngeri dalam rumahnya yang telah dirobohkan oleh iblis.

bahkan iblis telah menghasut isteri beliau pergi meninggalkan beliau dalam keadaan beliau sangat memerlukan sokongan dari orang tersayang. akhirnya nabi ayub muflis dan sakit berterusan selama 18 tahun.

iblis datang di saat ini, menghasut nabi Ayub. "wahai ayub, walaupun kau menyembah Allah setiap hari, setiap waktu, setiap detik, tapi ape yang kau dapat wahai Ayub?"

oleh kerana terlalu sedih nabi Ayub berdoa pada Allah agar menyembuhkan kembali sakit beliau dan Allah perkenankan. Allah telah membuktikan kepada iblis, bahawa tingginya tahap iman dan takwa kepada Nya tidak mampu menggugat hasutan si iblis..

masyaAllah. Astaghfirullah. lagi aku terpempan, malu dengan keluhan yang aku selalu fikirkan, yang selalu aku detikkan dalam hati. apelah sangat dugaan aku yang jika nak dibandingkan dengan kesengsaraan nabi Ayub. penat sikit sudah mula buat alasan tak solat sunat, tak menela'ah Al-Quran.

sukar sikit mendapat jawapan dan urusan sudah putus asa. luka sikit suka mengamuk.

astaghfirullah. betapa aku perlu bersyukur dengan kurniaan Allah padaku hari ini. ALHAMDULILLAH.

Stress, tertekan : Bilal Bin Rabah

kelemahan aku sebagai manusia, aku kadang-kadang kuat mengeluh. rasa stress ataupun tertekan dengan kehidupan hari ini. terasa kadang-kadang semua yang nak dibuat tak jadi, terbengkalai, terlalu susah dan banyak halangan. dan adakalanya memang rasa nak give up. hari-hari tertekan, stress, mood mula jadi asyik nak marah, beremosi melampau dan cepat melenting. dan kadang-kadang sedih tetiba. hmmm...

tindakan yang biasa dilakukan mcm, ambik wuduk, solat, baca Al-Quran. tapi nak dijadikan juga cerita, kadang-kadang minda tu dah set awal-awal, stress tu tetap ade dan tak berkurang. dalam situasi macam ni memang perlu ade somebody. yang boleh mendengar luahan. tapi kadang-kadang tak sesape nak dengar pun sebab semua orang masalah sendiri.

jadinya, detik dari Allah pada aku untuk membaca perihal bilal bin rabah. terasa macam nak menangis rasa bila baca perihal beliau. bilal dijemur atas padang pasir yang panas dan dadanya dihempap batu.

Kemudian aku terus membaca perihal Nabi kita, Muhammad SAW. Manusia semulia Nabi pun dilontar dengan batu sehingga berdarah, dipanggil orang gila, dipanggil sebagai ahli sihir yang dusta, bahkan dibaling dengan najis, dikeji, di usir dari negeri, dan ketika solat, diletakkan bangkai usus kambing di belakang Rasul ketika Rasul bersolat.

baru aku terpinga. baru aku terkesima. Apalah sangat dugaan yang aku rasakan berbanding Rasul dan ummat Islam zaman dahulu.

Beristighfar aku. bukan rintihan dan keluh kesah yang patut keluar dari mulut aku, tapi ALHAMDULILLAH. aku patut bersyukur dengan Allah.

Berserah: Wahai Aku

Jauh di sudut hati, aku masih ragu-ragu, akan tetapi, aku tetap dengan keputusan ini. ia mesti diteruskan juga demi kebaikan diriku dan orang tersayang. kerana aku percaya dan yakin dengan takdir Allah bahawa sinar bahagia pastikan tiba. cuma "bila" itu bukanlah persoalan utama aku,.

yang utama, yang perlu aku fikirkan ialah bagaimana untuk aku membina tembok kesabaran dan ketabahan, bagaimana aku nak istiqamah dalam amalanku, dan bagaimana aku nak menghindari mindaku dari merencanakan was-was dan curiga dan bagaimana aku mendidik hatiku agar tidak terdetik dari syak wasangka, prasangka buruk, dalam sepanjang perjalanan hidupku menggapai sinar bahagia yang aku idamkan itu.

sesungguhnya disinilah letakkan para sahabat yang penuh ilmu dalam mendorong dan mendekatkan kita pada ajaran Allah. disinilah keteguhan iman di uji.

Selasa, 27 September 2011

Kejayaan terlalu subjektif

Kejayaan atau dalam bahasa inggerisnya ialah achievement ataupun success.

Menurut Kamus Dewan:
Kejayaan membawa maksud kemenangan atau berhasil mencapai kemajuan dan cita-cita.

Menurut Pandangan Ahli Falsafah:
Kejayaan ialah cara meningkatkan kuasa untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu dalam hidup tanpa mengganggu hidup orang lain.

Oleh itu kejayaan memerlukan daya usaha bagi mendapatkannya.

Semua orang ingin berjaya. Orang kaya ingin berjaya. Orang miskin ingin berjaya. Ahli perniagaan ingin berjaya. Guru ingin berjaya. Doktor ingin berjaya. Cuma kejayaan yang ingin dicapai mereka itu adalah berbeza.

Apabila ditanya mengenai kejayaan dalam dunia ini. "Apakah yang anda fahamkan mengenai seseorang yang telah mencapai kejayaan?"

Rata-rata jawapannye adalah:

1. Apebila seseorang berjaya menjadi kaya dan jutawan

2. mendapat gelaran seperti Dato', Datuk, Tan Sri, Tun, Profesor, dll.

3. memegang jawatan hebat-hebat

4. bijak dan keputusan pelajaran hebat-hebat

5. memakai kereta besar-besar seperti BMW, MERCEDES...etc

6. dan banyak lagi...


adapun bagi aku, kejayaan itu sangatla subjektif. kejayaan boleh di ukur dari pelbagai sudut, seperti, kerjayanya, ilmunya, budi pekertinya, pencapaiannya.

dan kejayaan itu adalah memerlukan sesuatu usaha dan perjalanan dalam mencapainyer.

kejayaan seseorang tidak sama waktunyer, jenisnyer.

ade orang dikurniakan kejayaan seawal umur kanak-kanak lagi. adapun yang sudah remaja, dewasa bahkan ade yang sudah meninggal dunia, baru kejayaannya tercapai.

perkataan kejayaan juga berkait rapat dengan kegembiraan. orang berjaya akan merasai kegembiraan.

oleh itu kepada yang kurang berjaya pasti akan dirundung rasa sedih, hiba dan murung.

perkataan kejayaan pada aku skarang adalah penyumbang sebagai salah satu punca kepda tekanan pada kehidupan hari ini. kejayaan itu kadang2 menyebabkan berlaku nyer perbandingan, ketidakpuas hati, dengki, persaingan kurang sihat, jatuh sakit, hilang akal dan sebagainyer.

oleh kerana perkataan ini juga manusia kadang2 alpa. kerana kejayaan itu terbahagi kepada dua. kejayaan di dunia dan juga di akhirat. rata-rata manusia hari ini lebih cenderung mengejar kejayaan di dunia berbanding di akhirat.

erti kejayaan dalam sudut Islam adalah seperti yang disebut Ciri-ciri orang berjaya yang di dalam Surah Al-Mukminun :

1. Beriman kepada Allah

2. Menunaikan solat dengan khusyuk

3. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia

4. Mengeluarkan zakat

5. Menjaga kehormatan diri

6. Menunaikan amanah dan janji

7. Menjaga waktu-waktu solat

Allah tidak menilai berjaya atau binasa seseorang itu pada pada pangkat atau ijazah yang dimilikinya akan tetapi ketaqwaannya. Jika ilmu yang dicari dan kejayaan yang diperolehi hanya sekadar untuk kepentingan duniawi, sesungguhnya ada perkara yang lebih penting darinya.




pada aku, merancang perjalanan dalam mencapai kejayaan itu sangat penting. bagaimana istiqamahnyer amalan kepada Allah, bagaimana bersihnya hati tanpa satu detik mengeluh kesah dengan dugaan dan kesukaran, bagaimana bagusnya minda dalam memikirkan semua positif dan optimisnya menerima qada dan qadar Allah disaat dirundung kejatuhan dan dugaan dalam mencapai kejayaan itu. percayalah, jika anda dapat mengatasi ini, anda pasti berjaya di dunia dan juga di akhirat. semoga Allah membimbing istiqamahnye aku dalam amalan, jauhi hatiku dari detik keluhan, jauhi mindaku dari fikiran pesimis.. amin.


wallahualam.

Jumaat, 23 September 2011

The Effect of Salat in Scientific Perspective.




Hari ini Talk By Assoc Prof Dr. Fatimah Ibrahim, a biomedical engineering lecturer in UM.

Talk ini sangat menarik, membongkar fakta-fakta saintifik di sebalik solat. Talk ini berdasarkan 4 buku yang telah diterbitkan oleh beliau iaitu:

1. Solat Kebaikan dari Perspektif Sains.(edisi dalam B.Melayu. & B.Inggeris)(Rm29.90)
2. Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Holistik(RM23.90)
3. Sakit Pinggang:kaedah rawatan melalui prinsip pemulihan serta postur dan pergerakan solat(RM18.90)
4. Senaman Regangan & Pergerakan Solat(RM18.90)

So hari ni dapat less Rm2.00 per book. hari ni jek la.. KAT KAED, IIUM.

http://cmimems.wordpress.com/book/

http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/2008/07/solat-kebaikan-dari-perspektif-sains.html