Jumaat, 10 Disember 2010

HAKIKAT SYUKUR

Wajib mengetahui bahawa syukur kepada Allah adalah salah satu perintah Allah yang wajib atas setiap orang beriman.

Firman Allah :

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Al-Baqarah : 152)

Seserang itu dikatakan memenuhi perintah syukur kepada Allah apabila dia memenuhi 3 perkara berikut :

1. Mengucap dengan lidah berserta hati kalimat2 seperti Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah atau lain2 sepertinya.

2. Menggunakan segala ni'mat pemberian Allah berupa kesihatan, harta, tenaga, wang ringgit untuk berbakti kepada Allah. Contohnya sedekah fisabilllah, membantu faqir miskin dan anak yatim, membuat gotong royong kerja2 kebajikan dll.

3. Menjauhkan diri dari menggunakan harta, wang ringgit dan nia'mat2 lain kepada perkara2 haram seperti berjudi, bermain saham, membazir dll yang ditegah.


Kepayahan seseorang itu untuk melakukan syukur yang dituntut ini berpunca dari :

1. Tiada Ilmu pengetahuan yang cukup dan benar.
2. Kekotoran didalam hati.
3. Gangguan nafsu dan syaitan dalam hati.

Maka wajiblah seseorang mendidik hatinya dengan zikrullah yang banyak supaya ianya dapat disucikan. Apabila hatinya suci dan bercahaya dengan cahaya zikrullah maka akan terlihat didalam hatinya betapa banyak dan besarnya Ni'mat dan Rahmat Allah kepadanya.

Setiap nafasnya yang turun naik adalah Rahmat Allah.
Setiap titik air yang menghilangkan dahaganya adalah Ni'mat ALlah.
Setiap kudratnya untuk menggerakkan kaki dan tangannya adalah Ni'mat Allah.
Seluruh harta dan kekayaan nya adalah Ni'mat Allah.

Kemudian bandingkan pula dengan manusia2 lain yang tidak mendapat Ni'mat2 seperti itu. Cuba kita renung jauh sedikit dari tempat kita. Berapa ramai manusia menderita dan mati kelaparan. Berapa ramai kanak2 di Afrika buncit perut mereka kerana hanya mendapat lumpur sebagai makanan. Berapa ramai pula yang mati dalam dahaga kerana tidak mendapat walau setitik air. Berapa ramai pula yang mati tanpa belas kasihan di Palestin, Afghnaistan dan Iraq. Tiada tempat tinggal, tiada harta menjadi pelarian. .....renungkanlah betapa kita selama ini tidak bersykur dengan apa yang diberi oleh Allah Ta'ala.


Wallahu A'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan