Selasa, 30 November 2010

Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:


a) Makan secara perlahan untuk setiap kunyahan
b) Guna pinggan atau mangkuk yang lebih kecil
c) Mulakan dengan kuantiti yang kecil semasa makan
d) Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum air dahulu sebelum makan (sup sayur, buah-buahan, air kosong)
e) Makan di tempat tertentu sahaja (elakkan di depan tv @ semasa bekerja)
f) Makan pada masa yang tetap
g) Tidak meninggalkan sarapan kerana ini akan menyebabkan pengambilan makanan yang lebih banyak pada masa tengahari
h) Amalkan snek sihat seperti buah-buahan
i) Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit yang dibawa ketika keluar
j) Atasi tekanan/masalah dengan sebaiknya.

Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:


Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:

  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.

Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.