Selasa, 30 November 2010

Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:


a) Makan secara perlahan untuk setiap kunyahan
b) Guna pinggan atau mangkuk yang lebih kecil
c) Mulakan dengan kuantiti yang kecil semasa makan
d) Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum air dahulu sebelum makan (sup sayur, buah-buahan, air kosong)
e) Makan di tempat tertentu sahaja (elakkan di depan tv @ semasa bekerja)
f) Makan pada masa yang tetap
g) Tidak meninggalkan sarapan kerana ini akan menyebabkan pengambilan makanan yang lebih banyak pada masa tengahari
h) Amalkan snek sihat seperti buah-buahan
i) Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit yang dibawa ketika keluar
j) Atasi tekanan/masalah dengan sebaiknya.

Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:


Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:

  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.

Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.




Apakah yang dinamakan dengan obesiti?

Berdasarkan wikipedia, secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Siapakah yang tergolong dalam obesiti


  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan

Apakah Indeks Jisim Badan?


Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.

Indeks Jisim Badan
Status BMI
Kurus Kurang 20.6
Normal 20.7 - 26.4
Gemuk 26.5 - 30.9
Obesiti 31.0 - 45.2
Bahaya Lebih 45.3


Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI =
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)


Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.


Kandungan lemak dalam makanan


Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Jenis makanan Gram lemak setiap sajian % kalori dari lemak
Makanan tinggi lemak
Hamburger saiz biasa 11.8 39
Hot dog 14.5 54
Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran)
12.247
Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
Kek keju 16.3 57
Makanan rendah lemak
Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9
Roti - 1 keping 1.1 16
Mil oat - 1 cawan 2.4 15
Buah epal - 1 biji 0.5 6
Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1


Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.


Risiko kesihatan


Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:

Selasa, 16 November 2010

Siapakah Aku?

Tersenyum mekar tanda bahagia

Tersenyum hambar cuba menutup duka

Tapi sinar di mata tak mampu menipu

Jauh mengelamun, menyelami isi hati

Siapakah aku?

Ya, siapakah aku?

Keluhan jadi peneman setia

Alpa diserbu sesak dijiwa

Alpa diserbu dugaan yang nyata

Hanyut dibawa arus kelalaian

Siapakah aku?

Ya Siapakah aku?

Merenung jauh… mencari jawapan,

Kosong, sepi, tanpa sedar mengalir air jernih,

Membasahi pipi.. apakah erti tangisan ini?

Siapakah aku?

Ya siapakah aku?

Terkejar mencari diri

Bertanya siapa aku?

Ingin ku cari penyentap..

Agar mindaku terbuka luas..

Tiada lagi pemikiran ini..

Menghanyutkan..melalaikan..

Menjadi punca bisikan syaitan..

Alpa aku..lalai aku..

Kerana penyakit jiwa.. jiwa kotor..

Keras hati..ego tinggi..

Siapakah aku?

Ya siapakah aku?

Mengeluh kesah, tiada syukur.. tiada redha dalam diri

Siapakah aku? Ya siapakah aku?

Kembali aku, mencari punca..

Punca dalam diri sendiri..

Sendiri perlu memilih.. sendiri perlu kuat..sendiri perlu utuh berdiri..

Butakah aku?.. tulikah aku…

Bangun!!!!!! Bangun!!!!!bangun!!!!!

Allahuakbar!!!!Allahuakbar!!!!Allahuakbar!!!!!

DARI ALLAH AKU WUJUD.. KEPADA ALLAH AKU KEMBALI…

Jumaat, 12 November 2010

Doa mendapat jodoh dan zuriat yg baik


Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kamiisteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), danjadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.


Amalkan baca 7 kali selepas solat 5 waktu..

Subuh Dinasour

salam ustaz,

soalan pertama.

ustaz saya inginkan kepastian mengenai waktu menunaikan solat subuh. sekiranya terlajak tidur..katakan hingga pukul 7.15pg.. adakah tersedar dari tidur perlu terus solat subuh? sbb waktu matahari naik bukankah xboleh solat?..

katakan terjaga pukul 7.00pg.. tapi kerana dh lambat utk solat.. tunggu hingga waktu sunat dhuha baru solat subuh (himpunkan sunat dhuha dgn subuh.. bolehkah?..

bagaimana dgn niatnye pula..perlu niat qada atau niat subuh biasa?

soalan kedua.

cara-cara menunaikan solat sunat taubat. saya hanya belajar melalui buku, jadi perlukan guru utk mengulaskan tentang menunaikan solat ini supaya lebih terang dan jelas. yg lebih baik..cara ustaz wat macam mane?


maklum balas dari ustaz sgt diperlukan. terima kasih.. saya ada minat sgt2 nak mendalami ilmu agama.perlukan bimbingan ustaz. tgh membina diri ke arah istiqomah..

terima kasih.

Jawapan

wsalam, solat setelah naik matahari dgn niat solat subuh (qada)

Solat taubat..........niatlah solat sunat taubat. Perlaksanaan sama spt solat yg lain. Sujud akhir bolehlah doa taubat. Selepas salam, bykkan istighfar.........kenangkan dosa dan mohon ampun hingga mengalirkan air mata keinsafan.

Ustaz Ahmad Suhaimi Abu Samah
http://www.facebook.com/lamanpenawar
www.penawar.com

Waktu untuk solat sunat dhuha

Assalamualaikum,

ustaz, inginkan kepastian waktu menunaikan solat sunat dhuha. ade yg mengatakan sejam slps waktu syuruk sehingga pkl 10pg. ade yg menyatakan slps matahari naik hingga pukul 12 tghari..

minta ilmu dari ustaz.

terima kasih.


Jawapan:

masa yg selamat amik antara 9 - 12


Ustaz Ahmad Suhaimi Abu Samah
http://www.facebook.com/lamanpenawar
www.penawar.com

Khamis, 11 November 2010

Kenapa hati tak tenang sekalipun al-Quran telah dibaca

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Kita semua tahu Al-Quran itu adalah penawar.Dan kita juga sering mendengar frasa ini “Dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang.Namun, realitinya tak semua orang yg baca Al-quran hatinya tenang.Kenapa jadi begini.

Allah tak pernah menyalahi janjinya.Cuma barangkali ketenangan itu terlalu mahal untuk kita yg mungkin yg kurang beradab tatkala ingin membaca kalamullah.Aku sendiri mengaku bahawa, aku seringkali mengalami masalah ini.Barangkali kita perlu memperbaiki adab2 kita berinteraksi dengan Kalam Allah Azzawa jalla..

Adab-adab dalam berinteraksi dengan Al-Qur’an

1.memilih waktu yg sesuai untuk membaca Al-Quran: bila- bila masa sahaja, masa yg paling utama sepertiga malam, di waktu kita dapat menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada Al-quran.

Surah Al-A’raf:ayat 205

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.

Sural Al- muzammil:ayat 20
20. Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran

2.memilih tempat yg sesuai. Masjid, tempat solat yg sunyi atau tak diganggu kebisingan. Dan sangat baik jika membacanya di tengah kebun yang rindang, atau dekat pohon bunga yang harum dan pemandangan-pemandangan yang menyegarkan.Dan tak menjadi masalah jika kita ingin membaca di dalam bas atau tempat yg ramai orang.Cumanya keadaan seperti ini menyebabkan kita lebih kurang menjiwai al-quran itu ketika mentadabur ayat.

3.Jangan tergopoh-gapah membaca Al-Quran. Surah Al-Qiyamah :ayat 16
16. Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya

4.Memilih tempat duduk yg sesuai, menghadap kiblat, duduk seperti dalam keadaan dalam solat atau yg dirasakan selesa dalam keadaan yg masih bersopan

5.Suci lahiriyah:-hadats besar-, dan bagi wanita harus suci lebih dahulu dari junub, haid dan nifas, dan diutamakan juga suci dari hadats kecil yaitu dengan selalu dalam keadaan berwudlu, agar dapat merasakan pertemuan dengan Allah. Boleh juga membaca Al-Quran –baik untuk ibadah, manghafal atau belajar dan mengajar- tanpa harus berwudhu, karena tidak ada dalil dari Al-Quran yang menegaskan akan hal itu, begitupun dari hadits-hadits Nabi yang shohih tidak mensyaratkan demikian. Para ulama juga memberikan fatwa bagi seorang wanita yang punya gairah belajar dan mengajar –guru atau murid- dalam membaca Al-Quran untuk belajar dan mengajar walaupun dalam keadaan haid atau nifas atas dasar darurat”.

6. Bertaubat meyucikan diri daripada dosa

Mensucikan sarana-sarana digunakan untuk membaca Al-Quran, membersihkan hal-hal yang berhubungan dengan kemaksiatan, dosa dan kemungkaran, karena kebersihan dan kesucian tempat merupakan syarat mendapatkan manfaat !

Bagaimana seseorang mampu membaca Al-Quran dan memahaminya dengan mata yang berhadapan dengan kotoran dosa? atau dengan telinga yang dikotori dengan dosa-dosa mendengar sesuatu yg dilarang? bagaimana mungkin seseorang mampu berinteraksi padahal hatinya terkunci, tertutup, terdapat tembok penghalang dari syubhat-syubhat, syahwat, kecendrungan berbuat maksiat dan kemungkaran, mendekati perbuatan tercela dan haram, dirusak oleh penyakit dan amal riya, ujub dan takabbur ?

7. Menghadirkan niat saat membaca Al-Qur’an, ikhlas karena Allah dan menjauhkan diri dari keinginan duniawi

8. . Mengembalikan jiwa kepada Allah dan berlindung dengan-Nya, memohon naungan-Nya, menerimanya dengan penuh keridhaan, atau

seperti orang yang tenggelam memohon pertolongan, berlepas diri dari setiap daya dan upaya, atau ilmu dan akal, pemahaman dan kecerdasan, berkeyakinan dengan penuh bahwa semua itu tidak bermanfaat jika Allah tidak menganugrahkan kepadanya ilmu dan pengetahuan.

9. Membaca isti’adzah dan basmalah, sebagaimana Firman Allah : “Maka jika engkau akan membaca Al-Quran mohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk yaitu dengan membaca “Audzubillah minassyaitanirrajim”. (An-Nahl : 98)

10. Mengosongkan diri dari kesibukan dan dari menyelesaikan hajat lainnya, seseorang yang membaca Al-Qur’an hendaknya –saat membaca- tidak dalam keadaan lapar, dahaga dan dalam keadaan bimbang dan cemas, dalam keadaan dingin yang dahsyat atau panas yang menyiksa, duduk di depan televisyen, matanya membaca Al-Quran sedangkan telinganya mendengarkan televisyen, atau sambil menunggu makanan sedangkan jiwanya dan perasaannya sibuk menerima hidangan tersebut.

11. menghadirkan akal dan fikiran saat membaca Al-Quran dan memfokuskannya kepada Al-Quran saja, menghayalkan akan ayat-ayat yang dibaca, mencegahnya dari keterlantaran dan mengawang-awang dari fenomena-fenomena kehidupan, menggunakan segala celah pengetahuan, sarana tadabbur, peringkat talaqqi dalam jiwa dan perasaan, indra, akal, hati dan khayalan. Memfokuskan diri hanya kepada Al-Quran saja.

12.Khusyuk dalam membaca Al-Quran.Sehingga mampu menangis apabila membacakan azab2 Allah.Rasa kagum dengan kebesaran Allah yg digambarkan dalam Al-Quran sambil mentadabur ayat-ayat Allah…Menjiwai ayat2 yg dibaca bila ada diceritakan keindahan2 syurga kita harap Allah jadikan kita slh seorang penghuninya dsb.

13.merasakan dirinya sebagai watak di dalam Al-quran..apabila Allah berkata
Wahai orang-orang yang beriman” “Wahai sekalian manusia” “Wahai manusia”
kitalah org yg Allah maksudkan itu.

14.Apabila dibacakan ayat Al quran kepada kita hendaklah kita diam dan cuba menghayatinya.
“Dan Apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran maka dengarkanlah dan diamlah agar kalian dirahmati”. (Al-A’rof : 204)

Segala yg baik itu daripada Allah, dan segala yg buruk itu daripada kelemahan saya sendiri

Wallahua’lam


http://hatikumiliktuhanku.wordpress.com/2009/12/26/kenapa-hati-tak-tenang-sekalipun-al-quran-telah-dibaca/

Khamis, 4 November 2010

Pengertian Istiqamah

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:

  1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
  2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
  3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
  4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
  5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.

Istiqamah menjadi tuntutan agama.

Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .

(Surah Fusilat Ayat ' 6)

Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......

(Rawahul Muslim)

Ertinya: Katakanlah: Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.

Ruang lengkap Istiqamah

Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah:

Contoh Istiqamah

  1. Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
  2. Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
  3. Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.

Istiqamah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diizinkan oleh syaraq.

Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah Taala.

Tahap-tahap Istiqamah

Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:

  1. Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala.

(Surah Al-Furqan ' ayat 32 )

Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

  1. Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik.

Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala:

(Surah Ibrahim ' Ayat 27)

Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....

  1. Istiqamah perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau

melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai

Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.

Hikmat Istiqamah

Istiqamah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.

Dengan kata lain istiqamah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan. Peribahasa melayu ada menyebutkan, "berpantang maut sebelum ajal."

Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicanai

dengan sikap istiqamah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.

(Surah Fusilat-Ayat 30-32)

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"

Membentuk Sikap Istiqamah

Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:

1.Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

2.Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.

3.Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam.

4.Ilmu dan maklumat yang cukup.

5.Strategi yang kemas dalam perjuangan.

6.Usaha yang berterusan.

7.Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.

8.Berdoa dan bertawakal.

9.Bersyukur dan redha.

Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.

Manusia dalam perjuangan hidup

Perjuangan dalam hidup manusia amat luas daerahnya. Ada perjuangan yang kecil dan ada perjuangan yang besar. Contoh perjuangan yang kecil ialah apa jua usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Asas bagi menentukan kecil atau besar tahap perjuangan itu ialah:

1.Matlamat perjuangan.

2.Halangan atau cabaran terhadap perjuangan.

3.Risiko atau pengorbanan yang diperlukan.

Namun begitu ada orang yang keliru. Mereka meletakkan perjuangan untuk mencapai kejayaan di dunia sebagai perjuangan yang utama dan mengabaikan perjuangan untuk mencapai kejayaan di akhirat. Sebenarnya orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia sahaja adalah orang yang akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat, sedangkan orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di akhirat sebenarnya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah Taala:

(Surah Al-Hadid" Ayat 20-21)

Ertinya: Ketahuilah bahawa apa (yang dikatakan) kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu ( dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan ) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan) tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanaman suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan di dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Berlumba-lumba kamu (mengerjakan ama-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar .

Malangnya ada pula orang yang tidak mempunyai perjuangan lansung dalam hidupnya, mereka hanyut bagaikan kiambang di sungai. Mereka diracuni oleh fahaman jabariah iaitu berserah pada takdir tanpa usaha, atau mereka mengikut arus dan perubahan zaman tanpa prinsip dan pendirian, iman mereka rapuh, amal ibadah mereka tidak menetap dan akhlak mereka dicorakkan oleh berbagai-bagai budaya.

Istqamah dalam perjuangan

Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.

Firman Allah Taala:

(Surah Yusof ' Ayat 87)

Ertinya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

CONTOH HALANGAN TERHADAP USAHA DAN CITA-CITA, CARA MENGATASI DAN SIKAP ISTIQAMAH

Bil

Halangan

Cara mengatasi

Istiqamah

1.

Halangan diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat, malu, tahap pencapaian rendah.

1. Ubah sikap

2. Disiplinkan diri

3. Bina keyakinan

1. Kuatkan azaBoldm

2. Berusaha dengan tetap dan bersungguh- sungguh.

3. Tidak patah semangat.

4. Tidak kecewa dan putus asa.

5. Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.

6. Sentiasa berfikir.

7. Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.

8. Bertawakal dan bersyukur.

2.

Halangan orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu berkerjasama.

1. Baiki cara berkomunikasi.

2. Tegas.

3. Bina harga dir.i

4. Tunjuk kesungguhan.

5. Buktikan kemampuan diri.

3.

Halangan suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.

1.Jadualkan/rencanakan kegiatan mengikut keadaan.

2. Ambil peluang pada waktu yang yang selesa dan sesuai.

3. Cari suasana yang selesa di tempat lain.

4. Gunakan teknik yang sesuai.

4.

Halangan wang atau kebendaan.

1. Semak dan atur semula cara perbelanjaan.

2. Gunakan kaedah yang paling sihat dan berkesan.

3. Dapatkan bantuan dari orang atau pihak lain.

Isnin, 1 November 2010

kesedaran

kdg2 masa trlalu stress, akal akan kalah..hati
akan control wat ape saje,..tp itu semua mcm pantai, gelora akan pegi dn
akan dtg..kekuatan tembok itu dr amalan dan keikhlasan hati kita..jika
kuat..bila tergelincir pasti mampu kembali pd keadaan asal atau
bertambah baik..

Perbezaan antara suka,cinta dan sayang

Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau menyukai seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau mencintai seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."

Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."

Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela

kerinduan, kenangan (smbgn)

Asal usul keturunanku berasal dari keluarga yang miskin yang mana datuk dan nenekku bekerja sendiri, sperti, menoreh getah, menjahit, mengambil upah membasuh baju org kebanyakan, dan bertukang kayu. Makan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bahkan sayur lebih byk daripada nasi, kerana sayur xperlu dibeli, hasil tanaman sendiri, dan lauk juga seperti ayam, hasil ternakan sendiri. Begitula sehingga ke generasi ibu dan bapaku. Tetapi generasi ibu dan bapaku telah menaikkan martabat keluarga menjadi keluarga yang sederhana bukan lagi miskin. Ini semua hasil dari menuntut ilmu dari Allah.

Moral: kemiskinan dan dugaan itu pasti akan berakhir dengan kebahagiaan. Itu janji Allah. Positifla dengan Allah. Berusahala. Betulkan niat. Carila jalan yang Allah benarkan.. menuntutla ilmu sehingga ke negeri china.. semua ini disulami dengan kesabaran.

Aku generasi ke 3 dari keluarga ini yang berpangkat cucu kepada nenek dan datuk yang aku maksudkan tadi. Jadi aku hanya mendengar sahaja kesusahan zaman nenek moyangku dan juga zaman ibu bapaku. Aku dilahirkan dalam keluarga yang pada asalnya susah dan keadaan sekarang…..yang ingin ku kongsi di sini supaya ia menjadi iktibar pada semua.

Ayahku seorang lulusan MCE, berkhidmat sebagai cikgu dan telahpun bersara. Ibuku lulusan vokasional puteri paras spm dan kini menguruskan perniagaan sendiri. Aku punyai 10 orang adik beradik. Aku di tangga yang ke-5 boleh dikatakan titik tengah keluarga. Perjalanan hidup aku, Allah takdirkan pembesaran aku dari mula mengenal dunia hingga usia 12 tahun dibesarkan oleh nenek dan datukku (sebelah ibu), ini kerana kesihatan ibuku tak mengizinkan aku dibesarkan bersama keluarga ku. Ini menjadikan aku lebih rapat dengan mak dan bapak sedara berbanding adik beradikku. Bahkan aku panggil mak dan pak sedaraku dengan gelaran “kakak” dan “abang”. Dan nenekku juga kupanggil “emak”. Tahun demi tahun ibu bapaku ingin mengambilku pulang ke pangkuan keluarga tapi takdir Allah sebaliknya. Aku sentiasa ditimpa sakit jika pulang ke pangkuan keluarga. Jadi aku menjadi peneman setia nenekku yang tinggal keseorangan di kampong.

Pada awalnye, aku secara jujur merasakan ketidak adilan aku dipisahkan dengan mak, ayah dan adik beradikku membuatkan aku kekok dengan diaorang. Aku membentak dalam hati. Walau pun mak ayah aku xpernah miss pulang ke kampong. Setiap bulan pasti ade pulang menjengok aku. Bahkan aku mewah jika dibandingkan dengan adik beradikku yang lain. Semua yg ku pinta pasti dapat dr ibu bapaku.. terutama buku2 pelajran…

Alhamdulillah, setelah melangkah masuk ke pusat institusi baru aku sedar hikmah menetap dikampung, masih segar dalam ingatan aku. Ketika aku masih kecil, berkubang dengan lumpur banjir, nyamuk perkara biasa dikampung, dapt membantu nenekku yang pada masa itu kerje mengutip kopi, proses dan jadikan serbuk yang sedap diminum. Membesar dikampung yang dahulu jalan tidak berturap, tanah lembik, berjalan kaki ke sekolah, mandi air perigi dan menggunakan gumba (pam) dan pam air. Almaklumlah, kawasan pedalaman, tapi aku bangga. Pengalaman aku membesar dikampung halamanla yang membina jatidiriku, semangat kentalku dan menjana kreativitiku sehingga ke hari ini.

Masih aku ingat, Umurku 8 tahun, mak kurniakan aku hadiah yang paling istimewa, sebuah basikal. Aku ni lembab dan penakut. Basikal ade tapi xpandai nak tunggang. Jadinya mak aku beli basikal yang ade roda. Basikal sederhana besar dengan roda, rasa lawak… dah ade roda pun aku masih tertonggeng beberapa kali.. banyak kali aku jatuh .. aku serik… xnak tunggang dah basikal.. tapi nenekku pujuk… hingga aku akhirnya berjaya jadi penunggang amatur. Sejak pandai menunggang basikal, aku mula menolong nenekku mengangkut guni kopi hasil kutipan nenek aku. Hmm… berat jugak tapi bila guna basikal tidakla terasa sgt..pernah jugak keciciran beberapa kali.. puas jugak nak letakkan semula kat pangkin basikal .. nak pulak guni tercicir di kawasan perkuburan.. mencibang jugak aku lari… terhuyung hayang…

Moral: barangkali yang kau tidak sukai itula yang terbaik untukmu.. sesungguhnye Allah lebih mengetahui… jangan cepat pesimis.. be optimis.. jgn mudah menuding jari.. jgn galakkan perkataan “kenapa”..itu punca syaitan mencucuk jarum… semua ini disulami dengan kesabaran.

Banyak perkara aku lalui dikampung, sperti sifat sabar, berjimat cermat, menabung, adab, ilmu agama (mengaji, solat) yang nenek terapkan dalam diri aku. Nenek ajar aku kupas kelapa manual guna parang, kukur kelapa guna pengukur tradisional, hidupkan dapur arang, tebas rumput (merumput), tanam pokok, pelihara ayam dan itik, cakar sampah, menimba air perigi, basuh pakaian sendiri guna tangan, menjahit pakaian koyak, iron baju… kebersihan diri, adab tidur.. arghh. . aku rindu masa itu…

nenek sgt garang.. aku pulak degil.. suka melawan dan bermalasan … aku selalu dirotan kerana degil. .. masih aku ingat.. sudah berkali2 nenek pesan.. jgn mandi ke sungai.. jgn berbasikal di jalan besar (jalan utama/highway).. aku selalu pergi ke tempat2 itu diam2.. tapi nenek dah dulu makan asam garam.. nenek pasti tau aku pergi ke mana.. ape lagi. Berbiratla kaki…

kesalahan aku yang paling di ingati masa bersama nenek aku… ialah.. aku telah bergaduh dgn kawan ku.. kerana terlalu marah aku telah melempar kayu dan terkene ke kepala adik kawanku lalu berdarah.. ari tu kebetulan nenek aku pergi berziarah ke rumah mak kawan aku ni.. pada hari itu.. nenek saja mencari saat aku menangis.. tghari itu aku menangis, berebut buaian dgn mak sedara bongsuku… nenek aku terus sebat aku dengan rotan… satu badan berbirat.. kerana mendengar tangisan aku.. dan tak sanggup menengok aku ditibai, mak sedara aku menangis.. kawanku semua datang melihat aku.. masih segar dalam ingatan aku, kata2 nenekku… “kenapa pukul anak orang, jgn melawan walau ape yang orang lakukan pada kita. Sabar. Setitik darah lawannya setititk darah juga atau secupak beras…” aku paham nenek marahkan aku pasal pergaduhan aku pagi tadi.. nenek Nampak kecewa dengan ape yang aku dah lakukan.. aku pun hingga kini rasa ralat.. kerana.. telah menitiskan darah orang.. Tapi pada masa itu, aku masih kanak2, pulih jek kesakitan.. tiada lagi rasa marah.. lupa.. sperti tiada ape yang berlaku… alangkah sucinya hati kanak2… tidak sperti sekarng yang hitam dicalari dosa.

Nenek ajar aku mengenal huruf.. alif , ba, ta.. aku ni susah nak dpt ngaji.. 3 org guru baru kenal huruf… nenek mengajrku akhirnya naik angin… kak esah ajar aku akhirnya naik angin.. dan lastly.. kak mar.. seorang yang berperawakan lembut yang sentiasa memberi aku dorongan.. dari aku kecil… terima kasih.. kelmbutan dan ilmu yang kak mar curahkan Allah saja yang dapat balas.. akhirnya aku lancar mengaji…kak mar ajar aku solat.. ajar aku adab dgn org tua.. dan aku xlupa. Kak mar belikan aku kek arijadi aku yang pertama dalam hidup aku masa aku darjah 6.. aku xlupa.. masih segar dlm ingatan aku.. jasamu dikenang..

Duk kat kg ni best.. walau kul 9 malam dah sunyi.. sbb byk kawasan hutan.. masih wujud harimau lagi kat kawasan ni.. ular sawa… bunyi cengkerik dan serangga jek yg banyak.. siaran television pun channel tv3, rtm1, rtm2, and metrovision masa tu.. tu pun guna arial .. masa tu xdek kereta. Nak pegi Bandar amik masa 30minit, naik bas.. bas pun lama.. kul 8, 9, 10, 2, 4, dan 6 last.. tu pun xpunctual.. hm… tp aku tetap suka kampong.. angin sejuk… hasil tanaman.. dl2 aku la tukang panjat pokok manggis.. nenek tggu kat bawah.. akulah yg bila org nk balik kg.. duk dlm reban ayam, tangkap ayam and anto pi sembelih… nenek ajar cara potong ayam, siang ikan.. siang daging.. hmmm… best…

Tambahan kg aku ni, memang kawasan banjir.. so tiap2 tahun mandi banjir.. main perahu.. pelampung.. tapi aku takut sgt ngan lintah… aku ske tangguk ikan..


(to be continued)