Ahad, 25 April 2010

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon:

1. Kompleks Taman Tamadun Islam
2. Zon Awam

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.

Tarikan utama disini termasuk replika:

1. Masjid Negara (Malaysia)
2. Dome of the Rock (Palestin)
3. Masjidil Haram (Arab Saudi)
4. Al-Hambra Citadel (Spain)
5. Taj Mahal (India)
6. Mimbar Kalyan (Uzbekistan)
7. Makam Abu Nasr (Afghanistan)
8. Mimbar Berputar Samarra (Iraq)
9. Masjid Mohd Ali (Kaherah)
10. Masjid Besar Qairawan (Tunisia)
11. Masjid Besar Agadez (Nigeria)
12. Aleppo Citadel (Syria)
13. Masjid Kul Syarif (Russia)
14. Mimbar Xian (China)

Monumen-Monumen Islam.

1. Kul Sharif, Kazan, Russia

Dibina bagi mengenang jasa dan perjuangan seorang guru serta muridnya yang gigh mempertahankan diri dari serangan Ivan 'The Terrible'. Dibina pada tahun 1996 setelah kejatuhan Empayar Soviet.

2. Kudus Minar, Indonesia

Masjid ini dibina pada tahun 1549 Masihi oleh seorang guru terkenal bernama Sunan Kudus. Menaranya diperbuat daripada batu-batu gunung berapi.

3. Aleppo Citadel, Syria

Kota Aleppo adalah sebuah kota yang telah dibina oleh Umat Islam lampau di atas sebuah bukit di Syria. Ianya membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam dahulu yang berjaya membina kota di atas bukit.

4. Al-Hambra, Sepanyol

Kota Al Hambra adalah sebuah kubu dan istana kesultanan Moorish di Granada. Ia bermula dengan sebuah masjid yang dibina semasa pemerintahan awal Islam di Sepanyol.

5. Abu Nasr, Afghanistan

Terletak di tengah-tengah Balkh Central Park. Ianya dibina bagi mengabdikan jasa-jasa ketua dan tokoh agama terkenal di Heart, Afghanistan iaitu Khawaja Abu Nasr Parsa.

6. Qairawan, Tunisia

Masjid ini telah dibina oleh Uqba bin Na'if pada tahun 670 Masihi. Pusat Islam tertua di Tunisia. Bentuk dan saiz masjid ini menekankan ciri persaudaraan dan keikhlasan.

7. Mohammad Ali, Mesir

Masjid ini terletak di Wilayah Al-Qalaa di Kaherah, Mesir. Direkabentuk oleh arkitek Greek yang bernama Yussuf Bushnaq. Mula dibina pada tahun 1246 Masihi dan siap pada tahun 1265.

8. Suleyman, Turki

Masjid ini direkabentuk oleh Sinan yang merupakan arkitek agung dari Othmaniah. Masjid ini dinamakan sedemikian berdasarkan nama Sultan Suleyman yang memerintah Turki dari tahun 1520 Masihi hingga 1566 Masihi.

9. Kubah As Sakhrah, Palestin

Dibina pada tahun 692 Masihi di kawasan Haram Al-Sharif bagi melindungi batu terapung yang menjadi tempat Nabi Muhammad S.A.W. berpijak sebelum Mikraj ke langit.

10. Agadez, Nigeria

Masjid ini terletak di daerah Air Massif di tengah-tengah negara Nigeria. Ia dibina dalam kurun ke 16 semasa zaman Agadez. Ianya unik kerana diperbuat daripada kayu dan lumpur.

11. Kalyan Minaret, Uzbekistan

Menara ini dibina oleh Arslan Khan pada tahun 1127 Masihi. Digunakan sebagai rumah api dan menara peninjau untuk mengelakkan serangan musuh. Merupakan contoh struktur dan binaan terbaik pada zaman tersebut.

12. Samarra, Iraq

Dibina pada tahun 842 Masihi semasa pemerintahan Khalifah Abbasiyyah. Pada kurun ke 9, masjid ini merupakan masjid terbesar di dunia yang boleh menempatkan sejumlah 80,000 jemaah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan