Jumaat, 30 April 2010

Kecewa, Murung, Kehilangan, Kesunyian, Kesedihan

Kadang-kadang kita rasa kecewa, murung, kehilangan, kesunyian, kesedihan, tak berpuas hati, terasa tiada keadilan.

selalunye semua perasaan tu kerana perkara dunia.. kerana perbuatan manusia..

tapi adakah kita merasakan perasaan yang sama seperti itu di dalam perkara agama?.

Adakah kita merasa kecewa, murung, kehilangan, kesunyian, kesedihan jika kita gagal menunaikan tanggungjawab kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini.

adakah kita sedih dan kecewa jika diri tak mampu solat di awal waktu.. selalunya kita resah dan kecewa terlewat meeting.. terlewat masuk kelas... solat di awal waktu itu mendidik kita punctual dlm ape jua perkara dalm hidup kita..

adakah kita kecewa dan sedih jika tak mampu mengerjakan solat-solat sunat walau masa yg diperuntukkan telah terlebih cukup... kita selalu kecewa mengenai siaran television... masa lapang kita pun telah dicuri dgn perkara lagha.. iaitu television, internet , radio.. didikan yang mantap dari kecil amat penting didalam mengisi masa utk mana yg lebih berfaedah..

adakah kita kecewa jika tak mampu nak berpuasa hanya 2 kali seminggu (iaitu puasa sunat isnin dan khamis).. puasa mendidik kita jadi sabar, tenang, menundukkan nafsu... dan juga utk kesihatan tubuh badan...

adakah kita kecewa, sedih, dan malu kerana pengetahuan kita sebgai ummat Islam terlalu cetek. cetek tentang selok belok agama, salah silah khulafak-khulafak, sahabat-sahabat Rasulullah, Kisah Para Nabi... Hari-Hari istimewa dalam Islam dan sejarahnya,...?

Adakah kita kecewa jika tak mampu menghafal dan memahami Ayat-Ayat suci Allah.. (Al-Quran).. bahasa syurga itu??....


Renung-renungkanla...


sesungguhnya, manusia di akhir zaman ini.:

seringkali kecewa kerana meminta sesuatu balasan dari manusia .. bukan keredhaan Allah..
seringkali manusia kecewa kerana tiada kepujian di atas usaha yg dilakukan... tiada kenaikan pangkat..

seringkali juga kecewa, murung dan sedih atas kerana urusan duniawii seperti result exam yang tak mencapai target.. padahal itulah yang Allah suratkan., itulah yang terbaik.. REDHA la..

seringkali manusia kecewa kerana perbuatan manusia.. seperti kecewa bercinta.. kecewa dengan diskriminasi,,. pilih kasih.. dan sebagainyer..

seringkali manusia kecewa dgn kesusahan yang di alamii.. sbg cth dari segi kewangan

sesungghnya,

suatu kegembiraan dan keindahan itu terjadi kerana keberkatan dan keredhaan dari Allah...
ya itulah.. REDHA ALLAH yang kita patut cari....

selalula pujuk hati,

kadang-kadang suatu perkara berlaku adalah satu dugaan untuk menghapuskan kafarah dosa kita yang lampau..

kadang-kadang kesulitan dan bencana yang dihadapi adalah sebagai titik kasih Allah pada ummatnyer.. supaya ummatnya semakin erti dan paham sesuatu ketentuan itu adalah hak Allah.. manusia perlu pasrah dan redha.. ya menitipkan sifat redha..

sebagi contoh, kehilangan barang dan wang, ini mungkin kerana suatu masa dahulu kita pernah terguna, atau terambil barang org yg kita sendiri tak sedar dan tak perasan... mungkin kita membayar zakat dgn hati yg was-was..

terdetik sedih dihati, mungkin tanpa sedar kita pernah sedihkan hati org lain...

bersabarlah..

pujukla hati utk bersabar.. redha .... selalulah berfikiran positif... Ambilla penyelesaian positif... belajarla menjadi seorang yang REDHA...

ya Allah... perlunya bimbinganMu ya Allah ....

Ahad, 25 April 2010

SABAR DALAM MENGHADAPI MUSIBAH

Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Manusia yang hidup di dunia ini tidak akan terlepas dari menerima ujian dan dugaan dari Allah Subhanahu Wata'ala, perbezaannya hanyalah terletak pada besar atau kecilnya, berat atau ringannya dugaan yang menimpa itu. Tetapi ujian Allah Subhanahu Wata'ala tetap berlaku.
Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah ayat 155 tafsirnya :

"Dan demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh dan dengan merasai kelaparan dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".

Sebagai umat Islam kita hendaklah mempunyai kekuatan iman dalam menghadapi apa pun jua situasi yang dihadapi, baik berupa ujian untuk umum seperti kemarau panjang, kebakaran, hujan yang turun tidak hentinya sehingga menyebabkan berlakunya banjir, tanah runtuh dan sebagainya atau ujian untuk diri atau peribadi seperti penyakit, kemiskinan, kematian orang yang disayangi, dijatuhi hukuman dan sebagainya yang menimpa. Semua ujian ini, haruslah dihadapi dengan ketabahan, ketenangan dan yang paling utama ialah menghadapinya dengan penuh kesabaran.

Sifat sabar dan tabah dalam menghadapi musibah amat perlu kerana dengan sifat tersebut menjadikan kita redha terhadap qada dan qadar Allah Subhanahu Wata'ala, sekali gus mengelakkan diri kita dari bersikap marah, merasa kecewa, berputus asa dan resah-gelisah dalam menghadapi ujian. Ketahuilah sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala mencintai orang-orang yang sabar, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 146 tafsirnya :

"Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar".

Muslimin yang dirahmati Allah,

Di sini kita bawakan dua kisah kesabaran yang perlu kita contohi.

Pertama : Kesabaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kejayaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam perjuangan untuk menegakkan Islam adalah hasil dari kesabaran Baginda. Baginda sabar menghadapi rintangan walaupun orang kafir melemparkan najis unta kepada Baginda sewaktu Baginda melaksanakan solat. Baginda bersabar dalam kemiskinan walaupun tidak ada makanan untuk dimasak oleh isteri Baginda, namun ibadahnya tidak pernah kurang bahkan ketika Baginda selesai menunaikan solat Subuh di masjid dan pulang ke rumahnya, Baginda bertanya kepada isterinya, apakah ada sarapan pagi atau tidak? Lalu isterinya menjawab : Tidak ada. Baginda bersabda, baiklah aku berpuasa pada hari ini, Baginda berpuasa sunat kerana tidak ada hendak dimakan.

Kedua : Kesabaran Abdullah Ibni Abbas Radiallahuanhuma.

Ketika Abdullah Ibni Abbas Radiallahuanhuma sedang menunggang kenderaannya, beliau telah didatangi oleh seseorang sambil berkata : Semoga Allah mengurniakanmu ganjaran yang berlipat ganda wahai Ibni Abbas, anakmu telah meninggal dunia.
Apakah yang dilakukan Ibni Abbas sebaik-baik sahaja mendengar berita tersebut? Ibni Abbas tidak melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan seperti kecewa atau berputus asa akan tetapi Ibni Abbas turun dari kenderaannya dan melakukan sembahyang dua rakaat. Selesai beliau sembahyang, orang yang membawa berita itu berkata : Saya sungguh mengkagumi tuan, wahai Ibni Abbas! Saya mengkhabarkan kepada tuan tentang kematian anak tuan lalu tuan menerimanya dengan sembahyang. Ibni Abbas menjelaskan : Tidakkah engkau membaca firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah ayat 153 tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolong sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar".

Muslimin yang berbahagia,

Ketahuilah bahawa sabar itu amat besar pahalanya di sisi Allah Subhanahu Wata'ala dan menjadi ukuran kepada kekuatan iman seseorang. Sabar itu terbahagi kepada tiga :

Pertama : Sabar yang membawa kepada sampai 300 darjat iaitu sabar mentaati Allah Subhanahu Wata'ala, sabar kerana mendirikan sembahyang, sabar kerana mengucapkan perkataan-perkataan yang baik-baik dan sabar kerana menghubungkan silaturrahim.

Kedua : Sabar yang membawa kepada 600 darjat iaitu sabar kerana menahan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat seperti zina, judi, ruswah, minum minuman yang memabukkan dan lain-lain lagi.

Ketiga : Sabar yang membawa kepada sampai 900 darjat iaitu sabar yang berlaku pada ketika mula-mula ditimpa ujian atau bencana, baik bencana itu menimpa dirinya atau hartanya atau anaknya.

Ahli Jumaat yang dirahmati Allah,

Sebagai hamba Allah yang beriman, kita hendaklah bersabar dan tabah menghadapi segala ujian yang menimpa ke atas kita kerana semua itu adalah qada dan qadar Allah Subhanahu Wata'ala dan sebagai peringatan kepada hamba-hamba-Nya supaya tidak terus lalai dan leka dalam kesenangan dan kemewahan hidup di dunia. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala akan sentiasa bersama kita sebagaimana yang dijanjikan di dalam Al-Quran untuk sentiasa bersama-sama orang-orang yang sabar dan sentiasa melimpahkan rahmat dan hidayah serta memberikan perlindungan kepada kita. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah ayat 177 tafsirnya :

"Dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan Fi Sabilillah. Orang-orang yang demikian sifatnya, mereka itulah orang-orang yang benar beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa".

http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=333

Sabar Menghadapi Ujian Hidup

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13


Intisari ayat Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.


Huraian ayat Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

Kedua:

Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.

Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

Ketiga:

Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar."
surah Al-Baqarah: ayat 155

Keempat:

Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.

Firman Allah, maksudnya:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

Kelima:

Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya "sabar" menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukankesalahan dengan segera.

Keenam:

Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:

i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.
ii. Sabar melawan nafsu.
iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..

i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.

ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.Bentuk ujian keatas manusia.

a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan
b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.
c. Ujian ke atas orang perseorangan
d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.
e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.

Kepentingan sabar

a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.
b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.
c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.
d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.
e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.

Fakta2 Penting

a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya
b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.
c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.
d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.
e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam.

Dipetik dari laman web Ustaz Yusof Embong

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon:

1. Kompleks Taman Tamadun Islam
2. Zon Awam

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.

Tarikan utama disini termasuk replika:

1. Masjid Negara (Malaysia)
2. Dome of the Rock (Palestin)
3. Masjidil Haram (Arab Saudi)
4. Al-Hambra Citadel (Spain)
5. Taj Mahal (India)
6. Mimbar Kalyan (Uzbekistan)
7. Makam Abu Nasr (Afghanistan)
8. Mimbar Berputar Samarra (Iraq)
9. Masjid Mohd Ali (Kaherah)
10. Masjid Besar Qairawan (Tunisia)
11. Masjid Besar Agadez (Nigeria)
12. Aleppo Citadel (Syria)
13. Masjid Kul Syarif (Russia)
14. Mimbar Xian (China)

Monumen-Monumen Islam.

1. Kul Sharif, Kazan, Russia

Dibina bagi mengenang jasa dan perjuangan seorang guru serta muridnya yang gigh mempertahankan diri dari serangan Ivan 'The Terrible'. Dibina pada tahun 1996 setelah kejatuhan Empayar Soviet.

2. Kudus Minar, Indonesia

Masjid ini dibina pada tahun 1549 Masihi oleh seorang guru terkenal bernama Sunan Kudus. Menaranya diperbuat daripada batu-batu gunung berapi.

3. Aleppo Citadel, Syria

Kota Aleppo adalah sebuah kota yang telah dibina oleh Umat Islam lampau di atas sebuah bukit di Syria. Ianya membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam dahulu yang berjaya membina kota di atas bukit.

4. Al-Hambra, Sepanyol

Kota Al Hambra adalah sebuah kubu dan istana kesultanan Moorish di Granada. Ia bermula dengan sebuah masjid yang dibina semasa pemerintahan awal Islam di Sepanyol.

5. Abu Nasr, Afghanistan

Terletak di tengah-tengah Balkh Central Park. Ianya dibina bagi mengabdikan jasa-jasa ketua dan tokoh agama terkenal di Heart, Afghanistan iaitu Khawaja Abu Nasr Parsa.

6. Qairawan, Tunisia

Masjid ini telah dibina oleh Uqba bin Na'if pada tahun 670 Masihi. Pusat Islam tertua di Tunisia. Bentuk dan saiz masjid ini menekankan ciri persaudaraan dan keikhlasan.

7. Mohammad Ali, Mesir

Masjid ini terletak di Wilayah Al-Qalaa di Kaherah, Mesir. Direkabentuk oleh arkitek Greek yang bernama Yussuf Bushnaq. Mula dibina pada tahun 1246 Masihi dan siap pada tahun 1265.

8. Suleyman, Turki

Masjid ini direkabentuk oleh Sinan yang merupakan arkitek agung dari Othmaniah. Masjid ini dinamakan sedemikian berdasarkan nama Sultan Suleyman yang memerintah Turki dari tahun 1520 Masihi hingga 1566 Masihi.

9. Kubah As Sakhrah, Palestin

Dibina pada tahun 692 Masihi di kawasan Haram Al-Sharif bagi melindungi batu terapung yang menjadi tempat Nabi Muhammad S.A.W. berpijak sebelum Mikraj ke langit.

10. Agadez, Nigeria

Masjid ini terletak di daerah Air Massif di tengah-tengah negara Nigeria. Ia dibina dalam kurun ke 16 semasa zaman Agadez. Ianya unik kerana diperbuat daripada kayu dan lumpur.

11. Kalyan Minaret, Uzbekistan

Menara ini dibina oleh Arslan Khan pada tahun 1127 Masihi. Digunakan sebagai rumah api dan menara peninjau untuk mengelakkan serangan musuh. Merupakan contoh struktur dan binaan terbaik pada zaman tersebut.

12. Samarra, Iraq

Dibina pada tahun 842 Masihi semasa pemerintahan Khalifah Abbasiyyah. Pada kurun ke 9, masjid ini merupakan masjid terbesar di dunia yang boleh menempatkan sejumlah 80,000 jemaah.

Kata-kata semangat

1. today's preparation
tomorrow's archivement

there is one thing that you can't recycle
that is wasted time

try hard enough
you will make it


2.To those of you who laughed at me, thank you.
Without you I wouldn't have cried.

To those of you who just couldn't love me, thank you.
Without you I wouldn't have known real love.

To those of you who hurt my feelings, thank you.
Without you I wouldn't have felt them.

To those of you who left me lonely, thank you.
Without you I wouldn't have discovered myself.

But it is to those of you who thought I couldn't do it;
It is you I thank the most,
Because without you I wouldn't have tried.~


3. Menurut Syibbu bin Abu Bakar:-

”Hidup kamu seperti pohon kayu yang lebat buahnya dan tumbuh di tepi jalan. Walaupun dilempar dengan batu tetapi dibalasnya dengan buah.”


4. kejayaan di cipta oleh manusia biasa yg berusaha secara luar biasa - bill gates


5. There are seven things that will destroy us: 1. Wealth without work 2. Pleasure without conscience 3. Knowledge without character 4. Religion without sacrifice 5. Politics without principle 6. Science without humanity 7. Business without ethics.


6. "Manusia sebenarnya tidak malas.Mereka cuma mempunyaimatlamat yang lemah iaitu matlamat yang tidak mampumenaikkan semangat mereka"
-Anthony Robbins-


7. "Saya bukan lemah dalam belajar atau menghafal,
saya cuma mempunyai daya ingatan yang tidak dilatih..."
-Kevin Trudeu-


8. "Pelajar tanpa kemahiran belajar umpama mekanikyang tidak tahu membaiki kereta...
-Saidina Uthman b Affan-