Khamis, 17 Disember 2009

aku, dia dan kau (hasil nukilan babyotai) part 8

Bila bunyi ketuk pintu tu aku baru tersedar.. dan2 dah dalam pelukan dia.... Berdebar gila... Tuhan jek r yang tau perasaan aku ni... Dah la dia tu bertuala jek.. pandang aku lak tu... ya Allah rasa nak tembus jantung aku ni. aku rasa takut and gerun.. belum sempat dia nak cium.. aku tunduk.. xsanggup...yang lawaknye aku nangis.. sbb takut n tak tau nak wat per... pintu blik lak kene ketuk lagi... pandai lak dia cover.." ikah terkejut kat lipas tadi mak.. tak dek per"..sambil dia sapu air mata aku ...wei.. takut giler masa tu.. naik bulu roma tengkuk aku ni......aku takutla dengan dia...mungkin terlalu awal bagi aku....lepas kejadian tu aku ngan dia bese2 jek.. dia macam perasan yang aku tak suka kat dia.. huhuuuh...

pergh khusyuk semua mendengar.. "complicated gak masalah ko ni ye" kata afzan. "ujung minggu ni dia amik ko kan.. so kenalkanla kat kitaorg husband ko ye" kata lina ... aku hanya mampu mengangguk.. tiba2 hp aku berdering.. "alamak, suami dia telefonla. takkan dah rindu kot. baru jek tadi hantar." kata lina. "hello, assalamualaikum." kataku. "wa'alaikumsalam. ikah sihat?". best jugak suara dia dalam tepon... "sihat". pendek jek jwpn aku. "dah makan ke malam ni?" tanya dia lagi. "dah". jawabku ringkas dan tepat. bila berjauhan dan tak bersua muka aku rasa jugak rindu.. teringat... tapi bila dh bercakap, bersua muka dengan dia aku hilang mood, menyampah ade, rasa nak marah ade. aku sendiri pun xpaham dengan perasaan aku ni. semoga Allah membantuku hamba yang lemah ni.

sekejap jek masa berlalu, arini dah pun hari jumaat. tak lama lagi dia akan sampai. macam mana pulak aku nak layan dia ni... aku rasa takutla bila berdua jek ngan dia. aku takut dia dan sentuhannya... jantung aku ni sentiasa berdebar2, seram sejuk.. macam orang dalam ketakutan. kenapala... aku cuba biasakan diri.. cuma menerima.. tapi janggal.. tetiba hp aku berbunyi... "assalamualaikum, ikah, abang dah kat parking lot ni." alamak, dah sampai... "ha ye wsalam.. ikah turun, sekejap ye." kataku. Dari jauh aku dah nampak honda hitam, rasa lemah segala sendiku. tadi ade gak rasa rindu.. skang dah berubah jadi takut..ish.. susah betulla... aku terus masuk dan menyalaminya. hajat dari dulu memang nak jadi isteri solehah. so tang yang mana mampu lakukan tu stil lakukan... sekali imbas aku tgk.. wah dia makin kacak la pulak.. mungkin aku yang xpernah nak tengok dia betul2 kot. "erm...abang, kalu member ikah nak kenal ngan abang, boleh tak?" tanyaku agak takut sebenarnya.. wakakkaka... publish tu suami sendiri.. wakkakak... Seriusnya muka dia... Dia pandang aku.. tepat.. xkalih pun.. takutnya Allah saja yang tau.. lagak macam dia tak suka jek."erm.. tak pe lah kita balik terus jek la." kataku mengandaikan yang dia kurang senang dengan permintaan aku tadi. "abang lapar ni. tak makan lagi tadi. kita makan kat sini. pegila panggil member2 ikah tu ajak makan skali. "katanya sambil tersenyum. aduh, manisnye senyuman dia.. cair skejap rasa.

tanpa berlengah aku ape lagi mendail la no hp kengkawan aku...surprisela katakan...derang pun datang tapi mcm segan2 la nak duk satu meja ngan aku.. wkakaka... tapi akhirnya.. bese r .. geng2 aku ni.. bila dah kenal.. mulalah leh wat lawak and bergelak lagi... lama gak la berborak... akhirnya aku pun mintak diri.. kang marah lak suami aku ni.."okla wei.. korang.. aku nak balik dah ni... jumpa ahad ni". kataku sambil melambaikan tangan.

dalam perjalanan aku tersenyum sorang2, mengingatkan peristiwa suai kenal kat cafe td. "ika, manis kalu senyum selalu." terus merona merah mukaku menahan malu. "kita nak balik umah mak ika atau umah mak abng ni.?" tanya suamiku. "dua2 ika nak. terpulangla pada abang. kalu ika, ika balik kat umah dua2, baru fair"kataku panjang lebar. "ok, kalu macam tu, malam ni kat umah mak abang, sbb kat kuantan, so xyah la patah balik .. umah mak ika kat temerloh dah on the way ke kl. ok?" katanya. Alamak matila aku. Aku tak biasa la. Abisla aku. Macam mana nak melayan mak mertua ha???... "tapi ika tak biasa la bang. takut. tak pandaila nk layan mak abang." kataku kaget. "tak pe, belajarlah, lama2 biasala tu. Tak susah. sama macam ika layan mak ika sendiri la.." kata suamiku sambil menggenggam erat tangan dan menarik tanganku lalu mengucupnya lembut. ni yang wat aku lemah ni... baik sangat..

sesampai jek kat umah mak mertua, mak mertua kau dh menunggu kat pintu.. aku pun terus la menyalaminye. sebagaimana bila aku balik rumah mak aku sendiri. belum sempat aku nak berbual ngan mak mertua aku, suami aku dah menarik aku untuk ke bilik kami.. mak mertua aku menggelengkan kepala. segan lak aku. masuk jek kat bilik.. wah... tak terkata aku... cantiknye permandangan dari bilik ni...suami aku bukak sliding door, angin menerpa ...nyamannya...udara segar... sedang aku asyik menghirup udara segar kar balkoni, terasa tangan suamiku melingkari pinggangku.. selesanya mcm ni.. aku terus menyandarkan kepalaku ke badannya. hati tetap berdebar dan takut.. tapi akuharus biasakan diriku dengan keadaan begini... "ika"..suara suamiku tidak seperti kebiasaannya, seperti orang yang menanggung masalah berat.aku berpusing.memberanikan diri. cuba berhadapan dengannya.bertentangan... sambil mengadapnye aku bersandar pada balkoni."ya, kenapa bang." kataku sambil cuba mengawal serba macam perasaan aku sendiri ketika berhadapan dgnnya. "ika bolehke terima abang? kalu tak boleh jgn dipaksa."bergetar suara dia.. mungkin menahan sribu satu perasaan. aku paham sangat perasaan orang kalu dah suka tapi kecewa... aku tunduk.. membisu seketika.. melawan perasaan.. apakah yang harus ku katakan. argh..tapi aku cuba memberanikan diri. "kenapa abang tanya macam tu?" persoalan itu sedikit sebanyak boleh cover hati aku ni yang dah mula goyah. terdengar dengus nafasnye .lama dia begitu barulah dia bersuara smula. "ika, abang tau semua pasal cinta ika. abang sangkakan abang dapat memiliki ika. abang akan cuba. mak dah ceritakan segala-galanya. dan abang sememangnya sayangkan ika. tapi hakikatnye, abang terlalu pentingkan diri abang. Abang tak fikir perasaan ika. abang dah musnahkan kebahgiaan ika. ika tak seceria dulu..." aku lihat wajah dia tegang dan air muka yang tadi tenang kini keruh dibelenggu perasaan sendiri... apakah yang perlu aku lakukan. membiarkan ia berlalu begitu shja atau membiarkan keadaan menjadi semakin tegang..??? argh... aku sendiri buntu..berperang dengan masalah sendiri... Perlukah aku berserah padanya? bahagiakah aku nanti?...betulkah dia menyayangiku sepenuh hati?..argh.. buntu.. perlukah aku renggangkan ikatan yang baru nak bermula ini. perlukah aku... sunyi...sepi... masing2 melayan perasaan sendiri.. setelah lama berkeadaan begitu ...akhirnya aku tekad.. aku sudah buat keputusan..aku mesti tabah dan berani menanggung risiko. biarla apa pun nak berlaku... aku perlu meninggalkan kenangan berlalu dan membina lembaran kehidupan baru tak tau akan jaminannya.


aku capai tangan suamiku, ku salaminya, ku ciumi tangannya.. aku sebak dan akhirnya, terhinggut2 bahuku menahan tangis. "abang, maafkan ika kerana banyak buat abang berkecil hati. ika sudah cuba untuk menyayangi abang, berilah ika masa. bimbingla ika bang. bimbingla ika.".tangisku semakin menjadi-jadi. terasa lembut tangannya mengusap kepalaku, mengesat air mataku lalu meraihku ke dalam dakapannya. aku menangis semahunya di situ. terasa kucupan hangat di dahiku.. ubun2 ku.... lagi.. lembut tangannya menyapu air mataku yang laju mengalir mengikut rentak hatiku.. aku lihat ade genangan air mata di kelopak matanya. kami berpeluk lagi... kali ini lama... seakan mengikut rentak dua hati ini... "sudahla sayang. yang lama biarla berlalu. kita bina hidup baru."serak, parau suaranya, mungkin menahan pilu. "jom la masuk sayang. dah nak maghrib ni."ajak suamiku. "nak mandi tak, jom mandi sama."sengihannya semakin lebar. merah mukaku menahan malu. "abang mandilah dulu, ika malula." kataku. dia menghampiriku berbisik ditelingaku. "apa yang nak malunya sayang. abang kan suami sayang."terasa terapung di awan. rupanya suamiku sudahpun mencimpung aku ke dalam bilik air dan terus menjirus air ke badanku. abis basah, nak tak nak, terpaksa mandi sama la. alamak malunya. aku hanya berdiri tegak, berpusing ke arah lain. tak sanggup tengok suamiku. "kenapa tak salin lagi sayang. nak abang yang tolong ker?"dia terus menghampiriku..degupan jantung aku ni Allah jek r yang taunya... semakin kencang hingga rasa nak tercabut. aku cuba berundur, tapi bilik air, kecik, mane ade ruang pun nak mengelak...abis2 pun aku mampu bersandar kat dinding.dia mengambil tanganku lalu meletakkannya ke badan dia. degupan jantung aku ni menyesakkan nafas. mukanya mula menghampiri mukaku... oleh kerana xtau nak wat ape aku hanya mampu memejamkan mata dan mengkakukan diri.. tapi tidak pula mencegahnya dan tak pula cuba meloloskan diri... aku terasa ciuman hangat dipipiku, mulutku di pagut lembut dan dengusan nafasnya ditelingaku, menyebabkan aku terlena sementara, nafas yang semakin laju, seakan merelakan perlakuannya padaku... tetiba aku tersedar.. aku celik mata.. dia memandangku.. entahkan sudah lama dia memandangku.. aku malu.. kantoi... macam aku boleh hanyut... aku tunduk.. panas aku rasakan muka aku menahan malu.. lalu aku melepaskan lingkaran tanganku pada pinggangnya yang entah bila lak aku peluk dia.. uhuhuu.. dahsyat penangan perasaan ni.. sampai x sedar.. lagi malu bila baju aku terbuka mendedah bahagian tubuhku.... wakakaak.. merah mukaku.. xdapat tahan lagi malu.. dia menghulurkan kain batik untuk persalinan aku.... sekilas aku nampak dia tersenyum meleret..... eii... malu tak terkata... malunyer... malunyer.. mesti dah banyak dia nampak tadi.... kenapa aku cepat sangat hanyut.. argh..... xkan aku boleh hanyut semudah itu.. tidakkk....

mudahnye aku menerima dia... kepala aku ni mulala merencana mcam2 andaian.. mcm mane aku nk bertahan.. macam mane kalu dia teruskan tadi.. argh... macam mane kalu ...dan mengandug... extend.. mak ai.. aku tak habis study lg ni... mcm mane nak bertahan sampai abis study ni.. baru mcm tadi dh hilang kawalan diri.. huhuuhuhu... hmmm... takutnyerrrr.... kenapa lama sgt rasanya arini?..

"abang longnya, lambat lagi ker. orang dah lapar ni." sayup suara mak memanggil untuk makan malam. "jom..makan"..aku hanya menurutinya. semua orang dah ade kat meja. ... alamak.. ape aku ni...patutnya aku kene tolong mak masak. tapi aku bukan tau masak pun. sikit-sikit bolehla."makan, ika". pelawa mak."kamu cuti sampai bila ika?"tanya abah. "cuti hujung minggu je bah. final exam 2 mggu jek lg. mungkin tak boleh balik dah lepas ni."terang aku panjang lebar. "Abah mintak maaf la buatkan kamu susah. belajar lagi..tup tup.. dah kawin." aku memandang wajah suamiku. tak de reaksi. "tak pelah abah. dah selamt dah pun. buat masa ni tak menjejaskan study ika pun. cuma kadang2 tu adela termengelamun tgh study." saja aku nak tgk riak wajah suamiku. mula nampak kecerahan tanda senang di hati. "tambah lagi kak ika.?" pelawa adi iparku. "takpe zul. akak dh kenyang. tu, adik ina nak tambah lagi tu. eh .. mana kak zana?....tanya aku ingin tau memandangkn dia tak de kat meja makan ni.."erm.. dia dah tahun akhir..mesti sibuk buat kajian tu...katanya xboleh blik mggu ni.."kata ayah.. aku hanya mengangguk...

nk dipendekkan ceritaa... sudah pun ari sabtu petang... "ok dah siap untuk bertolak". kata suamiku...."ika, kim salam kat mak and family ika.ni kirim kat orang sana kuih durian. jangan pandu laju. biar lambat asal selamat...." pesan mak.