Rabu, 23 Disember 2009

aku, dia dan kau (hasil nukilan babyotai) part 9

"ika tak bagitau abg pun ade final 2 weeks lagi." tanya suamiku dengan nada yang macam tak puas hati...wakakak...memang aku xbagitau dia pun huhuuh...."maafla ika lupa nak bgtau. so mungkin ika tak boleh balik, nak study, sbb byk lagi tak topik tak cover ni. boleh ke bang?" aku memandangnya menunggu jawapan dari dia. "terpaksa. rindula abg nanti. 2 mggu tu lama tau." katanya. "alah abg ni, 2 mggu jek, bukan 2 thn. abg telefonla kalu rindu. 25 tahun abg leh hidup sorg2 xkan 2 mggu pun x bleh." aku tgk dia mula mendiamkan diri. "abg, jgnla macam ni. ika idup dgn semangat abg tau. dengan kekuatan abang. kalu abg lemah, ika lagila lemah."kataku mula rasa sebak. "ok...ok...ok... abg saje jek td. jgnla serius sgt.. senyumla skit... ha... kan ke lawa gitu...

***************************************************************************************

tak sangka, arini dah hari konvokesyen aku. aku dh abis blajar...dah bebas....kat mane plak aku nak keje ni...Kl, pahang atau mana ek?...mesti kene ikut suami..wakakakk....

dah 2 tahunla usia perkahwinan aku... mana lak suami aku ni...wah...segaknye dia berpakaian begitu...dari kejauhan aku dah nampak dia membawa sejambak bunga segar untukku..satu ciuman hinggap di pipi "tahniah sayang".katanya. aku tersenyum. "semuanya sebab semangat abang juga."aku pulak menghadiahkan dia satu ciuman. "woi...woi.. dah..dah...ni di CAC ye..bukan rumah ok.." aku tersengih dengan teguran lina and member2 lain. "eleh... nak mengata aku...ko tu...aku 2 thn kawin xde pape.. ko tu bunting pelamin>.....konon xnak ngandung lagi la...eh mana ita and azpan...dari tadi aku xnampak derang..".."erm. tadi ade..anak derang wat hal kot." aku, lina cheah and budak kecik tergelak. nampaknye semua dah ade pasangan. cuma cheah jek akan berkahwin hujung tahun ni, yang lain dah selamat. "dah keje jgn lupa contact lak" pesan aku pada semua bila masing2 dah mula nak balik. "jom last round... bergambar 6 family." kataku.

kenangan masa blajar memang manis. terasa hari ini berlalu pantas. biasalah tu, bila hari gembira, dirasakan hari itu berlalu pantas jek.

"Mana yang lain2 bang?" tanyaku kehairanan..tinggal husband aku jek.. suamiku hanya tersenyum memandangku."ade, dah tunggu kat kete. dah xsabar nak konvoi balik."aku membalas senyum suamiku...wakakak...bestnye rasa.. rasa bebas..."kita bermalam kat hotel malam ni. raikan ikah. abg banjer." kata suamiku tersenyum. "orait... tq..terus aku cium suamiku... "gembiranya aku..."lepas ni kita tak perlu lagi berpisahkan.boleh hidup sama-sama, hadapi masalah sama2, bina kuarga yg bahgia dengan anak2." kataku meluahkan impianku yang dah lama terpendam. "Anak?" kata suamiku."ya,anak. kenapa? abang tak nak anak ker?" aku menoleh ke arah suamiku kehairanan. rasa gusar jugak tengok perilaku suamiku ni. tiba2 aku rasa kaget memandang wajah suamiku yang tiada membawa apa2 reaksi. mula la aku memikirkan macam2 spekulasi. mengapa? dia tak nak anak ker? tiba2 terasa tanganku digenggam erat. aku menoleh ke arahnye. dia tersenyum. "hei.. kenapa diam tiba-tiba ni? tima kasih ikah. ingatkan ikah tak sudi mengandungkan anak abang. bolehla kita wat anak malam ni...." senyumannya mula meleret, menyebabkan aku rasa geram, and malu..."eii.. abang ni.. takut ika tadi... tapi... malam ni penatla..." saja aku bagi alasan nak tgk reaksi dia. "tahun ni kita jarang bermesra tau.ika asyik bz wat thesis jek. jarang balik. jumpa pun kejap. abis2 pun cakap telepon.je." sinar mata suamiku, aku paham sgt maksudnye. malas aku nak layan. makin dilayan, makin menjd2la gatalnye...

erm...keje kat syarikat suamiku la nampaknye. senang. pegi balik sama2. "ikah, minggu depan abang outstation ke perak." erm.. aku tinggal sorang2 la ..takutnye.."abang outstation seminggu." tiba-tiba aku nangis. "eh..kenapa ni sayang?" tiba-tiba menangis ni. suami terus datang kepadaku dan memelukku seakan mententeramkan aku. waa.... semenjak hidup bersama, inilah kali pertama suamiku akan meninggalkan aku keseorangan. "kenapa ni sayang. bagitau abang." pelukan suamiku memberikan aku kekuatan dan memberikan aku semnagat. "takutla tinggal sorang2 bang. nanti rindu. seminggu tu lama tau. kalau tak hujan xper. kalu guruh macam malam ni takut.

Khamis, 17 Disember 2009

aku, dia dan kau (hasil nukilan babyotai) part 8

Bila bunyi ketuk pintu tu aku baru tersedar.. dan2 dah dalam pelukan dia.... Berdebar gila... Tuhan jek r yang tau perasaan aku ni... Dah la dia tu bertuala jek.. pandang aku lak tu... ya Allah rasa nak tembus jantung aku ni. aku rasa takut and gerun.. belum sempat dia nak cium.. aku tunduk.. xsanggup...yang lawaknye aku nangis.. sbb takut n tak tau nak wat per... pintu blik lak kene ketuk lagi... pandai lak dia cover.." ikah terkejut kat lipas tadi mak.. tak dek per"..sambil dia sapu air mata aku ...wei.. takut giler masa tu.. naik bulu roma tengkuk aku ni......aku takutla dengan dia...mungkin terlalu awal bagi aku....lepas kejadian tu aku ngan dia bese2 jek.. dia macam perasan yang aku tak suka kat dia.. huhuuuh...

pergh khusyuk semua mendengar.. "complicated gak masalah ko ni ye" kata afzan. "ujung minggu ni dia amik ko kan.. so kenalkanla kat kitaorg husband ko ye" kata lina ... aku hanya mampu mengangguk.. tiba2 hp aku berdering.. "alamak, suami dia telefonla. takkan dah rindu kot. baru jek tadi hantar." kata lina. "hello, assalamualaikum." kataku. "wa'alaikumsalam. ikah sihat?". best jugak suara dia dalam tepon... "sihat". pendek jek jwpn aku. "dah makan ke malam ni?" tanya dia lagi. "dah". jawabku ringkas dan tepat. bila berjauhan dan tak bersua muka aku rasa jugak rindu.. teringat... tapi bila dh bercakap, bersua muka dengan dia aku hilang mood, menyampah ade, rasa nak marah ade. aku sendiri pun xpaham dengan perasaan aku ni. semoga Allah membantuku hamba yang lemah ni.

sekejap jek masa berlalu, arini dah pun hari jumaat. tak lama lagi dia akan sampai. macam mana pulak aku nak layan dia ni... aku rasa takutla bila berdua jek ngan dia. aku takut dia dan sentuhannya... jantung aku ni sentiasa berdebar2, seram sejuk.. macam orang dalam ketakutan. kenapala... aku cuba biasakan diri.. cuma menerima.. tapi janggal.. tetiba hp aku berbunyi... "assalamualaikum, ikah, abang dah kat parking lot ni." alamak, dah sampai... "ha ye wsalam.. ikah turun, sekejap ye." kataku. Dari jauh aku dah nampak honda hitam, rasa lemah segala sendiku. tadi ade gak rasa rindu.. skang dah berubah jadi takut..ish.. susah betulla... aku terus masuk dan menyalaminya. hajat dari dulu memang nak jadi isteri solehah. so tang yang mana mampu lakukan tu stil lakukan... sekali imbas aku tgk.. wah dia makin kacak la pulak.. mungkin aku yang xpernah nak tengok dia betul2 kot. "erm...abang, kalu member ikah nak kenal ngan abang, boleh tak?" tanyaku agak takut sebenarnya.. wakakkaka... publish tu suami sendiri.. wakkakak... Seriusnya muka dia... Dia pandang aku.. tepat.. xkalih pun.. takutnya Allah saja yang tau.. lagak macam dia tak suka jek."erm.. tak pe lah kita balik terus jek la." kataku mengandaikan yang dia kurang senang dengan permintaan aku tadi. "abang lapar ni. tak makan lagi tadi. kita makan kat sini. pegila panggil member2 ikah tu ajak makan skali. "katanya sambil tersenyum. aduh, manisnye senyuman dia.. cair skejap rasa.

tanpa berlengah aku ape lagi mendail la no hp kengkawan aku...surprisela katakan...derang pun datang tapi mcm segan2 la nak duk satu meja ngan aku.. wkakaka... tapi akhirnya.. bese r .. geng2 aku ni.. bila dah kenal.. mulalah leh wat lawak and bergelak lagi... lama gak la berborak... akhirnya aku pun mintak diri.. kang marah lak suami aku ni.."okla wei.. korang.. aku nak balik dah ni... jumpa ahad ni". kataku sambil melambaikan tangan.

dalam perjalanan aku tersenyum sorang2, mengingatkan peristiwa suai kenal kat cafe td. "ika, manis kalu senyum selalu." terus merona merah mukaku menahan malu. "kita nak balik umah mak ika atau umah mak abng ni.?" tanya suamiku. "dua2 ika nak. terpulangla pada abang. kalu ika, ika balik kat umah dua2, baru fair"kataku panjang lebar. "ok, kalu macam tu, malam ni kat umah mak abang, sbb kat kuantan, so xyah la patah balik .. umah mak ika kat temerloh dah on the way ke kl. ok?" katanya. Alamak matila aku. Aku tak biasa la. Abisla aku. Macam mana nak melayan mak mertua ha???... "tapi ika tak biasa la bang. takut. tak pandaila nk layan mak abang." kataku kaget. "tak pe, belajarlah, lama2 biasala tu. Tak susah. sama macam ika layan mak ika sendiri la.." kata suamiku sambil menggenggam erat tangan dan menarik tanganku lalu mengucupnya lembut. ni yang wat aku lemah ni... baik sangat..

sesampai jek kat umah mak mertua, mak mertua kau dh menunggu kat pintu.. aku pun terus la menyalaminye. sebagaimana bila aku balik rumah mak aku sendiri. belum sempat aku nak berbual ngan mak mertua aku, suami aku dah menarik aku untuk ke bilik kami.. mak mertua aku menggelengkan kepala. segan lak aku. masuk jek kat bilik.. wah... tak terkata aku... cantiknye permandangan dari bilik ni...suami aku bukak sliding door, angin menerpa ...nyamannya...udara segar... sedang aku asyik menghirup udara segar kar balkoni, terasa tangan suamiku melingkari pinggangku.. selesanya mcm ni.. aku terus menyandarkan kepalaku ke badannya. hati tetap berdebar dan takut.. tapi akuharus biasakan diriku dengan keadaan begini... "ika"..suara suamiku tidak seperti kebiasaannya, seperti orang yang menanggung masalah berat.aku berpusing.memberanikan diri. cuba berhadapan dengannya.bertentangan... sambil mengadapnye aku bersandar pada balkoni."ya, kenapa bang." kataku sambil cuba mengawal serba macam perasaan aku sendiri ketika berhadapan dgnnya. "ika bolehke terima abang? kalu tak boleh jgn dipaksa."bergetar suara dia.. mungkin menahan sribu satu perasaan. aku paham sangat perasaan orang kalu dah suka tapi kecewa... aku tunduk.. membisu seketika.. melawan perasaan.. apakah yang harus ku katakan. argh..tapi aku cuba memberanikan diri. "kenapa abang tanya macam tu?" persoalan itu sedikit sebanyak boleh cover hati aku ni yang dah mula goyah. terdengar dengus nafasnye .lama dia begitu barulah dia bersuara smula. "ika, abang tau semua pasal cinta ika. abang sangkakan abang dapat memiliki ika. abang akan cuba. mak dah ceritakan segala-galanya. dan abang sememangnya sayangkan ika. tapi hakikatnye, abang terlalu pentingkan diri abang. Abang tak fikir perasaan ika. abang dah musnahkan kebahgiaan ika. ika tak seceria dulu..." aku lihat wajah dia tegang dan air muka yang tadi tenang kini keruh dibelenggu perasaan sendiri... apakah yang perlu aku lakukan. membiarkan ia berlalu begitu shja atau membiarkan keadaan menjadi semakin tegang..??? argh... aku sendiri buntu..berperang dengan masalah sendiri... Perlukah aku berserah padanya? bahagiakah aku nanti?...betulkah dia menyayangiku sepenuh hati?..argh.. buntu.. perlukah aku renggangkan ikatan yang baru nak bermula ini. perlukah aku... sunyi...sepi... masing2 melayan perasaan sendiri.. setelah lama berkeadaan begitu ...akhirnya aku tekad.. aku sudah buat keputusan..aku mesti tabah dan berani menanggung risiko. biarla apa pun nak berlaku... aku perlu meninggalkan kenangan berlalu dan membina lembaran kehidupan baru tak tau akan jaminannya.


aku capai tangan suamiku, ku salaminya, ku ciumi tangannya.. aku sebak dan akhirnya, terhinggut2 bahuku menahan tangis. "abang, maafkan ika kerana banyak buat abang berkecil hati. ika sudah cuba untuk menyayangi abang, berilah ika masa. bimbingla ika bang. bimbingla ika.".tangisku semakin menjadi-jadi. terasa lembut tangannya mengusap kepalaku, mengesat air mataku lalu meraihku ke dalam dakapannya. aku menangis semahunya di situ. terasa kucupan hangat di dahiku.. ubun2 ku.... lagi.. lembut tangannya menyapu air mataku yang laju mengalir mengikut rentak hatiku.. aku lihat ade genangan air mata di kelopak matanya. kami berpeluk lagi... kali ini lama... seakan mengikut rentak dua hati ini... "sudahla sayang. yang lama biarla berlalu. kita bina hidup baru."serak, parau suaranya, mungkin menahan pilu. "jom la masuk sayang. dah nak maghrib ni."ajak suamiku. "nak mandi tak, jom mandi sama."sengihannya semakin lebar. merah mukaku menahan malu. "abang mandilah dulu, ika malula." kataku. dia menghampiriku berbisik ditelingaku. "apa yang nak malunya sayang. abang kan suami sayang."terasa terapung di awan. rupanya suamiku sudahpun mencimpung aku ke dalam bilik air dan terus menjirus air ke badanku. abis basah, nak tak nak, terpaksa mandi sama la. alamak malunya. aku hanya berdiri tegak, berpusing ke arah lain. tak sanggup tengok suamiku. "kenapa tak salin lagi sayang. nak abang yang tolong ker?"dia terus menghampiriku..degupan jantung aku ni Allah jek r yang taunya... semakin kencang hingga rasa nak tercabut. aku cuba berundur, tapi bilik air, kecik, mane ade ruang pun nak mengelak...abis2 pun aku mampu bersandar kat dinding.dia mengambil tanganku lalu meletakkannya ke badan dia. degupan jantung aku ni menyesakkan nafas. mukanya mula menghampiri mukaku... oleh kerana xtau nak wat ape aku hanya mampu memejamkan mata dan mengkakukan diri.. tapi tidak pula mencegahnya dan tak pula cuba meloloskan diri... aku terasa ciuman hangat dipipiku, mulutku di pagut lembut dan dengusan nafasnya ditelingaku, menyebabkan aku terlena sementara, nafas yang semakin laju, seakan merelakan perlakuannya padaku... tetiba aku tersedar.. aku celik mata.. dia memandangku.. entahkan sudah lama dia memandangku.. aku malu.. kantoi... macam aku boleh hanyut... aku tunduk.. panas aku rasakan muka aku menahan malu.. lalu aku melepaskan lingkaran tanganku pada pinggangnya yang entah bila lak aku peluk dia.. uhuhuu.. dahsyat penangan perasaan ni.. sampai x sedar.. lagi malu bila baju aku terbuka mendedah bahagian tubuhku.... wakakaak.. merah mukaku.. xdapat tahan lagi malu.. dia menghulurkan kain batik untuk persalinan aku.... sekilas aku nampak dia tersenyum meleret..... eii... malu tak terkata... malunyer... malunyer.. mesti dah banyak dia nampak tadi.... kenapa aku cepat sangat hanyut.. argh..... xkan aku boleh hanyut semudah itu.. tidakkk....

mudahnye aku menerima dia... kepala aku ni mulala merencana mcam2 andaian.. mcm mane aku nk bertahan.. macam mane kalu dia teruskan tadi.. argh... macam mane kalu ...dan mengandug... extend.. mak ai.. aku tak habis study lg ni... mcm mane nak bertahan sampai abis study ni.. baru mcm tadi dh hilang kawalan diri.. huhuuhuhu... hmmm... takutnyerrrr.... kenapa lama sgt rasanya arini?..

"abang longnya, lambat lagi ker. orang dah lapar ni." sayup suara mak memanggil untuk makan malam. "jom..makan"..aku hanya menurutinya. semua orang dah ade kat meja. ... alamak.. ape aku ni...patutnya aku kene tolong mak masak. tapi aku bukan tau masak pun. sikit-sikit bolehla."makan, ika". pelawa mak."kamu cuti sampai bila ika?"tanya abah. "cuti hujung minggu je bah. final exam 2 mggu jek lg. mungkin tak boleh balik dah lepas ni."terang aku panjang lebar. "Abah mintak maaf la buatkan kamu susah. belajar lagi..tup tup.. dah kawin." aku memandang wajah suamiku. tak de reaksi. "tak pelah abah. dah selamt dah pun. buat masa ni tak menjejaskan study ika pun. cuma kadang2 tu adela termengelamun tgh study." saja aku nak tgk riak wajah suamiku. mula nampak kecerahan tanda senang di hati. "tambah lagi kak ika.?" pelawa adi iparku. "takpe zul. akak dh kenyang. tu, adik ina nak tambah lagi tu. eh .. mana kak zana?....tanya aku ingin tau memandangkn dia tak de kat meja makan ni.."erm.. dia dah tahun akhir..mesti sibuk buat kajian tu...katanya xboleh blik mggu ni.."kata ayah.. aku hanya mengangguk...

nk dipendekkan ceritaa... sudah pun ari sabtu petang... "ok dah siap untuk bertolak". kata suamiku...."ika, kim salam kat mak and family ika.ni kirim kat orang sana kuih durian. jangan pandu laju. biar lambat asal selamat...." pesan mak.

8 tip ihsan dan itsar

1. Ihsan (murah hati) itu berbuat sesuatu dengan penuh kesempurnaan


2. Ingatlah Allah, tujuan kita buat segala kebaikan


3. Ingatlah, dengan berbuat ihsan kita akan memperoleh keuntungan kelak


4. Keihsanan kamu dapat menyenangkan orang lain


5. Ithar (bertimbang rasa) itu mendahulukan orang lain


6. Orang lain lebih memerlukan dari kita


7. Berbuat ithar tidak ada ruginya


8. Dengan ithar, akan mengeratkan silaturahim

8 tip amanah

1. Jika berjanji, ditepati


2. Jika diberi kepercayaan, tidak dikhianati


3. Jika berbicara, tidak berdusta


4. Jika memimpin, bertanggungjawablah


5. Jika berhutang, cepat dijelaskan


6. Ingatkan Allah selalu, kamu pasti menjadi orang amanah


7. Jika dipesan sesuatu, segera disampaikan


8. Tenang dan fikirkan kamu pasti menjadi orang yang amanah

8 tip istiqamah

1. Istiqamah itu meneguhkan pendirian


2. Tidak perlu menyesal akan kesilapan lalu


3. Kesilapan lalu hanya untuk dijadikan pelajaran


4. Majulah ke depan, banyak cita-cita yang perlu dicapai


5. Istiqamah itu kurniaan dari Allah


6. Bersyukurlah, jika kita kekal istiqamah di jalan kebaikan


7. Berbuat baik dengan orang di sekeliling kamu


8. Jangan cepat tergoda dengan kesenangan sementara

8 tip syukur

1. Cari kelebihan yang ada pada diri kamu


2. Jadikan kelebihan kamu sebagai harta yang berharga


3. Jangan sedih dengan apa yang atau tidak kamu miliki


4. Terimalah diri kamu seadanya


5. Tidak ada manusia yang sempurna, kecuali Nabi Muhammad SAW


6. Setiap orang pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan


7. Apa yang Allah anugerahkan kepada kamu, belum tentu dimiliki orang lain


8. Allah akan melipatgandakan kurniaannya pada orang yang bersyukur

8 tip ikhlas

1. Terima takdir dengan hati terbuka


2. Ikhlas membuat segala pekerjaan menjadi sempurna


3.Ikhlaskan diri jika perbuatan baik kamu dicemuh


4. Tetap ikhlas walaupun orang tidak memuji kamu


5. Cintailah kedua ibubapa kamu dengan ikhlas


6. Jangan kecewa jika kebaikanmu tidak berbalas


7. Jaga keikhlasanmu dengan merahsiakan segala kebaikan


8. Allah meninggikan darjat orang yang menjaga keikhlasannya.

Jumaat, 11 Disember 2009

8 tip sabar

1. Jadikan solat dan sabar sebagai penolongmu.


2. Lapangkan dada bila apa yang dihajati tidak kesampaian.


3. Jadikan teguran negatif rakanmu sebagai pembakar semangat.


4. Sabar jika ada yang dengki dengan kamu.


5. Sabar jika ibu bapa menegur kamu.


6. Jika Keputusan peperiksaan kamu lemah kerana malas belajar, perbaikilah diri.


7. Jika ibu bapa selalu marah kerana kamu susah di didik, muhasabah diri.


8. Jangan suka merajuk nanti wajah kamu cepat tua.