Khamis, 12 November 2009

Syariat Kelahiran bayi

"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi S.A.W. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."
(Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.)


Kegembiraan menimang cahaya mata yang sekian lama ditunggu seharusnya disempurnakan menurut lunas-lunas yang Islam tentukan. Perlulah Memberi Khabar Gembira dan Tahniah atas Kelahiran Bayi:-

-orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini (kelahiran bayi) perlu segera meraikan kegembiraan tersebut.

-ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata, ini juga dianggap satu cara meraikan kegembiraan tersebut.

Berikut merupakan perkara-perkara yang disunatkan untuk kita lakukan dengan kelahiran bayi seperti:-

1. Azan dan Iqamat

2. Tahnik

3. Memberikan nama yang baik

4. Akikah dan Bercukur Rambut

5. Berkhitan


(drpd Buku Indahnya Hidup Bersyariat , Ustaz Ismail Kamus)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan