Khamis, 12 November 2009

4 ALASAN YANG DIBENCI TUHAN

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia iaitu :


1. Orang kayakalau sekiranya ia berkata, kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh aku sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan. Kepada mereka ini Allah berfirman, “ Kekayaanmu tidak setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku”


2. Hamba sahayakalau sekiranya ia berkata , aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu. Firman Allah kepadanya, “Utusan-ku iaitu Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan amal ibadatnya terhadap-Ku”


3. Orang miskinsekiranya ia berkata, kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu. Firman Allah kepadanya, “kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu nabi Isa a.s. dan dia tidaklah mengabaikan tanggungjawab kepada-Ku.


4.Orang yang sedang menderita sakitsekiranya dia berkata, penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud kepada-Mu. Firman Allah kepadanya, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hambu-Ku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s. , tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut nama-Ku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan