Jumaat, 20 November 2009

AN NASHR (PERTOLONGAN)

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

(An Nashr: 1-3)

AL LAHAB (GEJOLAK API)

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu bakar Yang di lehernya ada tali dari sabut.

(Al-Lahab: 1-5)

Rabu, 18 November 2009

al kaafiruun

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."

(Al-Kaafiruun: 1-6)

Al ikhlas

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

(Al-Ikhlas: 1-4)

al falaq

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki."
(Al-Falaq: 1-5)

An Naas

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia.
(An Naas: 1-6)

Al Fatihah

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Al-fatihah:1-7)






Khamis, 12 November 2009

Cita-cita Ku

Setiap orang ade cita-cita. cita-citaku ni tinggi melangit... dah lama tanam.. tapi sampai la ni x kesampaian....

1. nak jadi baik
2. nak jadi baik
3. nak jadi baik
4. nak jadi baik
5. nak jadi baik

tapi macam mane? asyik tak jadi baik jek.. sekerat jalan.... tgh jalan dah tenggelam.. tak pernah sampai kemuncaknye dh berlayar ngan syaitan.. nak turut nafsu.. skejap jek baik.. jahat jek memanjang...

tapi aku cuba..jugak jadi baik... masa yang jadi baik tu aku cuba wat yang terbaik.. tapi masa aku alpa tu.. ya Allah.. bertepuk kaki tangan la syaitan... "hoooorayyyy".. setan pun ngejek... "akhirnya kau kecundang jua"... ish menjengkelkan.... malu la ... dh elok2 jadi baik.. tetiba ikut setan... macam berpaling tadah.. tapi... xdek tapi2.. xdek tapi2...

selalu jek ade perkataan "tapi" "kenapa"... dua perkataan yang akan menimbulkan negative.... xbaik.. x elok... tapi nak jugak jadi baik.. nak jadi baik.. nak jadi baik...

anyway.. cita-cita ku...

1. bgn awai subuh... kul 5 dh bgn tu pun kira lambat.. kalu nenek aku tu kul 4 dh bgn.... siap2 mandi manda... leh solat sunat subuh...

2. xtdo lepas subuh... amalkan baca Al-Mathurat... baca quran

3. solat sunat dhuha...

4. tgh hari mandi

5. masuk waktu solat terus solat.. so leh wat solat sunat..

6. amalkan zikir2 harian

7. selalu sebut Alhamdulillah, subhanallah, masyaAllah, InsyaAllah.... perkataan yg baik2 la.. beristighfar

8. masa maghrib nak masuk waktu isyak tu .. cuba amalkan ngaji quran sambil baca makna.. at least hari2 baca quran.. tanamkan harapan every year mesti khatam quran.. tu kira malu la.. sbb masa ramadhan kiranya sebulan jek org dh leh khatam quran.. aku lak aim setahun.. tapi xper.. mula dari sekarang..

9. cuba dalami lagi.. solat2 sunat...biasakan solat sunat hajat, istikharah, taubat, tahajjud...

10. cuba dalami ilmu tajwid..,, bacaan2 betul...

11. jaga kebersihan diri... sbb setan ske duk kat org yg amik xpeduli pasal kebersihan, kebersihan dari segi makan, pakai, minum...

12. Zakat, puasa sunat isnin and kamis..

13. Aurat.. bab2 aurat ni.. pakai tudung dh ok dh.. tapi pakai sandal.. xpakai stoking.. tudung lak skang ni style transparent... ish.. cuba la berubah.. tgh cuba la ni...

14. nak jadi anak yang baik wat ibu bapa.... tgh cuba gak ni.. memenuhi kehendak mereka... mane ke tau.. umur aku sendiri pendek.. xsempat berjasa dh kebus dulu.. kecik2 makan boras derang belum sempat berjasa dh mati lak.. sbb xsemestinya org tua mati dulu... wakkaka ..

15. byk lak dh impian aku ni.. tp itu r cita-citaku aku ni kan tinggi melangit.... nak jadi baik.. nak jadi baik... nak bersihkan hati aku ni yang dh kotor ni... nak betulkan segala niat yg dh terpesong..

16. nak jadi baik.. xnak marah2... nak senyum jek... nak senyum jek.. wahhhh... mesti awek muda.. mesti setan bengkek...

17. nak kurangkan dengar music.. nak mula dengar ayat2 suci... supaya bila dengar music skang jadi nyampah.. dengar ayat suci jadi tenang bukan lak jd ngantuk atau rasa bosan..

18. nak jadi baik... nak jadi baik.. nak jadi baik... husnul khatimah.. nak jadi baik... nak jadi baik.. supaya dapat zuriat baik2...

19. nak jadi baik.. nak jadi baik.. nak jadi baik... nak dalami bahasa arab... supaya sembahyang lebih khusyuk sbb paham setiap maksud dlm solat.

20. nak hafal quran... dulu ingatan aku kuat ... sgt kuat.. 3 kali baca aku dh hafall... tapi skang makin kurang.. sebab ape.. sebab aku pun dh byk lupa ayat2 yg aku dh pernah hafal.. so tu hint la kat aku sbb dh makin jauh dari Allah la tu.. so start balik la walau lambat aku cuba gak.. Muqaddam pun x abis hafal ... so kene hafal.. cam ne nak jadi ketua kuarga cam ni.. pandai.. ade hati nak dpt kuarga bahagia.. anak baik2.. tapi diri sendiri lum terjaga.. so bina diri dulu.. come .. on boleh nye...

21. nak sangat2 jadi baik... nak sangat jadi baik... nak sangat jadi baik... aku dahaga nak jadi baik... tpi kadang aku terkucil.. .. argh... nak jadi baik... xnak marah2. xnak marah2...

22. nak jadi penyabar dan sentiasa tersenyumm...

23. x nak mengeluh... xnak mengeluh..

24.. xnak mengata orang... xnak mengata org... xnak mengata org....

25. nak jadi baik.. nak jadi baik... nak jadi hati yg ikhlas... nak punyai hati yang ikhlas..

26... nak jauh perasaan hasad dengki... angkuh.. sombong.. bongkak.. takbur..mengeji org... cakap beso... nauzubillah.. x nak diselaputi penyakit2 tu...

27. nak jadi baik



Hanya pada ALLAH aku berserah..

Hanya pada ALLAh aku berserah sebulat hati

Hanya pada ALLAH ku pinta petunjuk, hidayah dan bimbingan...

Hanya padaMU ya ALLAH....


AMIN... ya RABBAL ALAMIN....

Syariat Kelahiran bayi

"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi S.A.W. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."
(Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.)


Kegembiraan menimang cahaya mata yang sekian lama ditunggu seharusnya disempurnakan menurut lunas-lunas yang Islam tentukan. Perlulah Memberi Khabar Gembira dan Tahniah atas Kelahiran Bayi:-

-orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini (kelahiran bayi) perlu segera meraikan kegembiraan tersebut.

-ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata, ini juga dianggap satu cara meraikan kegembiraan tersebut.

Berikut merupakan perkara-perkara yang disunatkan untuk kita lakukan dengan kelahiran bayi seperti:-

1. Azan dan Iqamat

2. Tahnik

3. Memberikan nama yang baik

4. Akikah dan Bercukur Rambut

5. Berkhitan


(drpd Buku Indahnya Hidup Bersyariat , Ustaz Ismail Kamus)


4 ALASAN YANG DIBENCI TUHAN

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia iaitu :


1. Orang kayakalau sekiranya ia berkata, kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh aku sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan. Kepada mereka ini Allah berfirman, “ Kekayaanmu tidak setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku”


2. Hamba sahayakalau sekiranya ia berkata , aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu. Firman Allah kepadanya, “Utusan-ku iaitu Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan amal ibadatnya terhadap-Ku”


3. Orang miskinsekiranya ia berkata, kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu. Firman Allah kepadanya, “kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu nabi Isa a.s. dan dia tidaklah mengabaikan tanggungjawab kepada-Ku.


4.Orang yang sedang menderita sakitsekiranya dia berkata, penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud kepada-Mu. Firman Allah kepadanya, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hambu-Ku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s. , tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut nama-Ku.