Isnin, 14 September 2009

I Just

i just cannot hold it anymore
i just feel dizzy
i just feel weird
i just i dont know
i just want to angry
i just want to eat
i just dreaming for the whole day
i just wish my dream come true
i just put some hope
i just feel guilty
i just feel sad
i just feel upset
i just dissappointed
i just want to say i love u
i just need someone
i just very happy
i just having a cute car
i just want to go back home
i just miss my grandma so much
i just love to write
i just believe in Allah
i just lost in my empty world
i just hurt
i just regret
i just dont know what to do
i just bored
i just want to say I JUST
i just want justice
i just want fairness
i just want to sleep
i just fed up
i just give up
i just need some times
i just hungry
i just want to drink
i just want to travel far away
i just having a long vacation
i just miss all of my lovely friends
i just miss my family
i just dont know why i keep saying I JUST...
i just want to say thats all..

Sabtu, 12 September 2009

Kasih di hujung rindu part akhir

Bab 55 - Farah

"Farah!! Jangan duduk di luar waktu maghrib begini. Tak elok. Sudah, masuk dalam. Khairul, bawa masuk isteri kamu ke dalam!" Emak mertuaku melaung dari dalam rumah. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk tanda faham. Aku menghabiskan kerjaku menyiram pokok bunga di halaman rumah. Khairul pula sedang menyapu daun-daun pokok yang berselerak gugur ke bumi. Sesudah selesai menyiram, aku menuju ke paip lalu memutarnya untuk menghentikan pengaliran air. Aku menyangkut paip getah itu di kepala paip lalu menuju ke buaian. Aku melepaskan lelah di atas buaian. Tidak lama kemudian, Khairul menyertaiku yang sedang berbuai di atas buaian.

Aku akhirnya kalah dengan perasaan sendiri. Demi kebahagiaan anak dalam kandunganku dan juga anak-anak tiriku, aku kembali ke dalam hidup Khairul. Aku rasa langkahku kali ini tidak silap. Aku dijaga dengan penuh perhatian. Emak mertuaku juga sudah berubah sikap. Dia benar-benar berubah. Diriku dan juga kandunganku dijaga rapi. Pelbagai pantang dan nasihat buat wanita yang sedang hamil, diperturunkan kepadaku. Aku benar-benar bahagia dengan kehidupan aku sekarang.

Malah dia sanggup tinggal bersama kami di kota semata-mata mahu menjagaku sehinggalah aku bersalin nanti. Yang membuat aku semakin terharu, ayah mertuaku juga sependapat dengannya. Dan yang kelakarnya, dia menawarkan diri untuk menjaga aku sewaktu berpantang nanti! Semuanya aku terima dengan hati yang terbuka. Biarlah aku membahagiakan diri mereka selagi hayatku dikandung badan.

"Jauhnya melamun. Ingat pakwe lama ke?" Usik Khairul lantas memelukku. Pipiku dikucupnya berkali-kali. Aku ketawa kegelian.

"Haah, ingat pakwe lama. Agak-agaknya... bagaimana keadaan dia sekarang?" Balasku lalu ketawa kecil. Dia tersentak mendengar kata-kata yang keluar dari bibirku.

"Eh, betulkah sayang teringatkan pakwe lama? Siapa dia? Abang kenalkah dengan dia?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepadaku. Dia memusingkan badanku supaya berhadapan dengannya. Wajahnya sedikit cemas. Aku ketawa gelihati melihat gelagatnya.

"Cemburu yaa..!!!" Usikku sambil menarik hidungnya.

"Eh, mestilah. Siapa yang tak sayang bini oii!!!" Balasnya lalu ketawa besar. Aku turut ketawa bersamanya.

"Tak adalah. Mana Farah ada pakwe lain. Abanglah pakwe pertama dan terakhir Farah. Tapi, tak tahulah pula abang. Agak-agaknyalah... Farah nie makwe yang ke berapa ya?" Aku cuba mengujinya. Dia tersenyum lebar mendengar bicaraku.

"Ermm... yang pertama Peah, yang kedua Minah, yang ketiga Temah, yang keempat... ermmm siapa ya?" Katanya sambil mengira-ngira jarinya.
"Amboi!!! Banyaknya dalam senarai... gatal ya!" Lengan tangannya yang terdedah kucubit manja. Dia ketawa terkekeh-kekeh. Suka benar dia dapat mengusikku. Kemudian dia terus memelukku erat.

"Kekasih abang yang pertama sudah tentu Linda. Harap Farah tak marah dengan pengakuan abang ini." Aku hanya tersenyum. Tiada sekelumitpun perasaan marah apabila dia berkata begitu. Malah, aku amat maklum tentang itu.

"Farah faham bang. Farah tak marah." Tangannya membelai wajahku. Betapa bahagianya hidupku tika
berada dalam pelukan suami tercinta.

"Dan kekasih terakhir abang, sudah tentu 'mak buyung' nan seorang nie." Selorohnya lalu mencubit pipiku. Aku ketawa besar. Selalu sangat dia mengusikku dengan memanggil 'mak buyung'. Mentang-mentanglah aku sedang 'boroi'. Suka hati dia dapat mengusikku.

"Aduhh..!" Kaki anak dalam kandungan menendang perutku. Terasa bergegar perutku. Aku memegang perutku yang sudah menjangkau sembilan bulan. Hanya menanti hari saja.

"Kenapa sayang? Sudah terasa sakitkah" Khairul kelihatan cemas. Aku menggelengkan kepala dan
melemparkan senyuman.

"Taklah. Baby nie nakal, agaknya tak sabar-sabar hendak keluar. Asyik menendang saja. Bergegar kita
dibuatnya." Aku ketawa bahagia.

"Lega hati abang mendengarnya. Ingatkan dah sampai masa tadi." Dia menghela nafas kelegaan sambil
mengurut-urut dadanya.

"Hai bang! Anak dah nak masuk tiga pun masih cemas lagi?" Usikku. Dia tersenyum.

"Memanglah. Inikan anak pertama buat Farah. Sudah tentu abang risau jika ada kesulitan." Ucapnya
bersungguh-sungguh. Aku ketawa lagi. Dia yang lebih-lebih risau. Aku biasa saja!

"Insyaallah bang. Takkan ada apa-apa yang berlaku. Jika ada apa-apa berlaku pada Farah, abangkan ada untuk menjaga baby kita nie." Luahku lalu mengusap-usap perutku. Dia turut sama mengusap
perutku.

"Ya Allah... tak masuk-masuk lagi? Takkan hendak tidur di luar tu budak-budak oii!!" Kali ini ayah mertuaku pula melaung dari ambang pintu. Tersentak aku dan Khairul dibuatnya. Kami berdua ketawa gelihati. Cepat-cepat kami bangun dari buaian. Khairul memimpin aku berjalan dengan berhati-hati.

"Oppsss... terlupa pula Farah nak ambil kain tuala yang Farah sangkut di buaian tadi. Sekejap ya bang...
Farah pergi ambil." Ujarku lalu hendak berpusing semula ke buaian.

"Tak mengapa, biar abang tolong ambilkan." Ucap Khairul pula.

"It's okay... I can do it! Don't worry." Bahunya kutepuk-tepuk perlahan. Kemudian aku berpusing lalu melangkah perlahan-lahan menuju ke buaian. Tanpa aku sedari kakiku tersangkut pada paip getah yang
bergulung di halaman rumah. Aku gagal untuk mengimbangkan diri. Badanku terdorong ke depan dan jatuh terhempap ke bumi.

Ya Allah!!! Sakitnya perutku.

"Abang!!!" Aku menjerit kesakitan. Khairul terkocoh-kocoh mendapatkan aku.

"Sakitnya bang!! Tolong bang... sakit." Rintihku perlahan menahan kesakitan. Tiba-tiba aku terasa air
hangat mengalir di pehaku. Aku meraba pehaku.

"Abang, darah bang! Darah..!!" Aku menghulurkan tanganku yang berlumuran darah. Khairul semakin cemas.

"Sabar sayang.. sabar. Abang bawa sayang ke hospital ya! Emak!!! Ayah!! Tolong saya. Farah jatuh!!" Suara laungan Khairul sayup-sayup kedengaran di telingaku. Aku semakin lemah... lemah... Pandanganku semakin kabur dan kelam...

Bab 56 - Khairul

Hampir satu jam Farah dimasukkan di dalam bilik kecemasan. Sudah beberapa kali aku berjalan berulang-alik di hadapan pintu bilik itu. Namun, tiada tanda-tanda doktor atau jururawat akan keluar dari
bilik itu. Aku semakin gelisah. Pelbagai kemungkinan yang buruk bermain-main di fikiranku. Ya Allah, kau
selamatkan isteriku. Permudahkanlah kesulitan yang dihadapinya.

"Khairul, cuba bawa bertenang. Insyaallah Farah tak apa-apa." Emak bersuara. Aku berpaling kepada emak. Perlahan-lahan aku menapak ke arahnya. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

"Saya risau kalau apa-apa terjadi pada dia dan anak kami." Aku menekup wajahku dengan kedua-dua belah tanganku. Air ma ta seakan bergenang di kelopak mata, aku tahan daripada mengalir. Aku lelaki. Aku harus kuat!

"Kita berdoa saja pada Allah agar Farah selamat. Kita mesti yakin!" Kata-kata emak melegakan sedikit
perasaanku. Ayah pula tidak datang kerana terpaksa menjaga Farhan dan Azim di rumahku.

"Tapi, kenapa lama sangat mereka di dalam tu? Apa yang mereka sedang lakukan?" Aku masih tidak puas hati. Aku sudahpun berdiri dan kembali berlegar-legar di hadapan pintu bilik kecemasan. Emak menggeleng-gelengkan kepalanya melihat keadaan aku yang seperti cacing kepanasan.

Tiba-tiba pintu bilik kecemasan terbuka. Kelihatan seorang wanita yang sedang membuka penutup mulutnya berjalan menghampiriku. Aku bergegas mendapatkannya.

"Bagaimana dengan keadaan isteri saya?" Soalku tidak sabar.

"Awak suaminya?" Doktor wanita yang umurnya mungkin dalam lingkungan akhir 30-an bertanya kepadaku.

"Ya." Jawabku sambil mengangguk beberapa kali.

Doktor wanita mengeluh perlahan. Dahinya berkerut. Hatiku bertambah risau apabila melihat keadaannya
begitu.

"Isteri anda mengalami tumpah darah. Jadi, dia tidak dapat melahirkan anak secara normal. Pembedahan perlu segera dilakukan. Jadi, saya memerlukan tandatangan anda sebagai suaminya untuk membolehkan kami melakukan pembedahan ke atas isteri anda." Terang doktor wanita itu satu persatu.

Ya Allah, musibah apakah yang Engkau jatuhkan kepadaku? Kami baru mahu mengecap kebahagiaan, dan aku baru saja mahu melimpahkan kasih sayangku buatnya. Tapi, kini Kau mendugaku dengan dugaan yang hebat seperti ini!

"Buatlah apa yang doktor rasa perlu lakukan. Saya bersetuju asalkan doktor dapat menyelamatkan anak danisteri saya." Balasku dengan bibir bergetar. Dia menganggukkan kepalanya. Tidak lama kemudian, dia kembali masuk ke dalam bilik kecemasan.

"Khairul, kita berdoalah supaya Farah selamat." Aku berpaling kepada emak yang sedang berdiri di belakangku. Tanpa aku sedari, aku telah memeluk emak untuk mencari kekuatan agar dapat aku had api segala kemungkinan yang akan berlaku.

************************************************************************
Tiga jam sudah berlalu aku rasa bagaikan tiga tahun lamanya. Lampu bilik kecemasan masih menyala. Ini menandakan doktor masih bertungkus lumus menyelamatkan Farah di dalam. Aku di luar, menanti dengan resah. Jam sudah menunjukkan angka dua belas tengah malam. Suasana sudah lama sunyi. Hanya sekali sekala kedengaran suara petugas-petugas di hospital sedang berbicara sesama mereka. Emak pula sudah lama menghilang ke surau. Katanya hendak membaca Al-Quran.

Sedang aku hampir terlena di bangku, aku didatangi oleh doktor wanita tadi.
"Tahniah encik! Anda mendapat anak perempuan." Ucapnya sambil menyalami tanganku.

"Iya? Alhamdulillah..." Lega perasaanku. Tanpa aku sedari emak sudah berdiri di sisiku.

"Emak, saya dapat anak perempuan. Memang dah lama saya mengidam anak perempuan. Akhirnya Allah perkenankan permintaan saya." Ucapku dengan gembira. Emak juga tersenyum bahagia.

"Tapi..." Bicara doktor wanita itu terhenti. Jantungku seakan berhenti berdegup. Sesuatu yang buruk telah
berlaku ke atas Farahkah?

"Tapi apa doktor? Bagaimana dengan isteri saya? Dia selamat?" Soalku dengan debaran di dada.

"Dia selamat tapi, dia amat lemah. Dia mengalami tumpah darah yang agak serius. Dan sekarang dia masih tidak sedarkan diri. Saya sudah lakukan yang terbaik untuknya. Kita berserah saja kepada Allah." Ujarnya sebelum berlalu. Terpaku aku mendengar kata-kata doktor itu. Aku memandang wajah emak.

"Emak, Farah takkan tinggalkan sayakan?" Soalku kepada emak. Air mata emak sudah membasahi pipinya.

"Insyaallah Khairul. Semangatnya kuat." Jawab emak. Dalam masa yang sama, seorang jururawat baru sahaja keluar dari bilik kecemasan sambil menyorong troli yang menempatkan Farah di atasnya. Mereka mahu menempatkan Farah di wad. Aku dan emak mengekori mereka.
Bab 57 - Khairul

Farah masih lagi tidak sedarkan diri. Wajahnya begitu pucat. Tangannya yang berada dalam genggamanku begitu sejuk. Nafasnya begitu perlahan hingga seakan tidak kedengaran langsung bunyi nafasnya.

"Papa, kenapa lama sangat Auntie Mama tidur?" Farhan yang berada di sebelahku menyoal. Awal-awal pagi lagi ayah datang bersama Farhan dan Azim.

"Auntie Mama sakit. Jadi, dia kena rehat." Balasku lalu tersenyum hambar.

"Auntie Mama pun sakit macam mama dulu ke? Nanti Auntie Mama pun nak tinggalkan kita macam mama dulu ke?" Begitu petah sekali mulut comel itu menyoalku. Aku menjadi gugup apabila melihat Farhan cuba mengimbas semula peristiwa yang berlaku kepada Linda dahulu. Jantungku berdegup kencang.

Aku tiada jawapan untuk persoalan yang diutarakan oleh Farhan. Pertanyaannya kubiarkan tidak berjawab. Yang sebenarnya aku tidak tahu apa yang harus aku katakan kepadanya.

"Farhan, jangan bising. Nanti ganggu mama nak berehat." Ayah bersuara kepada Farhan. Farhan lantas
menutup mulutnya. Aku tertawa kecil melihat gelagatnya.

Aku kembali menatap wajah isteriku yang kepucatan. Tiba-tiba kelopak matanya seakan bergerak-gerak.
Begitu juga dengan tangannya yang berada di dalam genggamanku.

"Farah... bangun sayang. Abang ada di sini. Anak-anak pun ada sekali." Bisikku di telinganya. Aku berpaling kepada ayah dan emak yang duduk berhampiran dengan anak perempuanku di sebelah katil Farah.


Abang..." Kedengaran suara Farah memanggilku begitu perlahan sekali.

"Ya, sayang... abang ada di sini." Jawabku dengan hati berbunga ceria. Kelopak matanya terbuka
perlahan-lahan.

"Syukurlah kamu dah sedar Farah." Ucap emak lalu mengucup dahi Farah. Farah cuba senyum, namun
senyumannya begitu tidak bermaya sekali. Mukanya berkerut menahan kesakitan.

"Mana anak kita bang? Saya nak tengok anak kita." Suaranya begitu lemah sekali.

"Sekejap ya, nanti abang bawa anak kita." Balasku lalu bangun menghampiri katil kecil di sebelah kiri katil
Farah. Anakku yang masih kemerah-merahan kuangkat dengan berhati-hati. Perlahan-lahan aku meletakkan bayi kami di atas dadanya.

"Kita dapat anak perempuan sayang." Beritahuku. Farah mengalirkan air mata sambil mengucup dahi bayi kami yang sedang nyenyak tidur.

"Abang dah letak nama pada anak kita?" Soalnya sambil membelai-belai tangan kecil itu. Sekali sekala dia mengucup tangan kecil itu.

"Belum. Biar sayang saja yang namakannya." Dia tersenyum kepadaku.

"Kalau saya letak nama Fatihah, sedap tak bang?"

"Fatihah? Hmmm... bagus juga nama tu."

"Kelak bila saya dah tak ada, bolehlah dia sedekahkan Al-Fatihah kepada saya selalu." Aku tersentak.
Cepat-cepat aku meletakkan jariku di bibirnya. Aku menggelengkan kepala tanda tidak suka dia berkata
begitu. Dia mengalihkan tanganku dari bibirnya dan tersenyum hambar.

"Farah rasa, Farah takkan lama di sini. Apabila Farah sudah tiada nanti... abang... abang jagalah anak kita; Fatihah, Farhan dan Azim dengan baik ya!" Begitu payah sekali dia cuba menuturkan kata-katanya itu. Hatiku sayu mendengar kata-katanya itu.
"Jangan kata begitu sayang. Farah akan hidup lama. Kan kita dah berjanji akan membesarkan anak-anak
bersama-sama." Dadaku bergetar. Akan berulang kembalikah peristiwa lama? Aku tidak sanggup
menghadapinya buat kali kedua. Emak sudah mula menangis. Ayah pula sugul sekali wajahnya.

"Maafkan Farah bang. Farah rasa..... Farah tak dapat menunaikan janji itu. Farhan, Azim mari pada mama." Farhan dan Azim memanjat katil Farah.

"Sayang mama sikit." Mintanya. Farhan dan Azim bergilir-gilir mengucup pipi Farah. Aku sudah tidak mampu untuk menahan air mata. Kukalihkan wajahku ke sisi. Tidak mahu mereka melihat air mata lelaki yang mengalir di pipiku.

"Farhan dan Azim bantu papa jaga adik baik-baik ya. Jangan nakal-nakal." Pesan Farah buat anak-anakku. Sekali sekali dia mengerutkan dahi menahan kesakitan. Emak menghampirinya lalu mengambil Fatihah dari pangkuannya dan meletakkan kembali ke katil.

"Mama nak pegi mana?" Azim yang masih kecil menyoal tanda tidak faham dengan keadaan yang berlaku.
"Mama nak pergi jauh sayang..." Suara Farah begitu dalam sekali. Begitu sukar untuk dia berbicara. Namun, demi untuk tidak menghampakan Azim, digagahnya untuk menjawab. Emak sudah tersedu-sedu. Ayah pula kulihat mengesat bibir matanya. Suasana begitu pilu.

"Macam mama A'an dulu?" Farhan memintas bicara Farah. Farah hanya tersenyum. Dia mengusap-usap pipi Farhan. Kemudian membelai-belai rambut Azim. Air mata mengalir dari kelopak matanya.

"Mama sayangkan Farhan dan Azim. Selalu ingat di dalam hati bahawa mama sentiasa sayangkan kamu berdua. Janji pada mama ya!" Farhan dan Azim mengangguk serentak. Farah tersenyum lagi.

"Emak... ayah..." Panggil Farah kepada emak dan ayah. Mereka bergegas menghampiri Farah. Tangan Farah digenggam erat oleh emak.

"Terima kasih kerana menjaga saya selama ini. Maafkan segala kesalahan dan, aduhh..." Farah memegang perutnya. Aku cemas melihat keadaannya.

"Abang panggil doktor ya." Ucapku dan cuba untuk bangun tetapi ditahan oleh Farah. Dia menggelengkan kepalanya. Aku kembali duduk.

"Maafkanlah segala kesalahan saya emak, ayah. Halalkan makan minum saya selama ini." Farah cuba menghabiskan kata-katanya.

"Kami maafkan kamu dan halalkan makan minum kamu." Tersedu-sedu emak. Ayah pula hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja. Farah nampaknya berpuas hati dengan jawapan emak. Dia tersenyum lagi. Dia kembali menatap Farhan dan Azim.

"Ingat ya... mama sayangkan kamu berdua." Ucapnya buat kali ketiga. Ditariknya Farhan dan Azim rapat ke dadanya. Dia memeluk mereka dengan erat. Dadaku bertambah sebak. Aku biarkan sahaja air mata lelakiku mengalir lesu di pipi. Tidak upaya lagi aku menahannya. Mengapa kamu mahu meninggalkan abang sayang? Mengapa semua orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku? Adakah aku tidak berhak untuk mengecap kebahagiaan?

"Abang..." Suaranya serak. Aku merenung ke dalam mata Farah sudah kehilangan cahayanya. Wajahnya juga sudah kehilangan serinya.

"Ya sayang." Perlahan aku tunduk lalu mengucup dahinya.
"Farah rasa letih. Farah hendak tidur." Ucapnya kepadaku. Aku mengangguk-angguk. Memahami akan maksudnya itu.

"Tidurlah sayang..." Balasku sambil membelai-belai rambutnya. Kemudian aku mencapai tangannya lalu
kukucup berulang kali.

"Kalau emak dan abah sampai, sampaikan salam saya buat mereka ya. Katakan pada mereka bahawa saya mahu berehat." Dia tersenyum lagi. Air mataku berderai kembali.

"Baik sayang. Berehatlah dengan tenang." Selesai sahaja aku berkata, dia menutup matanya. Tangannya
terlepas dari genggamanku. Jatuh terkulai di tepi katil. Aku tersentak. Emak meraung sambil memeluk ayah.

Bab 58 - Khairul

Perkarangan tanah perkuburan kembali sunyi. Orang ramai yang mengiringi jenazah Farah mula pulang ke destinasi masing-masing. Kini yang tinggal hanyalah aku seorang sedang mengadap kubur Farah, isteriku yang masih merah.
Farah, mengapa kau tinggalkan abang sepertimana Linda tinggalkan abang dulu. Mengapa kamu berdua pergi ketika abang amat memerlukan kasih dan sayang dari kamu berdua?

Abang banyak menyiksa perasaanmu Farah. Sepanjang kau menjadi isteri abang, abang tahu kau tidak bahagia seperti isteri-isteri mereka yang lain. Kau banyak memendam perasaan. Kau juga banyak makan hati dengan perangai emak. Namun, semuanya kau telan demi kebahagiaan Farhan dan Azim. Abang banyak menyusahkan kau. Tapi, belumpun sempat abang untuk menebus kembali kesalahan-kesalahan lalu... kau telah pegi meninggalkan abang buat selama-lamanya.

Abang berjanji Farah, abang akan menjaga dan mendidik anak-anak kita. Janganlah kau risau kerana kaulah kekasih abang yang terakhir. Tiada lagi kasih abang buat wanita lain. Kasih dan sayang abang hanya buat kau dan anak-anak kita. Tidurlah kau dengan setenang-tenangnya di sana.

"Khairul..." Suara ayah mertuaku menyapa dari belakang. Kemudian terasa bahuku dipegang. Aku berpaling ke belakang. Ayah mertuaku menganggukkan kepalanya kepadaku.

"Marilah kita pulang. Redhalah dengan pemergiannya. Biarlah dia berehat dengan tenang di sini." Ucapnya. Mataku kembali bergenang dengan air mata. Aku menganggukkan kepala. Perlahan-lahan aku bangun dan melipat tikar yang mengalas dudukku.

Selamat tinggal sayang. Bersemadilah kau di sini dengan tenangnya.

Aku menghayun kaki mengikut langkah ayah mertuaku. Lewat petang itu, kami meninggalkan kawasan tanah perkuburan sebelum senja berlabuh.


TAMMAT.

kasih di hujung rindu part 10

Bab 47 - Farah

Potret Farhan dan Azim kurenung lama. Semenjak keluar dari rumah Khairul hampir tiga bulan yang lalu, aku tidak pernah berjumpa dengan mereka. Rinduku pada mereka tidak terkira. Bagaimanakah keadaan mereka tika ini? Jika rinduku tidak tertahan lagi, aku memberanikan diri untuk menelefon ke rumah Khairul. Aku mengharapkan salah seorang dari mereka yang akan menyambut panggilan telefonku. Namun, setiap kali yang menjawab panggilanku adalah suara garau milik Khairul. Apabila terdengar sahaja akan suaranya, cepat-cepat aku memutuskan talian.

Aduh!!! Bayi di dalam perutku menendang. Aku mengusap-usap perutku yang semakin memboyot. Kandunganku hampir mencecah enam bulan. Aku juga perlu memakai 'uniform' sekarang ini. Baju-bajuku yang biasa dipakai sebelum ini sudah tidak muat memandangkan perutku yang semakin membesar ini.

"Farah, mari kita minum." Tiba-tiba sahaja Hanim muncul dari belakangku. Dia datang melawatku di hujung minggu. Dia datang berseorangan.

Aku menganggukkan kepalaku sedikit lalu menghampirinya yang sedang sibuk menuangkan air ke dalam cawan. Aku mengambil tempat di hadapannya. Potret Farhan dan Azim kuletakkan di atas meja. Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa, menyegarkan suasana petang. Kami berdua menghirup angin petang di luar halaman rumahku.

"Sepatutnya aku yang melayan tetamu. Ini tetamu pula yang melayan tuan rumah." Kata-kataku disambut dengan senyuman meleret dri Hanim.

"Tak mengapalah Farah. Bukannya susah sangat nak buat air nie. Lagipun sekali-sekala aku datang nie, biarlah aku layan kau. Tambahan pula akukan bakal mak angkat pada baby dalam perut kau tu!" Ujarnya berseloroh. Aku hanya tersenyum. Walaupun sudah hampir lima tahun berkahwin, namun Hanim masih belum dikurniakan cahayamata.

"Kau sudah beli barang-barang?" Soal Hanim sambil menghulurkan secawan teh kepadaku.

"Barang apa?" Aku menyoalnya kembali. Teh yang dihulurnya kuhirup sedikit.

"Untuk kau dan baby kau nanti." Jawab Hanim.

"Oh, itu. . belum lagi. Tunggulah sebulan dua lagi." Balasku acuh tak acuh.

"What?? Kau janganlah begitu. Kalau tunggu sebulan dua lagi, nanti kau dah tak larat. Kalau kau mahu, aku boleh temankan."

"Tak mengapalah Hanim. Aku boleh uruskan sendiri." Balasku lagi lalu mengeluh perlahan.

"Mengapa mengeluh?"

"Tak ada apa-apa, cuma penat!" Balasku lalu mengusap perutku perlahan. Bayiku menendang perutku lagi. Terasa bergegar perutku.

"Iyalah. Kalau pun penat, senyum-senyumlah sikit. Ini asyik muncung saja. Nanti muka anak kau pun ikut
muncung juga."

"Mengarutlah kau nie Hanim." Balasku lalu ketawa kecil.

"Kau tak rindukan Khairul?" Soal Hanim lalu tersenyum simpul.

"Rindu? Aku rindukan Khairul? Entahlah... tapi yang pastinya aku rindukan anak-anak aku. Aku rindukan
Farhan dan Azim. Aku ingin sangat berjumpa dengan mereka. Tapi, aku takut jikalau aku terserempak dengan papa mereka." Aku meluahkan apa yang terpendam di dalam hatiku kepada Hanim.
"Aku faham perasaan kau. Aku tahu kau terlalu sayangkan mereka malah menganggap mereka bagaikan anak kau sendiri. Aku rasa tak salah jika kau sekadar mengjenguk mereka. Bukannya kau cuba lakukan sesuatu pada mereka. Kalau kau mahu, aku boleh temankan."

"Tak mengapalah Hanim. Mungkin belum sampai masanya. Tapi, entah bagaimana agaknya keadaan mereka sekarang? Siapa agaknya yang menguruskan pakaian dan makan minum mereka sekarang?" Perkara memang aku selalu fikirkan sejak aku melangkah keluar dari rumah itu. Pelbagai soalan yang berlegar-legar di mindaku. Terjagakah Farhan dan Azim semenjak ketiadaan aku? Siapa yang akan membacakan cerita kepada mereka sebelum tidur? Siapa pula yang akan memasakkan bubur nasi kesukaan Farhan dan Azim?

"Sudahlah Farah. Tak guna kau bermenung begini. Kalau ku rindukan budak-budak tu, pergilah jenguk mereka. Sekejap pun jadilah." Hanim menggalakkan aku agar pergi bertemu dengan Farhan dan Azim. Namun, aku curiga jika kedatanganku nanti hanya akan menaikkan kemarahan dan menambahkan kebencian pada Khairul.

"Aku memang hendak pergi berjumpa dengan mereka. Aku terlalu rindukan mereka. Tapi apa pula tanggapan Khairul apabila melihat aku datang ke rumah setelah dihalau. Mesti dia fikir aku cuba untuk merampas anak-anaknya." Aku menggenggam tangan Hanim erat. Dahi Hanim berkerut seolah-olah memikirkan sesuatu.

"Aku rasa Khairul mesti meletakkan anak-anaknya pada pengasuh yang sama. Apa kata kalau kau pergi sewaktu dia berada di pejabat. Dengan itu, kau tidak akan bertembung dengan dia. Jadi senanglah kau berjumpa dengan Farhan dan Azim." Mataku bersinar-sinar. Betul kata Hanim. Mengapa aku tidak terfikir akannya sebelum ini.

"Iya tak ya juga. Mengapa aku tidak terfikir akan cara itu sebelum ini? Tapi, kalau aku berjumpa dengan Farhan dan Azim... sudah tentu mereka akan memberitahu kepada papa mereka yang aku ada menemui mereka. Aku tidak mahu Khairul tahu aku ada bertemu dengan anak-anaknya."

Hanim turut terdiam. Aku memandang tepat ke wajahnya. Hatiku tadi yang berbunga ceria kembali muram. Bagaimana caranya harus aku lakukan agar kedatanganku menjenguk Farhan dan Azim tidak diketahui oleh Khairul. Aku bukannya ibu kandung Farhan dan Azim. Aku tiada hak terhadap mereka. Aku hanya ibu tiri sahaja.

"Tak mengapalah Farah. Kita dah tiada cara lain lagi. Itu sajalah cara yang aku terfikir tika ini.
Bersabarlah Farah. Kebenaran berpihak pada kita. Mungkin sudah sampai masanya kau melupakan mereka. Budak-budak bukan hak kau Farah. Kau hanya ibu tiri mereka. Lagipun kau sendiri pun bakal mempunyai anak sendiri. Kau tumpukan sahaja pada anak yang bakal lahir ini." Pujuk Hanim lalu meraih bahuku dan memelukku erat. Aku bersyukur mempunyai seorang sahabat yang baik seperti Hanim. Hanya dia sajalah yang mengerti penderitaan aku selama ini.

"Kau sudah lupakah yang anak yang aku kandungkan ini adalah adik mereka. Anak Khairul, papa mereka." Terdiam Hanim setelah mendengar kata-kataku tadi. Dadaku mulai sebak. Air hangat mula bertakung di kelopak mataku. Hanim tidak membalas kata-kata sebaliknya hanya mengangguk tanda faham. Agak lama kami terdiam tanpa bicara. Masing-masing melayani fikiran sendiri.

"Lupa pula aku... dua tiga hari lepas aku ada terserempak dengan Khairul." Terang Hanim memecah kesunyian tanpa memandang wajahku. Dadaku berdebar-debar apabila nama Khairul disebut oleh Hanim. Aku hanya mendiamkan diri tanpa memberi apa-apa reaksi pada kata-katanya.

"Dia nampak semakin kurus dan wajahnya yang kacak tu juga semakin cengkung." Aku masih mendiamkan diri. Hanim memandang wajahku.

"Agaknya dia rindukan kau kot!" Seloroh Hanim lalu ketawa kecil. Aku menjelingnya.

"Mengarutlah kau nie. Ermmm... tapi betulkah dia dah semakin cengkung?" Aku pula menyoalnya. Hanim
berpaling kepadaku.

"Masih ambil berat nampaknya." Dia menyakatku lagi.

"Aku sekadar bertanya. Lagipun, kau juga yang mulakan cerita pasal dia tadi." Balasku kegeraman.

"Janganlah marah. Kau nie sejak mengandung, tak boleh bawa berg urau sikit. Asyik nak marah saja... sesitif sangat. Jaga sikit perangai kau semasa mengandung nie. Nanti anak kau mengikut perangai kau waktu mengandungkan dia." Hanim tidak jemu-jemu menasihati aku tentang pantang larang ketika mengandung. Mengalahkan orang yang sudah berpengalaman mengandung dan melahirkan anak. Adakalanya aku berasa rimas tetapi adakalanya aku terhibur juga.

"Aku rasa dia rindukan kaulah Farah." Ujar Hanim lagi sambil menghirup teh.

"Tak mungkinlah. Kau sendiri tahu yang dia telah menghalau aku dari rumah itu. Buat apa pula dia nak
rindukan aku." Dalihku.

"Entahlah. Tapi, hati aku kuat mengatakan bahawa dia memang rindukan kau. Kau tahu, semalam aku ada terima satu panggilan dari seorang lelaki yang bertanyakan tentang kau." Bicara Hanim menarik perhatianku. Aku menumpukan perhatianku kepadanya.

"Siapa?" Tanyaku tidak sabar.
"Tak ada pula dia beritahu namanya. Cuma dia kata kawan lama."Terang Hanim.

"Kawan lama? Apa yang dia tanya?"

"Asalnya dia mahu bercakap dengan kau. So, aku beritahulah yang kau sudah berhenti dan bekerja di
tempat lain. Dia minta alamat tempat kerja baru kau. Tapi, aku kata tak tahu." Bersungguh-sungguh Hanim bercerita kepadaku.

"Apa lagi yang dia tanya?"

"Itu saja. Lepas tu dia terus letak telefon." Jawab Hanim. Dadaku berdebar-debar. Aku tiada kawan lelaki yang rajin menghubungiku. Mungkinkah Khairul yang menghubungi pejabat lamaku itu. Memang aku sudah berhenti kerja di situ. Seminggu selepas aku keluar dari rumah Khairul, aku terus menghantar notis
berhenti kerja. Aku lakukan begitu kerana tidak mahu bertembung dengannya lagi. Nasibku agak baik kerana aku diterima bekerja di pejabat di mana suami Hanim bekerja. Dan sekarang aku kembali tinggal di rumah yang aku duduki sebelum bergelar Puan Farah. Aku sendiri tidak menyangka yang aku akan kembali menetap di sini.

"Tapikan Farah, aku rasa suara itu macam pernah aku dengar sebelum ini." Hanim kembali menyambung
kata-katanya.

"Siapa?" Soalku dengan debaran di dada.

"Aku rasa suara Khairul." Balas Hanim perlahan.

Bab 48 – Farah



Hampir satu jam aku mendiamkan diri di dalam kereta. Rumah beratap genting warna biru kepunyaan Kak Bedah kurenung dengan perasaan yang serba salah. Seawal jam lapan pagi lagi aku di sini. Aku memberhentikan kereta agak jauh dari rumah Kak Bedah, namun cukup untuk aku melihat dengan jelas rumah tersebut. Malah aku sendiri nampak Khairul menghantar Farhan dan Azim ke situ.

Perasaanku menjadi tidak menentu sewaktu terpandangkan Khairul. Betul seperti yang diceritakan oleh Hanim kepadaku, badannya yang gagah dulu sedikit susut. Mengapakah dia begitu? Terlalu sibukkah dia melayani karenah anak-anak sewaktu ketiadaanku hingga begitu sekali keadaannya. Kasihan dia… sudah tentu dia tak menang tangan melayani karenah anak-anak yang semakin membesar.

Aku bagaikan mahu terbang ke sana sewaktu melihat kelibat Farhan dan Azim. Namun, aku cuba untuk
bertahan sehinggalah Khairul beredar. Namun, setelah hampir sejam berlalu, aku masih di sini. Setia menanti di dalam kereta. Sesekali terasa kakiku kejang sedikit kerana terlalu lama duduk memerap di dalam kereta.

Sampai bila aku mahu terus mendiamkan diri di sini? Bukankah niatku ke sini adalah mahu berjumpa dengan Farhan dan Azim? Aku harus kuatkan semangatku.

Dengan membaca bismillah, aku keluar dari kereta dan menapak menuju ke rumah Kak Bedah. Sunyi sahaja keadaan rumah Kak Bedah. Selalunya, riuh rendah dengan gelak ketawa Farhan dan Azim. Aku cuba meninjau-ninjau dari pintu pagar. Tiada langsung kelihatan kelibat Farhan dan Azim mahupun Kak Bedah. Dadaku berasa kurang enak. Ke mana agaknya mereka pergi? Aku memberanikan diri menekan loceng.

Aku menunggu seketika. Perasaanku mula gelisah. Dadaku berdebar-debar.

"Ya, cari siapa?" Terdengar suara Kak Bedah menyapaku.
Tika itu aku membelakanginya. Setelah mendengar suaranya, aku pantas berpaling ke arahnya lalu
tersenyum.

"Assalamualaikum Kak Bedah." Sapaku kepada Kak Bedah yang berdiri bagaikan patung di hadapanku.

"Waalaikum mussalam… masyaallah!!! Farah? Farahkah nie?" Kak Bedah seperti tidak menyangka aku yang berdiri di hadapannya. Wajahnya tika ini begitu mencuit hatiku, seperti melihat orang yang mati, hidup semula.

Aku tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepalaku lalu tersengih. Kak Bedah tergesa-gesa
membuka pintu pagar dan terus memelukku erat. Di kucupnya pipiku berkali-kali. Terharu aku melihat penerimaan Kak Bedah terhadapku.

"Ke mana kau pergi Farah?" Tanya Kak Bedah sebak. Di pimpinnya aku masuk ke dalam rumah. Aku hanya menurut dan kemudiannya duduk di atas sofa.

"Ada Kak Bedah. Saya masih di sini, cuma tidak lagi serumah dengan Khairul. Budak-budak mana?" Balasku lalu tersenyum hambar. Aku menyapu air mata yang mengalir di pipi Kak Bedah.

"Janganlah begini Kak Bedah. Saya hidup lagi nie. Janganlah menangis begini. Sedih saya tengok." Aku
memujuk Kak Bedah yang masih terisak-isak.

"Kak Bedah bukannya apa. Kak Bedah dah tahu ceritanya, Khairul dah ceritakan pada akak. Dia pun sedang mencari kau Farah. Ermm… sekejap ya. Akak hendak telefon Khairul dan beritahu dia yang kau ada di sini." Belum sempat Kak Bedah bangun dari duduknya, aku cepat-cepat memegang tangannya.

"Kak Bedah, kalau boleh saya tak mahu dia tahu saya ada datang ke sini untuk melihat Farhan dan Azim.
Biarlah kedatangan saya ke sini menjadi rahsia dulu. Harap akak faham." Terangku sambil menggengam erat tangannya. Wajahnya sedikit berkerut. Mungkin tidak memahami tindakanku untuk merahsiakan akan kedatanganku ke sini.

"Mengapa Farah?" Kak Bedah masih lagi tidak memahami akan tujuanku.

"Saya hanya mahu berjumpa dengan Farhan dan Azim, bukannya dia." Ujarku perlahan.\
"Tapi…"

"Kak Bedah, saya hanya ingin berjumpa dengan anak-anaknya. Mana mereka berdua?" Aku pantas memintas kata-kata Kak Bedah.

"Mereka ada dalam bilik. Tak berapa sihat. Sejak Farah tiada, kesihatan Farhan dan Azim tidak menentu.
Sekejap demam… lepas dua tiga hari, baik semula. Seminggu lepas tu, demam semula. Entahlah… agaknya rindukan Farah." Wajah Kak Bedah murung. aku disergap rasa pilu. Perasaanku menjadi sebak tiba-tiba.

"Mana mereka kak. Saya nak jumpa mereka sekarang." Katanya lalu berdiri. Kak Bedah turut sama berdiri.

"Ada dalam bilik. Mari akak bawa ke sana." Kak Bedah menarik tanganku. Aku membuntuti Kak Bedah.

"Lupa pula akak nak tanya kau. Dah berapa bulan nie?" Kak Bedah bertanya kepadaku. Tangannya mengusap-usap perutku yang memboyot. Aku hanya tersenyum kecil.

"Enam bulan kak." Balasku. Kemudian terdengar Kak Bedah mengeluh.

"Dah enam bulan. Dalam keadaan begini, mengapalah Khairul sanggup menghalau kau keluar dari rumah. Dia nie tak fikirkah yang kau sedang mengandung. Kalau tak kasihankan pada kau, kasihanlah pada anak dalam kandungan kau nie. Ini anak dia, bukannya anak orang lain." Kak Bedah merungut. Hatiku kembali berdebar-debar.

"Yang sebenarnya, dia tak tahu yang saya sedang mengandung." Perlahan sahaja aku membalas kata-kata Kak Bedah.

"Apa??" Melopong Kak Bedah memandang wajahku. Aku diserang perasaan bersalah. Namun belum sempat aku membuka mulut untuk menerangkan hal sebenarnya kepada Kak Bedah, terasa aku dipeluk. Pantas aku melihat ke bawah.

"Auntie Mamaaa…" Farhan memelukku dengan linangan air mata.
Bab 49 - Farah

Sedari tadi aku tidak berenggang langsung dengan Farhan dan Azim. Mereka berdua berada di dalam pangkuanku. Tubuhku dipeluk erat, seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi. Kuusapi pipi Azim yang sedikit cengkung sedangkan dulunya tembam hinggakan membuatkan sesiapa sahaja yang nampak akan terasa ingin mencubitnya. Begitu juga dengan Farhan yang amat ketara berat badannya telah menurun.

Hatiku diruntun pilu bila melihat keadaan mereka. Perasaan bersalah merajai di dalam hatiku. Mereka
menjadi mangsa konflik di antara aku dengan papa mereka. Bukannya aku mahu keluar dari rumah itu. Aku boleh bertahan jika aku dipersalahkan, malah aku akan merayu bila dia menghalauku. Namun, dia telah menghinaku. Maruahku telah dipermainkan. Sanggup dia menuduhku perempuan jalang di jalanan. Maruahku disamakan dengan perempuan-perempuan murahan yang tak ubah seperti pelacur!

"Auntie Mama pegi mana? A'an dan adik rindu kat Auntie Mama." Farhan masih lagi merengek-rengek. Hati wanitaku kembali sebak. Aku memeluk Farhan dan Azim dengan erat.

"Auntie Mama kerja sayang." Jawabku lalu mengucup ubun-ubun Farhan.

"Keje kat mana?" Dia menyoalku lagi.

"Tempat kerja Auntie Mama jauh." Balasku. Dia pula hanya menganggukkan kepalanya.

"Mamaaa..." Azim memanggilku. Aku mengalihkan pandanganku kepada Azim. Kasihan anak kecil ini. Kejamnya aku kerana meninggalkan dia dalam ketika dia amat memerlukan kasih sayang seorang ibu. Maafkan mama sayang...

"Ya sayang." Pipinya kukucup mesra. Dia tersenyum gembira.

"Adik cayang mama.." Terkedu aku mendengar kata-katanya. Air mataku menitis laju. Terharu mendengar ucapan kudus yang terbit dari bibir mungil itu. Hampir empat bulan aku meninggalkannya, rupanya dia semakin petah bercakap. Alangkah bahagianya jika kehidupanku seperti dulu. Menjadi ibu buat mereka... mengasuh mereka... bermain dengan mereka... bercerita dengan mereka... Aku rindukan kebahagiaan dulu. Mengapa kebahagiaan itu dirampas dariku??
"Auntie Mama dah gemuk la..." Ucap Farhan lalu memegang perutku. Aku ketawa kecil. Aku mencubit lembut pipinya.

"Auntie Mama Farhan bukan gemuk, tapi dalam perut Auntie Mama ada adik Farhan." Kak Bedah mencelah perbualan kami dari belakang. Aku menoleh seketika lalu tersenyum. Kelihatan di sedang menatang dulang dan menghampiri aku.

"Adik A'an? Nie adik ada sini." Jawab Farhan sambil tangannya menunjuk ke arah Azim di sebelahnya. Aku dan Kak Bedah ketawa besar. Nampaknya Farhan masih terlalu mentah untuk memahaminya.

"Bukan Azim. Maksud mak cik... nanti Farhan dan Azim akan dapat adik baru. Suka tak?" Kak Bedah masih cuba untuk membuatkan Farhan dan Azim faham akan keadaanku sekarang. Aku hanya tersenyum melihat Farhan dan Azim mengangguk-anggukkan kepala mereka.

"Sudahlah Kak Bedah, budak-budak tu bukannya faham. Mereka masih terlalu kecil untuk memahami tentang kita orang dewasa." Aku bersuara. Kak Bedah memandangku lalu tersenyum.

"Mari kita minum. Tengahari nie, Farah makan di sini sajalah ya." Tangan Kak Bedah lincah menyusun cawan di atas meja dan meletakkan piring puding jagung di depanku. Jag berisi air kopi masih lagi berasap.

"Kak Bedah buat puding jagung nie? Ini kuih kegemaran saya nie." Kataku lalu mengambil sepotong kuih itu. Aku mencubit sedikit lalu kusuapkan ke mulut Farhan. Kemudian aku mencubit sedikit dan kusuapkan pula ke mulut Azim.

"Ya, Farah. Akak macam terasa kau akan datang hari ini. Tak sangka pula..." Kata-kata Kak Bedah terhenti. Aku melihat ada air mata yang bergenang di kelopak matanya.

"Kenapa nie kak? Janganlah sedih begini." Aku bersuara perlahan memujuk Kak Bedah dari menangis.

"Kak Bedah kasihankan kau. Dalam keadaan berbadan dua begini, Farah terpaksa hidup seorang diri." Akhirnya jatuh juga air mata yang ditahan-tahan oleh Kak Bedah tadi. Aku mengeluh perlahan.

"Sudah nasib saya kak. Tak mengapalah Kak Bedah. Walaupun begini, tapi saya tidak pernah seorang diri. Ramai kawan-kawan saya ada di sekeliling untuk menemani saya kak. Lagipun saya bekerja. Tak terasa sangat hidup berseorangan kak." Aku menyapu air mata yang mengalir di pipi Kak Bedah. Farhan dan Azim leka bermain sesama mereka.

"Di mana Farah tinggal?"

"Saya tinggal semula di rumah lama saya. Maksud saya, rumah yang saya duduki sebelum berkahwin dengan Khairul." Kak Bedah mengangguk kecil.

"Macam mana dengan kehidupan Farah sekarang?" Soalan Kak Bedah kusambut dengan senyuman. Aku mencapai tangannya lalu kugenggam erat.

"Kehidupan saya baik kak. Cuma kadang-kadang tu terasa rindu pada Farhan dan Azim. Tapi, saya takut untuk datang melihat mereka. Takut kalau-kalau Khairul tidak menerima kedatangan saya malah akan menghalau saysa. Jadi, rasa rindu pada mereka hanya saya pendamkan dalam hati. Untuk melupakan perasaan rindu itu, saya cuba sibukkan diri dengan kerja." Aku berterus-terang kepada Kak Bedah.

Memang begitulah perjalanan hidupku semenjak tinggal seorang diri. Aku keluar bekerja dan hanya pulang lewat malam. Aku tahu keadaan ini tidak elok untuk kesihatan aku yang sedang berbadan dua. Tetapi, aku terpaksa menyibukkan diri. Jika tidak, aku asyik teringatkan tentang Farhan dan Azim. Aku tahu, aku tidak mampu melupakan mereka. Aku terlalu menyayangi mereka berdua.

"Farah tak rindukan Khairul?" Jantungku seakan berhenti apabila mendengar soalan yang keluar dari bibir Kak Bedah. Aku merenungnya seketika. Aku diam tidak berkata-kata.

"Farah tak rindukan Khairul?" Kak Bedah mengulangi soalannya kepadaku sekali lagi.
"Saya tak tahu apakah perasaan saya terhadapnya kini. Kalau boleh saya mahu lupakan apa yang telah dia lakukan pada saya. Sakitnya masih terasa hingga kini. Pedihnya masih tidak hilang. Peristiwa itu masih terbayang-bayang di ruang mata saya." Keluhku lalu melemparkan pandangan kepada Kak Bedah. Wajahnya kelihatan turut bersimpati dengan nasib diriku.

"Tapi, Khairul sudah tahu kisah sebenarnya dan dia memang mencari-cari Farah. Di wajahnya memang menggambarkan betapa dia menyesal di atas perbuatannya dulu. Kembalilah kepadanya Farah." Kak Bedah cuba memujukku.

"Tak mungkin kak... tak mungkin saya mahu kembali hidup bersama dia lagi." Aku mula terisak-isak.

"Manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Dan Khairul juga tidak terlepas dari membuat kesilapan. Maafkanlah dia Farah. Apa yang berlaku antara kau dan dia, hanyalah salah faham. Kak Bedah dapat rasakan yang dia teramat sayangkan Farah. Semenjak ketiadaan Farah, hidupnya bagaikan tidak terurus." Bergetar dadaku apabila mendengar kata-kata Kak Bedah. Begitukah keadaannya tika ini?

"Saya tahu kak. Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, begitu juga dengan saya. Kesilapan saya adalah berkahwin dengannya. Jadi, saya tidak mahu mengulanginya sekali lagi. Cukuplah sekali. Setelah anak ini lahir nanti, saya akan selesaikan apa yang belum diselesaikan antara kami. Biarlah kami membawa haluan masing-masing. Saya rasa itulah sebaik-baiknya." Aku nekad. Perkara ini sudah lama aku fikirkan. Aku tahu, aku tidak kuat untuk menghadapinya seorang diri. Namun, demi anak di dalam kandunganku ini... aku mesti cuba!

"Jangan buat keputusan yang terburu-buru Farah. Fikirkanlah anak di dalam kandungan kau ini. Dia memerlukan kasih sayang ayahnya. Lagipun, ayahnya masih ada. Mengapa kau hendak memisahkan mereka? Lagipun, Khairul tidak pernah menceraikan kau, Farah."

"Saya tahu kak. Dia tidak menginginkan anak ini. Malah, dia tidak mengharapkan langsung akan kehadiran anak ini. Kasihnya hanya untuk Farhan dan Azim."< BR>
"Tapi, ini anaknya juga. Itu kebenaran yang tidak boleh kau sangkal." Tegas Kak Bedah.
"Tidak... ini anak saya. Anak saya..." Suaraku tenggelam dalam sebak. Kak Bedah pantas memelukku. Aku menangis dalam pelukannya. Dia membelai-belai rambutku. Aku menangis sepuas hatiku di dalam pelukan Kak Bedah. Aku sudah menganggap Kak Bedah seperti kakakku sendiri.

Keluargaku di kampung masih lagi tidak mengetahui akan keadaanku yang sudah tidak tinggal sebumbung dengan Khairul. Malah, sudah lama juga aku tidak pulang ke kampung. Aku hanya pulang seketika ke kampung untuk menenangkan fikiran setelah kejadian itu. Walaupun begitu, aku khabarkan juga berita mengenai kandunganku. Emak dan abah amat gembira mendengarnya. Aku tidak mahu mencacatkan kegembiraan dan kebahagiaan itu. Biarlah aku seorang diri yang menanggung kesedihan.

"Naper Auntie Mama nangis?" Suara Farhan menerjah ke corong telingaku. Aku melepaskan diri dari pelukan Kak Bedah. Aku menarik tubuh Farhan rapat ke sisiku.

"Tak ada apa-apa sayang." Jawabku lalu tersenyum hambar. Dia menyapu air mata yang masih bersisa di pipiku.

"Jika Farah nekad mahu berpisah, bagaimana pula dengan nasib budak-budak ini? Mereka sangat menyayangi kau, Farah dan begitu juga dengan Farah sendiri. Farah sendiri tidak sanggup untuk berpisah dengan mereka, inikan pula mahu berpisah dengan papa mereka. Apa nasib mereka kelak jika kau berdua benar-benar berpisah? Jangan biarkan anak-anak menjadi mangsa. Mereka memerlukan sebuah keluarga yang lengkap untuk membesar dengan sempurna. Fikirlah semula Farah... demi Farhan dan Azim." Terdiam aku mendengar bicara Kak Bedah.

"Hari nie, kita balik rumah sama-sama ya?" Farhan memandangku dengan pandangan yang penuh mengharap. Azim pula datang menghampiriku lalu mengucup pipiku mesra.
"Mama sayangkan Farhan dan Azim..." Air mataku berderai lagi.
Bab 50 - Khairul

Hatiku lega apabila melihat kesihatan Farhan dan Azim kembali pulih. Selera makan mereka juga semakin bertambah. Aku amat gembira dengan perubahan ini. Namun, kegembiraan ini tidak mampu untuk menutup kesedihan yang bertapak di dalam jiwaku.

Sudah puas aku mencari Farah. Dia bagaikan hilang tanpa dapat dikesan. Jejaknya juga langsung tidak
dapat dikesan. Pernah juga aku menghubungi tempat kerjanya, namun jawapan yang aku terima amat menghampakan. Aku diberitahu bahawa dia telah berhenti kerja. Kadang kala terlintas juga di fikiranku untuk bertanya kepada Hanim, teman baiknya. Tetapi, aku takut dan juga malu. Takut jika aku tersilap kata dan akan menimbulkan kesangsiannya. Tambahan pula, jika anim tidak tahu apa yang telah terjadi di antara aku dan Farah. Malu pula jika Hanim telah mengetahuinya dan sudah tentu dia akan menuduhku macam-macam. Tapi, jika bernasib baik aku akan bertembung dengannya sewaktu menaiki lif. Kami sekadar bertanya khabar. Adakalanya juga sekadar berbalas senyum.

Aku sendiri tidak tahu samada Hanim mengetahuinya atau tidak. Riak wajahnya biasa sahaja. Tetap seperti dahulu. Namun, dia tidak pernah bertanya tentang Farah kepadaku.

"Papa..." Azim memanggilku dari biliknya. Nampaknya dia baru bangun dari tidur. Aku pergi mendapatkannya di bilik tidur. Sebaik sahaja aku menjenguknya kelihatan dia sudah duduk di birai katil. Farhan pula sedang asyik bermain permainan videonya.

"Anak papa dah bangun?" Ucapku lalu mengangkatnya dan meribanya.

"Mama mana?" Sudah acapkali soalan itu diajukan kepadaku. Setiap kali dia bangun dari tidur, ayat pertama yang keluar dari bibirnya adalah bertanyakan tentang Farah. Pelbagai jawapan yang aku berikan
kepadanya sebagai helah. Namun begitu, Azim tetap menerima apa jua jawapanku tanpa banyak bicara.

"Mama kerja sayang." Jawapanku disambut dengan anggukan kecil.

"Mama kerja kat mana?" Soalnya kembali. Dia menguap seketika. Nampaknya dia masih mengantuk. Farhan pula tidak mempedulika n kami berdua, dia begitu asyik bermain permainan videonya.

"Tempat kerja mama jauh sayang." Balasku pula.

"Mama pun cakap camtu, kan bang?" Azim menoleh kepada Farhan. Aku kehairanan.

"Syhhh... kan kita dah janji ngan Auntie Mama takkan cakap pada papa. Adik dah lupa?" Jawab Farhan. Aku semakin hairan. Apa yang sedang berlaku?

"Azim dan A'an pernah jumpa mama?" Soalku berdebar-debar. Aku menatap wajah anak-anakku seorang demi seorang. Mereka tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya masing-masing mendiamkan diri. Farhan memandang wajah Azim, begitu juga sebaliknya.

"Jawab soalan papa. Ingat, ALLAH marah kalau jika tipu." Aku mengugut mereka. Farhan kelihatan gelisah. Tumpuannya tidak lagi kepada permainan videonya. Aku pula semakin tidak sabar untuk mengetahui jawapan dari mereka berdua.

"Tapi... A'an dah janji ngan Auntie Mama. Adik pun sama." Wajah Farhan kelihatan cemas dan adakalanya seperti takut-takut.

"Auntie Mama kata, kalau A'an bagitau papa... Auntie Mama tak mau datang jumpa kami lagi." Tambah Farhan lagi. Azim pula mendiamkan diri di pangkuanku.

Nampaknya Farah datang berjumpa dengan Farhan dan Azim tanpa pengetahuanku. Sejak bila ianya berlaku? Patutlah sejak kebelakangan ini, kesihatan Farhan dan Azim semakin baik. Rupa-rupanya mereka sudah menemui 'penawar'. Farah sudah menemui mereka.

"A'an dan Azim sayang papa tak?" Soalku. Mereka cepat-cepat menganggukkan kepala. Aku tersenyum lebar.

"Ok, kalau sayangkan papa... A'an dan Azim kena ikut cakap papa tau. Nanti kalau A'an dan Azim tak mau ikut cakap papa, papa lari macam mama. Tak mau jumpa dengan A'an dan Azim lagi." Aku buat-buat seperti merajuk. Aku memasamkan mukaku. Farhan dan Azim berpandangan sesama sendiri. Masing-masing mendiamkan diri.

"Adik, camne? Nak bagitau tak?" Farhan meminta pandangan dari adiknya. Azim mengangkat bahunya.
"A'an dan Azim tak sayang papa." Ujarku lalu mengalihkan Azim dari pangkuanku dan meletakkannya ke atas katil semula. Aku pura-pura mahu keluar dari bilik mereka.
"Ok, A'an cerita." Pantas Farhan menjawab lalu menahan aku. Dia menarik tanganku. Aku tersenyum senang. Bukan susah mahu memujuk mereka berdua. Kena gayanya, mudah sahaja mereka membuka mulut.

"Auntie Mama ada datang jumpa A'an dan Azim kat rumah Mak Cik Bedah." Lancar sahaja Farhan bercerita kepadaku. Jadi, selama ini Farah datang berjumpa mereka di rumah Kak Bedah. Hatiku lega kerana aku tidak perlu lagi bersusah payah mencarinya ke sana sini. Rupanya, dia sendiri yang datang 'menyerah diri'. Tapi, mengapa Kak Bedah langsung tidak membuka mulut tentangnya?
"Selalu Auntie Mama datang jumpa Farhan dan adik?" Mereka berdua mengangguk serentak dan tersenyum senang.

"Mama dah gemuk!" Azim membuka mulut. Aku mengangkat kening kepadanya. Farah semakin gemuk? Adakah dia amat gembira dengan perpisahan kami yang tidak rasmi ini? Baru empat bulan dia tinggalkan kami, takkanlah badannya mengalami perubahan sebegitu sekali. Hairan!!!

"Gemuk macam mana tu Azim?" Aku menyoalnya kembali.

"Perut mama besar." Hah?? Perutnya besar? Apa makna semuanya ini?

"Bukanlah. Mak cik kata, ada adik dalam perut Auntie Mama. Nanti A'an dan Azim akan dapat adik baru. Bestkan adik?" Kata-kata Farhan disambut dengan gelak ketawa oleh Azim. Mereka sungguh gembira!

Baby? Adik baru? Adakah ini bermakna Farah sedang hamil? Berdasarkan kata-kata Farhan dan Azim tadi, memang sah menggambarkan Farah sedang hamil. Alhamdulillah... aku bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Tapi, di mana dia sekarang? Kejamnya aku membiarkan dia seorang diri dalam keadaan berbadan dua.
Entah-entah sewaktu aku menghalaunya dulu, dia sudah hamil. Aku memang bukan manusia. Aku telah berlaku kejam terhadapnya. Tak mungkin dia dapat memaafkan aku. Terlalu besar kesalahanku terhadapnya. Aku sepatutnya sentiasa mendampinginya. Ini kali pertama dia hamil. Maafkan abang Farah. Abang telah menyiksa perasaanmu. Di manakah kau berada sekarang sayang?
Bab 51 - Khairul



Kereta Perodua Kancil berwarna hijau muda berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah Kak Bedah. Aku memerhatikan kereta itu dengan debaran di dada. Memang tidak silap lagi, kereta itu kepunyaan Farah. Dia membunyikan hon beberapa kali. Tidak lama kemudian, Kak Bedah keluar tergesa-gesa lalu membuka pintu pagar untuk memberi laluan kepada kereta Farah untuk masuk.

Nampaknya penantianku selama dua jam tidak sia-sia. Betul kata Farhan bahawa Farah akan datang menziarahi mereka setiap hari Sabtu. Mungkin, tempat kerja barunya hanya bekerja lima hari seminggu. Jadi, ini memberi dia peluang untuk berjumpa dengan Farhan dan Azim pada hari ini setiap minggu. Manakala aku pula terpaksa bekerja enam hari seminggu. Aku menghela nafas lega. Aku masih lagi memerhatikan mereka. Seketika kemudian kelihatan Farhan dan Azim keluar menerpa ke arah pintu kereta yang sudah terbuka. Mereka kelihatan amat gembira menyambut kedatangan mama mereka.

Aku tidak sabar untuk melihat Farah, agak lama dia berada di dalam kereta. Bagaimana rupa dia sekarang yang sedang hamil? Aku teringin sekali untuk berjumpa dengannya. Kalau ikutkan hatiku ini, ingin sahaja aku bertemunya sekarang juga. Tapi, itu bukanlah satu tindakan yang bijak. Perbuatan aku dulu sudah tentunya memberi kesan yang begitu mendalam terhadapnya. Tapi, sampai bila harus aku menunggu? Aku tidak mahu mensia-siakannya lagi. Aku ingin sentiasa berada di sampingnya. Tapi, bagaimana caranya untuk aku mendapatkannya semula?

Sedang aku melayani fikiranku, rupa-rupanya dia sudah keluar dari keretanya. Isteri akukah itu? Walaupun dari jauh, aku dapat nampak dengan jelas rupanya. Pipinya tambah berisi. Perutnya... sudah tentu besar. Agaknya sudah berapa bulan usia kandungannya itu? Wajahnya bertambah cantik. Aku terpaku melihatnya dari kejauhan. Dadaku berdebar-debar. Aku bagaikan jatuh cinta pada isteriku sendiri! Seketika kemudian, mereka bersama-sama menghilang ke dalam rumah.

Apa yang harus aku lakukan sekarang ? Takkanlah aku hanya mahu menunggunya di sini? Aku sepatutnya berjumpa dengannya dan memujuknya. Tapi, adakah dia mahu menerima kehadiranku kembali ke sisinya? Aduhhh… sakit kepala aku memikirkannya.

************************************************************************

Hampir setengah hari Farah menghabiskan masanya di rumah Kak Bedah. Aku tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam rumah itu. Terlintas juga di hatiku untuk menjenguk, tetapi aku batalkan sahaja niatku itu. Hakikatnya aku tidak yakin dengan diriku sendiri.
Tiba-tiba sahaja aku teringatkan akan pertengkaran di antara aku, emak dan ayah beberapa minggu yang lepas. Dalam pertengkaran itu terbongkar segala rahsia yang disembunyikan selama ini.

"Kau sejak akhir-akhir nie mak tengok gelisah saja. Kadang-kadang mak dengar kau mengigau menyebut nama Farah. Apa kena dengan kau?" Soal emak ketika aku sedang berehat sambil menonton siaran berita di televisyen. Ayah yang sedang membaca akhbar hanya menoleh sekilas kepada emak dan kemudiannya menumpukan kembali pada suratkhabar di tangannya.

Pertanyaan dari emak mengganggu sedikit tumpuanku di kaca tv. Aku memperlahankan suara televisyen dan menumpukan perhatian kepada emak.

"Entahlah mak, saya asyik teringatkan Farah. Hampir lima bulan dia meninggalkan kami. Entah di mana dia tinggal sekarang?" Balasku lalu mengeluh perlahan.

"Lagi-lagi perempuan itu juga yang kau ingatkan. Dia sendiri yang keluar dari rumah kau. Nampak sangat dia bersalah." Entah kenapa emak begitu membenci Farah.

"Saya sendiri yang menghalau dia mak." Jawabku. Emak terdiam.

"Emak mahu, kau ceraikan dia. Apa guna kau begini? Lepas kau ceraikan dia, kau boleh cari orang lain untuk gantikan dia." Terlopong aku mendengar kata-kata emak. Takkan sampai begitu sekali.

"Emak, saya tak berniat hendak ceraikan dia. Saya sayangkan dia. Dia bakal ibu kepada anak saya. Sebenarnya saya dah tahu hal yang sebenarnya emak. Cukuplah mak, berhentilah dari terus membenci Farah. Dia menantu emak dan tak lama lagi dia akan melahirkan seorang lagi cucu emak."

"Apa? Farah mengandung?" Ayah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, menyampuk perbualan di antara aku dan emak.

"Ya, ayah." Jawabku lalu tersenyum.

"Alhamdulillah… mana kau tahu? Kau sudah bertemu dengan dia? Di mana dia sekarang?" Bertubi-tubi
pertanyaan dari ayah. Aku hanya tersenyum. Memang sudah lama ayah menggesa aku untuk mencari Farah. Dan memang aku berusaha mencarinya, cuma aku tidak tahu di mana dia berada sehinggalah Farhan memberitahuku

"Yang sebenarnya, saya belum bersemuka dengannya. Saya hanya melihatnya dari jauh. Rupa-rupanya dia ada berjumpa dengan anak-anak di rumah pengasuh mereka. Itupun, secara tak sengaja Azim terbuka cerita mengenai pertemuan mereka dengan Farah. Saya tak tahu di mana dia tinggal dan di mana dia bekerja sekarang." Aku berterus terang kepada ayah. Nampaknya ayah begitu berminat dengan ceritaku. Suratkahbar sudah dilipat dan diletakkan di atas meja. Dia menumpukan perhatiannya kepadaku.

"Apa?? Farah ada berjumpa dengan Farhan dan Azim? Secara sembunyi-sembunyi pula?" Emak kembali menyinga. Merah padam mukanya. Aku kecut perut melihat riak wajah emak.

"Apa salahnya. Lagipun budak-budak tu sakit selama ini pun disebabkan terlalu rindu pada Farah. Awak
tengoklah keadaan kesihatan mereka semenjak kebelakangan ini, semakin baik. Kita seharusnya bersyukur sebab Farah tetap tidak mengabaikan kasih sayangnya terhadap Farhan dan Azim. Walaupun anak bertuah awak nie dah menghalau dia keluar, namun kasih dan sayangnya terhadap cucuc-cucu kita tak pernah surut." Ayah cuba menasihati emak. Aku hanya mendiamkan diri. Terasa terpukul dengan kata-kata ayah. Memang, aku yang bersalah kerana terlalu mengikutkan perasaan dan membuat keputusan yang terburu-buru.

"Apa salahnya kata awak? Entah-entah dia cuba hendak melarikan cucu-cucu kita. Kalau dulu dia tak dapat, tak mustahil dia akan buat sekarang. Kau jangan lagi hantar anak-anak kau pada Bedah tu, biar emak yang jaga mereka." Kepalaku semakin kusut apabila mendengar kata-kata emak.

"Kenapa dengan awak nie? Kenapalah awak benci sangat dengan Farah tu. Dia budak baik, awak nie memang tak sedar dirilah." Suara ayah pula meninggi. Aku mula rasa cemas. Aku tidak mahu emak dan ayah bertengkar kerana hal aku dan Farah.

"Ayah… mak… sudahlah. Tak perlulah emak dan ayah bertekak kerana kami." Aku cuba mententeramkan suasana yang semakin tegang.

"Saya tak pernah menganggap dia menantu saya dan anak dalam kandungan dia tu bukan cucu saya. En tah dengan siapa dia buat, senang-senang saja dia nak mengaku anak itu adalah anak dia dengan Khairul." Emak merengus.

"Astaghfirullahalazim…. Bawa mengucap Limah. Syaitan mana yang dah merasuk fikiran awak nie? Kenapa awak menuduh dia sebegitu sekali? Selama saya hidup, saya tak pernah lagi berjumpa dengan perempuan yang sebaik dan setabah Farah. Kau ingat, senangkah hendak berjumpa dengan perempuan sebegitu?" Suara ayah kembali kendur. Aku sendiri pun tidak menyangka sampai begitu sekali emak menuduh Farah. Mengapa emak jadi begini? Mengapa emak begitu kejam?

"Anak yang Farah kandungkan itu, anak saya mak. Cucu emak dan ayah. Jangan tuduh dia sebegitu mak. Dia perempuan baik mak. Cuma saya yang tak sedar diuntung kerana melepaskan seorang isteri yang sebaik Farah itu." Rintihku perlahan.
"Heh… kamu dan ayah kamu sama saja. Memuja-muja sangat si Farah tu. Sudahlah dia patahkan tangan anak kamu, itupun kamu kata dia baik? Agaknya kamu berdua dah diguna-gunakan oleh si Farah tu." Emak masih tidak berpuas hati. Perasaan bencinya sudah sampai ke kemuuncak.

"Limah!!! Jaga sikit mulut kau tu. Tangan Farhan patah, kau yang buat. Farhan sendiri yang beritahu Khairul. Dia kata kau yang merebutnya dari dukungan Farah. Kau yang menyebabkan tangan Farhan jadi begitu. Tak cukup dengan itu, kau kurung Azim dalam bilik. Apa yang merasuk kau, Limah? Mengapa kau buat begitu pada Farah? Lepas tu, kau tolak dia… kau halau dia… mengapalah kau jadik sekejam itu. Ke mana hilangnya perasaan simpati dan sayang kau terhadap manusia?" Ayah bertempik. Emak tersentak. Dia hanya memandang wajah ayah yang sedang menyinga.

"Dia cuba merampas kasih sayang Farhan dan Azim dari kita." Emak bersuara antara dengar tak dengar. Aku merengus.

"Dia tak pernah merampas kasih sayang Farhan dan Azim dari kita. Malah, dia mencurahkan kasih sayang pada mereka. Sudahlah Limah… cukuplah. Kalau tak kerana dia, kau takkan dapat hidup sampai hari ini." Ayah menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Ayah, jangan…" Ujarku memb eri peringatan supaya ayah tidak membocorkan rahsia.
"Tidak Khairul, kita mesti beritahu. Kalau tidak, emak kau takkan sedar bahawa Farah telah berkorban demi memastikan emak kau nie masih dapat terus menghirup udara di dunia ini." Balas ayah dengan penuh kesalan.

"Apa yang dia dah korbankan demi saya? Saya tak nampak apapun yang dia korbankan. Menyakitkan hati saya lagi adalah." Emak kembali bersuara. Riak wajahnya menggambarkan perasaan tidak puas hati.

"Memanglah awak tak nampak. Sebab apa yang dia korbankan itu ada dalam badan awak." Bidas ayah sinis.

"Apa maksud abang?" Emak menyoal dengan wajah penuh tanda tanya.

"Demi memastikan awak dapat meneruskan hidup, dia telah mendermakan sebelah buah pinggangnya untuk awak. Buah pinggang yang ada dalam badan awak tu, adalah kepunyaan Farah. Dia sudah menjadi sebahagian dari diri awak sekarang Limah."

Emak terkedu mendengar penjelasan dari ayah. Dan sejak hari itu, emak seolah-olah menguncikan mulutnya dari berbicara tentang Farah. Aku tak tahu apa yang emak fikirkan selepas mendengar kata-kata ayah. Yang pastinya emak menjadi seorang pendiam dan selalu termenung sendirian.

Hmmm… sedar tak sedar hampir ke pukul tiga. Sepatutnya tika ini, aku sudah sampai menjemput Farhan dan Azim pulang. Sudah lama aku mengelamun di sini. Tiba-tiba aku terdengar enjin kereta dihidupkan. Aku pantas menoleh ke arah rumah Kak Bedah.

Nampaknya Farah sudah bersedia untuk pulang. Kak Bedah, Farhan dan Azim menghantar kepulangan Farah di pintu pagar. Aku pula cepat-cepat menghidupkan enjin keretaku. Aku mahu mengekori Farah. Aku mahu tahu di mana dia tinggal kini.

Jalanraya agak sesak, namun aku cuba pastikan aku takkan terlepas pandang dari kereta Perodua Kancil berwarna hijau muda kepunyaan Farah. Selepas lampu isyarat bertukar kepada warna hijau, Farah membelok ke kanan. Aku masih mengekorinya dari belakang. Kemudiannya dia membelok ke kiri, memasuki satu kawasan perumahan.
Aku rasa, aku pernah melalui jalan ini. Kalau tak silap, perumahan ini adalah rumah lama Farah. Rumah di mana dia tinggal sebelum kami berkahwin. Takkanlah dia kembali menetap di sini? Dadaku berdebar kencang. Jalan yang dilaluinya ini memang sama. Hampir lima minit menyelusuri jalan di kawasan perumahan ini, akhirnya Farah memberhentikan keretanya di hadapan rumah berwarna putih. Sah! Dia menetap di sini setelah keluar dari rumah aku. Mengapa aku tidak terfikir yang dia akan kembali ke sini. Inikan rumahnya. Sudah tentu dia akan menuju ke sini. Bodohnya aku kerana tidak pernah terfikir akan rumah ini.

Aku memberhentikan kereta betul-betul di belakang keretanya. Farah menoleh pantas ke belakang apabila menyedari ada kereta lain yang mengunjunginya tika ini. Dengan hati yang tak keruan, aku keluar
perlahan-lahan dari kereta.

"Farah…" Panggilku lalu melemparkan senyuman bahagia.

"Abang???" Dia berdiri kaku dengan wajah yang pucat.
Bab 52 – Farah


Tanganku menggigil sewaktu mengangkat minuman menuju pada Khairul yang sedang duduk bersandar di atas buaian di halaman rumah. Perlahan-lahan aku menapak mendekati meja yang letaknya berhampiran dengan buaian itu. Kehadirannya memang memeranjatkan aku. Tiba-tiba sahaja dia sudah berada di depan pintu pagar rumahku.

“Jemput minum bang.” Ujarku kepadanya. Dia berpaling kepadaku lalu tersenyum manis. Dia kemudiannya bangun dan mendekati aku yang duduk di meja. Dadaku berdebar kencang.

“Apa khabar Farah sekarang?’ Soalnya sambil matanya tidak lepas dari memandang kepadaku. Hatiku tidak keruan dibuatnya.

“Seperti yang abang nampak sekarang?” Balasku perlahan tanpa memandang wajahnya. Kulontar pandanganku jauh ke depan.

Suasana kembali sepi. Masing-masing kehilangan kata-kata.

“Ermm… dah berapa bulan?” Dia kembali membuka suara.

“Enam.” Sepatah jawabku. Dia menganggukkan kepalanya beberapa kali.

“Farah bekerja?” Soalnya lagi.

“Sudah tentu. Kalau tidak, macam mana saya nak survive hidup saya dan anak yang bakal lahir ini!” Sinis
sekali jawapanku. Dia agak tersentak dengan kata-kataku. Berubah air mukanya. Terdengar keluhan keluar dari mulutnya.

“Abang minta maaf atas kelancangan perbuatan dan kata-kata abang dulu. Abang menyesal dengan perbuatan abang terhadap Farah. Maafkan abang…” Sayu sahaja bicaranya. Kelihatan matanya berkaca-kaca. Kemudian dia meraih tanganku. Erat sekali dia menggenggam jemariku. Aku membiarkan sahaja perbuatannya.

“Abang sudah tahu akan perkara yang sebenarnya. Anak-anak yang bercerita kepada abang. Tapi, janganlah pula Farah menghukum mereka setelah abang mengetahui kebenaran ini.” Sambungnya lagi. Terkedu aku seketika.

“Saya sayangkan mereka. Tak tergamak saya mahu hukum atau marahkan mereka. Mereka bagaikan nyawa bagi saya.” Balasku lalu tersenyum hambar. Entah mengapa hatiku amat terasa apabila dia berkata begitu. Kasih sayang aku buat Farhan dan Azim melebihi kasih sayang seorang ibu buat anaknya. Seekor nyamuk pun aku tak mahu hinggap pada mereka, inikan pula mahu memukul atau menghukum mereka.

“Abang tahu Farah sayangkan mereka. Teramat sayangkan mereka sebenarnya. Entah apa yang merasuk abang pada malam itu hingga sanggup menghalau Farah keluar dari rumah. Setelah apa yang berlaku, abang amat menyesal. Dan setelah mengetahui keadaan sebenar, bertambah-tambah lagilah rasa sesal ini. Maafkan abang Farah… maafkan abang..” Rayunya dengan bersungguh-sungguh. Terkedu aku apabila melihat air jernih menuruni pipinya. Dia menangis? Khairul menangis? Betulkah apa yang aku lihat ini?

“Abang…” Kataku dan mengambil nafas seketika.

“Farah tahu, abang juga teramat sayangkan Farhan dan Azim. Malah tidak mahu mereka disakiti. Kerana
merekalah ‘permata’ yang Linda tinggalkan buat abang. Walau sedalam manapun kasih saya pada mereka tetap tidak mengubah hakikat bahawa saya hanya ibu tiri mereka. Farah faham kenyataan itu. Tapi, abang perlu tahu… kasih sayang Farah buat mereka bukannya dibuat-buat untuk mengaburi mata sesiapa. Ianya datang dengan sendirinya. Farah sayangkan mereka bang… tidak tergamak Farah hendak menyakiti mereka. Tapi, abang tergamak menuduh Farah menyakiti mereka. Abang tidak memberikan Farah peluang untuk membela diri Farah. Abang terus menuduh dan menghina Farah. Abang samakan Farah dengan perempuan murahan di jalanan yang tak ubah seperti pelacur. Sampai hati abang kata begitu pada Farah dan kemudian tak cukup dengan hinaan, abang halau Farah keluar dari rumah.” Aku mula tersedu-sedu. Hatiku sedikit lega kerana kali ini aku berpeluang untuk bersuara.

“Abang tahu… abang tahu sayang. Abang telah lakukan kesalahan yang tak mungkin dapat Farah maafkan.” Dia cuba untuk memelukku, namun aku cepat menolak tubuhnya agar menjauhiku. Aku tahu dia tersinggung dengan tindakanku.

“Abang ingin menebus kesalahan abang pada Farah. Abang berharap Farah ikutlah abang pulang ke rumah kita. Kita bina semula hidup baru bersama anak-anak dan juga anak kita yang bakal lahir ini.” Ucapnya dan mengusap-usap perutku perlahan. Di wajahnya jelas tergambar kegembiraan. Berderau darahku apabila mendengar dia menyebut perkataan ‘anak kita’. Secara spontan aku berdiri. Bibirku menggigil.

“Ini anak Farah. Abang tak boleh rampas dia dari Farah.” Aku tiba-tiba menjadi cemas. Inilah satu-satunya anak yang mungkin aku ada dan kini dia cuba untuk mengambilnya dari aku. Aku tidak akan membenarkannya.

“Farah, bawa bertenang sayang. Abang bukannya mahu merampas anak kita. Abang mahu kita kembali seperti dulu, hidup bahagia seperti dulu.” Khairul juga kelihatan cemas melihat gelagatku. Dia juga bangun dan menghadapku. Aku menapak ke belakang dan menjauhinya.

“Abang bahagia sebelum ini?” Soalku bergetar. Dia melihatku dengan hairan.

“Abang sangat bahagia dapat hidup bersamamu sayang. Dan abang mahukan kebahagiaan itu kembali menerangi hidup kita sekeluarga.” Ucapnya bersungguh-sungguh.

“Abang fikir saya juga bahagia?” Aku menyoalnya kembali. Kali ini aku tidak mampu untuk menahan air mata dari gugur berderai menuruni pipiku. Dia tergamam mendengar pertanyaanku.

“Farah tak bahagia hidup bersama abang?” Kali ini suaranya pula bergetar.

Aku mendiamkan diri. Dia kelihatan resah menantikan jawapan dari mulutku. Sedangkan aku sebenarnya sedang berperang dengan perasaanku sendiri. Apakah jawapan yang perlu aku berikan kepadanya?

Bahagiakah aku menjadi isteri kepadanya? Dulu mungkin ya, walaupun kehadiranku tidak direstui oleh emaknya. Tapi setelah kejadian itu, aku sendiri tak pasti dengan perasaanku terhadap dirinya. Masih sayangkah aku kepadanya? Masihkah adakah cintaku buatnya? Masihkah aku memerlukan dia di dalam hidupku?

Bab 53 - Khairul


Aku kebingungan. Farah memang tidak dapat memaafkan aku. Perbualan kami semalam berakhir setelah Farah memintaku agar pulang sahaja dan dia mahu sendirian. Aku memang berat h ati untuk pulang dan jika boleh aku mahu berada di sisinya selalu. Tambah-tambah lagi dalam keadaannya yang sedang hamil.

Pelawaanku untuk menemaninya ditolak mentah-mentah. Memang aku bagaikan sudah tidak wujud dalam hidupnya. Dia seperti sudah menyingkirkan aku dari hidupnya dan tidak memerlukan aku sebagai suaminya. Salah aku sendiri yang terburu-buru membuat keputusan tanpa menyelidik terlebih dahulu. Menyesal pun sudah tidak berguna lagi, nasi sudah menjadi bubur.


"Khairul." Kedengaran emak menyapaku dari belakang. Ketika itu aku sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu rumah emak. Semenjak kejadian pertengkaran hari itu, emak sudah jarang untuk berbual-bual dengan aku dan ayah. Aku merasakan sudah tiada kemesraan antara kami sekeluarga. Apabila aku suarakannya pada ayah, ayah hanya tersenyum hambar dan menyatakan bahawa emak sebenarnya rasa bersalah terhadap Farah dan malu setelah mengetahui perkara sebenarnya. Entahlah, yang pasti aku tidak senang dengan kebisuan emak.

Aku bangun dari pembaringan. Emak sudahpun duduk menghadapku. Aku menantikan bicara emak.

"Sudah kau bertemu dengan Farah?" Soal emak perlahan. Pantas aku memandang wajahnya. Terkejut dengan pertanyaan itu.

Aku tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Bila?"

"Semalam mak!" Balasku yang masih hairan dengan gelagat emak.

"Dia tinggal di mana? Bagaimana dengan dia dan kandungannya, sihatkah?"

"Mengapa emak tanya semua nie? Bukankah emak tak suka bercakap tentang Farah?" Perasaan ingin tahu aku semakin memuncak apabila melihat emak berminat untuk mengetahui keadaan Far ah. Apa yang emak ingin lakukan pula kali ini?

Emak terdiam apabila ditanya begitu. Dia menundukkan wajahnya dan tak lama kemudian bahunya
terhinggut-hinggut. Aku menerpa kepadanya. Setitis air matanya jatuh dari pipinya.

"Emak, maafkan saya mak. Tak terniat di hati saya hendak menyinggung perasaan emak." Aku amat terkejut apabila menyedari emak menangis. Aku menggengam erat tangan kirinya. Tangan kanannya pula sedang mengusap-usap rambutku.

"Emak yang sepatutnya minta maaf dari kau, Khairul. Emak yang bersalah hingga membuatkan rumahtangga kau berdua hancur. Emak yang bersalah, terlalu ikutkan kata hati. Emak sebenarnya takut kehilangan kasih sayang dari anak-anak kau." Sambil tersedu-sedu emak menuturkan kata-katanya.

Jadi inilah puncanya yang membuatkan emak tidak menyenangi apabila aku berkahwin dengan Farah. Dia takut jikalau kasih sayang Farhan dan Azim beralih darinya. Memang kasih sayang yang Farah curahkan kepada anak-anakku tidak ternilai harganya. Dia sanggup menahan sindiran dan tohmahan dari emak demi anak-anakku. Malah sanggup mendermakan sebuah buah pinggangnya untuk emak. Aku yang buta kerana tidak menyedari betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh Farah buat keluargaku.
"Saya juga bersalah emak, kerana membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Saya telah menghalau dia
keluar dan telah membuatkan anak-anak saya terputus kasih sayang darinya yang sudah menganggap dia bagai ibu kandung mereka sendiri. Dia tidak pernah cuba untuk merampas kasih sayang dan perhatian anak-anak saya dari emak. Malah dia cuba untuk mencurahkan kasih sayang buat anak-anak saya yang ketandusan belaian dan perhatian seorang ibu." Luahku kepada emak. Emak terisak-isak menangis. Sekali sekali dia mengesat air mata yang membanjiri pipinya.

Emak mengangguk-anggukkan kepalanya berkali-kali. Air matanya telah lama membasahi pipi tuanya dikesat lagi. Terlakar seribu penyesalan di wajahnya. Aku tahu, emak memang menyesali atas perbuatannya ke atas Farah. Namun, aku tidak pas ti samada Farah dapat memaafkan kesalahan emak. Sedangkan aku sendiripun gagal untuk mendapat kemaafan darinya.

"Emak mahu berjumpa dengan Farah, Khairul! Emak mahu minta ampun dari dia. Emak dah banyak berdosa padanya. Dan emak mahu memujuknya agar kembali hidup bersama kau sekeluarga. Bawa emak berjumpa dia ya!" Ucap emak bersungguh-sungguh. Riak wajahnya menggambarkan kesungguhan untuk bertemu dengan Farah.

Permintaan emak memang tidak aku jangkakan. Emak mahu berjumpa dengan Farah sedangkan Farah sudah memberitahuku supaya tidak mengganggu dirinya lagi. Bagaimana dapat aku membawa emak untuk bertemu dengannya.

"Khairul, bawalah emak berjumpa dengan Farah." Pinta emak lagi. Aku diserang perasaan serba salah.

"Tapi mak..." Kata-kataku terhenti. Aku tidak sampai hati hendak memberitahu kepada emak tentang permintaan Farah agar tidak diganggu lagi.

"Emak mahu meminta maaf, bukannya mahu memarahinya seperti dulu. Emak amat menyesal sekarang. Selagi emak tidak mendapat kemaafan darinya, hidup emak takkan tenang. Tidur emak takkan lena. Tolonglah Khairul..." Mendayu-dayu suara emak merayu kepadaku. Hatiku hiba melihat keadaan emak. Sebak dadaku menahan rasa.

"Baiklah emak." Aku memberi persetujuan sedangkan aku sendiri tidak yakin. Mahukah Farah menerima kedatanganku membawa emak bersama. Aku tidak mahu dia membuat tanggapan yang buruk tentang kedatangan kami nanti.

"Kita bawa Farhan dan Azim sekali ya!" Ujar emak dengan wajah yang berseri-seri.

Aku menganggukkan kepala lalu tersenyum hambar. Mungkin dengan membawa anak-anak, dapat mengubah pendirian Farah. Dia teramat sayangkan mereka dan tidak mahu menghampakan harapan anak-anak kecil itu.
Bab 54 - Farah

Hari minggu merupakan hari yang aku nanti-nantikan. Ini kerana pada hari minggulah aku dapat mengemas rumah dan melihat-lihat keadaan persekitaran halaman rumah. Selalu juga aku menggembur-gembur tanah pokok-pokok bunga yang aku tanam di halaman rumah. Sedikit sebanyak keluar juga peluh. Sekali sekala aku akan mengajak Hanim suami isteri datang ke rumah untuk makan tengahari. Tapi kini Hanim sudah tidak lagi menetap di kota ini. Dia mengikut suaminya yang telah ditukarkan ke Sabah sebulan lalu. Kini hanya telefon sahaja yang menghubungkan kami. Ahh... rindunya aku pada gelak tawamu, Hanim. Rindu dengan usikan dan jenaka nakalmu. Bilalah kita dapat bertemu kembali.

Mentari terik yang menyerakkan cahayanya ke seluruh alam agak mengganggu kerjaku mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di dalam pasu bunga yang aku tanam dengan bunga kertas. Peluh membasahi wajah dan leherku. Aku mengesat dahiku dengan belakang tapak tangan. Hmmm... tinggal sepasu ini saja lagi. Lepas habis mencabut rumput-rumput nie, bolehlah aku berehat.
"Assalamualaikum..." Tanganku terhenti mencabut rumput-rumput liar itu apabila terdengar seperti suara memberi salam. Cepat-cepat aku menghabiskan kerjaku. Aku yang sedang duduk bersila, cuba untuk bangun. Aduhh... kakiku agak lenguh apabila bersila agak lama di atas halaman rumah yang berumput halus. Kakiku juga bengkak semenjak kandunganku berusia empat bulan hingga aku tidak boleh memakai kasut yang biasa kupakai ke tempat kerja. Jadi, terpaksalah aku membeli sandal biasa.
Suara memberi salam kedengaran sekali lagi. Aku cuba meninjau dari kejauhan tapi tidak dapat melihat orang yang mungkin sedang berdiri di luar pintu pagar rumahku. Hanya bahagian belakang kereta berwarna putih sahaja yang kelihatan. Aku cuba untuk berjalan pantas, namun keadaan aku yang sudah sarat menghalangnya.

"Waalaikummussalam..." Sahutku dari jauh. Aku semakin hampir dengan pintu pagar.

Tiba-tiba langkahku kaku. Betulkah apa yang aku nampak ini? Emak Khairul sedang berdiri di hadapan pintu pagar bersama-sama dengan Khairul sendiri dan anak-anaknya. Minggu lepas aku dikejutkan dengan kemunculan secara tiba-tiba oleh Khairul. Dan hari ini dia muncul sekali lagi. Kali ini bersama-sama emaknya dan anak-anak. Apa yang dia cuba lakukan?

"Mama... mama... bukalah pagar nie. Azim nak masuk!!" Azim menggoyangkan pintu pagar berkali-kali sambil memanggilku. Farhan pula melambai-lambaikan tangannya kepadaku. Adakah aku sedang bermimpi??

"Mamaaa!!!" Aku tersentak apabila Azim memekik. Aku bagaikan baru tersedar dari mimpi ngeri.
Perlahan-lahan aku menapak mendekati mereka yang sedang menanti di pintu pagar. Kulihat wajah Khairul yang kelihatan serba salah. Aku tatap pula wajah emak. Dia tersenyum kepadaku. Biar betul!!! Emak senyum kepadaku?? Aneh sekali perangainya hari ini. Jika dulu, wajahku pun tidak ingin dilihatnya. Apatah pula mahu memaniskan muka kepadaku!

Adakah kedatangan mereka pada hari ini terselindung makna yang bisa menggugat pendirianku? Jangan-jangan mereka mahu mengambil anak yang sedang aku kandungkan ini. Tidak!! Tidak!! Ini anak aku. Aku takkan serahkan kepada mereka. Inilah saja 'harta' yang aku ada. Peluh dingin memercik di dahiku. Nafasku menjadi tidak teratur.

Pelbagai kemungkinan sedang berlegar-legar di benakku. Aku dapat merasakan tanganku menggigil ketika sedang membuka pintu pagar. Perlahan-lahan aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan berkata di dalam hati bahawa kedatangan mereka hanyalah sekadar untuk melawatku sahaja. Kemudian aku menghemb uskan nafas. Lega rasanya perasaanku seketika.

"Apa khabar mak?" Kataku lalu tunduk menyalami serta mengucup tangannya lembut. Walaupun perbuatannya telah mengguris hatiku, namun dia tetap ibu mertuaku. Sebaik sahaja aku menegakkan kembali badanku, dengan tak semena-mena dia terus memelukku. Aku terpinga-pinga dalam pelukan erat emak Khairul. Mengapa jadi begini?

Aku memandang kepada Khairul seolah-olah meminta penjelasan. Dia hanya tersenyum hambar dan kemudiannya melarikan pandangannya dariku. Kemudian aku bagaikan terdengar esakan halus. Emak Khairul sedang menangis! Tetapi, mengapa?

Aku cuba meleraikan pelukan erat emak Khairul. Perlahan-lahan aku menggenggam tangannya. Memang, dia menangis! Tetapi mengapa dia menangis? Sesuatu yang buruk telah menimpa keluarga inikah? Hatiku menjadi tidak enak.

"Mari mak, kita masuk dulu. Abang, bawa anak-anak masuk." Ujarku lalu memimpin emak Khairul masuk ke rumahku. Di dalam rumah aku menjemput emak Khairul duduk di ruang tamu. Kemudian, aku meminta diri seketika dan menghilang ke dapur. Farhan dan Azim mengekoriku ke dapur.

"Auntie Mama, kenapa Opah nangis?" Soal Farhan kepadaku. Tanganku sedang ligat membancuh nescafe terhenti seketika.

"Ini mesti Farhan nakal. Sebab itulah Opah nangis." Balasku lalu ketawa kecil semata-mata untuk menutup keresahan yang sedang terbuku di dalam hati.

"Mana ada. Kan A'an dah janji dengan Auntie Mama tak nak nakal-nakal." Tingkahnya lalu memasamkan muka. Terhibur aku melihat mimik mukanya. Azim ketawa melihat abangnya seperti merajuk.

"Sudah, mari kita ke depan. Farhan tolong Auntie Mama bawa kuih nie ke depan ya! Bawa baik-baik, jangan bagi jatuh!" Aku menghulurkan sepiring kuih cara berlauk yang aku masak untuk sarapan pagi tadi kepada Farhan. Dia mengangguk lalu menyambut piring kuih dari tanganku dan terus berjalan menuju ke ruang tamu.

"Azim nak bawa apa?" Tanya Azim pula kepadaku. Aku tersenyum lalu tunduk dan mengucup dahinya.

"Azim pun nak tolong mama?" Dia meng anggukkan kepalanya bersunguh-sungguh. Aku ketawa gelihati
melihat telatahnya.

"Tak apalah sayang. Lain kali sajalah ya!" Balasku lalu mengusap-usap rambutnya. Kemudian aku berjalan beriringan dengannya menuju ke ruang tamu. Aku menarik nafas dan menghembusnya sebelum melangkah.

Di ruang tamu kelihatan emak Khairul sedang melayan perasaannya sendirian. Khairul pula sedang menatap suratkhabar. Aku mendekati mereka perlahan-lahan. Dadaku berdebar kencang. Agaknya apa tujuan mereka datang mengunjungiku? Dan mengapa ibu mertuaku menangis?

"Jemput minum mak." Cawan berisi air nescafe yang masih kelihatan wap panas kuhulurkan kepada emak Khairul. Dia menyambutnya lalu tersenyum kepadaku. Dia tidak terus minum, sebaliknya meletakkan kembali cawan itu di atas meja.

"Farah apa khabar?" Perlahan saja emak Khairul bersuara. Dia merenung wajahku mesra. Tidak seperti dulu, renungannya begitu tajam hingga membuatkan aku gerun.

"Alhamdulillah mak, sihat. Emak macam mana pula? Farah tengok emak macam dah kurus sedikit. Muka emak pun cengkung. Emak sakitkah?" Aku pula menyoalnya. Memang, wajahnya bagaikan kehilangan seri. Kalau dulu aku cukup mengagumi akan kejelitaan emak mertuaku walaupun sudah berusia, namun wajahnya tetap cantik.

Dia tidak menjawab sebalikny hanya mendiamkan diri. Kemudian wajahnya berkerut-kerut menahan tangis. Aku semakin bingung dengan gelagat emak Khairul. Apa yang sedang berlaku sekarang? Perasaan ingin tahuku melonjak-lonjak. Namun, aku cub menahan daripada bertanya kepadanya. Aku mengalihkan pandanganku kepada Khairul. Matanya tetap tidak beralih dari menatap suratkhabar yang berada di tangannya. Aku kembali mengalihkan pandanganku kepada emak Khairul di hadapanku.

"Kau memang seorang perempuan yang baik. Emak yang jahat menghasut anak sendiri hingga membuatkan kau terseksa begini." Terkedu aku mendengar kata-kata emak Khairul.
"Apa... apa yang emak cakapkan nie? Farah tak faham." Tergagap-gagap aku membalas kata-katanya. Aku menatap Khairul yang sedang memerhatikan kami. Tiada reaksi darinya.

Air mata menitis laju menuruni pipi emak Khairul. Terkesima aku melihatnya. Aku semakin kebingungan. Apa yang telah terjadi???

"Maafkan emak Farah. Emak telah berdosa terhadap kamu. Emak telah memfitnah kamu. Emak mengada-adakan cerita tentang kecederaan yang menimpa Farhan. Disebabkan mulut jahat emak, kamu berdua suami isteri telah bergaduh hinggalah kamu telah dihalau keluar dari rumah. Apalah gunanya hidup seorang isteri jika tidak dapat berada di samping suaminya. Engkau bagaikan digantung tak bertali. Emak telah memporak-perandakan rumahtangga kamu berdua. Maafkan emak Farah." Hatiku terharu mendengar kata maaf dari emak Khairul. Lidahku kelu, tidak dapat berkata. Air mataku gugur tanpa kusedari. Hatiku menjadi hiba.

Ya Allah, Engkau telah memperkenankan doaku selama ini. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Maha Mengetahui. Aku bersyukur ke hadrat-Mu Ilahi. Namaku yang tercemar selama ini akhirnya menjadi bersih kembali. Aku bagaikan telah mendapat kemenangan mutlak!

"Sudahlah emak. Farah tak ambil hatipun tentang kejadian itu. Sudah ditakdirkan nasib Farah begini.
Farah redha mak. Mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan kami ini." Balasku memujuk emak Khairul. Hatiku hiba melihat dia menangis terisak-isak. Terasa besarnya dosaku kerana membuatkan dia menangis. Khairul dan anak-anaknya terpaku melihat 'drama air mata' di hadapan mereka.

"Betapa mulianya hatimu nak. Walaupun kamu mendapat layanan buruk dari emak, kamu tak pernah merungut atau melenting. Kamu menerimanya dengan sabar dan tabah. Bertuah emak dan ayah kamu kerana mendapat anak yang sebaik kamu. Emak yang tidak pernah bersyukur kerana dapat menumpang tuah emak dan ayah kamu. Emak layan kamu dengan buruk, emak sindir kamu... emak hasut cucu-cucu emak supaya bencikan kamu... namun Allah Maha Besar, Dia tahu kamu tak bersalah dan melindungi kamu. Emak benar-benar menyesal sekarang Farah. Maafkanlah emak. Emak sebenarnya terhutang nyawa kepada kamu. Seumur hayat emak pun belum tentu emak dapat membalasnya." Panjang lebar emak Khairul berbicara. Namun, ayat terakhirnya menyentakkan aku. Adakah dia sudah tahu?

"Terhutang nyawa? Apa maksud emak?" Soalku dengan dada sarat dengan kebimbangan.

"Kamu sudah menjadi sebahagian dari hidup emak. Emak dapat hidup sampai hari inipun semuanya kerana kamu, Farah. Ini..." Dia menarik tanganku ke sisi pinggangnya. Aku menatap wajahnya, cemas!

"Buah pinggang yang berada dalam tubuh emak sekarang adalah kepunyaan kamu,kan?" Terpana aku mendengar kata-kata emak. Betullah tanggapan aku tadi bahawa dia telah mengetahuinya. Aku memandang wajah Khairul meminta penjelasan.

"Abang, bukankah kita sudah berjanji!" Ucapku dengan bibir bergetar.

"Jangan kamu marahkan suami kamu. Dia tidak pernah membuka mulut tentang hal ini. Ayahnya yang telah membuka rahsia ini. Maafkanlah ayah kamu." Lembut suara emak Khairul menusuk ke dalam telingaku. Aku menghela nafas.

Tiada kata yang dapat aku ungkapkan tika ini. Aku dikejutkan dengan pelbagai kejutan. Hinggakan adakalanya aku terasa bagaikan mimpi sahaja. Mula-mula aku dikejutkan dengan kedatangan Khairul. Kemudian kedatangan emaknya dan sekarang pula rahsia yang aku simpan selama ini akhirnya terbongkar juga. Aku tidak pasti adakah kejutan-kejutan ini memberi tanda baik kepadaku atau sebaliknya. Aku sendiri tidak tahu apa peraasaanku sekarang? Gembira? Lega? Sedih? Takut? Tapi, yang pastinya aku sedang keliru!!!

"Kamu maafkan emak tak Farah?" Lamunanku terhenti pabila suara emak Khairul menerjah ke telingaku.
Terpinga-pinga aku seketika.

"Emak tak pernah buat salah pada Farah. Emak tak perlu minta maaf. Farah yang bersalah kerana tak dapat menjadi seorang menantu yang baik buat emak dan isteri yang baik kepada Khairul." Aku bersuara merendah diri. Aku menggenggam erat tangan emak mertuaku.

"Ka mu terlalu baik sebenarnya... terlalu baik." Perlahan-lahan emak Khairul merapatkan bibirnya ke dahiku. Dahiku dikucup lembut. Terasa perasaan bahagia menyelinap ke dalam jiwaku. Ya Allah, aku bersyukur di atas rahmat yang Engkau curahkan kepadaku pada hari ini. Aku harapkan ianya takkan berakhir.
"Sudahlah mak. Perkara yang lepas, tak perlulah kita ungkitkan lagi. Saya tak pernah menyalahkan sesiapa yang menyebabkan saya jadi begini. Saya salahkan diri saya sendiri kerana telah tersilap langkah dalam membuat percaturan hidup dan masa depan saya. Tapi, semuanya telah berlaku. Tak mungkin dapat diundurkan kembali masa itu untuk membetulkan keadaan. Yang berlaku tetap berlaku. Itu hakikatnya, saya akur. Cuma yang dapat saya lakukan sekarang hanyalah berwaspada dan berhati-hati agar tidak mengulanginya buat kali kedua." Jelasku lalu tersenyum hambar. Aku menarik Azim agar duduk di pangkuanku. Kasihan mereka berdua yang tidak memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Mungkin yang menjadi tanda tanya mereka hanya mengapa aku dan Opah mereka menangis? Agak sukar untuk menjawab pertanyaan mereka nanti jika ditanya.

"Emak tahu, kamu serik dengan apa yang telah terjadi. Tetapi, emak amat berharap kamu berdua dapat hidup sebumbung seperti dahulu. Berilah kesempatan kepada kami untuk menebus kesalahan yang telah kami lakukan. Mendapat kemaafan dari kamu belum cukup untuk melepaskan kami dari rasa bersalah yang menggunung ini." Aku tersentak. Wajah emak Khairul kutatap tanpa berkelip. Wajahnya menggambarkan pengharapan yang sungguh tinggi.

"Maafkan saya emak. Tak mungkin... tak mungkin! Saya bukanlah seorang isteri yang baik untuk Khairul." Dadaku berdegup kencang. Aku amat cemas sekali.

"Jangan begitu Farah. Jangan kamu hukum Khairul kerana kesalahan yang emak lakukan. Dia sayangkan kamu. Hidupnya tak terurus semenjak ketiadaan kamu. Kembalilah kepadanya. Emak merayu kepada kamu, Farah. Terimalah suamimu kembali." Mendayu-dayu suara emak Khairul merayuku. Hatiku goyah melihat air mata yang mengalir lesu dari kelopak matanya. Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba-Mu yang lemah ini.

"Betul Farah, terimalah abang kembali ke dalam hidupmu. Abang amat memerlukan Farah dalam hidup abang. Kaulah kekuatan abang untuk meneruskan hidup setelah ketiadaan Linda. Mungkin tanpa abang sedar abang telah lama jatuh cinta kepadamu, ketika kita sepejabat dulu. Namun Allah telah takdirkan jodoh abang bersama Linda dahulu, kemudian barulah bersamamu. Abang berjanji akan menjagamu dengan baik dan tidak akan mensia-siakan dirimu lagi. Berilah abang peluang sekali lagi untuk membuktikan kata-kata abang pada hari ini." Wajahnya juga penuh penyesalan. Aku menatap wajah Khairul dan emaknya berulang kali.

Mengapa aku dikelirukan begini? Aku benci jika aku terpaksa membuat pilihan yang terlalu sukar untuk dilakukan. Tersepit dengan kemahuan sendiri dengan kemahuan orang lain. Perlukah aku memberi peluang kepada mereka atau mengabaikan sahaja permintaan mereka ini? Aku tak mahu terluka lagi. Aku cukup selesa dengan kehidupan aku sekarang. Mengapa mesti mengganggu hidupku lagi setelah mereka merosakkannya? Memang aku tidak menaruh perasaan benci ataupun dendam, cuma aku serik!! Serik untuk kembali hidup bersama keluarga ini. Kejadian-kejadian itu pasti akan menghantui aku setiap masa. Aku tidak mahu ia mengganggu kehidupan baru aku jika kembali menyertai keluarga ini.

"Jika kamu mahu emak melutut kepada kamupun... emak sanggup asalkan kamu dapat kembali kepada keluarga kami."

"Emak!! Jangan begitu emak." Hampir aku menjerit apabila melihat emak Khairul cuba untuk melutut di hadapanku. Cepat-cepat aku menahannya dan sebaliknya ku yang melutut di hadapannya. Aku menangis di pangkuannya.

"Fikirkanlah Farah, demi anak yang berada dalam kandungan kamu ini. Dia memerlukan kasih sayang ayahnya. Janganlah kamu mahu memisahkan kasih sayang itu sedangkan ayahnya masih hidup. Kamu lihat sajalah apa yang telah terjadi kepada Farhan dan Azim yang kehilangan kasih sayang Linda, mama mereka ketika masih kecil. Takkan kamu mahu perkara yang sama berlaku kepada anak kamu ini. Jika tidak kerana Khairul sendiri, fikirkanlah demi masa depan anak dalam kandungan kamu, demi Farhan dan Azim yang telah menganggap kamu bagaikan ibu kandung mereka sendiri." Emak Khairul tidak jemu-jemu memujukku agar kembali ke pangkuan mereka sekeluarga.
Aku mengangkat kepalaku lalu memandang wajah mulus Farhan dan Azim. Mereka duduk mendiamkan diri di pangkuan papa mereka. Kedua-duanya membisu. Aku sayangkan mereka. Terlalu sayangkan mereka. Mereka bagaikan nyawaku. Mana mungkin aku dapat hidup tanpa kehadiran gelak ketawa dan telatah nakal mereka. Aku amat merana di awal aku kehilangan mereka dulu. Dan kini aku diberi peluang untuk kembali menjadi ibu mereka. Sudah tentu aku dapat menjaga dan membelai mereka. Aku dapat memperdengarkan kisah sewaktu mereka hendak tidur. Aku dapat memasak makanan kegemaran mereka. Haruskah aku menerima peluang ini? Bolehkah ku hidup bersama keluarga ini dan menganggap kejadian itu semuanya seperti tidak pernah berlaku?

kasih di hujung rindu part 9

Bab 41 – Farah

Dua hari di rumah tanpa Farhan dan Azim, kurasakan begitu sepi sekali. Aku mulai rindukan gelak ketawa dan celoteh mereka berdua. Ketiadaan Khairul menambahkan kebosanan aku di sini. Kesihatanku semakin baik. Aku sudah tidak mengalami mual atau loya. Malah badanku juga semakin segar.

Di rumah aku hanya melakukan kerja-kerja ringan sahaja. Nasib baiklah anak-anak tiada di rumah. Tidaklah teruk aku mengemas barang-barang permainan mereka. Walaupun mereka nakal, namun tidaklah sampai membuatkan aku hilang sabar. Terutama sekali Farhan yang amat gemar mengusik adiknya, sekali-sekali memeningkan kepalaku juga. Apabila dia nampak seperti aku mahu memarahinya, dia akan cepat-cepat datang memelukku dan mengucup pipiku. Hilang perasaan marahku padanya.

Rindunya pada Farhan dan Azim. Rasanya elok aku ke sana untuk mengambil mereka. Lagipun esok, papanya sudah pulang. Lebih elok kalau ada anak-anak sekali. Rasa janggal pula bila tiada mereka. Kalau anak-anak tiada, sudah tentu aku terpaksa tidur di dalam biliknya. Ish… kenapa pula. Emak dan ayahkan sudah pulang. Jadi, bolehlah aku pindah semula ke dalam bilikku. Bagus juga. Selepas berkemas barulah aku pulang ke kampung untuk mengambil anak-anak.

Jika aku kembali ke bilikku semula, apa pula kata Khairul? Apa pula tanggapannya padaku nanti? Adakah apa yang aku lakukan itu betul atau mengeruhkan lagi suasana? Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan? Tambahan pula aku sedang mengandungkan zuriatnya. Wajarkah aku menyembunyikan tentang kandungan ini darinya? Padahal dia berhak tahu kerana dia adalah bakal ayah buat anakku ini. Jika aku memberitahu akan berita itu, apa pula tindakannya nanti? Pelbagai kemungkinan yang akan dilakukannya. Argghhh… aku buntu… buntu..!!!

Walau macam manapun aku tetap akan berpindah masuk semula ke bilikku. Aku tidak sanggup menghadapinya lagi. Tambahan pula keadaanku yang sudah berbadan dua ini, pasti menimbulkan syak terhadapnya jika aku mual atau loya sekali sekali. Dia sudah berpengalaman sebe lum ini sewaktu Linda menghamilkan Farhan dan Azim. Sudah tentu dia lali dengan keadaan orang mengandung.
Aku juga fikir, buat sementara ini biarlah ia menjadi rahsia dahulu. Keadaan kami tidak begitu baik
kebelakangan ini dan banyak masalah yang wujud di antara kami berdua. Aku sendiri yang bermasalah
sebenarnya. Tidak dapat menerima kehadirannya lagi walaupun aku tahu sudah banyak kali dia mencuba. Namun, hati ini begitu keras untuk menerimanya kembali.

Aku akui, perasaan kasih masih bersisa di hatiku. Cuma kesan perbuatan dan kata-katanya dahulu yang menjadi tembok pemisah perhubungan kami. Terlalu sukar untukku memaafkan dirinya. Adakah aku mementingkan diri sendiri? Tapi, aku rasa tidak. Anak-anaknya tetap kulayan dengan baik. Tidak sanggup aku berpisah dengan Farhan dan Azim. Mereka berdua bagaikan nyawaku.

Ah! Sudah lama aku mengelamun. Aku perlu mengemaskan barang-barang dan pakaianku ke dalam bilikku semula. Sekejap lagi aku perlu bergegas ke kampung untuk mengambil Farhan dan Azim.

Tanpa berlengah-lengah lagi aku terus menaiki anak tangga lalu menuju ke dalam bilik Khairul. Aku mengangkut kesemua barang-barang kepunyaanku masuk ke dalam bilikku semula. Dan aku mula mengemas dan meletakkan semua barang-barangku. Hampir sejam aku mengemaskan bilikku.

Setelah memastikan segalanya telah selesai, aku bersiap pula untuk ke kampung emak Khairul. Aku mahu membawa pulang Farhan dan Azim.

Aku memulakan perjalanan tepat pukul sepuluh pagi.

Bab 42 – Farah

Kedatanganku di sambut dingin oleh emak Khairul. Namun, dia agak terkejut melihat aku berada di hadapan rumahnya sebentar tadi. Setelah mempelawa aku masuk, dia membiarkan aku seorang diri di ruang tamu bersama Farhan dan Azim. Ayah Khairul pula keluar membeli barang di bandar.
"Ada apa kau datang ke sini?" Tiba-tiba sahaja emak Khairul muncul di belakangku sambil menatang dulang.

Aku agak tersentak. Namun, aku cuba berlagak selamba dan melemparkan senyuman. Azim pula duduk di atas ribaku. Farhan pula sedang memeluk leherku dari belakang. Aku tahu dia mahukan aku mengendongnya. Nampak sangat dia rindukan diriku ini. Tetapi kemesraan yang ditunjukkan oleh Farhan dan Azim seperti tidak disenangi oleh emak Khairul. Dia hanya menjeling sahaja kepada cucu-cucunya itu.

"Emmm… saya mahu bawa pulang Farhan dan Azim." Jawabku perlahan.

"Apa? Aku tak benarkan." Terpegun aku mendengar jawapan dari mulut emak. Kenapa pula?

"Emak…"

"Aku kata tak boleh, tak boleh. Selagi kau belum berhenti kerja, aku takkan benarkan kau ambil balik
cucu-cucu aku nie. Aku mahu kau berhenti dan jaga Farhan dan Azim sepenuh masa. Bukannya tinggalkan budak-budak ini kepada pengasuh. Lagipun Khairul berkahwin dengan kau dulupun sebab mahukan kau menjaga anak-anaknya."

Aku terdiam tanpa kata. Farhan dan Azim juga seperti terkejut apabila melihat opah mereka meninggikan suaranya kepadaku. Azim memeluk erat tubuhku. Aku tahu dia takut melihat perubahan pada suara opah mereka.

"Auntie Mama, naper opah marah-marah?" Farhan menyoalku. Aku berpaling kepadanya. Wajahnya kelihatan ketakutan.

"Tak adalah." Balasku lalu mengucup pipinya.

"Emak. Bukankah Khairul sudah berjanji bahawa bila tiba masanya nanti, saya akan berhenti kerja." Aku
cuba untuk memujuk emak agar membenarkan.

"Aku tak kata aku setuju." Pintas emak. Aku mengeluh perlahan. Nampaknya emak cuba untuk ‘menyerang’ku semasa ketiadaan ayah dan Khairul.

"Lagipun aku tengok kau sekarang sudah berubah. Badan kau pun makin berisi. Kau mengandungkah?" Pertanyaan yang keluar dari mulut emak bagaikan merentap nyawaku. Bagaimana emak dapat mengesan aku sedang hamil? Mukaku pucat kerana ketakutan rahsiaku akan bocor. Apa harus aku katakan?

"Tidak." Balasku sepatah. Emak merenung ke wajahku lalu tersenyum sinis.

"Aku hidup lagi lama dari kau. Aku dah masak dengan keadaan orang yang mengandung. Kau jangan nak berdalih dengan aku." Terlalu kasar bahasa yang emak gunakan kepadaku. Air mata sudah bergenang di kelopak mataku. Aku kuatkan hati agar tidak menitiskan air mata di hadapan emak.

"Mungkin juga. Saya belum pergi buat pemeriksaan. Tapi, mak… benarkan saya bawa pulang anak anak." Rayuku lagi. Kali ini emak berdiri sambil bercekak pinggang di hadapanku. Aku terkejut dengan tindakannya.

"Kau tak fahamkah? Aku kata tak boleh, maknanya tak bolehlah. Selagi kau tak turutkan kata-kata aku,
jangan harap kau dapat cucu-cucu aku ini. Sudah Farhan, Azim… mari ikut opah." Emak menengking aku di hadapan Farhan dan Azim. Kemudiannya dia terus menarik tangan Farhan dan Azim agar menurutnya. Tetapi mereka berdua berkeras dan terus mengeratkan pelukan padaku. Air mata sudah berderai di pipiku.
"Emak, jangan buat saya begini. Jangan pisahkan anak-anak dari saya." Ucapku bercampur sendu.

"Aku tak pisahkan mereka dari kau. Kau yang pisahkan mereka dari aku. Sejak kau ada di rumah itu, aku nie dah macam tak ada cucu-cucu. Selama mereka duduk di sini, nama kau tak pernah lekang dari mulut mereka. Apa yang dah buat pada cucu-cucu aku hah? Kau dah guna-gunakan mereka anak-beranak ya?" Begitu sekali tuduhan emak Khairul terhadapku. Sampai sanggup menuduh aku telah mengguna-gunakan mereka sekeluarga.

"Sampai hati emak tuduh Farah begitu. Farah tak pernah lakukan perbuatan syirik itu mak. Kasih sayang Farah pada anak-anak bukannya dibuat-buat dan Farah juga tahu kasih sayang anak-anak pada Farah juga bukannya dipaksa-paksa. Semuanya lahir secara semulajadi."
"Aku tak percaya. Kalau tidak takkan Khairul yang selama ini tidak pernah membantah kata-kataku,
tiba-tiba sahaja menolak cadangan aku dengan mentah-mentah. Aku tahu kau memang berniat buruk pada kami sekeluarga."

"Astaghfirullah… saya tak pernah lakukannya apa yang emak katakan itu, percayalah!" Lantas aku memegang tangan emak. Namun, ditepisnya tanganku. Hampir membuatkan aku hilang imbangan badan. Nasib baiklah aku sempat berpaut pada sofa.

"Aku mahu cucu-cucu aku. Kau boleh balik sendiri. Aku tak jemput pun kau datang ambil mereka di sini." Emak merampas Azim dari dukunganku. Menjerit-jerit anak kecil itu apabila diambil tanpa kerelaannya. Tangan Azim menggapai-gapai ke arahku. Apabila aku cuba menyambutnya, emak cepat-cepat membawa lari Azim lalu menguncinya ke dalam bilik. Aku hanya melihat gelagat emak tanpa kata. Hanya air mata sahaja yang berjujuran di pipiku.

"Farhan, mari sini!" Tinggi suara emak memerintahkan Farhan. Namun, Farhan memelukku erat. Aku juga memeluk Farhan dengan erat sekali.

"Kalau emak tak benarkan saya bawa balik kedua-duanya sekali, benarkanlah saya bawa Farhan sahaja." Rayuku lagi. Emak memandangku dengan bengis.

"Jangan harap kau hendak merampas cucu-cucu aku ini selagi aku masih hidup." Serentak dengan itu emak cuba merentap tangan Farhan dari dukunganku.

"Emak, tolonglah… saya merayu pada emak…"

Emak tidak menjawab sebaliknya terus berkeras menarik Farhan dari dukunganku. Pelukan Farhan makin lama makin longgar. Aku cemas.

"Emak…" Panggilku meminta simpati. Farhan sudah meraung kesakitan kerana tangannya direntap kasar.

Tak semena-mena emak menampar pipiku. Dan aku terlepas rangkulan Farhan akibat tamparan emak yang kuat itu membuatkan aku tersungkur di lantai. Aku terkedu dengan tindakan kasar emak kepadaku. Ternyata emak amat membenciku.

Aku berpaling ke arah emak. Dia sedang memegang erat tangan Farhan yang ketika itu sedang cuba melepaskan diri dari genggaman opahnya. Sekuat manalah kekuatan kanak-ka nak sekecil Farhan jika dibandingkan dengan opahnya.

"Emak, jangan begini. Saya tahu saya bukan menantu pilihan emak. Tapi, saya betul-betul sayangkan anak-anak Khairul. Mereka bagaikan nyawa saya. Jangan kerana saya mengandung, emak mahu pisahkan mereka dari saya. Jika beginilah, saya turutkan kemahuan emak. Saya akan berhenti, tapi benarkanlah saya bawa pulang anak-anak." Aku tidak berputus asa merayu agar emak membenarkan aku membawa balik Farhan dan Azim. Entah mengapa emak bersikap sebegini kasar dan menuduh aku
telah mengguna-gunakan Khairul anak-beranak semata-mata mahu merebut kasih sayang darinya.

"Huh! Kau buktikan dahulu. Dan kau jangan pula bersenang hati aku akan beri semula cucu-cucu aku
untuk kau jaga selepas kau berhenti kerja. Jangan harap! Lagipun kau sedang mengandungkan anak sendiri dan bakal mempunyai anak sendiri. Sudah tentu kau tidak akan pedulikan mereka berdua. Aku takkan biarkan cucu-cucuku terbiar. Aku akan jaga mereka dan kau pula jaga anak kau sendiri."

"Emakkkk…..!!!!" Jeritku lantang. Mengapa begini teruk sekali tanggapannya terhadapku. Aku bangun dan merapati emak. Farhan masih lagi menjerit-jerit pinta dilepaskan tangannya. Sungguh sedih aku melihat Farhan diperlakukan sebegitu. Dalam waktu yang sama, kedengaran suara Azim meraung-raung memanggil aku dari dalam bilik yang berkunci. Mana aku sanggup mendengar raungan yang meruntunkan jiwaku.

"Sudah, keluar kau dari sini! Aku tak mahu tengok muka kau." Emak menghalau aku. Namun, aku tetap berdiri dan cuba melepaskan cengkaman tangannya dari tangan Farhan.
"Emak, jangan buat Farhan dan Azim begini. Mereka masih kecil. Lepaskanlah tangan Farhan, sakit tangan dia mak."

"Kau jangan nak bermanis mulut di sini, pergi aku dari sini!" Sekali lagi dia menghalau aku. Kali ini dia menolak aku agar keluar dari rumahnya. Dia mencengkam lenganku lalu mendorong aku ke pintu. Aku hanya menurut. Namun, aku amat sedih apabila dia mengheret Farhan tanpa belas kasihan. Farhan kembali menjerit kesakitan. Aku rasa seperti mahu pecah dadaku melihat Farhan meraung kesakitan.

"Pergi kau dari sini. Jangan kau jejakkan kaki ke sini lagi." Serentak dengan itu pintu ditutup dengan kasar. Namun, aku cepat-cepat menghalangnya. Emak tidak berpuas hati lalu melepaskan cengkamannya dari Farhan dan cuba menutup pintu dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Ketika itulah Farhan terus keluar meluru kepadaku lantas memelukku erat. Emak terkejut apabila melihat Farhan sudah berada di dalam pelukanku.

"Farhan, mari sini!!" Jerkahnya. Farhan menggelengkan kepalanya. Aku menapak ke belakang.
"Kau mahu bawa ke mana cucu aku tu?" Soal emak lalu menerpa kepadaku dan merentap tangan Farhan. Aku yang sememangnya sudah lemah, tidak mampu menghalang emak dari merampas Farhan dariku. Farhan meraung kesakitan. Aku tahu, tangannya direntap kasar oleh emak.

"Emak… jangan buat Farhan begitu. Nanti tangannya patah. Jangan sakiti mereka. Kalau emak nak pukul, pukullah saya tapi jangan anak-anak saya. Mereka kecil lagi." Mendayu-dayu rayuanku kepada emak. Namun, sedikitpun tidak diperdulikan rayuanku itu.

"Anak-anak kau? Jangan mimpilah." Ucap emak dan kemudiannya terus berpaling sambil mendukung Farhan lalu terus hilang di sebalik pintu.

"Emak… buka pintu emak. Jangan begini. Saya minta ampun kerana telah menyakiti hati emak. Tapi, jangan pisahkan saya dengan anak-anak. Saya tak boleh hidup tanpa mereka. Benarkanlah saya bawa mereka pulang." Aku mengetuk-ngetuk pintu. Aku sudah tidak memperdulikan jiran-jiran di sebelah. Emak tidak membalas kata-kataku. Cuma kedengaran raungan tangisan Farhan dan Azim. Sedihnya hati aku mendnegar tangisan mereka. Tapi aku tak tahu apa yang boleh aku lakukan. Mengapa begini???

"Emaakkkk….."
Bab 43 – Khairul



Aku bergegas pulang apabila mendapat panggilan dari emak yang mengatakan bahawa Farhan dikejarkan ke hospital. Belum pun sempat aku bertanya mengapa, emak telah memutuskan talian. Nasib baiklah, waktu itu aku memang sudah berkira-kira mahu pulang setelah menyiapkan kerja-kerjaku.

Kenapa dengan Farhan? Dia cederakah? Mungkin juga demam atau kemalangan. Nauzubillah… minta dijauhkan perkara-perkara buruk dari terjadi terhadap anakku itu! Sebaik sahaja aku sampai di perkarangan hospital, aku terus memakir kereta dan berlari-lari anak menuju ke wad.

Dari jauh aku melihat emak dan ayah kelihatan begitu sugul sekali. Hatiku berasa tidak enak. Parahkah penyakit Farhan. Aku mendekati mereka dengan perasaan yang tidak menentu.

"Emak, ayah… bagaimana dengan keadaan Farhan?" Soalku sebaik sahaja sampai.

"Khairul…" Emak teresak-esak. Hatiku bertambah cuak.

"Ayah, macam mana dengan anak saya?" Aku menyoal ayah pula apabila melihat emak begitu sedih hingga tidak mampu untuk berkata-kata kepadaku.

"Entahlah Khairul. Ayah pun tak tahu macam mana benda nie boleh berlaku. Sebaik sahaja ayah sampai di rumah, ayah dengar Farhan meraung seperti kesakitan. Emak kamu pula sedang mengurut-urut tangannya. Kata emak kamu, Farah cuba melarikan Farhan dan Azim tetapi emak kamu tak benarkan. Tetapi, Farah berkeras dan menyentap tangan Farhan. Agaknya tergeliat tangan anak kamu itu." Beritahu lalu mengeluh perlahan.

"Ayah tak tahan tengok dia meraung begitu. Ayahpun bawalah ke hospital. Dah hampir sejam dia masuk sampai sekarang tak keluar-keluar." Sambung ayah kembali.

Aku menahan rasa di dalam hati. Tak mungkin Farah sanggup mengasari Farhan kerana dia terlalu menyayangi anak-anakku. Tapi, takkanlah pula emak mahu mengada-adakan cerita.

"Betulkah apa yang emak katakan ini?" Aku menyoal emak yang sedang duduk di atas kerusi. Serta merta emak mendongak kepadaku yang sedang berdiri.

"Kau tak percaya pada emak?" Emak menyoalku semula.

"Bukan begitu, tapi… tak mungkin Farah sanggup mengasari Farhan. Dia terlalu sayangkan Farhan, begitu juga dengan Azim."

Apabila mendengar bicaraku, tiba-tiba sahaja emak menyinga.

"Heh, depan kau tentulah dia tunjuk sayang. Belakang kau, ada kau tahu apa yang dia dah buat pada anak-anak kau tu. Depan aku pun dia berani buat anak-anak kau. Dah jadi begini pun, kau sanggup ketepikan emak semata-mata mahu menangkan bini kau tu. Aku dah agak akan jadi begini." Emak merengus kasar.

Terkedu aku mendengarnya. Aku keliru. Yang mana harus aku percayai. Naluriku atau kata-kata ibuku sendiri.

"Azim mana ayah?" Aku mengalihkan tumpuanku kepada ayah pula.

"Ayah tumpangkan dia pada Kak Ros sebelah rumah kita." Hambar sahaja ayah menjawab soalanku. Aku menganggukkan kepalaku. "Azim mana ayah?" Aku mengalihkan tumpuanku kepada ayah pula.

"Ayah tumpangkan dia pada Kak Ros sebelah rumah kita." Hambar sahaja ayah menjawab soalanku. Aku menganggukkan kepalaku.

Tiba-tiba sahaja pintu wad ditolak perlahan. Kelihatan seorang doktor muda keluar lalu melemparkan senyuman kepada kami bertiga. Aku terus mendapatkan doktor muda itu.

"Doktor, bagaimana dengan keadaan anak saya?"

"Encik ayahnya?" Soal dia pula. Aku segera menganggukkan kepala.

"Oh, encik tak perlu risau. Tangannya cuma tergeliat sedikit. Kemungkinan akibat ditarik atau direntap
dengan kuat. Jadi buat masa sekarang, tangannya terpaksa dibendunglah buat sementara waktu." Jawapan dari mulut doktor itu melegakan hatiku. Setelah bersalam dengan doktor kacak itu, aku menyandarkan badanku ke dinding.

"Emak mahu kau biarkan emak sahaja yang menjaga anak-anak kau itu. Emak dah tak percayakan dia lagi. Kalau ikutkan rasa marah aku nie, mahu saja aku suruh kau ceraikan dia."

"Emak…. Takkanlah sampai mahu saya buat begitu!" Aku cepat-cepat memintas kata-kata emak.

"Habis tu, apa yang kau nak buat? Takkan kau nak tutup mata sahaja dengan perangai bini kau yang mendera cucu-cucu aku nie? Kalau sayang sekalipun, takkan kau sanggup biarkan anak-anak kau jadi korban." Kata-kata emak menusuk ke hatiku. Namun, aku tidak segera membalas kata-kata emak. Aku hanya mendiamkan diri. Ayah pula sudah menghilangkan diri entah ke mana. Agaknya melihat Farhan.

Memang aku sayangkan dia, tapi dia sudah tidak sayangkan aku. Sudah bermacam-macam aku lakukan untuk mengembalikan kemesraan dulu… namun segala-galanya sia-sia saja. Dia sudah tidak memperdulikan akan diriku lagi. Walaupun begitu, tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu tetap dilakukan. Mana mungkin aku mendapat seorang wanita yang setabah dan sebaik Farah.

Tapi, ada kemungkinan juga dia melepaskan rasa marah dan tidak puas hatinya terhadapku kepada Farhan dan Azim. Tapi, tak mungkin!! Farah bukannya begitu. Dia terlalu menyayangi Farhan dan Azim.

"Apa yang kau menungkan? Kau masih tak percaya akan kata-kata emak?" Tiba-tiba sahaja suara emak menerjah ke corong telingaku.

"Bukan begitu, cuma…."

"Emak tahu kau tak percaya dengan apa yang emak katakan itu. Tapi, kau fikirlah sendiri Khairul. Emak
sayangkan cucu-cucu emak. Emak juga tidak sanggup biarkan mereka diperlakukan sebegitu. Takkanlah emak mahu mengada-adakan cerita apabila melihat hal-hal seperti ini. Lagipun emak lihat kau dengan Farah tidaklah seperti suami dan isteri yang lain. Selama emak dan ayah berada di rumah kamu, emak tahu kamu berdua sedang bermasalah. Kamu berdua seperti menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan emak dan ayah. Tapi, emak takkan memaksa kamu memberitahunya. Itu masalah rumahtangga kamu. Emak tak mahu masuk campur. Pandai-pandailah kau urus dan selesaikannya. Dalam hidup berumahtangga memang perlu ada sikap saling percaya antara satu sama lain tetapi perlu juga ada sikap berwaspada. Perangai manusia sukar untuk dijangka. Emak bukannya mahu menghasut, tapi kau dan tengok apa yang sudah terjadi pada anak kau. Takkanlah kau mahu diamkan saja apa yang Farah sudah lakukan. Kau perlu bertindak Khairul. Kau perlu bertegas. Farhan dan Azim sajalah a nak-anak kau. Tiada yang lain lagi. Hari ini nasib baiklah tangannya cuma tergeliat, esok lusa…" Bicara emak terhenti di situ. Emak menepuk-nepuk bahuku lalu berlalu dari sisiku. Terkedu aku mengamati kata-kata emak sebentar tadi. Tak mungkin emak mahu mengada-adakan cerita semata-mata mahu meruntuhkan rumahtangga anaknya sendiri.

Tiba-tiba sahaja perasaan marah terhadap Farah meluap-luap. Tidak aku sangka dia sanggup memperlakukan Farhan sebegitu sekali. Kalau dahulu, dia mencurahkan kasih sayangnya kepada anak kecil itu, tapi sekarang lantaran dendamnya kepadaku, dia sanggup engasari anak kecil itu. Sungguh aku tidak menyangka, wanita yang berwajah lembut dan penuh keibuan boleh bertukar watak dan rupa sebegini.

Farah, abang tak sangka kau sanggup buat begitu kepada
Farhan!!!

Bab 44 - Farah


Masih ternging-ngiang lagi akan tutur bicara Khairul telah yang menghancurkan hati wanitaku ini. Namun apalah dayaku untuk mempertahankan kebenaran sedangkan fikirannya sudah diracuni dengan kata-kata emaknya. Aku masih ingat lagi peristiwa lewat petang tadi...

"Farah! Abang tidak menyangka Farah sanggup buat begitu pada Farhan. Sampai hati Farah mencederakan Farhan. Bukankah dahulu, Farah amat menyayanginya." Ucapnya sebaik sahaja muncul di dalam rumah.

"Farhan cedera? Terukkah bang? Macam mana dengan keadaannya sekarang?" Aku mula gelabah apabila mengetahui Farhan cedera.

"Tak usah berpura-pura bertanya pada abang sedangkan Farah sudah ada jawapannya." Sinis sekali sindiran yang diberikan kepadaku.

"Apa maksud abang? Farah tak faham?" Aku semakin keliru.

"Tak faham? Baiklah, sekarang abang akan buat Farah faham. Dengar sini!" Seraya dengan itu dia mendekati aku lalu mencengkam bahuku dengan kuat. Aku menyeringai kesakitan.

"Sakit bang." Aku mengaduh kesakitan.

"Tahupun kau sakit. Habis, bagaimana dengan Farhan yang kau buat sampai tangannya hampir patah? Budak sekecil itu, sudah tentu tidak tahan menanggung kesakitan seperti itu." Aku terkaku mendengar
kata-kata Khairul. Bibirku bergerak-gerak, cuba untuk menuturkan ayat. Belumpun sempat aku mengeluarkan kata-kata, Khairul sudahpun memintas.

"Abang tahu, abang tidak dapat menjadi suami yang baik untuk Farah. Namun, sejak kebelakangan ini... abang cuba untuk memperbaiki keadaan kita. Tetapi, Farah secara dalam diam-diam telah menolak abang mentah-mentah. Dan Farah melepaskan rasa marah Farah terhadap abang pada Farhan. Dia tidak bersalah. Mengapa harus Farah buat begitu pada dia?" Wajah Khairul yang menyinga tadi tiba-tiba sahaja bertukar muram.

"Farah tak pernah melakukannya bang..." Aku bersuara perlahan. Air mata sudah lama membanjiri pipiku. Aku hanya membiarkannya ia mengalir di pipiku.
"Sudahlah Farah. Mengaku sajalah. Mengapa harus menyembunyikan kenyataan yang sudah terserlah kebenarannya."

"Sumpah bang, Farah tak pernah lakukan apa yang abang katakan itu. Percayalah." Aku merayu kepadanya. Tanganku memegang wajahnya. Namun segera dia menepis tanganku. Tersentak aku dengan perbuatannya itu. Dia terus berpaling lalu menumbuk dinding, melepaskan kemarahannya.

"Abang..." Panggilku lalu mendekatinya. Aku menjamah belakangnya. Tiada reaksi. Lantas aku memeluknya dari belakang. Terdengar keluhan darinya.

"Percayalah abang, Farah takkan sanggup biarkan seekor nyamukpun menggigit anak-anak inikan pula mahu mencederakan mereka... tidak sekali-kali. Percayalah pada Farah." Rayuku lagi.
"Sudah!!! Jangan kau berpura-pura lagi. Emak sudah menceritakan segala-galanya pada abang. Kau telah merampas Farhan dari dukungan emak dan kau cuba melarikan anak-anak. Apa yang Farah lakukan ini? Mengapa harus mahu melarikan mereka. Emak itu, opah mereka. Bukannya orang lain!"

Apa? Aku cuba melarikan Farhan dan Azim? Emak menuduh aku telah menyebabkan Farhan cedera? Mengapa emak melakukan semua ini kepada aku? Mengapa??

"Mengapa diam? Terkejut kerana rahsia sebenar sudah terbongkar?" Khairul menyindirku lalu mengrungkaikan pelukanku.

"Tak bang. Bukan Farah, emak... emak yang merampas Farhan dari pelukan Farah. Emak juga mengheret Farhan dan mengurung Azim di dalam bilik semata-mata tidak mahu membenarkan mereka pulang bersama Farah. Emak sengaja mahu memisahkan anak-anak dari Farah. Emak mahu Farah berhenti kerja dan selagi Farah tidak menyanggupinya, dia takkan benarkan Farah membawa balik Farhan dan Azim. Tetapi, setelah Farah bersetuju, emak tetap tidak mahu memulangkan anak-anak pada Farah. Farah tak boleh hidup tanpa Farhan dan Azim. Tetapi, sumpah bang... bukan Farah yang menyebabkan tangan Farhan jadi begitu"Aku cuba untuk membela diriku sendiri. Namun, riak wajah Khairul tetap tidak berubah. Di wajahnya tergambar perasaan benci yang meluap-luap terhadapku.

"Kau menuduh emak pula?" Soalnya sambil mengetap gigi.

"Abang, percayalah. Abang kenal hati budi Farah. Farah takkan lakukan semua itu pada anak-anak."

"Jadi, Farah kata emak sengaja mengada-adakan cerita ini?" Suaranya menengking aku. Aku terasa begitu kerdil di hadapannya tika itu.

"Bukan itu maksud Farah. Bukan Farah mahu memburuk-burukkan emak, tapi kenyataan! Tolonglah abang... Farah merayu..."Aku terus melutut dan memeluk kakinya. Namun sedikitpun dia tidak memperdulikan diriku.

"Abang tidak menyangka Farah begini. Abang sangkakan Farah mulia, tapi perangai Farah tak ubah seperti perempuan jalang di jalanan."

"Abang!!!"

Air mata kembali mengalir lesu di wajahku. Entah bera pa lama aku berkeadaan begini. Semenjak aku sampai lewat malam, hinggalah kini... air mata tidak jemu-jemu menemaniku. Tidak aku menyangka dia sanggup menghina aku sedemikian. Dia menyamakan tarafku seperti perempuan jalanan yang tidak bermaruah. Mengapa dia berubah begini? Dahulu, akulah yang disayanginya walaupun tahu aku tidak disukai oleh emaknya. Tapi kini... mengapa dia berubah? Adakah kerana hasutan dari emaknya hingga dia sanggup melontarkan kata-kata sebegitu kesat terhadapku.

Kemuncak pertengkaran kami, akhirnya aku dihalau keluar dari rumah itu. Walaupun sudah puas aku merayu kepadanya. Namun, sedikitpun dia tidak sudi memandang wajahku.

"Keluar kau dari sini. Aku tak mahu melihat wajah kau di dalam rumah ini lagi. Kau boleh bawa apa sahaja barang yang kau mahu. Tetapi, jangan sekali-kali kau jejakkan kaki kau di rumah ini lagi."
Begitulah kata-katanya. Tika itu azan maghrib sedang berkumandang. Terasa hancur luluh hatiku setelah
dihalau bagaikan anjing kurap. Ke mana harus kutuju? Aku tiada siapa di sini. Balik kampung? Aku tak mahu menyusahkan hati emak dan abah. Pergi ke rumah Hanim? Aku tak mahu menyusahkan dia. Akhirnya aku kembali ke rumah yang aku duduki sebelum berkahwin dengan Khairul. Aku bernasib baik kerana masih menyimpan kunci rumah ini. Rumah ini adalah kepunyaan emak dan abah. Dengan langkah yang longlai, setelah mengemaskan pakaian dan barang-barangku, aku keluar dari rumah itu dengan perasaan yang begitu berat. Tetapi aku sempat mencapai gambar-gambar Farhan dan Azim serta beberapa helaian pakaian mereka buat mengubat rinduku.
Jam berdenting lima kali. Namun mataku masih lagi terbuka di dalam kegelapan. Air mata sudah kering. Aku memikirkan nasibku setelah apa yang berlaku siang tadi. Bagaimana aku mahu teruskan hidup dalam keadaanku yang begini? Dalam keadaan aku yang berbadan dua, seharusnya mendapat belaian, jagaan dan kasih sayang dari suami. Tapi, kini... aku terkapai-kapai seorang diri untuk meneruskan kehidupan ini. Mampukah aku untuk mengharungi hidup ini?
Bab 45 - Khairul

Waraskah aku dengan tindakanku menghalau isteriku keluar dari rumah? Kejamkah aku membiarkan dirinya membawa diri seorang diri malam begini? Ke mana hendak dia tuju? Di mana dia hendak berlindung? Aku sayangkan dia. Sungguh... aku terlalu menyayanginya. Namun aku tidak dapat menerima jika dia telah menyakiti anakku lalu menuduh emak yang bertanggungjawab di atas kecederaan Farhan.

Hanya Farhan dan Azim sahajalah 'harta' yang ditinggalkan oleh Linda padaku. Mereka aku tatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan mereka aku penuhi. Dan kerana mereka jugalah, hingga kini aku
tetap gagah berdiri dan terus bersemangat meneruskan hidup setelah kehilangan ibu mereka yang juga isteriku, Linda.

Namun, dengan kehadiran Farah dalam keluargaku... diharapkan dapat menyingkirkan kegelapan dan kesuraman yang selama ini membelenggu hidup kami tiga beranak. Farah berjaya menceriakan kembali hidup kami. Tapi, aku sendiri yang tak sudah-sudah menyakiti dan menyeksa perasaannya. Aku sebenarnya yang bersalah. Aku jugalah yang menjadi punca kepada apa yang telah Farah lakukan kepada Farhan. Akuuu...

"Papa, mana Auntie Mama?" Suara Farhan menyentap aku dari lamunan yang panjang. Aku menumpukan perhatianku kepada Farhan. Aku mengusap-usap rambutnya. Dia memandangku seolah-olah menantikan jawapan.

"Auntie Mama tak ada." Jawabku perlahan.

"Auntie Mama pegi mana?" Dia masih tidak berpuas hati.

"Papa tak tahu." Balasku lagi.

"Sian Auntie Mama..." Keluh Farhan. Keluhan Farhan menarik perhatianku.

"Kenapa pula kesian pada Auntie Mama?" Aku pula menyoalnya. Aku membetulkan gebarnya yang hampir melurut ke bawah. Tika ini aku sudah membawa pulang Farhan ke rumah emak memandangkan kecederaan yang dihadapinya tidak terlalu serius.

"Tadi opah marah Auntie Mama. Auntie Mama nangis. Auntie Mama nak bawa A'an balik. Opah tak beri. Auntie Mama dukung A'an. Lepas tu, opah tolak Auntie Mama. Auntie Mama jatuh. Sian Auntie Mama." Terkedu aku mendengar kata-kat a Farhan. Betulkah apa yang aku dengar ini? Farhan sudah mula terisak-isak. Seolah-olah turut merasai kesedihan dan kesakitan yang Farah hadapi.

"Betul ke? Jadi, siapa yang buat tangan A'an sakit?" Dadaku berdebar-debar menantikan jawapan dari Farhan. Aku mengesat air mata yang mengalir dari pipi gebu anakku.

"Opah!" Hah? Emak yang lakukan? Tapi, kata emak tadi Farah yang lakukan. Sudah bercanggah cerita yang aku terima. Tapi, mungkin boleh juga Farhan berbohong. Tapi, bolehkan budak sekecil Farhan mereka-reka cerita? Mungkin juga kerana dalam usia sebegini, mereka lebih banyak berimiginasi. Tambahan pula dia teramat sayangkan Farah.

"Oklah sayang. A'an tidur ya! Papa pun dah penat."Pujukku sambil menepuk-nepuk perlahan tangan Farhan.
"A'an nak Auntie Mama!" Bentaknya lalu kembali terisak-isak.

"Papa tak tahu mana Auntie Mama pergi?"
"Papa carilah..." Pinta Farhan. Aku mengeluh perlahan lalu menganggukkan kepala sekadar untuk memuaskan hatinya. Setelah yakin dengan diriku akan mencari Auntie Mamanya, barulah dia memejamkan mata. Aku menghela nafas lega.

"Tadi, opah kurung adik dalam bilik." Tiba-tiba sahaja Farhan kembali bersuara. Dahiku berkerut mendengar kata-kata Azim.

"Opah kurung adik?" Aku menyoalnya kembali. Dia mengangguk pantas.

"Kenapa?"

"Sebab adik nak ikut Auntie Mama balik." Selepas berkata begitu dia kembli memejamkan matanya semula.

Kepalaku makin berserabut dengan cerita Farhan. Farhan menyatakan bahawa emak yang membuatkan tangannya terseliuh dan emak juga telah mengurung Azim di dalam bilik. Mengapa emak lakukan semua itu. Dan betulkah emak yang lakukannya? Sanggupkah emak bersikap sebegitu semata-mata kerana bencikan Farah? Emak takkan begitu sikapnya. Tapi, kata-kata Farhan juga tidak boleh dipandang remeh. Mungkin dia bercakap benar dan emak pula mereka cerita. Tak mungkin emak begitu. Tetapi, jika didorong dengan rasa bencinya terhadap Farah, tidak mungkin dia akan lakukan begini. Tapi, mengapa emak sanggup buat begitu?
Bab 46 - Khairul

Kepalaku berserabut asyik teringatkan permintaan dari Farhan yang mahu dicarikan Auntie Mamanya. Azim juga asyik memanggil namanya dan sejak kebelakangan ini, kesihatan mereka juga tidak begitu baik. Mungkin kerana teramat rindukan Farah. Hampir sebulan Farah keluar dari rumah setelah aku menghalaunya. Dan sampai sekarang juga aku tidak tahu di mana dia berada dan apa yang berlaku padanya.

Pernah juga aku terserempak dengan Hanim, rakan sepejabatnya. Sekadar berbalas senyuman apabila bertemu di dalam lif. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Lidahku kelu untuk bertanyakan tentang Farah. Takut jika aku tersalah bicara, mungkin akan menimbulkan kehairanan dan tanda tanya pada dirinya.

"Apa yang kau menungkan tu?" Sergah ayah dari belakang menyentakkan lamunanku. Aku membetulkan kedudukanku di kerusi.

"Tak ada apa-apa ayah." Jawabku perlahan.

"Teringatkan Farahkah?" Duga ayah. Aku hanya tersenyum. Ayah juga turut tersenyum.

"Ayah tak nampak apa pincangnya Farah tu pada kau. Malah secara jujur ayah katakan, ayah tidak percaya yang dia sanggup mencederakan anak-anak kau. Dan bukan juga ayah mahu menuduh emak kau yang bertanggungjawab. Mungkin ada salah faham yang berlaku antara emak kau dan Farah. Hanya mereka berdua yang tahu hal sebenarnya. Ayah sendiri pun tak tahu apa yang terjadi pada hari itu. Yang ayah tahu, apabila ayah sampai sahaja di rumah, emak kau menggesa ayah membawa Farhan ke hospital." Ayah menarik nafas sebentar. Aku menumpukan perhatianku kepada ayah. Sedikit sebanyak kata-kata ayah menusuk ke dalam fikiranku.

"Farhan dan Azim juga ayah tengok teramat rindukan Farah. Setiap masa mereka asyik menyebut-nyebut nama mama mereka. Kau tahu-tahu sajalah emak kau tu. Bukannya suka sangat cucu-cucu dia tu asyik menyebut si Farah. Bertambah marah dan sakit hati dia. Kadang-kadang ayah kasihan melihat emak kau tu. Dia cuba untuk mengambil perhatian Farhan dan Azim. Tapi, nampaknya budak-budak tu terlalu sayangkan Farah hinggakan emak kau mer asa dia tersisih dari mendapat kasih sayang dari cucu-cucunya sendiri. Budak-budak… bukannya mereka tahu tentang hati dan perasaan orang dewasa. Kesihatan Farhan dan Azim juga ayah tengok semakin teruk kebelakangan ini. Badan mereka agak panas. Dah berapa lama begitu?" Berkerut dahinya ayah menyoalku.

"Dah hampir seminggu ayah." Aku menjawab tanpa memandang wajah ayah. Kedengaran ayah mengeluh.

"Hmmm… kau sendiri tengok. Nampak sangat mereka rindukan Farah. Sudahlah Khairul. Pergilah cari Farah semula dan bawa dia pulang. Kalau betul-betul dia bersalah, maafkan sajalah kesalahannya. Mungkin dia ada sebab-sebab tersendiri hingga memaksanya buat begitu. Tapi, satu sikap kau yang ayah kesalkan sangat. Kau menghukumnya sebelum sempat dia membukti bahawa dirinya tidak bersalah. Kau menghakiminya dengan perasaan marah kau bukannya dengan fikiran rasional kau. Andainya Farah tidak bersalah dalam hal ini, kau akan menyesal buat selama-lamanya. Hatinya sudah terluka." Terkedu aku mendengar bicara ayah. Air liur yang kutelan dirasakan begitu pahit.

"Adakah saya sudah silap membuat keputusan ayah?" Pertanyaanku disambut dengan senyuman sinis dari ayah.

"Jangan tanya ayah, tanya diri kau sendiri. Tanya diri kau samada apa yang kau lakukan itu betul atau salah? Adil atau tidak?" Aku mencengkam rambutku. Seribu kesalan menyesakkan kepalaku.

"Saya tak tahu dia di mana sekarang?" Akhirnya aku mengalah. Aku sendiri mengaku yang aku juga turut
merindui Farah. Rumahku terasa begitu sunyi tanpa kehadiran Farah. Akibat tidak tertahan dengan kesunyian yang melanda, setiap minggu aku membawa pulang Farhan dan Azim ke kampung. Dan sekarang ini, aku berada di kampung.

"Kaukan tahu tempat kerjanya. Cuba cari di sana. Mungkin kawan-kawannya juga dapat membantu. Ikhtiarlah Khairul. Janganlah kau mensia-siakan perempuan sebaik Farah itu." Sekali lagi aku terkedu mendengar kata-kata ayah.

Mengapa ayah berkata begitu? Adakah aku telah silap membuat keputusan? Perempuan sebaik Farah telah a ku lepaskan hanya kerana salah faham yang berlaku. Tapi, benarkah apa yang Farhan ceritakan padaku dulu. Benarkah emak yang bertanggungjawab ke atas kecederaan yang Farhan alami? Ingin aku bertanya sendiri pada emak, tetapi aku batalkan sahaja niatku itu. Aku tidak mahu emak menuduh aku tidak mempercayainya. Hati emak perlu aku jaga, tetapi hati Farah? Aku telah melukakan hatinya malah telah menghinanya.

Di mana harus aku mencarinya? Tidakkah dia merindui Farhan dan Azim sebagaimana anak-anak itu merinduinya? Andainya aku dapat mencarinya, mahukah dia kembali hidup bersama aku dan anak-anak? Dapatkah dia memaafkan diriku?

"Sudahlah Khairul. Dengar kata ayah. Pergilah cari dia. Bawa dia pulang. Insyaallah, demi Farhan dan Azim, dia akan kembali semula pada kau. Cuma yang perlu aku lakukan hanya mencari dan memujuknya untuk kembali." Ayah menepuk-nepuk bahuku lalu beredar dan meninggalkan aku termangu-mangu seorang diri di ruang tamu.

"Papaa…" Kedengaran suara rengekan dari Azim. Dia sedang terisak-isak sambil berlari-lari anak
mendapatkan aku.

"Kenapa nie sayang?" Soalku lalu mengangkatnya lalu aku letakkan dia di atas ribaku.

"Opah jahat! Dia pukul adik…" Azim terus terisak-isak di pangkuanku. Aku memujuknya lantas aku mendukungnya. Aku mencari-cari kelibat emak. Seketika kemudian aku terdengar riuh-rendah di dapur. Aku mengaturkan langkahku menuju ke dapur.

"Kenapa dengan kau nie ha? Degil sangat? Makan sajalah apa yang opah masak!" Kedengaran suara emak meninggi dari ruang dapur. Aku mempercepatkan langkahku. Aku sampai di ambang pintu. Kelihatan emak sedang melayan Farhan makan.

"Opah masak tak cedap. A’an nak Auntie Mama juga masak." Bentak Farhan lalu menolak pinggan berisi
bubur nasi.

"Eh, eh budak nie! Ini mesti perempuan tu lah yang ajar jadi biadap macam nie." Muka emak menyinga
apabila nama Farah disebut-sebut oleh Farhan.

"Opah jahat! Opah pukul Auntie Mama. Sebab tu la Auntie Mama lari. Tak balik-balik." Farhan masih lagi memb entak. Tetapi emak nampaknya sudah hilang sabar, lalu mengangkat tangan dan cuba untuk menampar pipi Farhan.

"Emak!!!" Tahanku lalu cepat-cepat menghampiri mereka. Emak kelihatan serba salah dan sedikit cemas.

"Tengoklah anak kau nie. Nak suruh makan pun susah. Tak kuasa aku nak layan lagi. Kau sendiri sajalah yang beri anak kau makan." Kata emak lalu terus berpaling dan beredar dari situ.

Aku terkejut melihat tindakan emak tadi yang hampir mahu menampar Farhan. Hanya kerana Farhan asyik menyebut tentang Farah, emak seperti hilang pertimbangan dan tak dapat menahan sabar. Emak juga seperti teramat bencikan Farah. Nampaknya aku sudah dapat tahu jawapannya. Tidak syak lagi. Jadi, betullah tanggapan ayah selama ini dan apa yang Farhan beritahu kepadaku, semuanya benar belaka.

Farah… abang bersalah terhadap kau. Abang telah menghukum kau tanpa memberi peluang kepada kau untuk membuktikan kebenaran. Maafkanlah abang Farah. Terlalu besar dosa abang terhadap kau. Di manakah kau berada sekarang sayang?