Jumaat, 31 Julai 2009

CARA UNTUK MENJAUHKAN KENDERAAN DARI BERLAKU KEMALANGAN

Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, sila lakukan seperti berikut:-

1. Sediakan air dalam satu bekas.

2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali.

Setiap 3 kali di baca ayat yang di terangkan, hendaklah di tiupkan ke dalam air.

3. Setelah melakukan perkara yang di sebutkan di atas, siramkan air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-

· Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.

· Dari depan ke kiri.

· Dari kiri ke belakang.

· Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.

Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, Insyaallah anda tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Perhatian: perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.

Sesungguhnya ini adalah salah satu usaha dengan menggunakan ayat2 Allah. Kita kene ingat bahawa Qada' dan Qadar itu ketentuan Allah. Jika Allah berkehendakkan sesuatu berlaku Dia Maha Berkuasa kita hanya berikhtiar dan merancang sahaja. Cuma sentiasalah pohon Rahmat dan Perlindungan dari_NYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan