Jumaat, 31 Julai 2009

12 PERKARA YANG PERLU KITA KETAHUI HARI INI

Daripada Muaz bin Jabal, sesungguhnya beliau telah bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W mengenai ayat:
Maka menangis Rasulullah sehingga basah bajunya seraya bersabda:
Wahai Muaz, sesungguhnya engkau telah bertanya kepada aku mengenai perkara yang paling besar. Yang mana umat aku akan dibangkitkan di Padang Masyar dalam dua belas gambaran.

Pertama :Akan dibangkit dari kubur dengan tanpa tangan dan kaki.
Bertanya Muaz,apakah dosa mereka, ucap Rasulullah S.A.W :
Itulah mereka yang menyakiti jiran.

Kedua :Akan dibangkit dengan rupa seekor babi yang hitam.
Para sahabat bertanya, apakah dosa mereka? Jawab Baginda,
Itulah melengah-lengahkan solat lima waktu.

Ketiga :Mereka yang tidak mengeluarkan zakat dari kubur dengan rupa perut yang buncit seperti bukit yang ular dan jengking.

Keempat :Satu golongan yang akan dibangkitkan dengan rupa buruk serta darah dan nanah yang mengalir dari mulut mereka. Baginda Rasulullah S.A.W menerangkan itulah mereka yang menipu dalam urusan jual beli.

Kelima :Akan dibangkitkan dari kubur mereka dengan rupa bengkak-bengkak dan baunya Lebih busuk dari bangkai manusia. Sahabat bertanya lagi siapakah itu?Rasulullah S.A.W menjelaskan, itulah mereka yang menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, sebaliknya tidak takut akan Allah.

Keenam :Akan dibangkitkan dari kubur mereka dengan rupa terpotong tanpa kepala. Apakah dosa mereka, tanya sahabat. Rasulullah S.A.W menyatakan , itulah golongan saksi yang bohong.

Ketujuh :Akan dibangkitkan daripada kubur dengan rupa yang buruk tanpa lidah serta mengalir nanah, darah dan air busuk dari mulutnya. Siapakah mereka? JawabRasulullah, itulah mereka yang tidak mahu menjadi saksi kepada kebenaran.

Kelapan :Akan dibangkitkan daripada kubur mereka dengan rupa hitam mata biru dan perut mereka bersinar-sinar dipenuhi api neraka. Siapakah mereka itu?.Jawab Rasulullah S.A.W itulah mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

Kesembilan :Akan dibangkit daripada kubur mereka dengan rupa terbalik yang mana berjalan dengan kepala dan kali sebelah atas. Dosa apakah mereka itu wahai Rasulullah. itulah mereka yang berzina kemudian mati tidak bertaubat.

Kesepuluh :Akan dibangkit daripada kubur mereka dengan rupa hodoh di mana penuh dengan penyakit sopak balar dan kurap. Siapakan mereka itu. Jawab Rasulullah, ituah mereka yang derhaka kepada ibu bapa mereka.

Kesebelas :Akan dibangkit daripada kubur mereka hati, mata, gigi mereka seperti tanduk kerbau, bibir mulut mereka besar hingga menutupi paras dada, lidah mereka panjang hingga sampai atas perut dan paha, manakala keluar daripada perut mereka air nanah dan darah yang busuk. Siapakah mereka itu. Jawab Rasulullah SAW, itulah mereka yang meminum arak.

Keduabelas :Akan dibangkit dari kubur mereka dengan rupa bercahaya mukanya seperti bulan penuh purnama dan berjalan atas titian Siratun Mustaqim seperti kilat menyambar. Siapakah mereka itu, bertanya sahabat. Itulah mereka yang sentiasa melakukan perkara baik. Mereka itu menjauhkan perkara maksiat,mereka itu menjaga sembahyang lima waktunya dan mati selepas bertaubat, syurgalah balasan yang baik bagi mereka.

Kita sebagai umat Islam seharusnya insaf dan sedar, sesungguhnya kehidupan yang kita lalui ini hanyalah sementara sahaja. Lantaran itu, janganlah kita terpedaya dan hanyut dalam keenakkan dan keseronokan dunia sehingga kita melupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT. Lakukanlah amalan-amalan yang boleh meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, dalam pada masa yang sama mempergunakan dunia ini sebagai jambatan menuju ke negeri yang kekal abadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan