Sabtu, 27 Jun 2009

Doa keselamatan dalam bahasa Melayu

kenapa rasa sedih bila dengar doa keselamatan oleh syamil... merdunye suara,... sedih... sayu... tidak jemu walau diulang berjuta kali....

"Ya Allah, jadikanlah aku dikasihi pada hati-hati mereka yang berimandan gembirakanlah aku sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya."

"Ya Allah ya Tuhan ku, kurniakan aku rahmat dari sisiMu, dan berilah petunjuk kepadaku dalam urusanku dengan segala petunjuk, Mudahkanlah urusanku ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Allah wahai yang paling mengasihi daripada segala yang mengasihani."

"Cukuplah Allah untuk (menolong) aku, dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah padaNya segala urusanku)"

"Wahai Tuhan ku, anugerahkan lah kepadaku agar isteriku dan anak cucuku menjadi penyenang hati ku dan jadikanlah aku pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa."

"Ya Allah muliakan aku dengan tercapainya hajatku dan berilah aku kekuatan dalam menta'atiMu."

"Ya Tuhan ku, kurniakanlah kesabaran ke atas diriku, dan tetapkanlah pendirianku dan tolonglah aku menghadapi orang-orang yang kafir."

ameen.


Selasa, 16 Jun 2009

kisah si pendayung sampan....

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudiandigoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuatkajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya diaberkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'' OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu.Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan...'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.'Hampir semur hidup saya.' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi. 'Ya'..'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?' Tanya Professor itu.Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itubertanya lagi, 'Kamu tahu geografi?'Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?' Professor itu masih lagi bertanya...Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.' Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.

Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,'Kamu tahu berenang?'Professor itu menggelengkan kepala.'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.' Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story:Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?

Khamis, 11 Jun 2009

SETIAKU DISINI (last part)

Aku meminta supaya Haikal memberikan aku sedikit masa lagi sebelum aku mulaberpindah ke kediamannya. Aku perlu carikan seseorang untuk menemani Dilla .Aku tak mahu Dilla bersendirian. Aku mungkin akan berpindah untuk tinggalbersamanya setelah habis seminar yang terpaksa ku hadiri untuk tiga haribermula minggu depan. Aku singgah di rumah ummi dan abah setelah selesai seminar yang aku hadiriuntuk tiga hari itu. Ingin sekali ku khabarkan pada mereka yang ‘suamiku’ sudahpulang. Ingin sekali ku ceritakan bahawa kesetiaan dan penantian ku selama inisudah berbayar. Ingin sekali kegembiraan yang ku rasai di kongsi bersamadengan orang-orang yang tersayang. Senyuman menemaniku sepanjang perjalanan.Bermula minggu hadapan , kehidupan ku pasti kan berubah. Aku akan tinggalbersama seseorang yang akan menjadi pelindungku selagi hayat di kandung badan.Itu adalah janjinya. Aku menekan loceng pintu sambil menunggu . Tak sabar rasanya untuk meluahkankegembiraan yang ku rasa kini. Wajah insan yang paling ku sayang berdiri dimuka pintu sebaik sahaja daun pintu di buka. Aku lantas mencium tangan lalumemeluk ummi erat sekali. Hatiku berdetik seketika. Kemana perginya senyumanyang selalu meniti di bibir ummi. Kenapa dingin sekali sambutan ummi kali ini.Marahkah ummi padaku kerana sudah lama tidak pulang kesini ?? Ku renung wajahtua itu lama sekali. Wajah ummi seolah tidak sudi untuk merima kepulangankukali ini. “Ummi… kenapa..? Ummi tak sihat ye.. ?” Tanyaku sambil meraba pipi dan leher ummi. Wajah itu kelihatan serba salah.Tidak semena-mena , ummi pantas memeluk dan menangis hiba di bahuku. Akuterkedu. Kenapa sikap ummi betul-betul berlainan hari ini. “Maafkan ummi Hanis. Bukan pinta ummi atas apa yang berlaku ini. Maafkan ummiye sayang. ” Aku semakin kebingungan. Tangisan ummi di bahuku semakin menjadi-jadi.Pelukkannya masih tidak di lepaskan. Aku memandang kedalam mencari kelibatabah. Apakah yang berlaku dengan mereka. Aku membiarkan ummi dengan esakkannyasambil mengusap lembut belakang ummi. Perlukan aku membuka mulut untuk bertanyadalam keadaan ummi sekarang..? Seketika kemudian terdengar satu suara menyebut namaku dari luar. “Hanis !!!! ” Aku merenggangkan pelukkan ummi dan menoleh kebelakang. Abah berdiri tak jauhdariku. Aku buntu. Kenapa airmuka abah begitu sekali. Abah seolah-olahmengalami satu kejutan. Dahinya di kerutkan. Perlahan dia berjalan dan duduk dikerusi rehat di sebelah porch kereta sambil meraup-raup wajahnya beberapa kali.Aku semakin kehairanan. Malapetaka apakah yang melanda keluarga ini.. ? Ummi menarik tanganku lembut dan keluar menuju ke arah abah. Ummi duduk disebelahku. Dia mengesat airmatanya yang masih bersisa dengan lengan baju kurungyang dipakainya. Ummi merenung sayu kemuka ku sebelum menoleh ke arah abah.Mereka berpandangan seketika . Aku semakin tidak mengerti denga situasi yangberlaku sekarang. Drama bisu apakah yang ummi dan abah lakonkan kini.. ? “Hanis, abah harap apa yang akan abah dan ummi cakapkan nanti tidak akanmenjadi satu garisan penamat dalam hubungan kita. Abah dan ummi tidak pernahmenduga dan jauh sekali untuk merancang segala apa yang telah terjadi ini. ” Kata-kata abah terhenti seketika. Ummi kembali menangis. Aku yang jadi serbasalah dengan tindak tanduk mereka. Memang hati ini ingin sekali untuk mendesakmereka untuk memberitahu akan duduk perkara yang sebenar. Jantungku pantassekali berdegup, tidak sabar untuk mengetahui apakah yang telah terjadi dankenapakah ummi dan abah bersikap begini. Terasa aku begitu asing sekali padamereka. Namun bila melihatkan keadaan ummi yang masih tak henti menangis, akujadi serba salah. Keadaan abah yang gelisah itu bertambah gelisah bila ada satu kereta masuk danberhenti di sebelah keretaku. Abah menoleh ke arah ummi. Ummi hanya menundukkanmuka. Aku menoleh melihat kearah kereta itu semula setelah mendengar pintukereta ditutup. Jantungku yang tadi berdegup pantas, tiba-tiba seakan terhenti.Betulkah apa yang aku lihat sekarang. Mimpikah aku di siang hari ini… Senyuman yang meniti di bibirnya mati setelah menyedari kehadiranku di sini.Antara mahu dan tidak…, dia melangkah perlahan ke arah kami. Aku lihat keadaandia seperti serba tidak kena. Aku berdiri dan menghulurkan tangan untukbersalam. Dia seperti memaksa dirinya untuk menyambut salamku itu. Entahkenapa… mata aku lebih berminat untuk merenung kearah bentuk tubuh wanita itu.Memang keadaan fizikalnya memaksa otakku untuk berfikir seketika. Menyedari keadaannya diperhatikan, dia melindungi perutnya dengan beg-begbarangan yang dibawanya lantas meminta diri untuk masuk kedalam rumah. Akumemandang semula ke wajah abah dam ummi silih berganti. Aku perlukanpenjelasan. “Abah… ummi, bila kak Milia balik kesini.. ? ” Abah melepaskan satu keluhan sebelum menjawap pertanyaanku. “Dah hampir sebulan… ” Aku cuba menidakkan akan apa yang sedang bermain di fikiranku kini. Akuperlukan kepastian. Mungkin sikap abah dan ummi sebentar tadi ada kaitannyadengan keadaan kak Milia. Atau mungkinkah…. Aku harus meredakan keadaan yangagak kacau sekarang jika aku tidak mahu otak ku terus berprasangka yangbukan-bukan. “Abah… ummi…, kak Milia pulang ke sini dengan abang Haikal ke …?” Abah memandang ke wajah ummi seketika sebelum menoleh kearahku serayamenganggukkan kepalanya perlahan.Aku hanya mampu tersandar pada kerusi yang ku duduki. Terasa kosong fikiranku.Aku buntu. Nasib apakah yang menimpa aku kini. Dugaan apakah yang harus kutempuh lagi… Inilah ‘hadiah’ yang paling mengejutkan dari Haikal. Kau tipu akuHaikal. Kau tipu isteri mu yang terus setia menunggu kasih dan mendambakancintamu. Kau khianati kepercayaan yang telah aku serahkah padamu sejak empattahun yang lalu. Aku meraup mukaku beberapa kali sebelum memandang ke wajah ummi. Tidak ada airmata lagi kali ini. Aku akur dengan dugaan yang tak pernah lupa untukmengingatkan aku tentang siapakah diriku ini. Aku tidak layak untuk menikmatikegembiraan dalam kehidupan yang singkat ini. Dimana kah kau letakkan aku diantara kau dan kak Milia. Sampainya hati kau Haikal. Kau madukan aku dengankekasih pertamamu. Mungkin Tuhan masih menyayangi aku. Jika aku tidak singgah di sini hari ini,pasti anganan dan impian yang telah aku lakarkan untuk hidup bersamanya akanmenyiksa dan menjerat diri aku sendiri . Pasti pelayaran kita akan karam ditengah lautan madu. Masih belum terlambat untuk aku kembali ke kehidupan asalku. Melewati hari demi hari tanpa kekasih hati. Mungkin hanya itu yang layakuntuk aku…. “Hanis dah makan… ” Ummi bersuara juga akhirnya walau suaranya agak serak akibat tangisannya tadi.Tangannya membelai lembut ke rambut ku. Aku memaksa diri untuk tersenyum agartidak terus melukakan hati wajah tua itu. “Sudah ummi. Ada jamuan disediakan selepas seminar tadi. ” Kalau di ikutkan hati, ingin sekali aku menjerit sekuat-kuatnya untuk meluahkansegala isi hati yang sedang berbuku dan bersarang di dada. Aku ingin merekatahu yang akupun punya hati. Aku ingin mereka sedar yang akupun punya perasaan.Aku bukan anak patung dan aku bukannya tunggul kayu. Namun akal waras ku masihmampu untuk mengawal emosi yang sedang memberontak ini. “Hanis tidur sini malam ni ye. Dah lama benar Hanis tak pulang ke sini. Rindubenar ummi pada Hanis. ” Ummi masih terus bersuara untuk menceriakan keadaan. “Maafkan Hanis ummi. Esok pagi-pagi lagi Hanis kena ke Kuantan. Ada kerja yangHanis perlu selesaikan. Lain kali saja ye . Lagipun kak Milia kan dah balik.Ummi dan abah tentu tak sunyi lagikan. Dan tak lama lagi ummi dan abah akandapat cucu pula. Mesti seronokkan..? ” Aku menuturkan ayat itu satu persatu walau hati ku sudah mula berdarah. Kalauempat tahun dulu aku hanya ditinggal dan digantung tak bertali. Tapi kini taliitu hampir menjerut dan meragut masa depanku. Jiwaku benar-benar tersiksa ,hati ku benar-benar sengsara. Abah mungkin perasan akan kelainan pada tutur kata ku. Dia bangun dari kerusidan berjalan perlahan mengelilingi ruang rehat itu. Tangan kanannya mengusaplehernya beberapa kali. Aku mesti segera berlalu. Tak sanggup lagi rasanyauntuk bertemu dengan kak Milia . Betul seperti apa yang aku rasa dulu. Cintamereka pasti kan bersatu semula. “Ummi… hari pun dah petang. Hanis rasa Hanis perlu beredar dulu. Takut nantiterperangkap dalam kesesakkan lalulintas bila waktu pejabat dah habis. ” Aku memeluk dan mencium kedua belah pipi ummi . Abah menghampiri kami. Kupegang kedua belah tangan abah dan tangan itu ku kucup lama sekali. Airmatayang ku bendung tadi sudah tidak tertahan lagi. Berjujuran ia turun membasahipipiku.Aku menoleh kearah rumah yang tersergam indah ini. Disinilah aku dibesarkan dandi sinilah aku menumpang kasih. Tangan-tangan dan wajah-wajah tua inilah yangmemberiku kasih sayang yang tak berbelah bahagi selepas kematian kedua ibubapaku dulu. Tak mungkin aku sanggup untuk melukakan hati mereka kini. Biarlah akuseorang yang menanggung deritanya. Tak terbalas rasanya budi yang merekaberikan selama ini. Tapi mana mungkin untuk aku kembali lagi ke sini. Mana mungkin aku mampuuntuk melihat kegembiraan dan kebahagiaan yang kak Milia kecapi di ataskeruntuhan dan kemusnahan hidupku. Kalau bukan kerana sikap barannya dulu ,sudah pasti aku takan menanggung bebanan ini. Kak Milia….., berbahagialahengkau dengan suamimu yang juga suami ku yang kita kongsi hingga tika dan saatini. Air mata ummi turun lagi ketika aku bersalaman dengannya untuk kali yangterakhir. Abah masih mampu untuk menahan sebak di dadanya. Tapi airmata yangbergenang di kelopak matanya membuatkan aku semakin hiba. Aku tahu bukankehendak mereka untuk apa yang telah terjadi ini. Aku tak akan menyalahkanmereka. “Hanis…, jaga diri baik-baik ye di tempat orang. Abah harap setelah apa yangterjadi ini…, Hanis takan membenci kami. Kami tetap anggap Hanis macam anakkami sendiri dunia dan akhirat. Jangan putuskan pertalian itu ye…. ” Ku tinggalkan rumah itu dengan hati yang terus berdarah. Hanya masa yang akan menetukan samaada aku akan kembali lagi ke sini atau tidak. ~~~~~~~~~bersambung~~~~~~~~~~~~
Part 8 Perletakkan jawatanku akan berkuatkuasa dua minggu dari sekarang. Sebenarnya..,aku terpaksa berterus terang dengan Datuk Zailan kerana aku sememangnyamemerlukan belas ihsan dan kerjasama dari dia. Aku ceritakan segala-galanyayang telah terjadi antara aku dan Haikal agar dia mengerti mengapa akubenar-benar memerlukan pertolongannya darinya kali ini. Aku juga meminta jasabaik Datuk Zailan untuk merahsiakan dari sesiapa terutamanya Haikal tentang apayang kami bincangkan sebentar tadi. Aku tidak mahu dia tahu dan aku tidak mahudia mencari aku. Yang pasti aku akan tetap mendoakan kebahagiaan mereka walau kegembiraankusendiri sudah mereka musnahkan. Mungkin aku yang patut dipersalahkan kerana akuyang hadir di antara mereka. Aku tidak sanggup untuk menghadapi dugaan yanglebih hebat lagi. Sebelum apa-apa yang lebih buruk terjadi lebih baik akumembawa diri. Aku tidak mahu lagi menjadi perindu sepi yang mengharapkansesuatu yang sudah pasti bukan milikku lagi. Setiaku tidak pernah di hargai. Aku bersyukur yang Datuk Zailan memahami keadaan ku dan akhirnya bersetujuuntuk menukarkan ku ke anak syarikatnya yang lain. Dia juga berjanji akanmenguruskan perpindahanku secepat yang mungkin. Sebenarnya puas juga Datuk cubamemujukku untuk bersemuka dengan Haikal dan menyelesaikan masalah yang terjadinamun aku berkeras kerana ini melibatkan keluarga ku terutamanya abah dan ummi.Aku tidak mahu kaitkan mereka lagi dalam masalah peribadiku. Aku tidak mahumenambahkan luka di hati mereka . Aku meneruskan tugasanku seperti biasa. Aku juga cuba bersikap selamba padaHaikal. Aku masih mampu tersenyum setiap kali berbual dengannya walau hanyaTuhan saja yang tahu betapa hancurnya hatiku akibat perbuatannyanya. Aku masihmampu untuk memberikan bermacam-macam alasan untuk melengahkan permintaannyaagar aku segera berpindah ke kediamannya. Dalam waktu yang sama aku terus berhubungdengan seorang teman yang diperkenalkan oleh Datuk Zailan . Beliau di tugaskan oleh Datuk untuk mencarirumah atau apartmen untuk di sewa apabila aku ke sana nanti. Datuk tidak mahuaku menguruskan masalah tempat tinggalku bersendirian. Dia mahu pastikan yangsegala-galanya tersedia sebelum aku sampai ke sana. Tanpa pengetahuan sesiapa, aku sudah mula mengemaskan barang-barang yang perluku bawa ke tempat baruku. Aku tidak mahu Dilla tahu tentang rancanganku sebelumsampai waktunya. Setakat ini, Alhamdulillah… segalanya berjalan seperti yangaku harapkan. Cuma kadang-kadang Datuk Zailan masih menasihatkan aku yangsegalanya masih belum terlambat untuk di selesaikan. Namun aku nekad dengankeputusan yang telah ku buat. Aku mesti pergi juga. ******************* Malam ini…, seperti yang telah ku janjikan pada Haikal.. Aku ke kediamannya.Keputusan ini ku ambil setelah berfikir semasak-masaknya. Walau perasaan bencimasih menghantuiku diri , namun jauh di sudut hati… aku tidak boleh menolakrasa cinta dan kasih yang masih setia di hati ku. Aku masih menyayanginya.Jadi, sebelum keputusan nekad yang ku buat nanti, aku mahu sesuatu yang manisyang akan ku bawa sebagai kenangan untuk menemani perjalananku kesana nanti. Permintaan Haikal akan ku tunaikan malam ini. Antara gundah dan resah di dada,aku gagahi juga langkah ku ke sini. Kedatangan ku di sambut dengan senyumanyang paling menawan dari lelaki itu. Aku sendiri tidak pasti.. adakah iniadalah satu lagi babak dalam lakonannnya. Malam ini aku akan menjadi isterikepada lelaki ini walaupun kenyataannya status itu sudah lebih dari empat tahunku miliki. Malam ini adalah malam yang terindah yang pernah aku alami sepanjang hidupku.Aku benar-benar menjadi isterinya. Malam ini jugalah malam pertama dan malamterakhir aku bersamanya. Mungkin juga malam terakhir aku memegang statussebagai isterinya. Maafkan aku duhai suamiku…. Kerana penantian dan kesetiaan kita berakhir disini. Aku bahagia walau menjadi isterimu untuk semalam cuma. Aku gembira walautanggung jawap ku terlaksana untuk satu malam juga. Malam ini aku adalahmilikmu dan kau dalah milikku. Tapi sayang, segala yang berlaku ini tidak akanberulang lagi. Aku akan meninggalkan segala-galanya di sini. Hanya kenanganindah ini akan ku bawa bersama hati yang lara. Setelah aku pasti yang Haikal sudah nyenyak tidurnya, aku bangun perlahan darikatil. Aku berhati-hati dengan setiap pergerakkanku. Aku tidak mahu dia sedarkerana aku tidak mahu rancangan ku tergendala. Setelah menyiapkan diri seadanyaaku mengambil surat dari handbag ku dan meletakkannya di atas bantal yang kutidur tadi. Muka Haikal ku renung untuk seketika. Lena sungguh dia. Mungkinmasih enak di ulit mimpi semalam. Perlahan dahinya ku cium. Aku mencapai handbag dan terus keluar dari rumah itu. Aku tidak mahu menolehlagi. Hala tujuku sudah nyata kini. Aku akan meninggalkan kota ini dan akanmeneruskan hidup di daerah baru. Aku pergi dengan membawa seribu luka di jiwa.Tak semudah itu untuk aku melupakan akan apa yang telah kulalaui sepanjanghidupku di kota besar ini. Disinilah madu ku hirup dan di sini jugalah hempeduku telan. Dalam kesamaran dan kedinginan dinihari aku terus memandu. Aku mesti keluardari kota ini secepat yang mungkin sebelum hati ku berpaling tadah dengankeputusan yang telah ku buat. Airmata sudah tidak mampu ku tahan lagi.Beginikah nasib yang harus ku tempuh… Ummi…, abah…. Maafkan Hanis . Bukan niatHanis untuk pergi tanpa sepatah kata. Tapi Hanis tak mampu untuk bersuara. Setelah hampir dua jam memandu, aku berhenti seketika . Aku mencari rumahtumpangan agar aku boleh membersihkah diri dan bersolat subuh. Aku perlumelelapkan mata untuk seketika sebelum meneruskan perjalanan ku ke sana. Setelah selesai solat, aku berdoa meminta keampunan dari yang maha Esa. Akubukanlah isteri yang nusyus. Aku harap Tuhan akan mengampunkan aku dan memberipetunjuk untuk aku meneruskan kehidupanku yang masih jauh di hadapan. Ya Allahya Tuhanku. Ampunilah hambamu ini. Janganlah kau gegarkan pintu nerakamu denganpermintaanku. Aku harap Haikal juga akan memaafkan aku setelah membaca suratyang aku tinggalkan tadi. Berhari-hari juga masa yang ku ambil untukmerangkaikan kata-kata dalam surat itu agar dia faham kerana bukanlah niat kuuntuk lari dari tanggung jawapku terhadapnya tetapi aku tidak sanggup untukberkongsi kasih dengan sepupu ku sendiri. Haikal, jika mimpi indah kita semalam sudah berakhir, kau pasti sedangmenatapi kertas putih yang ku coretkan buatmu. Aku sendiri sudah berulang kalimembacanya. ** Abang……Hanis sudah tunaikan permintaan abang walau untuk semalam cuma. Dan kini, Hanis harap… abang dapat tunaikan permintaan Hanis jua untuk sekali saja. Hanis minta abang bebaslah Hanis kerana Hanis sudah jumpa jalan hidup yang Hanis cari selama ini. Abang jangan salahkan Hanis kerana abang sendiri yang minta begitu sebelum abang tinggalkan Hanis dulu. Abang pernah berjanji yang abang akan membebaskan Hanis andai Hanis sudah bertemu denganseseorang yang dapat membahagiakan diri ini. Kini cinta sejati itu sudah Hanis temui.Hanis sudah bertemu dengan seseorang yang dapat membahagiakan Hanis. Halalkan lah segala makan dan minum Hanis . Hanis minta ampun dan maafdari hujung rambut sampai hujung kaki kiranya abang rasa Hanis yang bersalah.Jangan cari Hanis lagi kerana abang sudah punya pilihan sendiri. Hanis doakan agar abang dapat kegembiraan dan kebahagiaan yang abang cari selama ini.Hanis juga doakan semoga abang berbahagia bersama kak Milia dan anak abang yang bakal lahir nanti. Salam sayang dan salam perpisahan dari seorang insan yang pernah setia menanti kepulanganmu dulu. Hanis Sofea** ************************* Aku memulakan hari baru ku dengan satu tekad. Aku akan melupakan segala yangtelah terjadi dalam hidupku selama ini. Tapi mampukah aku untuk melupakan wajahitu. ??? Hari-hari yang kulalui terasa sepi. Hidupku sepi tanpa kehadiran teman-teman.Jiwaku juga kosong dan sepi tanpa cintanya. Aku harus kuatkan semangat keranainilah jalan yang ku pilih. Aku harus bangun semula untuk meneruskan kehidupanini. Gagal dalam cinta bukan bermakna aku akan gagal untuk selama-lamanya. Dilla .. maafkan aku kerana bukanlah maksud aku untuk membelakangkanmu dalamkeputusan yang telah ku ambil ini. Bukannya aku tidak pernah menghargai akannilai persahabatan kita, namun aku tidak mahu Haikal tahu kemana arah tujuku.Aku tak mahu dia terus mendesak kau untuk mencari jawapannya. Aku tahu kautakan sanggup untuk terus berbohong padanya kerana tugasan harian mengikat kauuntuk patuh pada setiap arahannya. Haikal …, aku tidak mahu kecewa lagi. Cukuplah apa yang aku lalui setakat ini.Dugaan yang ku alami sudah cukup untuk mendewasakan aku. Perhubungan dan kasihsayang kita hanyalah untuk sementara. Bagaikan pelangi petang, ia pasti akanhilang serinya tatkala senja berlabuh. Aku harap Datuk Zailan akan terus mengotakan janjinya untuk merahsiakan daerahpersinggahanku . Selagi janji itu dipegang ,aku akan cuba untuk membina kembalireputasi kerjaku yang agak terganggu di sebabkan masalah peribadiku ini. Akuakan buktikan pada diriku sendiri yang aku masih mampu untuk hidup dan masihmampu untuk meneruskan laluan hidup di bumi Allah ini. *************** Sudah hampir tiga bulan aku berjaya mengharungi kehidupanku yang serba baru didaerah ini. Sudah tiga bulan juga aku berjaya melupakan separuh dari mimpingeriku. Namun panggilan dari Datuk yang aku terima tengahari tadi, melemahkanseluruh anggota badanku. Dilla kemalangan dan di tempatkan di unit rawatanrapi sejak semalam. Kereta baru yang di pandunya di langgar oleh sebuah keretalain yang keluar dengan tiba-tiba dari satu selekoh. Aku terduduk di kerusi . Nafasku sesak tiba-tiba. Hatiku betul-betul sebak.Air mata mengalir tanpa di pinta. Dilla…., maafkan aku wahai teman. Akusepatutnya berada di sisimu sekarang. Aku masih ingat dengan janji kita duludan aku tidak akan sesekali membiarkan dirimu menanggung kesakitan itu. Izinkanaku untuk sama-sama berkongsi kesengsaraanmu. Aku akan ke sana Dilla. Aku akanmenemanimu sehingga kau sembuh. Itulah yang mampu aku fikirkan waktu ini.Haikal…. Pedulikan. Aku mesti cukup kuat jika di takdirkan untuk bertemudengannya. Yang penting aku mesti berada di sisi Dilla dalam keadaanyasekarang. Aku balik dan mengemas baju-bajuku seadanya. Aku mesti segera berangkatkesana. Aku terpaksa memandu kerana aku perlu menunggu untuk tiga jam lagi jikahendak mengambil flight sedangkan perjalanan dengan kereta mengambil masakurang dari dua jam. Aku terus ke hospital separti yang di beritahu oleh Datuk Zailan tadi. Di luarwad ICU , sudah kelihatan emak dan adik perempuan Dilla. Kasihan mereka jikaapa-apa terjadi pada Dilla kerana dialah yang membantu mereka sejak kematianayahnya lebih dari lima tahun yang lalu. Dan kerana itu jugalah aku tidakpernah berkira dengan Dilla kerana aku tahu akan tanggung jawap yang terpaksadi pikulnya. Aku menghampiri emak Dilla yang kelihatan sugul. Airmata masih bergenang dikelopak matanya. Wajah tua itu mengundang seribu luka. Airmata ku sendirimengalir tanpa di pinta. Ku peluk wanita tua itu lama sekali. Aku harap diatabah untuk menghadapi ujian Tuhan ini. Aku harap pelukkanku ini dapatmemberikannya sedikit kekuatan. “Mak cik…, ada doktor cakap apa-apa pasal Dilla ? ” Aku cuba bertanya. Tapi wajah tua itu hanya menggelengkan kepalanya perlahan. “Sabar ye mak cik. Nanti Hanis cuba tanyakan doktor. ” Aku bangun perlahan dan berjalan ke arah seorang jururawat yang keluar dari wadICU itu. Aku meminta supaya aku dapat bercakap dengan doktor yang mengendalikankes Dilla. Dan seketika kemudian aku kembali ke tempat emak Dilla yang sedangmenunggu kerana mengikut kata jururawat itu, doktor yang berkenaan masihmerawat Dilla di dalam dan dia akan keluar sebentar lagi. Jadi aku perlumenunggu . Kira-kira sepuluh minit menunggu kelihatan seorang wanita menghampiriku danmemperkenalkan dirinya sebagai Maziah, iaitu doktor yang mengendalikan kesDilla. “Cik yang bertanya pasal patient yang di dalam tu ke .. ?” “Ye saya. Saya Hanis , saudara kepada patient doktor dan ini emaknya. Kamiingin tahu perkembangan terkini tentang dia. ” Emak Dilla bangun dan memandang terus ke muka doktor Maziah seolah-olah tidaksabar untuk mengetahui keadaan anaknya itu. Aku memegang lengannya untukmemberikan kekuatan “Alhamdulillah.. Syukur kita kepada Allah kerana dia dah mula sedar. Tidak adaapa-apa yang membimbangkan , cuma bahu dan kaki kanannya patah. Dia jugabernasib baik kerana mukanya tidak cedera teruk. Dan hasil pemeriksaan kamijuga menunjukkan otaknya tidak mengalami apa-apa masalah . Dia akan dipindahkanke wad malam nanti. Doktor Maziah berlalu setelah menjawap beberapa soalan yang di kemukakan olehaku dan emak Dilla. Tak henti-henti bibir tua itu memanjatkan syukur ke hadratIlahi kerana anaknya telah selamat. Dengan kebenaran doktor juga , kami dibenarkan untuk berjumpa dengan Dilla seorang demi seorang. Aku menyuruh emakDilla masuk terlebih dahulu kerana aku pasti dia yang lebih memerlukan walauaku sendiri tidak sabar untuk bertemu dengan Dilla. Aku tidak dapat menahan airmata ku dari mengalir apabila terpandangkan wajahDilla. Dilla… aku terlalu merinduimu. Jika tidak kerana masalahku aku tidakakan tergamak untuk meninggalkan engkau . Maafkan aku sekali lagi wahaisahabatku. Aku akan sentiasa berada di sisi mu sehingga kau sembuh. Sepertiaku.., dia juga mengalirkan airmata apabila melihat ku. Aku tahu yang dia masihbelum cukup kuat untuk bersuara namun senyuman dari wajahnya betul-betulmembuatkan aku hiba. Aku hanya menggenggam lembut tangan Dilla dan menciumpipinya. Aku berbisik lembut ke telinga Dilla. “Aku akan menemami kau sehingga kau sembuh.. dan aku tetap sayang kau sampai bila-bila walaupun aku pergi tanpa sepatah kata dulu. ” Dilla hanya memejamkan matanya dan membuka semula tanda faham. “Aku keluar dulu ye. Nanti malam aku datang temankan kau lagi okey. ” Aku terus keluar kerana tidak tertahan melihat keadaan Dilla.Dilla .., kaudan aku punya masalah yang tersendiri. Cuma penderitaan kita berbeza. Kesakitankau dapat dilihat .., tapi aku…. Sakit di hati tak siapa yang tahu. ~~~~~~~ Bersambung ~~~~~
9
Aku datang semula untuk menemui Dilla selepas membawa emak dan adik Dilla kerumah yang aku tinggal bersama Dilla dulu. Aku yang akan menjaga Dilla malamini dan esok aku akan bergilir-gilir dengan emak dan adik Dilla. Aku terserempak dengan Iskandar sewaktu aku sampai ke sana. Dan mengikut kataIskandar , Dilla dah di tempatkan ke wad lain. Dia baru keluar dari sana danDilla sedang tidur. Memandangkan Dilla sedang tidur, aku mengabil keputusanuntuk berbual-bual dengan Iskandar. Tergerak juga hati hendak bertanya tentanghubungan mereka sebab jika tidak ada apa-apa masakan Iskandar sanggup menunggudan di wajahnya pun tergambar kerisauan. “Is…, awak dengan Dilla dah okey ke…? ” Dia menoleh ke arah ku dan tersenyum. “Okey yang macam mana maksud cik Hanis… ” “Tak payah ber cik cik dengan saya. Awak bukan lagi berkerja dengan saya. Kalauawak berkawan denga Dilla, maksudnya awak berkawan dengan saya juga. Jadi..,panggil saya Hanis saja. Dan rasanya awak tahu ‘okey’ yang macam mana yang sayamaksudkan…” “Ehmm… setakat sekarang ni…., kira-kiranya masih cuba mengenali hatimasing-masing le agaknya. Sebenarnya, saya …saya … dah pun berjumpa dengan emakDilla bulan lepas. Dan saya yang bawa emak dan adik Dilla ke sini pagi tadi. ” “Baguslah macam tu. Tapi selepas apa yang tertjadi pada Dilla sekarang… adakahawak akan berubah hati.. ? ” “Kenapa… ? Hanis ingat saya nak main-main denga Dilla ke. Selepas kejadian ni ,rasanya kasih sayang saya berlipat kali ganda lagi untuk dia. Saya tak akanbiarkan dia keseorangan. Saya juga berjanji pada diri saya sendiri yang sayaakan melamar Dilla setelah dia sembuh nanti. ” Aku benar-benar terkejut dengan pengakuan ikhlas dari Iskandar. Hampir menitisairmata aku mendengar berita gembira ini. Untunglah kau Dilla.Sekurang-kurangnya ada insan yang akan melindungi dan menjaga dirimu setelahaku meninggalkan kau nanti. “Hanis…” Sapa Iskandar perlahan. Agaknya dia perasan akan perubahan pada air muka ku.Aku memandang kosong ke wajahnya. “Kalau Hanis dah anggap saya sebagai kawan…, sudilah kiranya mendengar apa yanghendak saya perkatakan ni… ” Aku masih memandang ke arah nya menunggu akan apakah yang hendak diperkatakannya . “Hanis… , masalah tak akan selesai kalau kita lari darinya. Semakin kita cubamenjauhinya semakin berat bebanan yang terpaksa kita tanggung. Kita mungkinboleh melupakannya untuk seketika , namun masalah itu akan terus menghantuihidup kita untuk selama-lama nya selagi kita tidak cuba untuk menyelesaikanmasalah itu. Hadapilah dan tanganilah kenyataan itu dengan sabar semogasegalanya akan berakhir seperti apa yang kita harapkan. ” “Apa maksud awak Iskandar… ?” “Hanis.. saya bukanlah nak jaga tepi kain orang. Tapi jika awak dah anggap sayasebagai kawan awak…. Dengarlah nasihat saya ini. Bukan Dilla sahaja yangterluka… malah ada hati lain lagi yang sengsara. Dan sekarang Hanis…., awaklihat di sana…‘Masalah’ itu sudah datang mencari awak ..” Aku menoleh ke arah yang di tunjukkan oleh Iskandar. Aduh… memang aku sudahberdepan dengan ‘masalah’ yang cuba ku hindari dulu. Semakin dekat dia datang,semaking berdebar perasaan ku. Jika Iskandar tidak ada di hadapanku, sudahpasti aku akan cepat beredar dari sini. Namun bila memikirkan semula kata-kataIskandar sebentar tadi, mungkin betul , masalah di antara kami harus diselesaikan supaya ianya tidak terus membebankan jiwa dan fikiran ku. Iskandar meminta diri untuk beredar setelah Haikal berdiri di sebelahku. Akuberlagak selamba seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di antara kami. Diayang kelihatan santai dengan jeans dan T-shirt birunya mengambil tempat dudukyang di kosongkan Iskandar sebentar tadi. Dia diam tidak bersuara. Hanyamatanya yang merenungku. Keadaan sepi untuk seketika. “Hani… , adakah Hani bahagia dengan tindakan yang Hani ambil ini.. ? ” Perlahan sekali suaranya kedengaran di telingaku. Aku hanya mendiamkan diri.Meng ia pun tidak menidakkannya pun tidak. Aku hanya memandang kosong ke arahderetan kereta di sebelah tempat kami sedang duduk sekarang. “Hani… , pernah tak Hani terfikir yang keputusan yang telah Hani ambil ini,bukannya boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi, malah ianya menambahkanlagi kekeliruan pada situasi yang sudah sememangnya keliru ini. Abang tak rasaHani bahagia dan abang tak fikir Hani gembira dengan keputusan itu..” “Abang… , Hani tak fikirkan tentang kebahagiaan Hani lagi. Keputusan yang Haniambil itu adalah untuk mengembirakan hati kak Milia. Dan yang paling utamaadalah hati ummi dan abah yang terlalu banyak jasanya pada Hani. ” Aku bersuara juga akhirnya. “Hani hanya fikirkan perasaan mereka. Habis.. perasaan abang sebagai suami Hanisendiri nak Hani campakkan kemana ..? Sampai bila Hani nak berkorban untukmereka .. ? ” Suaranya sedikit keras kali ini “Abang.., Hani tak fikir abang akan rasa seperti apa yang Hani rasa. Kalauempat tahun dulu abang boleh tinggalkan Hani, isteri yang abang kahwini tanparela, tak ada bezanya kalau Hani tinggalkan abang sekarang ni. Lagipun..,selain Hani …, kak Milia juga isteri abangkan. Dan dia juga bakal memberikangelaran baru untuk abang tidak lama lagi …. Biarlah Hani terus bebas sepertidulu. Hani tak mahu jadi penghalang untuk cinta dan impian abang yang tidakkesampaian untuk mengahwini kak Milia dulu. ” “Habis.. malam tu apa ? Apa yang Hani berikan pada abang malam tu adakah hanyasatu kepura-puraan semata… ? Dan adakah apa yang Hani rancangkan ini adalahuntuk membalas dendam Hani pada abang kerana meninggalkan Hani dulu… ? ” Suaranya semakin keras. Matanya masih tajam merenung ke arah ku. “Hani tak ada jawapan untuk soalan abang itu. Yang nyata, bukan niat Hani untukmembalas dendam pada abang. Tolong jangan desak Hani lagi . Hani rasa, inisajalah cara yang ada untuk tidak terus menjadi tembok penghalang antara kakMilia dan abang. ” “Hani.., abang rasa mungkin Hani tak dapat gambaran yang jelas tentang keadaanyang sebenar. Sepatutnya Milia yang harus menceritakan kepada Hani tentang apayang telah berlaku. Itu janjinya dulu sewaktu dia merayu pada abang agarmenyelamatkan keadaannya yang sudah terlanjur. Anak yang dalam kandungannyasekarang bukanlah dari zuriat abang. ” “Abang ingat semudah itu Hani nak percaya pada cakap abang. Hani juga tahu taksemudah itu untuk abang lupakan kak Milia iaitu cinta pertama abang. Lagipunkak Milia yang tinggalkan abang dulu dan bukan sebaliknya. Jadi, tak mustahilkalau abang terpaut semula pada kak Milia bila dah selalu berjumpa di sana. ” “Itulah masalahnya sekarang. Itulah juga sebabnya kenapa abang tidak berterusterang dengan Hani dulu dan kenapa abang minta Milia sendiri yang buka ceritaini pada Hani. Abang tahu , Hani takan percayakan abang setelah apa yangterjadi antara kita dulu. Tapi percayalah… itu adalah hakikat yang sebenarnya.Abang tak tipu Hani. Dan abang lakukan semua ini juga adalah untuk menjaga namabaik ummi dan abah Hani. Milia meminta abang merahsiakan hal ini dari merekasehingga dia selamat melahirkan anak itu. Dan di sebabkan kesanggupan abang itujugalah.., abang teruk di marahi oleh mak dan ayah abang sendiri. Mak sangguptak tegur abang kerana apa yang telah abang lakukan pada Hani. Mereka begitumenyayangi Hani.” “Dan demi kasih dan cinta abang pada Hani, abang akan lepaskan Milia . Abangdah ceritakan segala-galanya pada ummi dan abah agar mereka faham duduk perkarayang sebenar. Abang tak mahu terus melukakan hati Hani dan hati abang sendiridemi kebahagiaan orang lain. Abang tak mahu fikirkan hal mereka lagi keranakehidupan kita sendiri hampir kucar-kacir. Abang benar-benar berharap yangabang masih punya peluang untuk membahagiakan Hani. Percayalah abang sayang.Abang tak sanggup berpisah dengan Hani lagi.. ” Keadaan menjadi hening seketika di antara kami. Mungkin dia juga lebih senangmelayan perasaannya. Aku jadi bingung dengan penjelasannya sebentar tadi.Bolehkah aku mempercayai setiap kata-katanya ? Mampukan aku untuk berhadapandengan ummi, abah dan kak Milia sendiri... Fikiranku jadi buntu. Aku tidakboleh berfikir lagi. Aku perlukan masa untuk membuat keputusan ku sendiri tanpaterpengaruh dengan kata-kata Haikal sebentar tadi. “Abang…, berilah masa untuk Hani membuat keputusan. Hani tak mahu kecewa lagi.Hani belum tentu mampu untuk berdiri semula andai di kecewakan untuk keduakalinya. Kalau boleh …, biarlah keputusan yang akan Hani ambil ini dapatmembahagiakan semua pihak . Sementara itu biarlah Hani bersendiri. Lagipundalam saat ini Dilla adalah segala-galanya bagi Hani. Dan jika ketentuan Tuhanitu sudah tertulis yang kita akan tetap bersama…, Hani akan terima denganredha…, begitu juga jika sebaliknya.. ” “Hani.., walau apapun keputusan yang akan Hani ambil…., Hani kena ingat yangkeputusan itu bukanlah untuk kepentingan diri kita saja. Walau Hani tutup mataHani untuk tidak terus memandang wajah abang, walau Hani pekakkan terlinga Haniuntuk tidak terus mendengar segala rayuan abang…, dan jika Hani rasa Hani masihboleh hidup tanpa abang…, namun… ada denyutan nadi lain dalam diri Hani yangmasih memerlukan abang. ” Aku terus menghalakan sorotan mataku ke wajahnya… Apakah maksudnya dengan‘denyutan nadi lain’ itu.. ? Mana mungkin dia tahu…. “Abang masih perlukan Hani dan abang akan terus setia menanti , se setia Hanimenanti kepulangan abang dulu dan abang juga tahu yang tidak ada insan lainyang Hani cintai selain dari abang… ” Dia bangun dari kerusi yang di dudukinya dan berlalu pergi tanpa secalitpunsenyuman di wajahnya. ~~~~~~~~~~~~ Bersambung lagi ~~~~~~~~~~~~
AKHIR
Dilla telah di benarkan keluar dari hospital setelah hampir sebulan di rawat disana. Dia masih bercuti untuk tiga bulan lagi dan memandangkan pergerakkanDilla terhad, aku meminta Dilla untuk memujuk emaknya agar tinggal di rumahkusehingga dia betul-betul sembuh. Dan yang paling mengembirakan aku, Iskandartelah menghantar wakil untuk melamar Dilla walaupun dalam keadaan kaki dantangan Dilla yang masih berbalut. Pada mulanya.., dia agak keberatan untukmembenarkan Iskandar datang melamar dalam keadaannya yang di anggap kurangsesuai. Tapi aku tahu .., Iskandar ikhlas dengan niatnya dan aku berjaya jugauntuk meyakinkan Dilla untuk mempersetujui niat murni Iskandar itu. Dilla ketawa besar sebaik sahaja majlis yang serba ringkas itu selesai . Akucukup bahagia dengan keadaannya. “Kau tahu Hanis… tak pernah terlintas di fikiran aku yang aku di lamar dalamkeadaan begini. Dulu .. selalu aku bayangkan akan pakaian dan hiasan yangcantik-cantik saja untuk majlis istimewa ini… tapi apa yang terjadi hari inibetul-betul di luar dugaan aku. Aku tetap bersyukur Hanis. Walaupun keadaan akubegini Iskandar masih sudi untuk setia bersama . Aku harap…, kasih sayang kamiakan berkekalan sampai bila-bila. Tidak pernah aku rasa kegembiraan seperti iniselepas kau tinggalkan aku dulu..” Aku memeluk Dilla yang masih duduk di birai katil. Tanpa sedar.., kamisama-sama mengalirkan airmata kegembiraan. Di luar sana…, ummi dan abah masihberbual dengan emak Dilla. Aku tahu betapa gembiranya hati seorang ibu bilaanak gadisnya di lamar orang. Apatah lagi seorang yang bertanggung jawapseperti Iskandar. Gelak ketawa kami terhenti apabila adik Dilla masuk danmemberitahuku yang aku ada tetamu yang sedang menunggu di luar. Aku membiarkan Dilla yang masih meniliti beberapa dulang hantaran yang di bawaoleh wakil Iskandar tadi. Aku keluar ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamuyang di maksudkan oleh Nani iaitu adik Dilla . Aku agak terperanjat kerana tetamu itu adalah ayah dan emak Haikal yang jugaibu dan bapa mertuaku. Tapi … pernahkah mereka menganggapku sebagai menantumereka kerana aku jarang sekali bertemu dan berbual dengan mereka…..Aku melangkah perlahan menuju ke arah mereka yang sudah duduk di sofabertentangan dengan ummi dan abah. Tangan ku hulur untuk bersalam . Emak Haikalmenggenggam tanganku lama sekali dan selama itu jugalah matanya merenung kewajah ku . Aku meminta diri untuk mengambil minuman dan makanan yang masih adadi dapur. Sewaktu aku sedang menyediakan hidangan, tiba-tiba terasa hembusan nafas yangagak panas di telingaku. Serentak dengan itu ada tangan yang memelukku daribelakang. Tangan itu mengusap perutku lembut. Suara yang aku rindui itumembisikkan sesuatu ke telingaku. Degupan jantungku seakan terhenti untukseketika. “Sampai bila Hani nak sembunyikan dari abang keadaan Hani . Sampai bila lagiHani nak abang bersabar. Dari segi fizikal mungkin abang kuat , tapi dari segimental dan perasaan… abang mungkin tidak sekuat dan setabah Hani. Abang takboleh terus hidup dalam kepura-puraan. Hati dan jiwa abang sengsara sayang….Batin abang tersiksa. ” Aku membiarkan diriku untuk terus berada di dalam pelukkannya. Terasa begitudamai sekali perasaan ku di ketika ini. Aku betul-betul dahagakan kasihsayangnya. Aku benar-benar perlukan sokongan darinya dalam keadaan aku yangbegini. Mungkin masanya telah tiba untuk aku membuat keputusan yang sudah akufikirkan sebelum ini. Dan keputusan yang ku ambil ini sekali lagi akanmelibatkan Datuk Zailan. Mampukan aku untuk bersemuka dengannya lagi… ? Aku jadi malu sendiri tiba-tiba bilamana ummi datang ke dapur tanpa kamisedari. Haikal melarikan wajahnya dari pandangan ummi sambil tersenyum. “Maafkanlah ummi… tak tahu pula ummi yang Haikal ada di sini. Ummi tunggu jugahidangan yang Hanis nak ambilkan.. tapi lama sangat tak sampai-sampai juga.Sebab tu le ummi masuk ke dapur. ” Aku cuba mengangkat dulang yang sudah tersedia itu, tapi di halang oleh ummi. “Tak apa lah.. , biar ummi yang bawa ke depan. Hanis berbuallah dengan Haikaldulu. ” Ummi tersenyum kepadaku dan Haikal lalu melangkah menuju ke ruang tamu.Keadaan sunyi seketika di antara kami sebelum aku memandang ke wajah Haikal danbersuara perlahan. “Adakah ‘offer’ abang untuk Hani pindah ke rumah abang masih terbuka ..? ” Dia tersenyum puas dan kembali memelukku lama sekali. Satu kucupan singgah didahiku. Aku bahagia kini. Penantian dan kesetiaanku berbalas juga akhirnya. “Abang jangan tinggalkan Hani lagi ye… ” “Tidak sayang. Abang tidak akan sesekali tinggalkan Hani dan abang juga tidakakan benarkan Hani untuk pergi jauh dari abang lagi…. ” **************** Hani… kenapa begitu kejam sekali hukuman yang abang terima ini… Kenapa Haniharus pergi dulu… Belum puas rasanya kita menikmati kegembiraan dalam hidupini. Kenapa begitu besar sekali dugaan yang abang terima kali ini. Tak termampulagi untuk abang melawan takdir yang datang betimpa-timpa… Cinta dan kasih sayang abang akan terus bersemadi bersama jasad Hani. Sesetiacinta Hani mununggu kepulangan abang dulu. Maafkan abang Hani, kerna tidaksempat membahagiakan Hani. Abang berjanji bahawanya abang tidak akan sesekalimengabaikan zuriat kita. Betapa ruginya abang kerana tidak dapat melaluidetik-detik indah menuggu kelahirannya. Yang pasti abang tidak akan jemu melagukan pada insan comel ini betapacantiknya mama dia, betapa baiknya mama dia, betapa sempurnanya mama dia dan…Hanis.. abang tidak tahu… mampukan abang untuk melupakan dirimu. Mampukan abanguntuk melupakan detik-detik indah yang kita lalui dulu… Hadirmu cuma untukmengembirakan abang hanya untuk seketika. Jangan tinggalkan abang Hani… jangan tinggalkan anak kita…. Haniii……. “Abang… bangun…bangun… Kenapa abang menjerit malam-malam macam ni. Abangmengigau ye…. ” Aku yang baru menukarkan pampers si kecil itu pantas menuju kekatil danmengejutkan Haikal yang masih menjerit-jerit memanggil namaku. Dia bangun danmengurutkan dadanya berkali-kali lalu beristigfar panjang. “Hani.. jangan tinggalkan abang lagi ye… jangan tinggalkan abang lagi. Abangtakut. Abang tak sanggup untuk berpisah dengan Hani lagi…” Haikal menggenggam tangan ku sambil merayu. Peluh sudah membasahi dahi danbadannya. “Abang… abang hanya bermimipi. Hani tidak akan tinggalkan abang lagi. Haniberjanji.. selagi Hani bernafas…. Hani akan pastikan kegembiraan adalah milikkita. Hani akan terus setia di samping abang hingga ke akhir hayat. ” “Terima Kasih sayang untuk segala-galanya. Setia abang juga di sini bersamakasih sayang yang Hani berikan… Semoga Tuhan akan melindungi dan merahmatikesetiaan dan kasih sayang kita …..”

T A M A T

Setiaku Di Sini (part 3)

Aku diam saja sepanjang perjalanan kami. Aku dah suruh Dilla beritahuZira dan Datuk Zailan yang aku terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana ada halperibadi yang perlu aku selesaikan . Aku juga berkali kali berpesan pada Dillasupaya jangan membocorkan rahsia aku dan Haikal sehingga tiba waktu yangsesuai. Lelaki di sebelah ku ini hanya tersenyum dari tadi. Tak tahu apa yang ada dalamfikirannya..Tidak dapat aku nafikan yang aku amat senang bersamanya. Diakelihatan kacak sekali dengan kemeja berwarna kuning lembut di padankan denganslack berwarna hitam. Aku jadi cemburu tiba-tiba. Tentu isteri barunya yang menyediakan segala keperluannya selama ini. Dan aku…tak pernah sekalipun aku melakukannya…Aku memalingkan muka ku keluar. Taksanggup rasanya kalau Haikal melihat kehampaan di wajahku. Aku tidak bolehtewas dengan perasaan ku hari ini. Aku mesti selesaikan segala-galanya supayahidup aku kembali tenang walaupun jika terpaksa melepaskan Haikal… Aku Pasrahdengan ujian Tuhan ini kerana, walaupun sedetik, sekurang-kurangnya aku pernahmenyayangi insan sesempurna Haikal . Haikal pun seperti membiarkan akumengelamun sendirian. Tak ada satu ayat pun yang keluar dari mulutnya sejak diamengambil ku tadi. Haikal tersenyum meleret kepadaku setelah kami keluar dari PejabatKadi. Tanganku di genggamnya erat sekali. Tak henti-henti perkataan syukurkeluar dali mulutnya. Dia memandangku dengan senyumannya yang amat manissekali. Setelah kami sama-sama berada di dalam keretanya, tangan kudigenggam dan di bawa ke bibirnya. Okey, semuanya dah settle . Sekarang Hani nak abang bawa you kemana. ” “I nak ke kondo you.” “Good… “ “Please Haikal , don’t get me wrong. I nak jumpa dengan isteri you. I meanisteri baru you. I think we have to talk before I make further decision today.I need it to be settled soonest possible. I want her to know that I will neverintend to grab whatever belongs to her . I dah berfikir masak-masak semalam andI have made up my mind.” “Apa maksud you sayang ? Abang tak faham. ” “I nak jumpa dia dulu kerana , firstly dia mesti tahu siapa madunya andsecondly she must know that I never ‘shared’ her husband.” Haikal hanya ketawa walaupun bagi ku itu bukanlah satu jenaka yang lucu. Akumasih cuba menahan marahku dan bersikap selamba. “Okey, kalau itu yang Hani mahukan. Abang ikut saja.” Kata Haikal sambil membelok keretanya ke jalan utama. “Dia kerja tak hari ni. If she still at her office, we postpone it until shecomes back. I tak mahu dia berprangsaka buruk kalau I ikut you balik.” “No, she’s on leave today. Abang yang suruh dia cuti sebab abang dah boleh bacagerak hati Hani”. Kali ini sudah tiada senyuman di bibir Haikal. Dan ini menanbahkan keyakinanaku yang Haikal sememangnya sudah beristeri baru. “Tell me something about her, will you. At least I boleh prepare myself sebelumI jumpa dengannya. Is she …soft spoken…. atau garang .” Tanya ku kepada Haikal minta kepastian. “She’s perfect di mata abang Hanis. Walau segarang manapun dia, tapi abang tahudia sayangkan abang. Dan dia jugak secantik Hani. Pandai masak pandai menjagadiri dan hormatkan abang sebagai seorang suami. ” Hatiku bertambah pilu mendengar kata-kata Haikal itu. Mengertilah aku kini yangHaikal masih boleh mendapat kasih sayang yang sejati walaupun aku tiadabersamanya. Secara tak langsung aku rasa keputusan yang akan aku buat nantitidak akan terlalu mengecewakannya kerana dia sudah punya seseorang yang cukupistimewa dalam hidupnya. Tak sanggup aku untuk menghancurkan kebahagiaanmereka. “Kenapa diam ni sayang. Ada apa-apa lagi yang sayang nak tahu pasal isteriabang?.” “I think that should be enough for now. I cakap sendiri bila I jumpa dia nanti” Tak sanggup rasanya mendengar pujian Haikal pada isterinya. Kami sampai di Kondo Haikal sewaktu jam menunjukkan ke pukul 11.45 pagi. Tapikakiku seakan tak berdaya hendak melangkah masuk ke dalam setelah Haikalmembukakan kuncinya. Tak terdaya aku bila mengenangkan inilah kediaman yangdikongsi bersana wanita lain. “Kenapa tercegat lagi tu, masuklah and please make yourself at home.” Kata Haikal dengan senyumannya yang manis sekali. Haikal menanggalkan talilehernya sambil berjalan kearah balkoni.Kain Langsir yang menutupi ‘slidingdoor’ nya itu ditarik perlahan. Cantik sekali permandangan yang dapat dilihatdari situ. Tak ku nafikan, susun atur kediaman mereka amat cantik sekali denganwall paper nya yang kebiruan sedondon dengan warna sofa dan kain langsirnyaitu. Tentu isterinya ini amat rajin mengemas. Patutlah Haikal tak habis-habismemuji isterinya tadi. “Where’s she. Tak nampak pun.” “Abang rasa mungkin dia segan dengan Hani. I’ll call her later, tapi sebelum tuHani tentu hauskan. Abang ambilkan minuman dulu okey. Hani nak yang sejuk keyang panas.” Tanya Haikal sambil berjalan menuju ke kiri hall . Mungkin kearah dapur. “Apa-apa pun tak apa” Jawabku ringkas. Dengan ketiadaan Haikal , aku mengambil kesempatan untuk meninjau keadaankondonya ini. Agak luas, kemas dan selesa sekali. Tak banyak perabut tapi akurasa yang ada inipun tentu mahal harganya. Beruntunglah isteri Haikal. Fikirku Aku ke rak yang tersusun cantik dengan bingkai-bingkai gambar yang unik danhalus ukirannya. Aku jadi tergamam seketika kerana gambar-gambar yang memenuhiruang ini adalah gambar-gambar yang diambil pada hari perkahwinan kami empattahun yang sudah. Tak sangka aku yang Haikal masih menyimpannya sedangkan akusendiri hanya menyimpan tiga keping itupun ku ambil dari simpanan ummi tanpapengetahuan sesiapa.Haikal kembali sewaktu aku masih leka di buai perasaan mengenangkan haribersejarah itu. “Hani, Hani minum dulu lepas tu abang panggilkan ‘dia’” Kata Haikal sambil merapati aku dari belakang. “Hanis, are you okey, bisik Haikal lembut di telingaku.” “Okey..okey … I’m ok.” Jawabku agak tergagap-gagap. “ Haikal I tak boleh lama di sini, I kena masuk office balik. So boleh I jumpadia sekarang, but before that what should I call her ?” “Hani boleh panggil dia apa yang Hani suka, tapi I panggil dia ‘Honey’ saje.Hani tunggu kejap, abang masuk tengok dia dah ready ke belum nak jumpa denganHani. Sambil tu Hani minum lah dulu. ” Berdebarnya aku menanti saat itu. Ya Allah ya Tuhanku, kuatkanlah semangathamba mu ini. Jantungku berdegup kencang. Aku mengurut dadaku perlahan denganharapan dapat meredakan keadaanku diri ku yang amat tertekan ini. Kenapalambatnya masa berlalu, kenapa mereka belum keluar lagi. “Hanis… ” Panggil Haikal. Spontan aku menoleh ke arahnya. “She wants to see you personally di dalam. Dia tak mahu abang dengar you allpunya duscussion. ” Kata Haikal sambil tangannya masih memegang tombol pintu bilik tidur mereka.Air mukanya selamba sahaja, seperti tidak ada rasa bersalah langsung padadirinya. Dia seperti tidak merasa langsung akan kegelisahan yang aku alami. Mahu tak mahu aku paksakan juga langkahku menuju kearahnya. Aku nekad yangperkara ini mesti diselesaikan hari ini jugak. Aku tak mampu lagi untukmenaggung rasa cemburu yang mula menjalar dalam diri ini. Aku melepasi dirinyayang masih berdiri memegang tombol pintu. Haruman segar menerjah hidungku sewaktu aku melangkah masuk kebilik itu.Walaupun semua tingkap bilik tidur itu tertutup, tetapi ianya disinari dengankesuraman lampu tidur yang kekuningan. Indah sekali. Aku memandang sekelilingmencari si dia yang berjaya mencuri hati Haikal itu. Namun tak ada sesiapa pundi dalam. Malah bayangnya pun tak kelihatan. Aku jadi marah kerana terasaseperti dipermainkan oleh Haikal. Serentak itu aku berpaling kepada Haikal yangsudah berdiri membelakangi pintu bilik tidurnya yang telah pun ditutup. “What’s going on here Haikal. You nak mempermainkan I ke? Mana isteri you ?” Tanya ku dengan suara yang agak tinggi. “Beritahu I Haikal, mana you sorokkan dia ? ” Tanya ku lagi dengan nada marah. “Cool down honey. Abang tak sorokkan dia di mana-mana. Dia ada di depan abang sekarang ni. Hanis lihatlah gambar-gambar dalam bilik ni betul-betul. Itulah satu-satunya isteri abang, tiada dua dan tiada tiganya. ” Sambung Haikal sambil menunjukkan empat keping frame besar yang di gantungkandi setiap sudut bilik itu. Aku melangkahkan kakiku ke tengah ruang biliknyaagar aku dapat melihat dengan lebih jelas akan gambar-gambar yang di maksudkanoleh Haikal itu. Oh Tuhan.Aku terkedu sendiri Kesemua itu adalah gambar-gambarkami yang dibesarkan. Malah gambar yang di gantungkan di hujung katilnya adalahgambar yang diambil ketika aku berada dalam pelukkannya dan tangan aku sendirimemeluk pinggangnya. Ya Allah , aku jadi malu sendiri dengan tiba-tiba dengantingkah lakuku sebentar tadi. Tak sepatahpun perkataan yang keluar dari bibiku.Aku hanya terpaku. Malu rasanya aku untuk menatap wajah Haikal. Apakah yang diasedang fikirkan tentang diriku tadi. Tanpa ku sedar aku sudah pun duduk di birai katil Haikal. Tak terdaya rasanyauntuk aku berdiri lagi. Haikal berjalan perlahan menghampiriku .Dia dudukmelutut di hadapan ku sambil memegang dan menggenggam ke dua-dua belah tanganku. Hangat sekali terasa sentuhan itu. “Maafkan Abang sayang. Abang tak bermaksud nak mempermainkan Hani. Abangterpaksa, jika tidak Hani tentu tak akan masuk kerumah abang kan. PercayalahHani. Abang tidak pernah beristeri lain selain dari Hani. Abang masih setiadengan Hani sebagai membalas pengorbanan Hani yang rela mengahwini abang dahuluwalaupun abang sudah melakukan kesalahan. Sebenarnya abang malu untuk bersemukadengan Hani selama ini. Tapi sekarang, perasaan cinta dan rindu abang terhadapHani selama ini mengatasi segala-galanya. Abang tak sanggup melihat Haniterlepas ke tangan orang lain. Terimalah abang Hani. Maafkanlah bang jika bangmendera perasaan Hani selama empat tahun ini. Maafkanlah bang sayang. ” Kata-kata Haikal itu amat meruntun jiwaku. Dia masih menundukkan kepalanya dilututku meminta kemaafan. Runtuh segala tembok yang ku bina selama ini.Akhirnya aku mengusap lembut kepalanya dan membenamkan pipiku di situ lamasekali. Terasa basah lututku tiba-tiba. Aku mengangkat dagu Haikal dan tak kusangka lelaki dihadapan ku ini menangis rupanya. Aku mengesat airmata nyaperlahan dengan jari-jariku. “You pandai berlakon jugak rupanya ye. Yang you masuk dalam bilik ni lama tadikononnya nak panggilkan ‘sidia’ tu you buat apa ?” “Yang sebenarnya, abang masuk kemaskan bilik. Abang nak sambut puteri idamandan isteri yang tersayang. “ Kata Haikal sambil merenungku. “So Hani tak marahkan abang lagi…?”. “Hani dah lama maafkan aaa… abang. ” Berat sekali mulutku untuk menyebut perkataan ‘abang’ itu. Bibirnyamenguntumkan senyuman yang amat manis sekali dengan paggilan itu. Terasatanganku digenggamnya lebih erat lagi. “Sebenarnya, kalau you nak tahu, I pun betul-betul takut sebenarnya tadi jikasememangnya ditakdirkan I ni bermadu.” “Panggil Abang kan dah sedap tadi… kenapa nak ber I You, I You lagi ni. PleaseHoney, from now on jangan paggil abang dengan nama ok.. Kalau panggil lagi,abang tak akan benarkan Hanikeluar dari bilik ni sampai esok pagi..” Kali ini senyuman hanya ada dimatanya dan tidak di bibir seperti tadi. “Syukur ,Alhamdulillah. Untuk pegetahuan abang , jika betul Hani ni memangbermadu, hari ini adalah hari terakhir abang beristerikan Hani. Hani akanminta di lepaskan sebab Hani tak sanggup berkongsi kasih sayang abang denganorang lain. And that’s the reason kenapa Hani nak jumpa ‘sidia’ tu. Kalau betuldia boleh membahagiakan abang, Hani rela dilepaskan.” Dia menutup bibirku dengan dua jarinya sehabis aku menuturkan ayat itu. Matanyamerenungku sayu sekali. “Please Hani, jangan ulangi perkataan itu lagi. Tak pernah terlintas di hatiabang untuk mendua kan Hani dan abang tidak akan sekali-kali melepaskan Hanidari hidup abang. Cukuplah selama empat tahun ini abang sia-siakan Hani. Mulaisekarang, jika keadaan mengizinkan, abang tak ingin berpisah dengan Haniwalaupun sesaat. ” Haikal lantas bangun dan duduk disebelahku di atas katilnya. Tangannyadiletakkan di atas bahuku dan menarikku perlahan ke dalam pelukkannya.Diciumnya dahiku lama sekali. Aku akur dengan perbuatannya itu tanpa sebarangbantahan. Tiba-tiba talifon bimbitku berbunyi. Aku meleraikan pelukkan Haikaldan mencari-cari di mana aku letakkan handbeg aku tadi. Aku dengar ada keluhandi mulut Haikal. ‘Helo Dilla..” Sapa ku setelah melihat nombor talifon Dilla yang tertera dihandset ku. “Helo Hanis. Kau di mana ni. Kau cakap nak masuk ofis pukul satu . Sekarang nidah pukul satu tapi tak nampak muka kau pun di Ofis . Kau okey ke..?” “Aku lambat sikit lah Dilla,nanti aku call kau semula. Ada sesiapa cari aku ke ?” “Tak ada le, tapi secretary kau tu sibuk tanya aku. Aku suruh dia call handsetkau dia tak mahu. Takut kau marah katanya. Eh.. bos aku ada dengan kau lagi ke…Dah settle ke belum… Tapi Hanis, kalau kau perlukan pertolongan aku, just giveme a call. Jangan ambil tindakan bodoh okey. .” “Kau jangan susah hati Dilla, so far.. everything is under control. Dan…”Sebelum aku menghabiskan ayat ku itu ,Haikal menarik lembut talifon dari tanganku. “Dilla, you ni macam tahu aje, kacau daun betul la. Anyway, you jangan susahhati pasal Hanis, sebab from now on dia akan menjadi tanggung jawab I . I akanpastikan yang dia akan selamat ” Haikal ketawa tiba-tiba. Mesti Dilla dah kenakan dia. “Apa you cakap Dilla…, you tak percaya yang Hanis akan selamat dengan I…Kalaupasal tu, I tak berani nak jamin. ..” Haikal menyambung ketawanya lagi. Apalah yang dibualkan mereka mengenai aku.Tak puas hati betul aku dengan cara Haikal ketawa itu. Mesti ada something yangfunny… “Okey lah Dilla, kalau Datuk tanya, katakana I tak masuk ofis hari ni. Taksihat badan le…Bye,” Haikal masih tersenyum walaupun selepas mematikan talifon bimbitku. “Apa yang Dilla cakapkan pada abang tadi ? Dia mengatakan Hanis ke…” Tanya kupada Haikal , pura-pura marah. “Tak ada lah ..dia kutuk abang sebenarnya. Dia kata boleh ke dia percayakanabang kalau Hani dah ada depan mata .Dia tak bagi abang simpan Hani lama-lama.Petang ni dia suruh abang hantar Hani balik.” “So, Hani rasa, Hani kena balik ofis dulu. Hani janji pada Zira yang Hani hanyaambil half day saja. Hani dah patut masuk ofis sekarang ni.” “So.. kalau Hani dah puas hati dengan penjelasan abang tadi… bila agaknya kitaboleh tinggal bersama.. Maksud abang… bila Hani nak pindah dan tinggal denganabang.. ? ”

Rabu, 3 Jun 2009

BETAPA PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA


Oleh: Ismail Abu Bakar


[Nota: Diakhir tulisan ini anda boleh muat turun Rakaman Audio yang mengupas secara panjang lebar selama 47 minit tentang Solat Istikharah oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din]


Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.


Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;


Mahfum Hadis:


Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.


Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.


Kisah-1


Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2


Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3


Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4


Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.
Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;


Kisah -5


Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6

Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.


Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.


Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;


Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.


Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”


Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.


Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.


Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)


Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Untuk penjelasan yang lebih mendalam berkenaan Solat Istikharah ini anda patut dengar kupasan yang panjang lebar selama 47 minit tentang solat ini oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua

Wallah hu ‘alam

doa-doa







doa-doa