Sabtu, 9 Mei 2009

cinta di dasar hati (part one) - babyotai

"Abang pegi dulu ye. Ade hal lagi yang perlu diuruskan selagi belum pulih segalanya. Abang tak sangka dia sanggup buat abang macam ni."

"Abang takkan mungkiri janji kan, pasal perjanjian kita?" tanya ku inginkan kepastian.

Dia merenungku tajam sambil merenung ke arah perutku dan tersenyum. "tapi kalu Lia mengandung macam mane? Itu abang akan fikirkan kemudian. Ini kad kredit abang. Lia gunala untuk keperluan Lia."

Mengandung? Apa yang dia maksudkan. Menyentuhi aku pun tidak, masakan boleh mengandung. Argh…. Betulkah tindakan aku ini. Ya Allah Kau berilah petunjuk kepada hamba-Mu yang lemah ini. "Lia, suami kau dah nak pergi ni?" teriakan mak menghentikan lamunanku… perginya dia selamba jek.. tapi terdetik keresahan dihatiku… kenapa? Apakah?... walau perkahwinan ini seketika Cuma, tapi aku tetap seorang perempuan yang berstatus isteri yang harus menjalankan tugas sebagai seorang isteri… tangannya ku salami dan ciumi…. Entah... perasaan aneh meresap masuk ke lubuk hatiku… ku pandang wajahnya… tenang… dia menarikku mendekatinya… direnunginya aku lalu dikucupi hangat dahiku… "terima kasih di atas kesudian Lia.. dan abang mintak maaf melibatkan Lia dalam masalah rumah tangga abang ".

Dia berlalu pergi membawa seribu persoalan dibenakku… apakah episod yang akan berlaku seterusnya… entah.. hanya Allah yang mengetahuinya… "Lia, masuk sayang, dah nak senja ni… tak elok duduk kat luar rumah." Teguran mak menghentikan persoalan yang berlegar difikiranku.

Aku berlalu ke bilikku. Berbaringan sementara memandang kosong ke setiap sudut bilik ku. Aku tak tau apakah status aku… aku tak tau tindakan aku… tapi yang pasti keluargaku merestui apa yang terjadi… argh.. kacau… kedengaran sayup-sayup azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib.. aku tak boleh terus-terusan berkeadaan sebegini… aku tidak boleh menaruh harapan terhadap perkahwinan sementara ini. Ini hanya untuk seketika Cuma…

"Ya Allah kau berilah petunjuk dalam setiap perjalanan hidupku.

Ya Allah kau bimbingilah daku seorang hamba-Mu yang lemah dalam menyusuri kehidupan yang penuh panca roba ini.

Ya Allah kau bantulah daku menjadi hambamu yang solehah, isteri solehah, anak solehah dan ibu mithali.

Ya Allah kau kurniakanlah daku zuriat yang baik-baik, bijaksana dan baik akhlak serta rupa parasnya.

Ya Allah kau bantulah daku menjauhi dari segala segi kemaksiatan, pengzinaan, sifat angkuh dan sombong, hasad dan dengki.

Ya Allah kau tetapkanlah iman didadaku ini.

Ya Allah, amin, amin, amin, ya robbal alamin."

Terasa tenang dihatiku. Perutku sudah mula menyanyi-nyayi minta diisi. Ape lagi, aku terus menuju ke dapur mencari sesuatu untuk dimakan. Entah kenapa aku terasa begitu sepi sekali. Apakah sebenarnya yang aku alami. "kring!kring!kring!" handphone aku berdering. erm.. sape pulak dah telefon malam-malam ni… dah la lapar ni… gumamku sendirian ..

"hello, assalamualaikum".. sunyi.. "hello, sape ni… nak bercakap dengan siapa?'… "waalaikumsalam. Lia abang ni." Sunyi .. "oh, abang. Dah sampi ye?" "ha'ah dah sampi pukul 8.00 malam tadi. Lia dah makan.? " "baru nak makan. Tadi tak rasa nak makan, tetiba lapar pulak. Abang dah makan?

"Belum, abang tak rasa nak makan. Sunyi jek, mana yang lain. "yang lain dah masuk bilik masing-masing. Dah pukul 10.30malam kan, dia orang ade yang nak pegi keje nak pegi sekolah… tadi dia orang ajak Lia makan sekali.. tapi tak rasa lapar lagi.. dia orang dah makan dulu.

"Lia, abang mintak maaf dengan apa yang berlaku. Abang rasa bersalah sangat dengan apa yang berlaku. Abang tak tau nak balas macam mane jasa Lia pada abang. "

"Hidup ni ibarat roda. Sekarang masa Lia tolong abang. Esok lusa belum tau lagi nasib Lia Bang. Dah la jangan fikirkan itu semua. Abang uruskan semua urusan elok-elok. Lagi cepat selesai lagi bagus. "

"Lia, abang tanya satu soalan boleh?"

"Apa dia?"

"Kalau abang tak nak lepaskan Lia?"

Ya Allah apa lagi musibah yang akan melanda. Aku terdiam.. kelu lidah … xtau ape yang harus aku ungkapkan.. apakah rasa hati ini.. masih tercari-cari… tak tau.. kabur… entah…

"Bagi Lia masa".

Terdengar keluhan darinya.. "Lia fikirkan la. Abang takkan persiakan Lia. Bagilah abang peluang. Pegilah makan nanti jatuh sakit susah hati abang nanti".

"Selamat malam Lia. Jaga diri elok-elok. Fikirkanla sebaik-baiknya untuk kebahgiaan Lia dan semua. Sesungguhnya abang sudah mula merindui Lia".

"Selamat malam sayang. Assalamualaikum".

"Waalaikumsalam"…sunyi…talian diputuskan..

Argh … buntu.. apakah ini semua… Ya Allah kau tunjukkanlah apakah hikmah disebalik apa yang terjadi ini. Terbantut selera aku… aku hanya mampu merenungi nasi dan lauk kegemaranku… kari ayam kampung dan sayur peria goreng serta ulaman seperti pegaga, kacang botol dan timun.

"Lia, kenapa termenung ni sayang. Tak baik membazir.. makanla sikit.. nanti perut kosong masuk angin. Lagipun lia kan gastrik.. nanti sakit semula…Lia, mak mengerti situasi Lia. Dalam situasi macam ni mak tak boleh nak buat apa. Semuanya terpulang pada Lia untuk menentukannya. Mak dan abah pun rasa serba salah dengan apa yang berlaku. Tindakan Lia tindakan yang baik, niat yang baik, untuk menolong Reez.. tapi mak takut itu akan menyebabkan Lia makan hati lama-lama nanti. Dua-dua mak sayang. Mak tak nak hilang salah satu. Mak tak tau apakah kebaikan disebalik apa yang terjadi. Tapi mak nak Lia tau.. mak sentiasa bersama Lia".

Pelukan mak sedikit sebanyak menguatkan lagi semangat ku…

"Makanlah. Mak temankan. Mak nak minum kopi ni, Lia nak jugak?".. aku mengangguk.

*********************************************************************