Khamis, 16 April 2009

SETIAKU DI SINI (part one)

Hujan Lebat yang turun tanpa henti sejak semalam, membuatkan aku menarik semula selimut walaupun jam loceng yang ku kunci ke pukul 6.15 pagi telah berdering menandakan waktu sudah merangkak melewati waktu subuh. Kedinginan yang masih membaluti tubuhku meyebabkan aku terlalai seketika. Ku cuba pejamkan mata, namun terasa seperti ada sesuatu yang memaksa untuk aku tidak meneruskan tidur ini. Aku cuba mengelamun , fikiran ku buntu, kosong.
Akhirnya aku bangun kerana aku tidak mahu lalai lagi dalam mengerjakan suruhanNya. Selepas mandi dan sembahyang aku turun ke dapur walaupun hari masih awal. Perutku sudah berkeroncong minta diisi. Tidak ada apa yang tinggal untuk aku meyediakan sarapan .Aku hanya bersarapan dengan 2 keping roti Gardenia bersama 2 biji telur dadar, sedikit sos chili dan secawan susu. Harap-harap aku dapat bertahan sehingga tengah hari nanti. Aku juga berharap agar hujan akan berhenti . Aku perlu ke pasaraya untuk membeli barangan dapur yang sudah kehabisan.
Setelah bersarapan yang ala kadar aku mengemas dapur seadanya. Sedang aku leka memerhatikan titisan hujan dijendela dapur aku dikejutkan dengan sergahan Dilla yang memelukku dari belakang, hampir terlepas cawan yang aku pegang. “Kau ni Dilla, nasib baik aku tak ada lemah Jantung. ” rungutku. Dilla hanya tersengih .
“ Hanis, kau dah makan, ada apa-apa yang lebih, aku laparlah ”. Tanya Dilla dengan nada manjanya.
“Sorry la Dilla, aku ingatkan kau lambat bangun, maklumlah semalamkan berdating sakan sampai tak nampak jalan nak balik. Orang ada boyfriend barulah katakan. Tu ha, ada lagi tiga biji telur , rotipun masih ada lagi. Kau buatlah sendiri.”
“Teruklah kau ni Hanis, pagi-pagi dah buka radio buruk kau tu. Aku bangun awal ni pun pasal aku dah dengar kau bangun, kurang-kurangpun aku ingat aku dapatlah rasa breakfast yang kau masak. Dah seminggu aku miss masakan kau. Nampak gayanya kena breakfast dengan roti lagi lah.”
“Memanglah aku ingat nak masak nasi lemak tadi. Hujan-hujan ni kalau dapat nasi lemak ,sedap lah jugak. Tapi alih-alih tengok, beras dah habis, cili kering dan kelapa paket pun tak ada. Nak masak nasi lemak apa. Kau tu pun satu, dah tahu barang habis kenapa tak beli. Kalau seminggu aku tak ada, seminggulah kau makan luar agaknya.
“Dilla, tengah hari ni kau ikut aku ke supermarket, kita beli lebih sikit minggu ni. Aku takut aku kena out station lagilah. Project baru yang aku kena handle ni susah sikit Cerewet betul Customer kali ni.
“Baiklah Sarjan” sapa Dilla sambil memuncungkan bibirnya.
“Hanis, kau jangan ke hall lagi. Aku rindulah nak sembang dengan kau. Lagipun aku ada cerita sikit le dan kalau boleh aku nak mintak kau punya advise.
“Kau rindu kat aku ke atau rindu kat that guy yang kau jumpa semalam ?”
“Teruk la kau ni Hanis, that guy bukan taste aku le. Kau teman la aku makan kejap .”Aku menarik kerusi dan duduk bertentang dengan Dilla yang sedang menggoreng telur.
Dilla lah satu-satunya teman yang aku senangi dan percayai. Atas dasar itulah kami masih tinggal berdua sejak tiga tahun yang lalu. Dilla memang cantik dan berpesonality menarik , jalannya pun ala-ala model catwalk sesuai dengan tugasnya sebagai secretary merangkap personal assistant (PA) . Tapi dalam bercinta, dia sering tewas. Mungkin ‘taste’ dia agak tinggi.
CINTA… Aku tersenyum sendiri. Walaupun aku pernah berikhrar untuk tidak jatuh cinta namun aku tewas pada ikhrar aku sendiri. Aku mula memendam rasa cinta sejak empat tahun yang lalu . walaupun aku tidak pernah merasai nikmatnya bercinta dan dicintai kerana aku takut cintaku tak mungkin berbalas . Tapi aku pasrah dan bahagia dengan cara ku. Aku bahagia dengan ikatan cinta yang ku bina sendiri dan akan kusisip kemas di dasar hati ini. Tak mungkin aku luahkan pada sesiapa, hatta dengan Dilla sekalipun.
"Hanis, kau nak milo. Aku buat lebih ya.” Kata-kata Dilla itu mematikan khayalan ku.
“Boleh jugak, tapi jangan manis sangat nanti kena diabetes, lagipun aku dah minum susu tadi. ”
“Takut kena diabetes ke nak maintain solid” jawap Dilla tersenyum nakal sambil meletakkan telur goreng di atas meja , kemudian menuangkan milo ke dalam mug dan diletakkan dihadapanku.
Sambil menyapu butter ke rotinya, dia tersenyum. “ Hanis, aku rasa aku dah fall in love at a first sight lah ”. Aku hanya ketawa kecil dengan ‘Tajuk ceritanya’.
“ Eh! Berapa kali first sight ni.”
“ Kali ni betullah. Aku tak main-main. Aku rasa this guy ‘taste’ aku la. Handsome, caring, charming dan ada sikit-sikit sense of humor.”
“Berapa lama kau kenal dia hingga kau bolem confirm dia kau punya ‘taste’.”
“Teruk la Hanis kau punya memory. Kau tak ingat ke aku sms kau masa kau kat Kuantan last week.”
“You mean Boss baru kau tu. Dilla, Dilla, kau kata aku teruk, kau tu lagiii teruk, baru seminggu dah boleh buat conclusion yang dia menepati ‘taste’ kau. ”
“Cinta dan perasaan tak boleh dibuat-buat atau disekat-sekat Hanis. Ia akan datang sendiri bila hati dah berkenan. Kau tu lain lah, hati batu. Tak ada perasaan langsung. Harap muka saja cantik. Jiwa kosong.”
“Helo kawan, jangan lebih-lebih, nanti kalau aku bangun kau sembang sorang-sorang dengan kerusi ni, boleh. ”
“Janganlah marah, aku gurau aje. Tapi betullah Hanis, jantung aku ni , bila nampak kelibat dia saja terus dup dap! dup dap!. Kalau tak nampak dia, bau perfume dia pun dah buat aku gelabah. Tu belum dia cakap lagi. Bila dengar suara dia intercom, lutut aku ni mesti menggeletar. It took me about three days untuk kawal keadaan. Baru aku boleh bertentang mata dengan dia ”
“Dia tahu apa yang kau rasa”
“Susah aku nak cakap .”
“Kau ada approach dia ? ”
“Gila kau , malu le aku, silap-silap dia kata ‘Hidung tak mancung, pipi pulak tersorong-sorong’. Ye lah memangpun hidung aku ni tak berapa mancung. Comel aje.”
Sempat jugak Dilla buat lawak selambanya.
“Kau dah buat ‘homework’ pasal dia”
“Maksud kau ?”
“Ye la, kau dah suka dia, tapi kau tahu tak sama ada dia dah ada isteri ke, tunang ke atau paling kurangpun mungkin sudah ada buah hati. Since kau dah kata ,bos kau tu handsome habis, takkan lah tak ada orang yang sangkut.”
“Bab ni yang susah sikit ni. Tapi sepanjang minggu lepas aku kerja dengan dia, tak ada langsung incoming calls dari perempuan. Even atas meja dia pun tak ada gambar sesiapa”
“Kau mana tahu kalau that ‘lady’call dia punya handset atau sms dia.”
“Betul jugak ye”
“Anyway, how old is he ?”
“This coming August, 9hb , birthday dia yang ke 32 tahun. Eh! Hanis, sama dengan birthday kau le. Cuma tahunnya tak sama. Macam mana aku boleh tak perasan sebelum ni. Bila aku beritahu kau baru aku rasa tarikh tu familiar sangat dengan aku.
“Cekap jugak kau.”
“Oh! Mesti. Dari mana dia graduate, di mana dia tinggal, naik kereta apa, plet number apa, warna dan makanan kegemaran, semua dah aku scan dan save dalam otak aku ni. Tapi yang lebih details aku tak tahulah sebab CV dia ada dalam simpanan Datuk Zailan.”
“Tapi Dilla, aku sebagai kawan, aku nak nasihatlah kau walaupun knowledge aku zero pasal bercinta ni. Tapi dari pembacaan aku, lelaki akan lebih ego dan lebih jauh kalau dia taku kita kejar dia. Jangan show-off sangat. Kau kena jugak jaga kau punya value dan pride kau tu.” Senyuman Dilla mati dengan kata-kata ku itu.
“Sudah la tu, jangan asyik muncung aje. Pergi mandi, hujan pun dah berhenti. Nanti dalam kereta kita sambung cerita. Tapi kau drive ye. Aku masih penat lagi ni.”
Bhg 2 Sepanjang perjalan kami, Dilla tidak habis-habis bercerita mengenai Bossbarunya. Seingat aku walaupun dia pernah menyukai beberapa lelaki sebelum initapi lain bunyi ceritanya kali ini. Aku tumpang gembira jika benar ini adalahjodoh untuk Dilla tetapi dalam masa yang sama aku tahu aku tentu akan kesunyianjika benar jodoh Dilla akan sampai dalam waktu yang terdekat ini. Aku akankehilangan seorang sahabat yang benar-benar aku sayangi. Aku mengeluh dengantiba-tiba. "Hanis, kau tidur ke , kau tengah dengar cerita aku ni. Aku penat-penatbercerita, kau sedap-sedap aje tidur. Tak sapportive langsung." Ngomel Dilla. "Aku dengar dan aku tumpang gembira jika benar kau dah jumpa kau punya MrRight. Tapi nanti aku tentu kesunyian. Kau lah satu-satunya best friend yangaku ada. Nanti kalau cinta kau tu berbalas, sudah tentu kau akan spent masa kaulebih dengan dia. Tinggallah aku macam tuggul di rumah." Keluh ku lebih kepadadiri sendiri. "Hanis, kau janganlah cakap macam tu. Sedih aku. Aku bukannya kacang yanglupakan kulit. Aku tahu dan aku akan sentiasa ingat segala pertolongan kauselama tiga tahun kita berkawan. Kita pernah tidur sebantal, kita pernah susahdan senang bersama Aku hargai petolongan kau selama ini. Malah rumah kau yang aku tumpang tinggaltu pun tak pernah kau mintak sewanya. Aku tak terbalas budi kau Hanis. " Kereta kami membelok memasuki tempat parking Sogo. Kesan air hujan masih adasisanya walaupun matahari sudah agak tegak di kepala. " Hanis, kau masuk office tak esok.? " Tanya Dilla sambil kami mengorak langkahmenaiki tangga Sogo. "Ya. Kenapa ?" "Tak adalah, tapi aku rasa tak sabar nak suruh kau jumpa boss aku tu.Sekeras-keras batu pun hati kau tu, aku jamin, tentu cair jugak tengok senyumandia." "Hai Dilla, boss kau lagi. Tak ada topik lain ke". "Sorrylah, tapi hati dan fikiran aku tak boleh nak dialih ke channel lain" Aku hanya mampu tersenyum. Parah budak ni. Tapi dari cerita-ceritaDilla, aku pun rasa tak sabar jugak nak tuggu esok. Handsome sangat ke bossDilla ni. Tapi kalau Dilla tahu, mati aku kena kutuk. "Hanis, kau ni senyum sorang-sorang , perli aku ye.." Dilla mencubit lengan ku. Aku menjerit kesakitan. " Kau Dilla, tangan jangan cepat. Aku tinggal kausorang karang baru tahu. " "OK OK sorry" "Hanis, kita tengok baju dulu ye, lepas tu baru kita beli barang dapur . Akunak beli baju baru la ". "Tu mesti plan nak tackle boss baru tu. Tapi ingat , jangan yang seksi-seksisangat. Pride tu nak kena jaga jugak. Apa-apapun kita cari makan dulu. Aku dahlapar ni. Kau tu kalau dah pilih baju mau sampai dua tiga jam. "
************
Hampir pukul 6.40 malam baru kami tiba di rumah. Aku terus naik kebilik.Badan yang melekit ini perlu segera ku bersihkan. Lagipun aku belum sempatAsar. Aku terus mandi dan berwuduk. Tidak boleh berendam lama-lama seperti yangselalu ku lakukan. Setelah selesai sembahyang dan sementara menanti masuk waktu maghrib akumengelamun di birai katil. Hati ku cuba menafikan apa yang ku lihat sewaktubersama Dilla di Sogo tadi. Setahu aku dia masih di US. Bila pula dia pulang kesini ?. Siapa pulak gadis yang berjalan di sebelahnya .Walaupun empat tahunjarak dan waktu telah memisahkan kami tapi tak mungkin aku lupa akan wajah itu.Wajah dan senyuman yang membuatkan aku sentiasa berdebar-debar dan wajah itujugalah yang menutup pintu hatiku untuk lelaki lain. Tapi, masih ingatkah dia pada aku, Insan yang dinikahi dalam keterpaksaan danditinggalkan dengan separuh rela. Keadaan yang memisahkan kami. Keadaan jugalahyang menyebabkan aku begini.. Dan keadaan juga lah yang menyebabkan akumemegang status isteri walupun tidak pernah ditiduri. Airmata ku mengalir tanpadipinta . Masih aku terasa kehangatan ciumannya di dahi dan di pipiku selepaskami diijab kabulkan. Tapi semua itu hanyalah semata-mata lakonan untukmengaburi mata tetamu-tetamu yang hadir. Oh Tuhan! Kenapa dia harus kembali.

Dilla masuk ke bilikku setelah aku selesai sembahyang. Dia meggayakan baju yang baru dibelinya tadi.
“Cantik tak Hanis ?”

“Hem, cantik.” Jawap ku bersahaja.
Dress labuh berwarna meroon gelap yang dipakainya memang cantik. Sesuai dengan susuk tubuhnya yang lampai itu.

“Kau ni kenapa Hanis. Sakit ke. Macam tak sudi nak pandang aku aje. Bagilah komen sikit”
“Kan aku dah kata cantik.”
“Macam tak ikhlas saja ni Hanis, you ada problem ke, atau aku ada tersilap cakap tadi ? Kalau aku silap , maafkan aku ye. Tak seronoklah tengok kau macam ni ”
“Tak adalah, aku ok aje, Cuma…”
“Cuma apa ? Haa, entah-entah kau dah tersangkut kat orang Kuantan tak. Kalau betul, rindulah ni konon. ”
“Kau ni Dilla, aku tak ada mood ni pun kau nak usik aku lagi ye. Kang aku suruh keluar dari bilik aku baru kau tahu. ” Kataku pura-pura marah.
“Kau ni dari pagi tadi , asyik ugut aku aje. Ye lah ,aku sedar siapa la aku. Hanya menumpang kasih seorang kawan. Kalau kau dah tak suka nak kawan dengan aku, tak apelah. Aku terpaksalah bawa diri dan cari rumah lain. Kalau tak pun aku mintak tumpang rumah boss aku tu. Tentu dia kasi.” Sambung Dilla dengan nada sedih yang dibuat-buat.
Inilah sifat Dilla yang membuatkan aku tak pernah sampai hati hendak memarahinya. Dalam keadaan macam ni pun dia masih nak berjenaka untuk mengambil hati aku. Dia masih boleh terima amarah aku .
“Hanis, kau ok ke ?. Jom kita turun kemas barang yang kita beli tadi. Esok dah nak kerja. Sambil tu boleh lah kau cerita masalah kau. Itupun kalau kau sudi. Mana tahu mungkin aku boleh tolong. ”
Sapa Dilla dengan suara manjanya. Hilang rasa marahku tadi. Aku kembali tersenyum.
“Hoi kawan, kalau dah nak turun mengemas namanya pun, tak reti-reti nak tukar baju ke. Aku tahulah kau tu sexy, tapi siapa yang nak tengok di dapur tu ? Tak sesuai betul.”
“OK lah, ok lah, kau turun dulu nanti aku nyusul. Aku masuk bilik tukar baju kejap.”
“Jangan kau terus tidur dengan baju tu pulak.” Pintas ku sambil menarik tangan Dilla keluar dari bilikku.

************************************

“ Awalnya kau bagun pagi ni Dilla. Selalunya bukan main liat lagi . Apatah lagi kalau hari Isnin. I hate Monday lah, gloomy Monday lah, itulah inilah. Tapi hari ni siap awal nampak ”
Dilla hanya tersenyum.
“ Ni mesti tak sabar nak jumpa Mr dot dot dot tu kan .”
“ Kau ni Hanis, bateri radio buruk kau tu tak pernak weak ke. Pagi-pagi dah bunyi. Tak lengoh mulut ke chek kak oi.”
“Senyum-senyum ni aku taulah, aku nak kena drive lagi le pagi ni. Malas betul kau Hanis. Suruh pasang Driver tak mahu. Akuuu jugak yang kena. Akuuu jugak yang jadi driver kau.”
“Boleh atau tak. Kalau tak kita ambil cab saja. Dua-dua tak payah drive. Nak ? Kereta aku, minyak aku, mintak tolong kau drive aje dah banyak songeh... Nak ke tak nak ni ?”
“Oklah, aku drive. Tapi kau janganlah buat muka sepuluh sen kau tu. Nanti tak ada orang yang nak sagkut. Pagi-pagi dah monyok. hilanglah seri ..”
“Aku tak heranlah kalau tak ada sesiapapun nak sangkut. Kerana hati aku sememangnya telah lama tersangkut dan dibawa pergi beribu kilometer jauhnya. Merentasi tujuh lautan lagi. Dan kini dia dah kembali. Tapi aku tak pasti sama ada hatiku ditinggalkan di sana atau kembali bersamanya.” Aku mengeluh sendirian.
Airmata yang berlinang tidak terbendung lagi. Perlahan-lahan ia mengalir di pipiku.
Perasaanku ini ku luahkan jua pada Dilla tanpa sedar. Mungkin rindu ini tidak tertanggung lagi. Kalau betul dia sudah kembali, dimanakah dia kini. Sudah beristeri baru kah dia. Jika betul mungkin gadis yang beriringan dengannya semalam adalah teman barunya. Aku pasrah menanti waktu dan keadaan yang entah bila kan kunjung tiba.
“Hanis, are you ok. Aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau. I’m just joking.
Maafkan aku ye Hanis. Aku janji tak cakap pasal tu lagi. ”

************************

Kereta yang dipandu Dilla sudah hampir sampai ke office. Dia jugak diam sepanjang perjalanan tadi. Mungkin tidak menyangka akan melihat cerekarama sedih pagi ni. Cuaca elok tidak hujan, alih-alih aku yang berhujankan airmata. Malu aku pada Dilla.
“Ehem!” Dilla bersuara sebelum kami keluar dari kereta.
“Hanis.” Panggilnya lembut sekali.
“ Aku, aku… nak tahulah jugak sebab apa kau menagis. Sebab selama tiga tahun aku kenal kau, kau tak pernah semoody macam ni. Apatah lagi menangis . Kau cakap tadi tu pasal lelaki ke. Kalau kau tak nak cerita sekarang tak apelah. Tapi bila kau dan ok nanti, kau beritahu aku ye..”
“Tadi kata tak nak cakap pasal tu lagi. Tapi tak sampai dua puluh minit dah kepoh.” Ulas ku sambil cuba tersenyum.”
“Dilla, muka aku ok tak. Mata aku merah lagi ?. Kau jangan cerita orang ok. Nanti bila sampai waktu yang sesuai aku akan ceritakan segala-galanya pada kau. Itupun kalau kau boleh simpan rahsia aku.”
Sambungku cuba berjenaka sambil melangkah keluar dari kereta .Tapi yang pasti, aku sebenarnya cuba menghiburkan hati aku sendiri. Entah kenapa, sejak melihatnya semalam hati aku tak keruan. Walaupun aku telah cuba untuk tidak memikirkannya. Namun bayangan senyumannya seakan-akan bermain-main dimataku. Kehangantan sentuhannya seolah-olah masih bersisa.
“Good morning sweetie. ” Sapa Iskandar pada Dilla.
“Good morning Cik Hanis.” Tegurnya setelah menyedari kehadiran ku di sebelah Dilla.
Iskandar adalah salah seorang staf ku. Manis orangnya. Aku tahu dia ada menaruh hati pada Dilla, tapi mungkin mengetahui “taste” Dilla yang tinggi. Dia hanya mendiamkan diri dan memendam perasaan sahaja. Iskandar, Dilla dan aku sebaya tapi mungkin sudah rezekiku, aku dapat menjawat jawatan yang lebih tinggi dari mereka.
Tapi itu bukanlah jurang bagiku untuk berkawan dengan mereka. Cuma Dilla lebih menghormatiku ketika di office. Tapi kadang-kadang tu tersasul juga dia. Apatah lagi kalau ada cerita menarik yang hendak disampaiknnya padaku. Meluru saja dia masuk ke bilikku tanpa mengetuk pintu.
Setelah memeriksa “in-tray” ku untuk memastikan tidak ada apa-apa yang memerlukan perhatian segera dari ku, aku membuka briefcase kecil ku dan mengeluarkan beg plastik yang mengandungi souvenir yang ku beli di Kuantan untuk staf-staf ku.
Ramai yang masih belum datang kerana waktu baru menunjukkan pukul 8.10 pagi.
“Zira, masuk sekejap”. Panggilku melalui intercom setelah melihat kelibat setiausaha itu di mejanya. Zira baru setahun bekerja dengan ku setelah setiausahaku yang terdahulu berhenti kerana mengikut Husbandnya sambung belajar di Australia. So far aku puas hati dengan prestasinya. Dia tak banyak cakap dan committed dengan kerjanya.
“Ya Cik Hanis. Ada apa yang boleh saya bantu. Tapi sebelum tu, saya nak mintak maaf kerana belum kemaskan bilik Cik Hanis sebab setahu saya Cik Hanis masih off lagi hari ni. ”
“It’s ok. Nanti saya kemas sendiri. Lagipun semuanya masik teratur. ”
“So, Cik Hanis panggil saya kenapa.”
“Ini ada something yang saya nak kasi tapi taklan sebesar mana”. Kata ku sambil menghulurkan beg plastik tadi kepada Zira.
“T-shirt tu untuk you dan key chain tu you tolong berikan pada staf-staf yang lain.” Sambungku.
“Thanks Cik Hanis. Lagi kerap Cik Hanis ke out station lagi banyaklah T-shirt yang saya dapat. Thanks again Cik Hanis. ” Zira tersenyum lebar dengan pemberian ku sambil berjalan keluar dari bilikku.
Seketika kemudian, sewaktu aku sedang menyemak kertas kerja mengenai Tugasan Luarku di Kuantan minggu lepas, telepon ku berbunyi. Dilla di talian.
“Hanis!’ Suara Dilla bergetar di talian.
“Yes Dilla, kenapa suara kau macam terserempak hantu aje?”
“Hanis, he’s here. Dia dah masuk office. Handsomenya dia pagi ni. Aduh Hanis, lemah jantung aku bila dia senyum kat aku tadi.”
“So what ? “
“Tak le, kau datanglah tempat aku. Kalau dia keluar nanti bolehlah aku perkenalkan pada kau. Handsomenya dia Hanis. Bekas dagu yang baru shave nampak hijau saja. Kau tahukan aku suka lelaki macam tu. ”
“Kau gila Dilla. Kau ingat aku tak ada kerja ke nak bertenggek di meja kau. Tak pasal-pasal nanti kena warning dengan Datuk Zailan.”
“Sekejap aje Dilla, sebab aku tahu dia mesti keluar selepas simpan briefcasenya di dalam.”
“Tak mahulah Dilla, aku busy ni. Paper work aku banyak yang nak kena siap. Nanti-nanti lah. Bukannya dia nak lari. Karanglah aku cari kau. Lagipun, nanti kalau dia tengok aku lebih-lebih pulak, kau mesti jealous. Silap-silap melepas pulak chance kau tu.”
“Ok lah Hanis. Kau tu tak habis-habis kerja, kerja, kerja. Lama-lama muka kau pun monyok macam kertas yang kau keronyok dan buang dalam dust bin kau tu.”
Dilla meletakkan talifon dengan nada hampa. Mungkin dia hampa kerana aku tidak mahu tumpang kegembiraannya yang pagi-pagi sudah menerima hadiah sebuah “senyuman” dari orang yang di minatinya.
Talifonku berdering lagi lima minit selepas perbualanku dengan Dilla tadi.
Apa lagi dengan Dilla ni . Fikirku. Apa pulak yang boss dia “hadiahkan” kali ni.
Aku mengangkat ganggang dan terus bertanya tanpa mendengar suara si pemanggil.
“Ya Dilla, ada apa lagi ni?”
“Hanis, saya ni , bukan Dilla.”
Aku tergamam. Suara Datuk Zailan rupanya di talian.
“Good morning Datuk. Sorry saya ingatkan Dilla tadi.”
“Hanis, masuk bilik saya sekejap. Ada hal yang nak saya beritahu Hanis.”
“Baik Datuk. I’ll be there in a short while. ”
Orang tua ni. Mesti ada project baru untuk aku lagi. Lepas satu-satu. Baru hari sabtu aku sampai balik. Penat pun belum habis lagi. Dah ada assignment baru. Rungutku sendirian.Namun aku pantas melangkah keluar.
“Zira, I nak jumpa Datuk. Kalu ada call ambil message ye.

Aku mengetuk pintu bilik Datuk Zailan yang sudahsememangnya terbuka. Ini Sifat Datuk yang aku puji. Katanya dia tidak mahuada sempadan dengan pekerjanya. 'You all boleh masuk bilik saya bila-bilamasa saja kalau ada hal yang nak dibincangkan atau untuk meminta pandanganatau apa-apa advise sekalipun.' Itulah kata-kata Datuk Zailan pada semuastaf-stafnya. Sewaktu aku melangkah masuk, Datuk Zailan sedang berbual-bual denganseseorang. Dia bangun bila aku menghampiri mejanya. "Hanis, ni saya perkenalkan Financial controller kita yang baru. EncikHaikal." "Haikal, ini Hanis Sofea, Engineering Manager . She's the youngest among themanagers. Baru dua puluh tujuh tahun. Hanis, you don't mind I bagi tahuumur you. Anyhow he could not be bothered. He's married." "Hai Cik Hanis" .Haikal menghulurkan tangannya padaku dan antara sedardengan tidak aku menyambut huluran tangannya. Aku kaku seketika. Tak sepatahperkataan yang keluar dari bibirku. Antara dengar dengan tidak, suara DatukZailan masih memperkatakan sesuatu. "En Haikal dah join kita last week, masa you ke Kuantan, so since you dahmasuk office pagi ni. I perkenalkan you all berdua sebab staf yang lainsemua sudah tahu kecuali you." Hangat terasa sentuhan jari jemarinya di tanganku. Lama sekali dan selamaitulah mata kami bertentangan. Namun lidahku masih kelu untuk menyapanya.Terasa bagaikan satu kejutan. Senyuman dan sentuhan inilah yang aku rinduiselama empat tahun ini. Dan dialah juga suamiku walaupun hakikatnya hanyadiatas sekeping kertas. "Eh, you all dah kenal ke ? " Tanya Datuk Zailan agak kehairanan bilamanatangannya masih tidak melepaskan tangan ku. Spontan aku menarik tangankukembali . "Haikal, you dah kenal he Hanis ni ? Datuk Zailan masih meneruskankemuskilannya. "It such an unforgetable memory." Jawab Haikal dengan senyuman yang masihterukir di bibirnya. Matanya masih merenungku tajam. "Kalau begitu baguslah. Easy for both of you to work together." Sambut DatukZailan sambil tersenyum sedikit. Dia mungkin kurang pasti dengan nada suaraHaikal tadi. Tapi dari senyumannya aku rasa Datuk Zailan masih tidak puashati dengan jawapan singkat Haikal tadi. "So Hanis, why don't you say something. Diam saje dari tadi." Sebenarnya walaupun mulut aku diam tetapi otakku ligat berfikir dengankata-kata Datuk Zailan tadi. 'He's married '. Hampanya aku. Musnah samasekali impianku selama ini yang masih menaruh harapan agar dia akan mengakuiaku sebagai isterinya suatu hari nanti. Terlerailah impian kerana Pelaminagananku musnah sama sekali. "Hanis, are you ok" "Sorry Datuk. Saya.. Saya rasa kurang sihatlah. Mungkin tak cukup rehat. "Jawapku untuk menutup khayalanku sebentar tadi. "Itulah, you kan sepatutnya masuk office esok. I dah suruh you ambilunrecorded leave untuk hari ni. I know that you've working so hard for thepast two weeks. Seminggu you dah stayback sampai malam untuk siapkanpaperwork untuk project di Kuantan tu .Lepas tu you hv been there untukmenyelaraskan permulaaan kerja di sana. Kalau you rasa perlu, I tambah duahari lagi cuti you. " Datuk Zailan meneruskan kata-katanya. "Hanis, I nak you kerja lama dengan I. Bukannya untuk sebulan dua sahaja.You must take good care of yourself. You pergilah balik. Lagipun untukpermulaan ini tugas you dah selesai. Yang lain tu biarlan Iskandar yangfollow-up. Kalau you rasa malas nak drive, I suruh driver I hantarkan youbalik. Macam mana, ok ? " "Sorry En Haikal, Datuk ni kalau dia dah start tegur I, dia dah lupa yangada orang lain dalam bilik ni." Aku memberanikan diri untuk bersuaraakhirnya . Malu jugak aku di tegur begitu di depan Haikal. "It's ok with me. I will pretend yang I tak dengar apa-apa. Tapi I rasalebih baik you ikut nasihat Datuk tu. You pun nampak macam kurang sihat." "Betul tu Haikal. Saya ni bukannya apa. Saya dah anggap Hanis ni macam anaksaya sendiri. Nak buat menantu, tak bersedia lagi katanya. Jadi buat anakangkat saja lah." Merah padam muka aku bila Datuk Zainal berkata begitu di hadapan Haikal.Aku lihat ada sedikit kelainan di wajah Haikal mendengarkan kata-kata DatukZailan tu. Dia memandangku dan dari redup matanya dia seolah-olah memintapenjelasan. "OK lah Haikal, Hanis. I hv to go through these few reports sebelum meetingdi Hilton pukul sebelas nanti. So, you macam mana Hanis . You nak I send youback on my way to Hilton ? " "It's ok Datuk. I pun ada meeting di HB Bank. Kalau Datuk tak sempat Iboleh hantarkan Cik Hanis balik on my way nanti. Itupun kalau Cik Hanis takkeberatan nak tumpang saya." Aku agak terkejut dengan pelawaan yang tak ku duga itu. Bolehkah aku dudukdi sebelah orang yang benar-benar membuatkan jiwaku tidak tenteram. Betulkata Dilla. Sorotan matanya amat tajam sekali. Ianya membuai perasaankutanpa ku sedar. Wajarkah aku menolak pelawaannya. Inilah saat yang akutunggu-tunggu selama ini. Oh Tuhan! Berilah hambamu ini kekuatan. "Datuk, Encik Haikal. Saya rasa saya masih boleh bertahan lagi. I tak mahuinterrupt you all punya schedule. Anyway, thanks untuk perlawaan itu." "Datuk , kalau tak ada apa-apa lagi ,saya keluar dulu." "Baiklah. Take good care of yourself . Tapi kalau you masih not feelingbetter you just call my driver suruh dia hantar you balik. Kereta you nantiDilla boleh drive balik. " Aku melangkah keluar dengan perasaan yang berbaur. Dari ekor mataku akupasti renungan Haikal masih mengekori langkahku. Kenapa sikapnya begitu baiksekali denganku. Jangka masa empat tahun yang memisahkan kami seakan membawasedikit perubahan pada dirinya. Kata-katanya tadi 'It such an unforgetablememory' masih bemain-main difikiranku. Apakah maksud sebenar yang tersiratdisebalik kata-katanya itu. Mood ku untuk meneruskan kerja-kerjaku terushilang. Aku tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjaku lagi. Aku hanya mampumerenung ke luar jendela pejabatku. Apa yang harus aku lakukan. Bagaimanauntuk aku meneruskan hidupku yang kosong selama ini dengan kehadirannya yangtiba-tiba. Bolehkah aku meneruskan tugas ku di bawah satu bumbung denganHaikal. Tapi aku juga tidak mahu jadi bodoh di mata Haikal dengan tindakankusendiri. Mungkin aku sudah tidak ada apa-apa makna dalam kamus hidupnya.Kerana aku yang minta tidak dilepaskan. Bagiku ikatan perkahwinan hanyasekali dalam hidup. Tak akan ada dua atau tiganya. Aku masih ingat akankata-katanya sebelum dia berangkat ke US untuk menyambung pelajarannya keperingkat Master 4 tahun yang lalu. Dia akan melepaskan aku sekiranya itu yang aku mahu. Dia tidak mahu akumenanggung beban atas kesilapan yang dia lakukan. Dia juga tidak mahumenggantung ku tak bertali. Dia mahu aku meneruskan hidupku dengan carakudan dia akan meneruskan hidup dengan caranya sendiri. Kerana perkahwinankami adalah atas dasar keterpaksaan bukan dari rasa cinta. Dia juga berpesansupaya aku tidak menunggu kepulangannya yang belum pasti. Pesannya lagi,call atau tulis surat padanya bilamana aku sudah berjumpa dengan seseorangyang mampu memberi kebahagiaan dan cinta yang dia tidak dapat berikanpadaku. Dia akan melepaskan aku dengan relanya bila sampai detik itu.Keputusan adalah di tanganku. Tapi bagaimana dia fikir untuk aku jatuh cintadengan lelaki lain sedangkan dialah cinta pandang pertamaku. Lelaki pertamayang ku benarkan untuk mencium bibirku. Walaupun itu adalah antara adengandalam lakonan kami pada hari yang bersejarah itu. Kehangatannya masih kurasahingga kini. Sedang inai masih merah di jari dia telah pergi meninggalkan aku untukmeneruskan lakonan hidup di pentas dunia ini.
***********************************
Lamunan panjangku terhenti dengan bunyi ketukan di pintu bilikku. Dillaterus muncul sebelum aku sempat bertanya. Aku tahu mesti Haikal sudah keluarke HB Bank. Jika tidak masakan Dilla sanggup meninggalkan Bossnyakeseorangan yang memang tidak ku nafikan kekacakkannya. " Kau ni Dilla , tak boleh tengok aku senang sikit la. Kacau betullah . Hem,ada apa kau kesini ?" " Eh! Kau dah jumpa boss aku tadikan. Special arrangement pulak tu. Datukpaggil kau personally untuk introduce padanya. Eh, macam mana handsome kan." "Hem ! Handsome habis . Lebih kacak dan matang dari empat tahun lepas" .Bisikku perlahan pada diri sendiri. "Apa kau Cakap Hanis? Aku kurang dengarlah ayat yang akhir tu. Ha,jangan-jangan kau pulak yang jatuh hati tak. " Tanya Dilla dengan nadakurang senang. "Cik Dilla oi. Mulai sekarang kau jangan berangan lagi le. Encik Haikal tudan beristeri." "Mana kau tahu. Kau jealouslah tu." "Betul Dilla. Lawak, lawak jugak. Tapi kali ni aku seriouslah. Masa Datukintroduce kat aku tadi. Datuk yang cakap yang Haikal dan beristeri. "Betul ke ni Hanis. Kau tak main-main?" Tanya Dilla dengan nada sedih . Tapi kali ni aku pasti yang dia bukanberpura-pura. Dari sinar matanya aku tahu dia memang frust dengan beritayang ku sampaikan ini. "Dilla. Dengar cakap aku. Aku tak tipu kau. Kau ingat benda-benda macam niboleh di buat lawak ke. Kau ingat hati dan perasaan orang boleh di pindahmilik atau ditukar ganti. " "Kesian aku Hanis. Baru nak rasa betul-betul menyintai seseorang, tup tupdia dah beristeri. Kalau setakat girlfriend tu mahu jugak aku masuk daun.Cuba tackle. Best women win. Tapi ni dah kahwin..melepaslah aku. Bertuahlahisterinya ye. Dapat husband hansome, kaya pulak tu." "Kau tu sebenarnya Dilla, cuba tolak tuah. Ada yang sukakan kau . Kau buattak nampak saje." "Siapa maksud kau?" "Kalau aku cakap, kau jangan ketawa atau meyindir dia pulak. Nanti kesiandia. Jatuhlah maruah dia sebagai seorang lelaki." "OK, aku janji. Sekarang kau bagi tahu aku siapakah gerangannya jejaka yangmalang itu. ?" "Kau ni serious ke tidak. Kalau tidak aku tak nak bagi tahu." "Aku serious le ni. Siapa.?" Soal Dilla mendesak. "Kau tak perasan ke siapa yang selalu paggil kau 'sweetie' selama ni ? Akunampak antara semua yang pernah kau 'goda', dialah yang menghargai diri dankecantikan kau. " Dilla melopong. "Hah !.Iskandar..? Maksud kau Iskandar yang susah nak senyum tu." "Ye la, siapa lagi yang selalu panggil kau sweetie. Tak tahu pulaklah akukalau ada yang lain sebab kau tu kan banyak boyfriend. Bukan semuanya yangaku kenal" "Betul ke ni Hanis. Kalau betul 'gumbira'nya aku. Iskandar tu pun not badjugak kan . Anak tunggal lagi. Ada motor Harley Davidson pulak tu. " "Kau ni materialistic jugak Dilla. Tak sangka aku." "Janganlah macam tu Hanis. Aku sebenarnya Cuba untuk memujuk hati ku yangfrust menonggeng dengan berita yang kau cakap tadi. Selama kau kenal aku,kau ingat aku macam tu ke. Tak patut betul kau Hanis." "Sorry Dilla. Aku tak bermaksud begitu. Sebab kadang-kadang aku sendiri takfaham dengan sikap kau. Bila sebenarnya kau marah dan bila sebenarnya kausedih. Kau tu kan pandai berlakon. Tapi walau macam mana pun aku tetapsayang kau. " Sedang kami rancak berbual, intercom ku berbunyi. "Yes Zira, what's up." "Cik Hanis , Encik Haikal on the line. Nak saya sambungkan ke ? " Aku tergamam dan Dilla memandang aku kehairanan. "OK Zira. Pass the line please." Aku mengangkat ganggang talifon. Tidak mahu Dilla tahu apa yang Haikal akancakapkan. Sedangkan aku pun masih keliru dengan panggilannya ini. "Ya Encik Haikal. Ada apa-apa yang boleh saya bantu. " Diam seketika. Hanya dengusan nafasnya yang dapat aku dengar. "Hani, Abang. abang nak jumpa Hani petang nanti.' Suaranya agakterketar-ketar terutama pada perkataan 'Abang'. Aku sendiri terdiam dengan permintaannya itu. Aku masih cuba bersikapselamba. Aku tidak mahu Dilla menyedari akan perubahan ku. "Hani. are you still there.?" Tanyanya lembut. "Abang tunggu Hani depan Lobby petang nanti pukul 5.30 . Kereta Hani suruhDilla drive balik. Tolong jangan tolak permintaan Abang ye . Abang tunggu.."Katanya lantas mematikan talifon. Aku tahu bukan mudah baginya untuk menuturkan kata-kata itu. Aku masihterdiam. Permintaannya tak ku duga sama sekali. Aku belum bersedia. Akutakut yang aku tidak dapat untuk menyembunyikan persaan ku bila berhadapandengannya nanti. Alasan apa yang harus ku berikan pada Dilla. Aku masih merenung ganggang talifon yang telah ku letakkan. Hatiku berdebarkencang. "Hanis. Apa kena dengan kau ni. Pucat aje." "Hei Hanis, kau dengar tak apa aku cakap ni. Apahal pulak bos aku talifonkau tu. Setahu aku dia ada meeting sekarang ni." "Hanisss.!!" Sergah Dilla bila aku masih tidak menjawap pertanyaannya. "Noting, tak ada apa-apa. Cuma.. dia, dia.." "Dia apa ." Pintas Dilla tidak sabar. Aku diam seketika. Cuba mencari alasan yang terbaik untuk Dilla. "Dia kata petang ni dia nak jumpa aku , sebab. sebab..Datuk suruh diafollow-up dengan aku pasal proposal budget untuk projek di Kuantan tu." Sorrylah Dilla aku terpaksa bohong pada kau. Belum masanya lagi untuk kaumengetahui cerita yang sebenarnya. Kataku dalam hati. "Dilla, kau balik dulu ye petang nanti. Tak perlu tunggu aku." "Habis tu nanti, kau nak balik dengan apa ?" "Aku ambil cab saje . Lagipun aku tak tahu sampai pukul berapa 'meeting'kami akan tamat." "Aku balik tempat aku dululah Hanis. Aku ingat aku nat surprisekan kaudengan boss aku tu, alih-alih aku yang 'tersurprise' dengan apa yang kaucakapkan tentang dia yang dah beristeri. Hancur harapan ku Hanis. Hanis, kautak nak tolong kesiankan kau ke.. " "Tapi Dilla, kau ingat pesan aku tadi. Kalau kau tak boleh terima siIskandar tu pun ,just pretend yang kau tak dengar apa yang aku beritahutadi. Buat seperti biasa saje. Ok.. Aku takut nanti dia tak tahu nak simpanmana mukanya. Kesian dia."
*********************
Aku masih di bilikku walaupun waktu sudah melewati 5.30 petang. Perasaan kumasih berbelah bahagi untuk menerima pelawaannya. Tapi aku rasa aku tidakpunya pilihan lain. Talifonku berdering sebaik sahaja aku memasukkanbeberapa document kedalam briefcaseku untuk dibawa pulang . Aku perlumeneliti dan membuat beberapa pindaan sebelum aku submit pada Datuk Zailanhari Jumaat ini. Aku pasti itu tentu panggilan darinya kerana Zira sudah pulang setengah jamyang lalu. Aku membiarkan deringan itu seketika. Aku tidak mahu dia tahu yang akusememangnya menuuggu pangilan ini. "Helo." Aku bersuara akhirnya. "Hai Hani, Abang ingat Hani dah balik. Kenapa lambat angkat talifon? " "Saya ada kerja sikit. Encik Haikal di mana ni." Tanyaku pinta kepastian. "Dah hampir limabelas minit Abang tunggu di bawah. Kalau Hani tak turun,Abang naik nanti. " Nadanya suaranya agak keras. "OK , I'm on my way now. " Aku berteleku seketika di mejaku memikirkanapakah agaknya yang hendak dicakapkan padaku nanti. Akhirnya aku mengambilhandbag dan briefcaseku lantas keluar dari bilik. Aku tidak mahu dia yangnaik dan aku tidak mahu ada yang melihat. Takut nanti ada yang rasa janggal,baru hari ni jumpa dah keluar bersama . Lagipun ada beberapa staf yang masihbelum pulang. Dalam keterpaksaan mengatur langkah, aku sampai juga di Lobby akhirnya. Diasedang menyandarkan badannya pada sebuah kereta. Pasti kereta Toyota Altisberwarna 'gold' dengan plet number yang masih baru itu miliknya. Menyedari kehadiranku, dia lantas meghulurkan tangannya kepadaku tapi tanganitu ku biarkan tidak bersambut. Dia menarik balik tangan itu akhirnya danberlalu ke sisi dan membuka pintu kereta sebelah penumpang untukku. Aku jadimalu dengan diriku sendiri dengan tindak tanduk Haikal. Harap-harap tidakada mata mata yang melihat adengan yang tak dirancang ini. Tali Lehernyasudah titanggalkan. Dua butang kemejanya yang dibiarkan terbuka menampakkansedikit bulu dadanya. Begitu juga dengan lengan kemejanya yang dilipatkepangkal siku menampakkan tangannya yang sasa. Aku memalingkan mukakupura-pura melihat keluar. Tak terdaya rasanya aku menahan getaran di dada.Nafasku jadi sesak tiba-tiba. Dia mengambil tempat duduknya dan memandangkulembut. "Hani. Hani nak Abang bawa Hani kemana. " Tanya Haikal dengan suaranya yangromantis sekali di pendengaranku. Berpeluh rasanya tanganku walaupun aircondkeretanya sudah terpasang. Aku masih dapat meghidu perfume yang digunakannyamengalahkan pewangi kereta yang ada di dalam keretanya walaupun ianya adalahdari jenama yang terbaik. Patutlah Dilla jadi angau walaupun dengan wangiantanpa orangnya. "Encik Haikal yang ajak saya ,so Encik Haikallah decide the place. Sayaikut saje." Kataku cuba bersikap selamba. Melihat airmukanya saja aku tahu aku dahtersilap cakap. "Kalau you kata begitu ,ok tak pe. Since I yang kena decide , I akan bawayou balik ke Kondo I. Mungkin lebih sesuai untuk kita bercakap. " Katanyasambil tersenyum penuh makna. "Isteri you tahu ke." "She's ok and she's very sporting. Lagipun dia tak ada, dia out-station." Sambungnya masih cuba tersenyum. Terkedu aku mendengar kata-katanya. Jadibetullah dia sudah beristeri baru. Sepi rasa hatiku seketika. Tak sangguprasanya untuk aku masuk kerumah yang dikongsinya bersama wanita lain. "Sorry, let me decide the place. I tak boleh ikut you balik. Itu bukan caraI." "OK then, you just name it. I bawa you ke sana. Tapi kalau Hani ikut Abangbalikpun tak salahkan." Aduh! Lelaki ini betul-betul buat nafasku sesak. Aku harus sabar supaya akumasih boleh mengawal keadaan. Aku harus melalukan sesuatu agar aku dapatmengelak untuk terus bersamanya. "But before that, I nak tahu jugak apa yang penting sangat yang Encik Haikalnak cakap dengan I. Kalau tidak kita cakap sekarang saje ataupun kita cakapdi office esok . Dia masih tenang memandu. Tiada senyum di wajahnya kali ini. Akupun terusmemifirkan apakah langkahku seterusnya. Kereta sudah di atas jalan dan ianyamemang bertentangan dari arah rumahku. Seketika kemudian dia bersuara. "Hani, boleh tak kalau you jangan paggil I Encik Haikal. Boleh tak youbuang perkataan 'Encik' tu. Tak sedap dengar lah. Kalaupun you tak nakpanggil I 'Abang', you panggil nama I , Haikal atau Karl saja. Tapi kalauyou nak panggil yang lebih sedap lagi pun tak apa. I tak kisah asalkanjangan Encik Haikal. Terasa jauh sangat I dengan you. " Sayu terdengar tutur katanya di telingaku walaupun ada nada lucu di situ. "Hani, you belum beritahu I ,you nak I bawa you kemana. Dah setengahlimabelasminit kita on the road ni. Lagi dua kilometer sampai Kondo 'Abang'.Kalau Hani tak cakap, 'Abang' belok masuk ke situ aje. Jantungku berdengup kencang dengan kata-katanya .Dia masih cuba memancingku dengan perkataan 'Abang'. "I tanya you tadi , you nak cakap pasal apa. Kalau kurang penting kita cakapdalam kereta saje, lepas tu I nak balik sebab I ada few more paper work yangnak kena amend sebelum I submit pada Datuk hari Jumaat ni." "Hem..,Abang nak cakap pasal Hani. 'Abang nak tahu perkembangan Hani selamaempat tahun ini. Abang nak kongsi susah senang Hani mulai saat ini .Abangtahu abang banyak buat salah pada Hani. Dan selagi Hani tak maafkan Abang,Abang rasa bersalah . Hati dan perasaan Abang tak akan tenteram. Sebab Abangtahu Hani telah menjadi mangsa keadaan. Lelaki di sebelah ni betul ke tak. Isteri baru dah ada tapi indirectly., diaseperti cuba menyatakan sesuatu pada ku . Aku kurang pasti apakah niatsebenarnya. Nak bertanya terus, aku rasa malu. Takut juga ego ku tercalar.Tapi yang paling penting , aku tak mahu dia tahu bahawa aku sememangnyamerindui dirinya. Aku tak nak dia tahu yang aku seakan mengejar bayangannya.Seperti yang sering ku katakana pada Dilla, 'Lelaki tak boleh tahu yang kitaterlalu memujanya. Dia akan lebih ego dan lebih jauh kalau dia tahu kitakejar dia. Jangan show-off sangat.' Sekarang ayat itu harus aku 'displaykan'pada otakku sepanjang masa agar aku tidak silap langkah. Nanti siapa yangmalu? Aku jugak.. "Hani, lagi satu kilometer saja. Kalau Hani tak cakap lagi, there's noturning back". Jauhnya aku mengelamun. "OK, OK, kita ke Café di simpang sebelah sebelah kiri, selepas traffic lightsana." Kata ku sambil nenunjukkan Jalan. Aku tak berapa pasti sama adaHaikal familiar dengan jalan di sekitar KL ni. Sudah terlalu banyakperubahan dalam jangka masa empat tahun ini. Dia hanya tersenyum mendengar suara ku yang agak kelam kabut itu. Mungkindia tahu aku cuba mengelak untuk pergi ke kondonya. Selepas keluar dari kereta. Aku memberanikan diri untuk bersuara lagi. "Kita jangan lama ye. I kena balik cepat." Sewaktu kami mengambil tempat duduk, jam sudah pun pukul 6.30 petang. Tidakramai pelanggan ketika ini. Mungkin masih terlalu awal . Aku sebolehnayacuba melarikan pandangan matanya yang asyik merenungku. Aku harus berkatasesuatu untuk meleraikan keadaan. Aku tidak mahu kelihatan gelabah didepannya. "Kita dah sampai. So apa yang Encik Haikal hendak tahu. " Tanyaku Cumamengawal suara yang agak serak. "Hani, kita makan dulu ok. Abang lapar la. Lunch tadi Abang tak sempatmakan. Lagipun harikan masih awal. " Dia diam seketika sebelum menyambung."Hemm..melainkan Hani takut ada 'seseorang' yang nampak Hani dengan Abang disini ." Aku rasa aku tahu dia cuba memerangkapku dengan perkataan 'seseorang' tu. So, untuk menutup perasaanku yang sebenar terhadapnya, dan setelah mengetahuiyang dia sudah punya pilihan hati aku tidak mahu dia tahu bahawa aku masihmenagih cinta dan perhatiannya. Jadi aku mesti kena berlakon. Lagipun keranalakonanlah yang mengikat status aku sebagai isterinya. "Tak. He's ok. 'We' trust each other. " Inilah skrip lakonanku yang pertama. Aku lihat sinar matanya berubah tiba-tiba. Dia menarik nafas dan menghalakanmukanya keluar. "Since when you kenal dia ?" "Siapa.? " Tanyaku agak terkejut kerana dia berpaling padaku dengantiba-tiba. Renungan matanya tajam sekali. Terasa seperti tembus higgakebelakang ku. Sebenarnya aku sedang asyik memerhatikan seraut wajahnyasewaktu dia menghalakan sorotan matanya keluar tadi. Terasa rindu benardengan wajah dan sentuhan bibirnya. "The 'guy' you mentioned just now. Is he one of our staf or .is he. anakDatuk Zailan ?" sambungnya.. Aku terperangkap dengan jerat yang ku pasang sendiri. Tak sangka hinggakesitu pertanyaan nya. Apa pulak kaitannya dengan anak Datuk Zailan. Ohh.Mungkin dia masih ingat akan kata-kata Daituk Zailan pagi tadi. "No, no, none of them. " "Encik Haikal , you tak nak makan ke, tadi you cakap you lapar. I pun rasadahaga le." Kata ku cuba untuk menukar topik perbualan kami. Harap-harap dia tak akanmenyambung pertanyaan tadi. Dia memanggil waiter untuk memesan makanan. "Hani, you nak makan apa ?" "No thanks, I nak minum aje " "Lemon juice please." Kataku kepada waiter yang menunggu "Nasi goreng udang dan Lemon juice untuk saya juga." Kata Haikal kepadawaiter itu. Waiter itupun berlalau setelah mengambil pesanan kami. "Hani, Hani belum jawap pertanyaan Abang tadi. Since when you kenal dia andwho's that so call lucky guy tu." Fikiran ku buntu. Aku keliru dengan perasaanku sendiri. Skrip apa pulak yanghendak aku susun kali ni. Takut jugak nanti, silap-silap cakap akan menjeratdiriku sendiri. "Hemm. Not that long. Just a few months . Masih learn to know each other. " "Orang sini ?" Tanya Haikal lagi inginkan kepastian "Ya.. orang sini. " "Siapa namanya?" Aduh , nama siapa pulak nak aku letakkan sebagai pasangan ku dalam lakonanni.. "Encik Haikal, kalau you masih lama di sini you akan tahu jugak suatu harinanti." Akhirnya dapat jugak aku menamatkan situasi yang sudah agak tegang ini. "I've told you. Jangan panggil I Encik. Just call my name OK.. Is thatclear ?" Kata-kata Haikal agak keras kali ini walaupun dalam nada yang perlahan. "If you say so, as a deal you pun kena panggil I Hanis, no more Hani. It'ssounds odd to the others nanti.Takut silap tafsir antara H A N I dan H O N EY." "Why bother about the others. Memangpun Abang paggil Hani, H O N E Y. Salahke Furthermore you are still my wife. Itupun kalau Honi masih tak mintakAbang bebaskan Hani. " Suaranya agak sayu pada ayat yang akhir ini. Kali ini giliran aku pulak merenung ke luar. Tak sanggup rasanya untuk akuterus bertentang mata dengan dia. Mahu rasanya aku meluahkan perasaan yangterpendam selama ini. Duhai suamiku, jika kau tau betapa sengsaranya aku,betapa siksanya batinku dan betapa peritnya menanggung rindu ini , kau tentutakan merpersiakan isterimu ini.. Oh Tuhan! Bilakah detik ini akan berakhir. Seketika kemudian minuman dan makanan kami dihidangkan. Sekurang-kurangnyabila dia makan nanti dapatlah aku merehatkan otak ku seketika, mencari-cariapakah jawapan untuk soalan-soalannya nanti.


Seperti ku duga, selesai saja makan, dia mengusulkan soalannya yang pertama. “You pasti tentang hubungan you dengan dia ..” “ Mengapa tidak…” “Entahlah…perasaan abang agak keliru sekarang. Cemburu pun ada , rasa bersalahyang teramat sangat pada Hani pun ada . Abang seolah-seolah tidak tahumenghargai permata yang berada dalam genggaman. Empat tahun bukanlah satujangkamasa yang pendek Hani. Abang dah bazirkan ianya begitu saja. Kalau tidakkerana ikutkan hati yang marah, dah tentu kita dah punya satu keluarga yangsempurna. Talifon bimbitku berbunyi tatkala kami masih leka melayan perasaanmasing-masing. Aku lihat dia pun lebih senang dengan keadaan yang sepi ini. “Hanis, kau di mana sekarang ? Aku called office, Iskandar cakap kau dah lamakeluar . ” Suara Dilla kedengaran agak risau di talian. “Dilla, aku dah nak balik sekarang. Thanks for calling. ” Aku sememangnya bersyukur dengan panggilan dari Dilla ini. Sekurang-kurangnyaaku ada alasan untuk beredar dari sini secepat yang mungkin. Lagi lama akubersamanya.., lagi berserabut otakku. Emm Dilla, dalam sibuk-sibuk kau pun adajugak baiknya kali ini ye. Fikirku. “Encik Haikal, saya nak balik. Encik tak perlu hantar. I’ll take a cab. ” “No.. no..! Abang yang ajak Hani keluar dan abang yang akan hantar Hani balik.Hani tunggu sekejap. Abang settlekan bil dan lepas tu kita balik. Tapiperbincangan kita tadi masih belum selesai . Masih ada banyak perkara yangabang perlu tahu.” Hari -hari yang ku lalui terasa sungguh membosankan. Kerja-kerja kusering terganggu kerana kehadiran lelaki itu. Tumpuanku terhadap kertas kerjaseringkali tergendala akibat kotak fikiran ku yang semakin kerap memutarkangambaran wajahnya. Kalau dulu aku sememangnya terlalu mengharapkan kepulangannya namun kini hatiku jadi tidak keruan. Mungkin juga setelah mengetahui yang aku sudah bermaduyang sudah semestinya sepahit hempedu walaupun aku belum pernah melaluinya danaku takan sanggup untuk menempuhinya. Hati dan akalku sendiri sering berperang.Siapakah yang patut di persalahkan sehingga tercetusnya kemelut dalam kehidupanku kini ? Semakin aku cuba untuk membuangnya dari ingatan ku semakin kerapgambaran wajahnya bertandang dalam setiap langkahku. Aku jadi buntu. Fikirankubercelaru. Aduh.. penyakit apakah ini. Aku tak boleh melakukan kesilapan lagikali ini. Tersilap langkah atau tersalah perhitungan akan menjeratkan diri akusendiri, mungkin kesannya akan berlarutan untuk satu jangka waktu yang amatpanjang. Aku sudah tidak sanggup untuk melalui detik itu lagi. Aku tahu, dia tidak akan berputus asa. Dia pasti akan terus mendugakesabaran dan kesetiaan ku selama ini. Haikal… kenapa kau terus terusanmemporak perandakan hati dan perasaanku.. ? Tidak cukupkah dugaan yang kautinggalkan untuk ku sejak empat tahun yang lalu. Dugaan apakah yang kau bawabalik kini. Kalau dulu aku berkorban untuk menyelamatkan maruah kau dan jugamaruah dua keluarga, tapi kini tak mungkin aku dapat melalukannya lagi. Hidupku hampir musnah dengan pengorbanan itu. Aku harus lebih bersikap mementingkandiri sendiri sekarang agar aku tidak terpedaya lagi.
Lamunan ku terganggu dengan bunyi deringan talifon. Suara lembut dihujung talian menggetarkan perasaan ku yang masih gundah.
“Hani…kita keluar makan bersama tengahari ni. Dah tiga hari kitatak jumpa. Hani asyik busy saje.
Sorry encik Haikal. Paperwork saya masih belum siap. Lagipun sayadah ambil heavy breakfast tadi. Masih kenyang lagi . ” Aku cuba memberikan alasan yang ku kira agak munasabah. “Are you trying to give another excuses ….. atau Hani dah ada temu janji lain?? ” Nada suaranya berbaur cemburu kali ini. “Ini bukan alasan dan saya memang tak ada temu janji lain. I seldom take lunchunless kalau betul-betul lapar. ” “Hani, this is not a good habit. You cannot skip your lunch at all. Hani mestimakan walaupun sikit. ” Hai sejak bila pula dia concern pasal pemakanan aku. Aku masih boleh hidupdengan cara ku. Kalau la aku mengharapkan dia untuk mengingatkan aku tentangwaktu makan ku sejak empat tahun yang lepas.., alamat mati katak le akuagaknya.
“Lain kali saja le saya temankan encik Haikal makan .Assalamualaikum .” Aku lantas meletakkan ganggang talifon sehabis aku memberi salam.