Jumaat, 27 Februari 2009

hati.. xpernah henti berkata-kata..

hati tak pernah berhenti dari melakarkan kata-kata...terutama bila menyentuh perasaan.. persoalan kenapa..kenapa..kenapa.. selalu mengundang persoalan negative.. mengundang kekecewaan, kesedihan dan kemarahan dihati... pemikiran dan firasat mula mereka-reka cerita, mencipta persoalan-persoalan negative yang menerukkan lagi kondisi perasaan.. perasaan yang selalu dipendam akhirnya memakan diri sendiri... ingin diluah tiada tempat.. ingin diluah tetapi memandangkan menyimpannya lebih baik dari diluah, lebih baik disimpan sj, pendam seorang diri.. tetapi.. hati pasti terluka.. terluka,jika tak dirawat pasti mengundang padah, meninggalkan parut.. jika tidak dirawat dgn rapi pasti terluka lagi.. cuma .. cuba jauhi persoalan-persoalan negatif yg sering berlayar difikiran.. kurangkan syak wasangka... kerana itu yang bakal mengundang padah! jaga hati anda.. sayangi hati anda..

Jumaat, 20 Februari 2009

prevention atau ayat pelindung diri

so setelah buang saka secara individu.. kenela ade pelindung diri.. takut dihinggap lagi kan...

1. astagfirullah hal a'zim.. allazi la ila ha illa huwal haiyyul qaiyyum wa atu bu illaih.. 100x siang dan malam

2. solawat pada nabi 100x siang & malam

3. a'uzubillah himinasshaithonirrajim 1000x

4. la illa ha illallah huwah dahu la sharikalah. lahul mul kuwalahul ham duyuhyi wayumit wahua a'la qullisyai in'qadir 100x siang & malam

5. alfatihah 21x

6. ayat kursi 21x..

ni la amalannya.. nak lagi power.. pasang masa nak tidur sampi ke pagi 4 siri cd ruqyah... tapi mesti YAKIN dan TAWAKKAL pada kuasa Allah S.W.T..

wallahualam...

perihal saka

saka ialah jin atau syaitan yang dipelihara turun temurun oleh seseorang dengan tujuan untuk keselamatan, menjaga harta benda dan juga mengubati penyakit.

rata-rata semua orang melayu ada saka... ini kerana zaman datuk moyang dulu berlawan dengan penjajah menggunakan ilmu yang berkaitan dengan makhluk halus.. yakni jin atau syaitan la... cuma mungkin apabila si pembela jin dan syaitan ni nak meninggal dunia, jinnya telah dibuang sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.. jadi terselamatla keturunannya.. tetapi .. pada si pembela yang tak sempat nak buang peliharaannya tu, maka peliharaannya akan hilang tuan dan akan mencari tuan yang baru iaitu keturunanya.. maka jin inilah yang dinamakan saka.. turun temurunla..

saka ni akan menghampiri keturunan yang paling mengagumi si mati.. keturunan yang ade menyimpan barang si mati... anak harapan si mati... dan yang paling lemah semangat.. dan juga yang paling warak... saka tak diketahui kehadirannya.. cuma hanya boleh tahu dengan mendalami asal usul keturunan, mengalami masalah penyakit yang doktor tak boleh nak bgtau..selalunya lenguh2 di bhgn sendi dan pinggang, bahu dan tengkuk stress tanpa kerja berat.. rasa gerakan pada tubuh badan...

lebih elok check diri.. sbb saka ni jahat.. dia akan menyukarkan segala kerja.. jika anda dihinggapi saka keturunan ni.. maka sekeluarga kene pi buang saka ni.. jumpala org yg pandai nak buang.. sbb kalu sorg2 jek buang.. possibility saka ni akan berjangkit dari anggota keluarga yang lain yang tak buang saka ni.. sebab saka ni banyak.. ade pade tiap2 ahli kuarga...

jadinye, kalu buang saka secara individu boleh tapi setiap kalu berjumpa ahli kluarga yang lain, perlukan pendinding yang kuat, kuat semangat utk elak dijangkiti smula... saka ni iaitu jin, jika seorg dari ahli kuarga pi buang saka, maka ahli kuarga yang lain akan terasa sekali.. seperti simptom, sakit kepala, panas, migrain... sakit pinggang, ternampak kelibat, kebas sebelah badan, rasa nak marah yang xdapat dikawal sampi sakit dada.. ini sebab saka yang tak dibuang lagi tu... mengamuk... melawan.. sebab tu kene buang sekeluarga...

itulah.. wallahualam...nak lebih dalam bacaannya silalah layari www.penawar.com. ade kat blog ni ikonnye.. just click jek kat gambar www.penawar.com tu...

Selasa, 10 Februari 2009

KEBERKATAN YASIN (DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat
ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.


Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah
s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Mu hammad, Kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di
pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Mencer itakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective)
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat , tulang dan badan. Untuk doa
bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat)
menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"
(Ayat 78 dan 79) -
Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun
tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada
air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.
Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati
dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

Yasin is the jantung of Al-Quran
Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:

Child is sick
Feeling troubled.
Memudahkan urusan
Memudahkan perjalanan
As selusoh (to ease pain when giving birth)
Read Yasin (3x) over water
Read 3 Qul (three times each)
Fatihah
Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati
dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 - "Wajaalna...."
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Baca Ayat 9
Fatihah
Read 3 Qul (three times each)
Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat illa...."
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar
kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi.."
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan
sapu ke muka pada pagi hari
Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - "Salamun...."
Jika sakit anggota
Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I've practiced this method subhanallah, effective)
Ayat 76 - "Falayahzun.."
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."
Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Dry method
Sembahyang tahjud
Sembahyang hajat
Doa minta hajat
Baca ayat 100 x dengan yakin
Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh
penyakit dalam badan)
Seperti di atas
Bila baca ayat, tiup dalam air
Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal
aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian < BR>Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang
sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka
dan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca,
agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup
insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.
***** sekadar informasi *******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam
Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat
yang mujarab.
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahua'lam....

Khamis, 5 Februari 2009

Percayalah pada Yang SATU

semenjak akhir-akhir ni aku tak tenteram... gelisah.. tidur tak lena , makan tak kenyang, tapi mandi basahla pulak huhuhu... entah ape yang melanda hati aku ni.. xtau la... pesanan dari nenek aku, aku pegang.. walau apa terjadi.. jika terkeluar dari landasan, pastikan kembali semula.. ya.. kelalaian kadang-kadang buat kita alpa.. perasaan hati kadang-kadang menghanyutkan.. tapi .. ingat.. sebagai seorang umat islam.. tiada apa lagi selain kembali ke jalan Allah... tetapi xtau kenapa aku menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian aku terhadap ape yang aku nak lakukan, study, solat... xleh concentrate study.. xleh khusyuk solat.. kenapa.. tidak seperti diriku sebelum ini... ini makin menambahkan tekanan dalam diriku.. akan tetapi.. aku tabahkan hati ku... pelbagai usaha aku lakukan... cuba mendekatkan kembali diriku pada yang SATU... mencari ketenangan.. mencari punca yang aku telah lakukan.. seingt aku, aku tak pernah buat dosa-dosa besar seperti, berzina, membunuh, menganiayai orang lain.. derhaka kepada ibu.. aku tak pernah melawan ibu bapaku.. apalah silap aku.. entahla.. aku sendiri buntu dengan situasi aku... cuma aku hanya mampu berserah pada yang SATU.. berkat usaha .. dan petunjuk dari Allah yang Maha Kuasa... alhamdulillah hati aku semakin tenteram.. tetapi tidak sepenuhnya... kesukaran dalam pelajaran aku, masih lagi aku hadapi.. seperti hijab ditutp untuk belajr.. apalah salah aku.. hanya kepada Allah aku berserah... cuma untuk masa sekarang aku semakin tenang setelah mengamalkan pelbagai usaha.. untuk dikongsi pada semua yang mengalami masalah yg same dgnku.. cubalah amalkan:

1. meminum air kosong yang dibaca alfatihah (1), ayatul kursi (1) dan al insyirah (1)
2. makan kismis doa
3. setiap hari baca 1000x auzubillah
4. setiap hari baca 3 qul 41x
5. tiap2 malam baca yasin + doa khanzal arasy pada air kosong jadikan ibu air...maknanya jgn kasi abis tp sentiasa refil ...

semoga semua umat islam dilindungi... semoga semua umat islam berjaya di dunia dan di akhirat.. berusaha, beramal dan bertawakkal la pada Allah yang SATU....