Jumaat, 16 Januari 2009

Syahdu sungguh cerita ni..... ..

Syahdu sungguh cerita ni..... baca!


Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur.
Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama
yang saya lintas ialah Teluk Intan.


Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan
itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih
kurang 12 tahun muncul dihadapan.


'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak
daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abg
dah pesan makanan," jawap saya ringkas.


Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20
minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,
sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu
saja.


"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,"
kata saya sambil menepuk-nepuk perut.


Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan
bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih
saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya !


Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya
bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati
saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.


Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang
yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan
minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada
agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk
dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi
berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.


Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang
12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk
adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil
tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak
daun pisang penutupnya.


Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di
hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10.
Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang
beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat
mendadak.


Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih
terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat
membantunya.


Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya
saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu
kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.


Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak
itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit
abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa
menjawap pertanyaannya.


"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan
tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu
pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis
kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu
lancar.


Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa
banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.


"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya
kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu
persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima
kasih dan terus berlalu.


Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke
K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??


Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya
katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa
kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.


Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya,
siapa kita sebenarnya !!!

koleksi artikel www.myjodoh.net