Rabu, 14 Januari 2009

aku, dia dan kau (hasil nukilan babyotai) part 6

6

Cuti sudah ke penghujungnye. Esok aku akan pulang semula ke kolej. Berat rasanya hati nak meninggalkan rumah, emak, abah nenek….. tapi aku mesti. Ada lagi dua tahun untuk aku menerima ijazah sarjana muda Ukur bahan. Sekarang aku di tahun dua. Itulah cita-citaku, ingin menjadi juru ukur bahan yang berjaya.

Kali ini berbeza dengan sebelumnye, kali ini aku dihantar pulang oleh suamiku. Suasana perjalanan sunyi sepi, keadaan begitu tegang, masing-masing menyepikan diri. Setibanya diperkarangan kolej…. Tetiba timbul rasa bersalah berbaur sebak, terasa sedih pulak nak berpisah dengannye. Terpikir pulak kalau dia mati, macam mane, sudah pasti aku menjadi isteri derhaka. Berat kaki nak melangkah keluar dari kereta. Lama aku duduk diam, menunggu kalau dia akan memulakan bicara, tapi sayangnya dia tetap begitu diam membisu tanpa bicara. Reaksinya menambahkan sebak dihatiku. Aku memandangnya, sambil menghulurkan tangan untuk menyalaminya. Hatiku sebak tak dapat dibendung lagi. "Abang........" hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutku.(bibirku). Aku menciumi tangannya, airmata laju mengalir keluar. Aku ingin cepat berlalu dari situ. aku tak sanggup lagi melihat akan reaksinya itu lagi. Aku bingkas ingin pergi, tapi tanganku pantas disambar olehnya lalu menghentikan niatku untuk berlalu. Aku kembali duduk, tunduk, lalu dia mendongakkan mukaku."Kenapa menangis sayang?" pertanyaannya membuat aku makin sebak, tangisanku makin menjadi-jadi. Dia terus memelukku erat seperti tak mahu dilepaskan. Aku menangis semahu-mahunya, lama keadaan begitu. "Abang, maafkan Ikah", kataku dalam sedu sedan. "shhh.... jangan menangis sayang". Terasa tangannya mengusap lembut belakangku. Suaranya parau mungkin menahan sebak. "Abang...." kerongkongku seakan tersekat, sukar untuk aku mengeluarkan perkataan. "Ya sayang, kenapa sedih sangat ni?" Usapan lembut tangannya dipipiku menyapu air mata yang masih mengalir. Aku tertanya-tanya pada diriku kenapa aku begitu sedih untuk berpisah dengannya. Sayangkah aku padanya? Adakah aku sudah mula menyayanginya? Atau kerana perasaan bersalah dengan tingkah lakuku terhadapnye...Mustahil hatiku begitu cepat dapat menerima kehadirannye. Aku dalam dilema, antara perasaan hati, impian, keluarga, dan tanggungjawab sebagai seorang isteri... argh... penatnye... walau dlam waktu singkat bersamanya dapat aku rasakan kekosongan bakal menyelubungi aku tanpa dia di sisiku. "Abang jemput Ikah hujung minggu ni ye?" aku hanya mampu mengangguk je.