Rabu, 14 Januari 2009

aku, dia dan kau (hasil nukilan babyotai) part 2

2
“ Wei, makin bulat je aku tengok.” Kata Lina. “ Ha’ahla, ko makin debabla Tikah.” Semua gelak dan yang pasti semua makin “besar”. “ Eleh.. mengata aku, ko tu, lengan makin bulat, punggung macam Prof. Abu Eusoff.” Sekali lagi semua gelak. Apalagi, Si Lina makin bengangla nampaknya dengan usikan aku tadi. Profesor Abu Eusoff ialah pensyarah berbangsa Bangladesh yang mengajar aku Structure I and Structure II. Sememangnye punggung pensyarah tu dengan punggung lina ada iras…hahaha… Lina, Afzan, Ita, Budak kecik and cheah sememangnye kawan rapat aku dari matrikulasi lagi...kita orang memang rapat...so always together...nak pulak masuk main campus pun dapat bidang yang sama, Ukur Bahan...satu kelas lagi...so bertambah akrablah... always join together pi mane pun... yang paling best naik kereta kancil berenam orang... huhuhuhh... muat bebe...jangan tak percaya,...or our group name is JHA 150, plat kereta Ita. Assignment pun kita orang dah memang cukup satu group.. so tu lagi best.. presenternya cik Lina and Cik Afzan atau nama timangan afzan ialah Azpan…nama timangan Azpan ni gara-gara lecturer tersalah pronounce nama afzan jadi azpan…so terus jeler melekat…yang si azpan ni pulak menyahut jek bila orang panggil dia azpan…makin menjadi ler …
Semester kali ni bermula macam biasa. Tapi Semester ni core coursenya agak membosankan, yelah lecturer yang tak menarik hati. Tapi jadualnya best. Mana taknya, cuti 3 hari. Jumaat tak de kelas, campur sabtu, campur Hari Ahad, tak ke 3 hari jadinya. Assignment pun tak de lagi. Yelah baru jer beberapa minggu bermula. Mula- mula semester ni la mase untuk student enjoy lagi…nak pulak duit loan masuk cepat…emm pe lagi…JHA 150 slalu ade je le plan nye nak lepak kat mana-mana yang best. Banyak plan ni… nak pegi pangkor, genting highland…yang paling lawak zoo Negara..huhuh…yele bila lagi nak enjoy..masa muda n lah kan…dah kahwin boleh enjoy tapi tak ngan kengkawan macam skang ni….